Liga Super: PDRM Tambah Derita Negeri Sembilan

Perlawanan saingan Liga Super minggu ke-8 malan ini menyaksikan pertembungan diantara Negeri Sembilan dan PDRM FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi berpihak kepada pasukan pelawat. Skuad kendalian P. Maniam menurunkan barisan terbaiknya dengan jentera serangan diketuai okeh Ifedayo Olusegun, Bruno Suzuki dan Shahrel Fikri. Sementara Negeri Sembilan, pastinya mahu memburu kemenangan di laman sendiri […]
Liga Super: Kuching City Bangkit Ikat Penang

Penang FC terlepas peluang untuk menambah satu lagi kemenangan apabila diikat Kuching City FC 2-2 di Stadium Negeri, Kuching. Penang mahu menambah satu lagi kemenangan selepas menewaskan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 3-0. Sementara The Cats turut memiliki misi sama selepas menewaskan Perak FC 2-1. Rodrigo Dias terus menjadi sandaran Akmal Rizal Ahmad Rakhli […]
Zikri Khalili Alami Gegaran Otak

Pemain pertahanan muda Selangor, Zikri Khalili dilaporkan mengalami ‘concussion’ atau maksud lainnya adalah gegaran otak ketika beraksi dalam perlawanan Liga Super menentang Kelantan DN semalam. Zikri Khalili masuk di separuh masa kedua sebagai pemain gantian menggantikan Quentin Cheng pada minit ke-60 permainan. Insiden tersebut terjadi ketika pertembungan merebut bola di udara dengan pertahanan Kelantan DN, […]
Safawi Rasid Kongsi Rahsia Jaringan Sepakan Percuma

Ketua Pasukan Terengganu FC, Safawi Rasid berkongsi rahsia kepada semua bagaimana beliau berjaya menjaringkan beberapa gol melalui sepakan percuma. Terkini, Safawi turut meledak jaringan melalui sepakan percuma ketika berdepan Kuala Lumpur City FC pada Sabtu yang mana menyaksikan Terengganu menang 2-0. Ketika ditemui MFL selepas perlawanan, Safawi mendedahkan bahawa beliau melakukan latihan tambahan dalam mengambil […]
Faisal Halim: Ini Saat Istimewa Untuk Saya

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim mengakui peluang beraksi semula di atas padang sebagai detik istimewa buat dirinya. Sorakan penyokong bergema di Stadium MBPJ pada 10 Ogos lalu apabila pemain sayap Selangor itu membuat kemunculan sebagai pemain gantian bila menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC). Faisal masuk pada minit ke-85 menggantikan penyerang muda Jordan, Reziq […]
Reaksi Puas Bergson Jaring 3 Gol Lawan Kedah

Reaksi puas ditampilkan oleh penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva selepas meledak tiga gol lawan Kedah Darul Aman. Pemain berusia 32 tahun itu terus menghadirkan impak penting apabila berjaya meledak tiga jaringan menewaskan Kalamullah Al-Hafiz. JDT juga melakar kemenangan besar 6-0 ke atas skuad Harimau Selatan sekaligus mengekalkan rekod bersih di Liga […]
Liga Super: Dua Gol Roket Hiasi Kemenangan Terengganu Tewaskan KL City

Terengganu FC kembali ke landasan kemenangan apabila berjaya menewaskan pasukan tuan rumah, Kuala Lumpur City FC dalam aksi Liga Super sebentar tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat dengan Terengganu mempertaruhkan trio serangan Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Ismaheel Akinade manakala Paulo Josue kekal memimpin KL City sebagai ketua pasukan. Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan mula […]
Faisal Halim Kembali Beraksi

Penyokong Selangor FC ceria apabila pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim kembali beraksi di padang – tiga bulan selepas menjadi mangsa serangan asid pada Mei lalu. Susulan insiden berkenaan, pemain sayap berusia 26 tahun itu terpaksa menjalani proses pemulihan yang cukup mencabar termasuk empat siri pembedahan. Meskipun perlu menghadapi proses pemulihan yang menjerihkan, keazaman Faisal untuk […]
Liga Super: Selangor Atasi Tentangan Kelantan DN

Selangor FC terpaksa bekerja keras sebelum merekodkan kemenangan ke atas Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dalam aksi terbaru Liga Super. Selangor mahu meneruskan momentum kemenangan selepas menewaskan Terengganu FC 6-4 secara agregat dalam aksi separuh akhir Piala FA 2024. Sementara Kelantan DN pula mahu bangkit selepas tewas 3-0 kepada Penang FC. Penyerang muda Jordan, […]
Farhan Roslan Puas Buka Akaun Gol

Pemain sayap Sabah FC, Farhan Roslan mengakui merasa lega kerana dapat membuka akaun jaringannya untuk musim 2024/25. Farhan menjadi pilihan Datuk Ong Kim Swee untuk merobek gawang Sri Pahang FC bersama Darren Lok dan Jafri Firdaus Chew untuk aksi liga pada 9 Ogos lalu. Selepas ketinggalan menerusi gol awal Kpah Sherman, Sang Badak menyamakan kedudukan […]
Ketumpulan Penyudah Hantui Sri Pahang

Masalah ketumpulan penyudah terus menyukarkan Sri Pahang FC untuk mengakhiri kemarau kemenangan mereka dalam Liga Super. Hal ini diakui sendiri pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad selepas aksi terbaru liga antara pasukan itu dengan Sabah FC di Temerloh pada 9 Ogos lalu. Penyerang Liberia, Kpah Sherman membuka tirai jaringan buat tuan rumah. Sang Badak kemudiannya bangkit […]
Danial Amier Tekad Balas Kepercayaan Aidil Sharin

Pemain tengah Kuching City FC, Danial Amier Norhisham mahu membalas kepercayaan yang diletakkan oleh pengendali pasukan, Aidil Sharin ke atas dirinya untuk saingan Liga Malaysia musim ini. Danial yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menjadi sandaran utama Aidil Sharin di bahagian tengah Kuching City. Bagi Danial, beliau mahu menggunakan peluang yanga ada ini […]
Hector Bidoglio Gembira Dengan Impak Dua Bintang JDT

Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio gembira dengan impak yang diberikan oleh dua bintang JDT iaitu Bergson da Silva dan juga Arif Aiman pada aksi Liga Super bertemu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Jumaat. Bidoglio melihat biarpun Bergson menjaringkan hatrik dalam perlawanan tersebut, namun Bergson membuktikan bahawa beliau beraksi secara berpasukan. […]
Paulo Josue Ada Pelan Khas Lawan Terengganu

Kapten KL City FC, Paulo Josue mendedahkan pasukan itu memiliki pelan khas bila berdepan dengan Terengganu FC nanti. KL City mahu meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Super meskipun dikenakan hukuman oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kerana isu membabitkan lesen mereka. Isu tersebut mengakibatkan The City Boys bukan saja dikenakan hukuman potongan enam mata, […]
Liga Super: Sabah Kekal Di Kedudukan ke-3 Liga, Benam Sri Pahang

Perlawanan saingan Liga Super minggu ke-8 malam ini menyaksikan Sabah bangkit membenam tuan rumah, Sri Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh. Aksi bermula rancak apabila penyerang Sri Pahang, Kpah Sherman menjaringkan gol pembukaan selepas menerima umpanan kemas dari Sergio Aguero seawal 7 minit permainan. Selepas setengah jam Sabah memberi asakan, akhirnya Jafri Chew berjaya menyamakan […]
Liga Super: JDT Pesta Gol Benam Kedah Darul Aman

Aksi Liga Super antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Kedah Darul Aman memihak kepada tuan rumah dengan keputusan 6-0. Perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan skuad Harimau Selatan membuka tirai jaringan menerusi rembatan kencang Bergson Da Silva seawal minit ke-7. Usaha itu diteruskan oleh JDT apabila penyerang Brazil itu sekali lagi membolosi […]