Benjamin Mora Cipta Rekod Baharu Jurulatih Di Liga Super

Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora kini mencipta rekod sebagai jurulatih pertama yang berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super buat tiga musim berturut-turut. Jurulatih yang berasal dari Mexico ini berjaya mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya pada tahun 2019 dan 2020 sekaligus menjadikan beliau satu-satunya jurulatih yang berjaya melakukan perkara itu. Menurut rekod, beliau telah berjaya […]

Liga Super: Terikat Di Tempat Lawan, Kedah Dan Sri Pahang Berkongsi Mata

Aksi tertunda Liga Super Malaysia minggu ke-17 hari ini berlangsung di Stadium Darul Makmur menyaksikan perlawanan diantara pasukan Sri Pahang FC menentang Kedah FC. Minit-minit awal permainan memperlihatkan Sri Pahang FC lebih selesa dalam mengawal dan mengatur serangan. Corak permainan yang dipamerkan skuad tuan rumah beberapa kali berjaya mengegar kubu pelawat. Walau bagaimanapun, barisan pertahanan […]

Cemerlang Bersama UiTM FC, Sean Gan Giannelli Idam Sarung Jersi Harimau Malaya

Menyarung jersi kebangsaan pastinya menjadi momen terindah dan diidamkan semua atlet sukan tidak kira sukan apa pun yang dimainkan. Buat Sean Gan Giannelli, pastinya tiada istilah lewat untuk beliau menyarung jersi Harimau Malaya. Baru menjangkau usia 24 tahun, penghijrahan secara pinjaman ke UITM FC ternyata memberi satu anjakan paradigma ke atas karier pemain ini. Pemain […]

Penyokong Perak Optimis Kebangkitan Perak FC

Pengurus Besar baharu Perak FC, Azman Noh berjaya memberi sedikit senyuman kepada barisan penyokong pasukan tersebut apabila dilihat berjaya menyelesaikan beberapa permasalahan yang melanda pasukan sejak beberapa bulan yang lalu. Terbaru, menerusi satu tangkap layar kata-kata beliau di media sosial Perak The YOB, Azman telah menjelaskan bahawa beliau telah berjaya untuk menyelesaikan isu yang telah […]

Faizal Azumu Akui Kesilapan, Mohon Maaf Kepada Semua Pihak

Menteri Belia dan Sukan baharu, Datuk Seri Ahmad Faisal bin Azumu telah melakukan permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataan beliau yang tular baru-baru ini dilihat mendapat respon yang pelbagai di media sosial. Kenyataan tersebut merujuk kepada dakwaan bahawa Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menambah bilangan pasukan yang beraksi di Liga Super. Ketika […]

Tanpa Penyerang Tulen, Kuala Lumpur City FC Kini 10 Perlawanan Tanpa Kalah

Ketiadaan penyerang tulen bukanlah satu alasan untuk tidak mempamerkan aksi cemerlang. Itulah yang terjadi kepada skuad Kuala Lumpur City FC. Krisis kecederaan penyerang skuad warga kota itu telah berlaku sejak bulan April lagi selepas penyerang utama mereka, Dominique Da Sylva mengalami kecederaan ligament kaki. Kehilangan Dominique ternyata memeningkan kepala pengendali, Bojan Hodak yang hanya mempunyai […]

Kepulangan Ifwat Akmal Beri Nafas Baru Buat Kedah

Kepulangan penjaga gol utama pasukan Kedah Darul Aman Fc, Ifwat Akmal untuk menjaga gawang gol pasukan itu dilihat sebagai satu tonik terbaik apabila membantu pasukan mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut. Ifwat yang terpaksa diketepikan oleh pasukan Kedah ekoran dibelenggu masalah kecedeaan sehingga beliau terlepas hampir kesemua perlawanan pasukan pada musim ini. Namun begitu, setelah […]

Aksi Konsisten Bersama JDT, Arif Aiman Kini Pemain Muda Termahal Liga Super

Pemain sayap muda pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi kini sedang menikmati musim terbaiknya bersama pasukan kendalian Benjamin Mora sekaligus menjadi watak penting dalam usaha JDT mengekalkan kejuaraan Liga Super buat musim kelapan berturut-turut. Pemain muda berusia 19 tahun ini dilihat mampu untuk beraksi di bahagian posisi kiri atau kanan sebagai pemain sayap […]

Liga Super: Kedah Darul Aman Berjaya Benam Cabaran Sengit Perak FC

Perlawanan Liga Super melibatkan pasukan Kedah Darul Aman FC dan Perak FC berakhir dengan kemenangan memihak kepada tuan rumah, Kedah. Kedah bertukar-tukar hantaran seawal minit pertama disamping mengawal perlawanan manakala Perak FC sekali sekala melakukan serangan balas. Kedah berpeluang mendahului seawal mnit ke-4 namun rembatan Kpah Sherman sedikit tersasar. Perak dilihat sangat positif pada 10 […]

Baddrol Bakhtiar Optimis Kedah Bakal Akhiri Liga Di Tempat Ke-2

Perebutan naib juara Liga Super musim ini dilihat semakin sengit di antara Terengganu FC yang kini di kedudukan ke-2 liga dengan 37 mata dan Kedah Darul Aman FC yang kini di kedudukan ke-3 dengan 35 mata. Kedah yang masih kekurangan 2 perlawanan berbanding Terengganu dilihat berpeluang cerah untuk dinobatkan sebagai naib juara. Namun segalanya boleh […]

JDT Hadiahkan Wang Kemenangan Liga Super Kepada Petugas Barisan Hadapan

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang baru sahaja menjulang kejuaraan Liga Super buat musim kelapan berturut-turut telah dedikasikan kejayaan tersebut kepada seluruh petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus ketika pandemik COVID-19 melanda negara ketika ini. Selain itu, ini juga merupakan salah satu cara untuk membuktikan penghargaan kepada segala kudrat yang telah dikerah dan juga usaha para […]

Liga Super: Johor Darul Ta’zim Tiada Tandingan, Mudah ‘Benam’ Sri Pahang

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Ibrahim ini pastinya menjadi tumpuan seluruh peminat bola sepak Malaysia kerana ianya menentukan sama ada Johor Darul Ta’zim (JDT) mampu menjulang kejuaraan lebih awal atau sebaliknya. Manakala Sri Pahang turun malam ini dengan satu tujuan iaitu  mencuri sekurang-kurangnya satu mata untuk menjarakkan diri dari zon penyingkiran JDT memulakan perlawanan dengan […]

Kedudukan Sukar Digugat, JDT Juara Liga Super Lapan Musim Berturut-turut

Pasukan Johor Darul Ta’zim kini sah menjadi juara Liga Super bagi musim 2021 setelah menewaskan pasukan Sri Pahang FC dengan jaringan 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. Ini sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan JDT selaku pasukan terbaik negara ketika ini apabila dominasi terhadap kejuaraan Liga Super yang dimenangi sejak tahun 2014 dilihat sukar dicabar oleh pesaing […]

Johor Darul Ta’zim Kini Pasukan Paling Banyak Memenangi Gelaran Liga di Malaysia

Penyandang juara Liga Super Musim 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini sah menjadi pasukan terbanyak memenangi piala berprestij itu sekaligus memecahkan rekod yang dipegang oleh pasukan Selangor FC. Setelah pasukan milik Duli Yang Amat Mulia, Sultan Ismail Idris (TMJ) merangkul gelaran Liga Super buat 8 musim berturut-turut, ia sekaligus mengesahkan kedudukan pasukan Harimau Selatan sebagai […]

5 Pertahanan Muda Tempatan Berjaya Raih Minit Permainan Tertinggi

Pentas Liga Super musim ini memperlihatkan pasukan-pasukan yang bertanding sudah mula berani untuk mengetengahkan bakat muda bagi mengetuai cabaran pasukan. Pada musim ini, terdapat ramai pemain yang berjaya untuk menembusi ke pasukan utama. Malah, pada perlawanan ke-19 Liga Super, purata umur bagi kesemua pasukan adalah bawah daripada 30 tahun. Oleh yang demikian, terdapat beberapa pemain […]

Fayadh Zulkifli ‘Pelesit’ Kedah Ketika Lawan Keletihan

Fayadh Zulkifli

Pemain kelahiran Baling, Kedah ini mula dikesan bakatnya pada Kejohanan Bolasepak Piala Menteri Besar Kedah pada tahun 2017 setelah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir. Beliau memulakan karier bersama Kedah selepas semusim beraksi untuk skuad bawah 21 Kedah pada tahun 2018 sebelum diserap masuk ke skuad utama. Musim pertamanya bersama skuad utama Kedah, beliau berjaya […]