PJ City Mahu Pan-gon Nilai Sendiri Kemampuan Anak Tempatan

Kemenangan ke atas Melaka United baru-baru ini telah melonjakkan nama pasukan Petaling Jaya City FC (PJ City) dengan hanya menggunakan kudrat pemain tempatan. Umum mengetahui bahawa pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang ini sememangnya tidak menagih khidmat pemain import setelah pemilik kelab, Dato’ Seri Vijay Eswaran mahu memberikan ruang buat anak tempatan beraksi dengan lebih […]

Bung Moktar Positif Dengan Kekalahan ‘Bintang’ Sabah

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Seri Bung Moktar Radin memandang kekalahan yang dialami oleh pasukannya itu sebagai satu perkara yang positif. Hal ini dizahirkan olehnya susulan kekalahan pasukan di bawah bayu itu apabila terpaksa akur dengan kekuatan Negeri sembilan dengan keputusan 1-0. Ini bertitik tolak daripada komen yang dilontarkan oleh salah seorang penyokong […]

Arif Aiman Buktikan Tidak Tenggelam Dengan Pujian

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi membuktikan beliau kekal tenang dalam kelas tersendiri apabila menampilkan persembahan yang cukup mengujakan minggu ini. Bintang muda Harimau Selatan ini menjadi watak penting ketika pasukan JDT merakam kemenangan menentang Penang FC dalam aksi pembukaan Liga Super baru-baru ini. Pemain berusia 20 tahun ini diturunkan dalam […]

Liga Super: Serangan Balas PJ City Hukum Melaka United

Pasukan PJ City berjaya meraih kemenangan pertama menentang pasukan Melaka United dengan keputusan 1-0. Jaringan tersebut dihasilkan oleh bekas pemain Melaka United, Kumaahran. Perlawanan bermula rancak seawal minit keenam permainan apabila sepakan kaki kiri daripada Emmanuel Oti hampir menatijahkan gol pembukaan buat pasukan Melaka United FC malam ini. Tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama, […]

Liga Super: Penalti ’Berganda’ Selamatkan Selangor Dimalukan KL City

Perlawanan pembukaan Liga Super 2022 melibatkan pertembungan antara pasukan Kuala Lumpur City FC menentang Selangor FC berkesudahan dengan keputusan seri 3-3. Kedua-dua pasukan bermula dengan baik apabila melancarkan serangan bertali-arus untuk memperoleh jaringan awal. Namun begitu, kekebalan benteng pertahanan untuk menghalang segala percubaan menyebabkan perlawanan berlangsung seimbang. KL City hampir memperoleh gol awal apabila kealpaan […]

Lima Perpindahan Menarik Liga Malaysia

Saingan Liga Malaysia bakal bermula tidak lama lagi. Dengan Piala Sumbangsih sah milik Johor Darul Ta’zim, ramai tidak sabar menantikan saingan liga bermula. Berikut beberapa perpindahan yang menarik perhatian peminat dan pemerhati bola sepak negara. 1- Fernando Forestieri Penyerang Itali berpengalaman ini menempa nama di Serie A. Tetapi di Liga Kejohanan, namanya mula dikenali bersama […]

Penang FC Tampil Kelainan Dalam Pelancaran Jersi Musim 2022

Setelah lama menanti khabar tentang pelancaran jersi skuad Penang FC bagi musim 2022, akhirnya Penang FC mengumumkan maklumat berkenaan pelancaran jersi terbaharu mereka menerusi laman sosial media rasmi di Facebook dan juga Instagram. Berbaki 2 hari lagi sebelum menjelang perlawanan pertama Liga Super 2022, pengumuman tersebut dilihat menceriakan hati para penyokong Penang FC. Namun Penang […]

Risto Vidakovic Pengganti Zainal Di Melaka United

Tatkala penyokong Melaka United berduka dengan berita kontrak jurulatih Zainal Abidin Hassan tidak disambung, kelab dilihat terus mara ke depan. Ini dibuat dengan mengumumkan perlantikan legenda Real Betis Risto Vidakovic sebagai jurulatih baru kelab. Sebelum ini, beliau merupakan jurulatih Borneo FC selepas dilantik pada Oktober tahun lepas. Jurulatih Serbia itu turut menggondol kejuaraan liga Maldives […]

Nenad Bacina Ganti Bojak Hodak Di KL City?

Selepas Tan Cheng Hoe meletak jawatan sebagai jurulatih pasukan negara, beberapa jurulatih mula mengintai peluang mengisi kekosongan berkenaan. Antara nama yang dikaitkan dengan jawatan tersebut ialah jurulatih KL City, Bojan Hodak, legenda import Selangor Mehmet Durakovic dan legenda Thailand Kiatisuk Senamuang. Bagi KL City, dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia, itu meletakkan Hodak sebagai calon yang […]

Kedah Manfaat ‘Ubi Muda’ Musim Hadapan

Naib Juara Liga Super musim 2021, Kedah bakal beri peluang kepada pemain muda bagi menghadapi saingan liga musim hadapan. Pasukan Kedah sah mengikat khidmat lima pemain muda yang sebelum ini telah beraksi bersama skuad Piala Presiden Kedah. Memaklumkan antara bekas pemain Piala Presiden yang akan menyarung jersi hijau kuning musim hadapan adalah Afeeq Iqmal (Penyerang) […]

“Selamat Tinggal Lagenda, Kami Akan Merinduimu” – Azraai Khor

Desas-desus pemergian Baddrol Bakhtiar dari pasukan Kedah Darul Aman ke Sabah FC semakin mengukuh selepas Bekas Ketua Jurulatih Kedah, Azraai Khor mengucapkan salam perpisahan kepada Baddrol Bakhtiar. Mohd Azraai Khor Abdullah tidak mampu memberikan sebarang kata-kata dengan berita pemergian pemain lagenda Kedah, Baddrol Bakhtiar. “Selamat tinggal lagendaku, Saya tak mampu bercakap apa-apa” “Semoga Allah menjagamu […]

Brendan Gan Semakin Kuat Lawan Kanser, Gesa Masyarakat Buat Pemeriksaan Kesihatan

‘Jeneral’ tengah Harimau Malaya dan Selangor FC, Brendan Gan yang kini menjangkau umur 33 tahun menjelaskan beliau semakin pulih daripada penyakit kanser dihadapinya. “Dalam perjalanan untuk menjadi lebih kuat dari sebelumnya! Jangan pernah meragui saya, kerana saya tidak pernah meragui diri saya sendiri.” “Kanser adalah perkataan yang hodoh, tetapi ia hanya hodoh seandainya kita membiarkan […]

Kalamullah Al-Hafiz Bersyukur Dengan Musim Penuh Kegemilangan

Penjaga gawang Petaling Jaya City FC, Kalamullah Al-Hafiz bin Mat Rowi gembira dengan tahun penuh gemilang buat pasukannya, PJ City dan sudah tentu buat dirinya sendiri. Walaupun PJ City terkeluar dari saingan Piala Malaysia setelah tewas tipis 1-0 kepada Sabah, beliau ternyata gembira dan memandang kehadapan untuk saingan Liga Super 2022. “Alhamdulillah untuk 2021, bersyukur […]

“Tiada Lagi Rahsia, Ini Antara Punca Saya Dipaksa Keluar Dari Sabah FC” – Bekas CEO Sabah FC, Datuk Verdon Bahanda

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan bekas CEO Sabah FC, Datuk Verdon Bahanda, beliau mendakwa kenyataan dikeluarkan Borneo Today bukan lagi ‘rahsia’. Malah, Datuk Verdon Bahanda turut mendakwa senarai salah laku kelab berkenaan yang dikeluarkan Borneo Today adalah antara punca beliau dipaksa ‘keluar’ dari pengurusan Sabah FC. “Tiada lagi rahsia! Antara perkara yang menyebabkan ramai yang tidak […]

Ong Kim Swee Bertegas Tidak Mahu Ada “Jarak” Antara Pemain Junior dan Senior

Pengumuman peletakan jawatan pengarah teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee telah membawa perkhabaran baharu bahawa beliau memilih untuk menjadi jurulatih baharu Sabah FC susulan prestasi yang kurang memuaskan menjelang penghujung saingan Liga Super ini. Pengalaman berada di dalam organisasi FAM selama lebih 13 tahun selain diberi tugas membimbing pelbagai lapisan pasukan termasuklah skuad senior negara […]

Alif Mutalib Makin Menyinar, Posisi Sayap Kanan JDT Kini Dilimpahi Bintang Tempatan

Johor DT kini mempunyai pelbagai pilihan pemain dibahagian sayap kanan pasukan apabila dibarisi beberapa pemain yang berkualiti serta pemain muda dari JDT II seperti Alif Mutalib yang dilihat berpotensi menjadi pemain bintang. Ketika ini Johor DT kerap menggunakan Safawi Rasid dan juga Arif Aiman dibahagian sayap kanan pasukan. Arif Aiman telah bermain sebanyak 20 perlawanan […]