Tomislav Steinbruckner Puas Raih Satu Mata

Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner berpuas hati melihat pasukannya mencuri satu mata dalam aksi terbaru Liga Super di Stadium Likas. Aksi di Likas kembali menemukan Terengganu dan tuan rumah, Sabah FC. Aksi yang berlangsung pada 15 September itu dilihat peluang buat Sang Badak membalas dendam selepas disingkirkan di peringkat suku akhir Piala FA 2024. Sabah […]

Liga Super: Sri Pahang Senang Hati, Belasah PDRM 5-1

Sri Pahang FC akhirnya berjaya menamatkan kemarau kemenangan dalam liga apabila membelasah PDRM FC 5-1 di Temerloh. The Cops mahu melebarkan rekod kemenangan mereka selepas menewaskan KL City FC di Selayang pada 16 Ogos. Sementara Tok Gajah pula memburu kemenangan yang kali terakhir dikecapi pada 11 Mei lalu. Kpah Sherman diberi kepercayaan memburu gol buat […]

Liga Super: Terengganu ‘Rantai’ Sabah Di Likas

Hasrat Sabah FC untuk kembali ke landasan kemenangan tidak berjaya selepas diikat Terengganu FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas pada Ahad. Kedua-dua pasukan telah menurunkan barisan terkuat masing-masing dalam usaha mendapatkan kemenangan selepas gagal melakukannya pada perlawanan terdahulu. Terengganu memulakan perlawanan dengan garang apabila seawal minit ke-5, Nelson Bonilla hampir meletakkan Terengganu di […]

Kalamullah Al-Hafiz & Keluarga Berat Hati Tinggalkan Kedah

Bekas penjaga gol Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kalamullah Al-Hafiz serta keluarga berat hati untuk meninggalkan pasukan yang dikenali dengan gelaran Sang Kenari itu. Perkara tersebut disuarakan sendiri oleh isteri kepada Kalamullah, Haryanie Taj melalui satu ucapan perpisahan di laman Instagram. Bagi Haryanie, negeri Kedah telah membrikan kenangan dan kebahagiaan buat mereka sekeluarga sepanjang […]

Fokus Besar Iker Undabarrena Di JDT

Perancang tengah baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Iker Undabarrena membawa fokus besarnya bersama pasukan. Tonggak berusia 29 tahun itu baru sahaja menyertai skuad Harimau Selatan dari kelab LaLiga, CD Leganea bagi jendela perpindahan kedua. Pemain kelahiran Sepanyol ini melakukan debutnya ketika menentang Penang FC yang berkesudahan dengan kemenangan 5-0 memihak tuan rumah. Beliau memainkan peranan […]

“Ini Pengalaman Berguna Buat Pemain Kedah” – Nafuzi Zain

Pengendali Kedah, Nafuzi Zain melihat kekalahan di tangan KL City dalam aksi Liga Super sebagai satu pengalaman berguna buat anak-anak buahnya. Pada aksi tersebut, Kedah yang menampilkan barisan pemain muda terpaksa akur tumpas dengan keputusan 5-0 hasil gol Paulo Josue, Zhafri Yahya, Jovan Motika dan jaringan sendiri. Menurut Nafuzi, beliau secara peribadi tidak meletakkan sebarang […]

Liga Super: KL City Selesa Tundukkan ‘Ubi Muda’ Kedah

Pertembungan menarik melibatkan KL City dan pasukan utara tanah air, Kedah dalam saingan Liga Super pada Sabtu menyaksikan kemenangan diraih skuad Warga Kota. KL City yang menewaskan Kaya FC dalam kempen Shopee Cup sebelum rehat antarabangsa akan berdepan ujian dari Kedah yang ketika ini dipalit beberapa isu luar padang. Penyerang berpengalaman, Paulo Josue kekal mengetuai […]

Adib Ra’op Pilihan Utama Safee Sali, Atasi Tonggak JDT & Selangor

Lagenda bola sepak Malaysia, Safee Sali memilih pemain Penang, Adib Ra’op berbanding tonggak JDT dan Selangor. Beliau dalam satu konten bersama Astro telah menyusun 10 pertahanan terbaik menurutnya dalam kancah Liga Super Malaysia. Beberapa keputusan oleh lagenda JDT ini mencuri perhatian ramai terutamanya memilih Adib sebagai pemain paling berpotensi pada masa hadapan. Safee menganggap bahawa […]

Liga Super: Perak Jadikan Negeri Sembilan Mangsa Kebangkitan

Perak berjaya menumbangkan Negeri Sembilan untuk meraih tiga mata berharga dalam saingan Liga Super. Kemenangan ini mengubati kekalahan Perak yang lalu di tangan Kuching City sewaktu beraksi di Ipoh. Yusri Che Lah mempertaruhkan Haziq Nadzli selaku penjaga gawang utama pasukan manakala trio serangan dibarisi Wan Zack Haikal, Azfar Fikri dan Clayton da Silva.Hein Htet Aung, […]

Nidzam Jamil Puas Hati Dengan Debut Pertama Ali Olwan

Ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil memuji debut cemerlang Ali Olwan di pentas liga Malaysia. Ali Olwan membuka akaun jaringan bersama Selangor yang merupakan gol kedua pasukan sewaktu menentang Kuching City. Walaupun tiba dalam tempoh yang singkat, pemain kelahiran Jordan itu mampu mempamerkan prestasi yang mengagumkan bersama Selangor. “Dia pemain yang hebat, hanya dua hari lepas […]

Prestasi Pertahanan Kuching City Hampakan Aidil Sharin

Pengendali Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak mengakui kecewa dengan prestasi pertahanan pasukan itu dalam aksi Liga Super menentang Selangor FC. Kuching City tiba di Stadium MBPJ pada 13 September dengan misi meraih tiga mata penuh. Aksi menyakinkan bila kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Piala FA 2024 dilihat memberi keyakinan kepada pasukan yang berpangkalan di […]

Persiapan Sabah Diuji Hebat

Pasukan Liga Super, Sabah FC menerima tamparan hebat apabila kehilangan tonggak penting menjelang aksi berdepan Terengganu. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee dalam misi untuk kembali mendapatkan momentum terbaik selepaa tewas beberapa perlawanan. The Rhinos tewas tiga perlawanan daripada 5 aksi terakhir dan mahu bangkit untuk mengutip mata berdepan pasukan bimbingan Tomislav Steinbruckner. Sabah bagaimanapun […]

KL City Bertemu Kedah Tanpa Dua Tonggak Utama?

KL City berisiko kehilangan dua tonggak utama menjelang aksi Liga Super berdepan Kedah Darul Aman di Stadium Cheras pada Sabtu. Menurut pengendali KL City, Miroslav Kuljanac, skuadnya kini mengalami isu kecederaan melibatkan beberapa pemain yang menggusarkan beliau untuk melakukan persiapan. ”Kami mengalami beberapa kecederaan dan saya berharap pada Sabtu semuanya berada dalam keadaan baik, mereka […]

Nidzam Jamil: Selangor Tampil Berbeza Atasi Kuching City

Pengendali Selangor, Nidzam Jamil meluahkan kelegaan setelah melihat anak-anak buahnya tampil penuh kelainan ketika menundukkan Kuching City dalam aksi Liga Super pada Jumaat. Pada aksi tersebut, empat jaringan masing-masing daripada Ronnie Fernandez, Ali Olwan, Umar Eshmurodov dan Alvin Fortes memastikan tiga mata milik Gergasi Merah di laman sendiri. Menurut Nidzam, kemenangan yang diraih di Kelana […]

Kenyataan Rasmi Selangor FC

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC telah membuat kenyataan berhubung dengan pertukaran jadual menentang Terengganu. Baru-baru ini, Malaysian Football League (MFL) telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung perubahan jadual aksi yang telah ditunda. Ia melibatkan juga pertembungan antara dua gergasi Liga Super, Selangor dan juga Terengganu yang dianjak aksinya lebih lewat. “Perlawanan LS11 Terengganu FC […]

Kerja-Kerja Robohkan Stadium Shah Alam Giat Berjalan

Selepas 30 tahun berdiri teguh di Shah Alam, akhirnya bumbung Stadium Shah Alam runtuh menyembah bumi. Video runtuhnya bumbung stadium berkenaan tular di media sosial baru-baru ini. Ini merupakan sebahagian daripada kerja-kerja merobohkan Stadium Shah Alam yang giat berjalan. Dengan runtuhnya bumbung Stadium Shah Alam, proses perobohan stadium yang memiliki kapasiti 80,372 tempat duduk itu […]