Ketegasan MFL Dapat Pujian, Bukti Tiada Kabel ‘Orang Dalam’

Ketegasan yang ditunjukkan Malaysian Football League (MFL) yang tidak meluluskan permohonan pasukan bermasalah bagi mendapatkan Lesen Kebangsaan mendapat pujian. Ramai yang menjangkakan bahawa pasukan Melaka United dan Sarawak United yang mempunyai ‘kabel’ kuat akan tetap diberi lesen walaupun berdepan masalah kewangan, tetapi sebaliknya terjadi apabila badan bebas, First Instance Body (FIB) menolak permohonan mereka. Dua […]
Aidil Sharin : “Saya Rasa Mereka Ada Alasan Tersendiri Belum Tawar Kontrak Baru”

Pengendali Kedah Darul Aman FC, Aidil Sharin Sahak berjanji untuk terus kekal profesional dan komited melaksanakan tugasannya sebaik mungkin di sebalik belum menandatangani kontrak baru dengan kelab itu. Masa depan Aidil Sharin menjadi bualan hangat tatkala Kedah ketika ini mengharungi antara prestasi terburuk mereka di bawah kendalian jurulatih dari Singapura itu. Kekalahan 1-4 di tangan […]
“Kita Bukan One Man Team” – Ong Kim Swee

Memberi harapan palsu kepada pasukan lawan dan kemudiannya mengecewakan mereka pada minit akhir nampaknya sudah menjadi tabiat Dato’ Ong Kim Swee dan barisan pemain Sabah. Menjadi mangsa terbaru Sabah, adalah Sri Pahang yang berputih mata, menggigit jari di laman sendiri dengan kebangkitan dramatik lewat permainan skuad tambadau. Mereka sudah di ambang kekalahan apabila skuad Dollah […]
JDT Bakal Tentukan Nasib Sabah

Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menjadi penentu nasib Sabah FC dalam usaha mereka layak ke pentas Piala AFC. Anak didik Dato’ Ong Kim Swee kini berada pada landasan terbaik untuk ke Asia selepas mempamerkan kebangkitan untuk menewaskan Sri Pahang 2-1 semalam. Walau bagaimanapun, beliau menyedari laluan sukar yang bakal ditempuh oleh pasukannya pada perlawanan terakhir […]
Dollah Salleh : “Malam Ini Sepatutnya Milik Pahang”

Kekecewaan jelas terpancar di wajah Dollah Salleh, berikutan kekalahan 1-2 dialami pasukannya di tangan Sabah pada Selasa. Mana tidaknya, lima minit menuju wisel penamat di Stadium Darulmakmur, Sri Pahang berada di depan menerusi tandukan Steven Rodriguez dan dalam laluan tepat mengutip tiga mata. Namun sebaliknya berlaku, apabila Sabah bangkit menyamakan kedudukan menerusi Dominic Tan pada […]
Liga Super: JDT Mudah Tewaskan Kedah

Rekod tanpa kalah JDT dalam Liga Super terus bertahan tanpa dicabar sesiapa. Ini selepas tuan rumah mencatat kemenangan 3-1 ke atas Kedah di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. Babak pertama menyaksikan JDT menyerang bertubi-tubi pasukan pelawat sejak wisel perlawanan ditiup. Bagaimanapun, semua percubaan mereka tidak mengenai sasaran. Ketumpulan barisan serangan JDT mengakibatkan Helang Merah mendahului […]
Liga Super: Negeri Sembilan Hangatkan Perebutan Slot Asia Tewaskan Melaka United

Aksi Liga Super ke-21 melibatkan pertembungan antara Negeri Sembilan dan Melaka United berkesudahan dengan kemenangan sah menjadi milik tuan rumah. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik tatkala Negeri Sembilan kini dalam misi ke Asia pada tahun hadapan. Pasukan pelawat jelas memberi tentangan yang cukup baik pada awal permainan dengan beberapa gerakan yang hampir memerangkap lawan. Namun […]
Liga Super: Sabah Pamer Kebangkitan Luar Biasa Benam Sri Pahang

Misi ke pentas Asia semakin cerah buat pasukan Sabah FC selepas bangkit daripada ketinggalan untuk benam Sri Pahang 2-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan saling menyerang bagi mendapatkan gol awal dan peluang terbaik buat Sabah hadir pada minit ke-14 melalui Stuart Wilkin namun rembatan deras […]
Liga Malaysia : 5 Pasukan Yang ‘Bungkus’ Kerana Masalah Kewangan

Perkara pertama yang menjengah pemikiran apabila melihat isu tunggakan gaji yang berlaku dalam Liga Malaysia, adalah sejauh mana kesediaan setiap pasukan terutamanya dari segi kewangan untuk bersaing di musim baru nanti. Kesedaran kebanyakan pasukan mengenai perkara ini nampak seperti masih terlalu rendah walaupun saban tahun kita dimomokkan dengan pelbagai isu yang berkaitan kewangan. Ditambah pula […]
Tiru Cara TMJ, Beliau Telah Tunjukkan Cara Yang Betul Urus Kelab Bolasepak – Norfarhan

Bekas penyerang Kelantan dan skuad kebangsaan, Norfarhan Muhammad tanpa berselindung menyatakan rasa kagumnya terhadap ketokohan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) yang telah membawa pelbagai kejayaan kepada kelab itu. TMJ menerajui JDT bermula 2013 dan sejak itu telah menjadikan kelab itu sebagai lambang kemegahan bolasepak tanah air dengan pencapaian-pencapaian hebat, termasuklah yang terbaru muncul […]
Sedih Lihat Kejatuhan Bolasepak Kelantan, Norfarhan Letak Keyakinan Pada Zamsaham

Melihat skuad Kelantan yang pernah dijulangnya kira-kira sedekad lalu mengalami zaman kejatuhan dan hilang status sebagai kuasa besar bolasepak tanah air, ternyata mengecewakan bekas penyerang sensasi pasukan itu, Norfarhan Muhammad. Dari tahun 2009 hingga 2013, Kelantan begitu dominan, dilabel gergasi bolasepak tanah air dan berjaya menjulang tujuh trofi secara keseluruhan. Jaringan tunggal Norfarhan menyaksikan […]
“Belum Ada Pasukan Nyatakan Mahu Tarik Diri” – Stuart Ramalingam

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL) Stuart Ramalingam menegaskan sehingga ke saat ini belum ada pasukan yang menyatakan secara rasmi mahu menarik diri daripada Liga Malaysia 2023. Kenyataan Stuart itu, sebagai reaksi kepada spekulasi bertiup kencang mengatakan ada beberapa pasukan termasuklah yang beraksi dalam Liga Super musim ini, akan ‘tutup kedai’ kerana mengalami masalah […]
Irfan Bakti Tidak Faham Kenapa MFL Buat Undian Awal

Jika Malaysian Football League (MFL) beranggapan kesemua pasukan ataupun jurulatih bersetuju dengan undian Piala Malaysia 2022 dibuat terlalu awal, mereka sebenarnya silap. Jurulatih-jurulatih berprofil tinggi seperti Tan Cheng Hoe, Zainal Abidin Hassan, Ong Kim Swee dan Rezal Zambery Yahya kesemuanya dilihat menyatakan bersetuju dengan MFL, tetapi pada akhirnya ada jurulatih tampil mempertikaikan keperluan undian untuk […]
“Pasukan Mana Pun Boleh, Asalkan Bukan JDT”

Saingan Liga Super semakin menghampiri penghujungnya, setelah berakhir perlawanan pada Jumaat rata-rata pasukan sudahpun bermain 20 perlawanan. Dengan gelaran juara sudah diketahui menjadi milik Johor Darul Takzim (JDT), tumpuan kini terarah kepada pasukan manakah akan menamatkan saingan di kedudukan tiga teratas yang menjadi buruan tiga penjuru antara Sabah, Terengganu dan Negeri Sembilan. Manakala baki pasukan […]
Berjaya Lebur Rekod Gah JDT, Dollah Salleh Bersyukur

Pengendali Sri Pahang, Dollah Salleh nyata cukup gembira dengan kejayaan pasukannya mengutip satu mata ketika menentang Johor Darul Takzim (JDT) pada Jumaat. Keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Darul Makmur bukan sahaja menyaksikan Sri Pahang menjadi satu-satunya pasukan yang tidak tewas kepada skuad juara Liga Super itu musim ini. Tetapi lebih menarik ia turut menyaksikan […]
Liga Super: Sri Pahang Ikat JDT Di Darul Makmur

JDT terus gah di persada Liga Super walaupun terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Sri Pahang hari ini. Perlawanan ditangguhkan selama 95 minit berikutan hujan lebat di Kuantan. Ini mengakibatkan padang di Stadium Darul Makmur basah dan digenangi air. Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bergelut mempamerkan corak permainan menarik dan kemas. Kedudukan […]