Nelson San Martin Tak Sabar Berbakti Kepada Bolasepak Malaysia

Bekas tonggak import Kedah, Nelson San Martin mengakui dirinya tidak sabar untuk kembali menabur bakti dalam kancah bolasepak Malaysia. Dia yang berasal dari Chile mengharapkan peluang itu akan hadir sambil mengakui cukup merindui semua kenangan masa lalu sepanjang berada di sini. “Beberapa hari lalu, saya telah dijemput ke kediaman Kedutaan Malaysia di Chile, Encik Abu […]

Kpah Sherman Dalam Radar Sri Pahang

Sri Pahang dilaporkan menjadi pasukan terbaru berminat mendapatkan khidmat penyerang import Terengganu, Kpah Sherman bagi mengharungi musim 2023. Berikutan tersingkirnya Terengganu daripada saingan Piala Malaysia, masa depan pemain-pemain import mereka pantas menjadi tumpuan apatah lagi hanya Habib Haroon telah menandatangani kontrak lanjutan tatkala empat yang lain termasuk Kpah Sherman hampir pasti tiada dalam perancangan. Meskipun […]

“Saya Takkan Beli Kelab Lain di Malaysia” – Zamsaham

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham melontarkan persoalan mengapa tiada pihak yang berminat untuk melabur di dalam dunia bolasepak di Malaysia. Menurutnya kelab-kelab seperti Melaka United dan Sarawak United mempunyai kumpulan penyokong yang ramai namun hairan tiada yang berminat membeli atau mengambil alih kelab tersebut. “Kenapa tiada orang beli pasukan Melaka […]

Manja Man Tawar Diri Kepada Zamsaham

Bekas ketua jurulatih Perlis, Manja Man menawarkan diri kepada pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman (Zamsaham) untuk menjadi sebahagian daripada skuad The Red Warriors musim depan. Zamsaham dalam satu posting terbaru di facebook beliau, bertanya kepada penyokong sama ada mereka menginginkan jurulatih import atau tempatan untuk mengemudi kelab itu mengharungi Liga Super 2023. Di ruangan komen, […]

Rezal Harap Zamsaham Bawa Masuk Import Lebih Berkualiti Perkuat Kelantan

Dengan berakhirnya cabaran dalam saingan Piala Malaysia musim ini, fokus Kelantan FC kini terarah kepada pembentukan skuad lebih mantap bagi musim depan. Rombakan besar dijangka akan dibuat terutama pada barisan pemain, mengambil kira pasukan pantai timur itu memerlukan pemain yang lebih berkualiti bagi memberi tentangan di Liga Super. Pengendali pasukan, Rezal Zambery Yahya memaklumkan setakat […]

Subahan Dedah Punca Sebenar PJ City Tarik Diri, Bukan Kerana Masalah Kewangan

Pengunduran PJ City FC daripada saingan Liga Malaysia musim depan, bukan kerana masalah kewangan sepertimana tanggapan ramai. Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal menjelaskan keputusan berat itu diambil kerana kelab itu mendapati sukar untuk bersaing dan menyesuaikan diri dengan penstrukturan baru Liga Malaysia yang dibuat Malaysian Football League musim depan. “Kelab sudah melakukan yang terbaik dalam […]

Shamie Iszuan Sahkan Bakal Perkuat Sri Pahang

Setelah mengharungi cabaran 2022 yang agak suram, Sri Pahang FC nampaknya sudah mengatur langkah untuk membina skuad lebih mantap bagi mengharungi Liga Malaysia 2023. Skuad kendalian Dollah Salleh itu menamatkan kempen Liga Super di tangga ketujuh dan tersingkir awal masing-masing dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia. Mereka sedang rancak memburu pemain-pemain baru untuk memperkuatkan […]

“Liga Kita Bukan Liga Amatur, Kestabilan Penting” – CEO MFL

CEO Malaysian Football League (MFL) Stuart Ramalingam menepis spekulasi yang mengatakan bahawa badan pengelola Liga Malaysia itu akan menawarkan slot kosong di Liga Super musim depan, kepada pasukan-pasukan amatur yang bermain di Liga M3. Setakat ini ada dua kekosongan susulan Melaka United dan Sarawak United tidak diberikan lesen, dan jumlah tersebut berkemungkinan akan bertambah sekiranya […]

Pemain Sedih, Anggap Satu Kerugian Besar Jika PJ City Tarik Diri

Perkhabaran bahawa PJ City FC akan menarik diri daripada saingan Liga Malaysia musim depan, ternyata sukar diterima oleh barisan pemain dan pegawai kelab itu. Mengakui sudah dimaklumkan secara lisan mengenai kemungkinan besar kelab itu ditutup jika tiada pihak yang berminat untuk membeli saham kelab itu, masing-masing masih berharap masih ada sinar untuk PJ City kekal […]

PJ City Belum Nyatakan Mahu Tarik Diri

Khabar angin tersebar kencang mengenai PJ City akan menarik diri daripada saingan Liga Super musim depan susulan tweet oleh pengacara sukan terkemuka tanah air, Hafizal Hamad pada Isnin. Kelab berpangkalan di Lembah Klang itu yang merupakan satu-satunya pasukan mempertaruhkan sepenuhnya kudrat pemain tempatan, khabarnya sudah pun memaklumkan kepada barisan pemain dan pegawai mengenai perkara itu […]

“Takkan Boss Zam Masih Ragu-Ragu?” – Soal Bekas Penyerang TRW

Suasana yang begitu lama dirindui terjadi di Kota Bharu pada Sabtu, apabila Stadium Sultan Muhammad Ke-IV ‘full-house’ dek kebanjiran penyokong ketika pertembungan antara TRW Kelantan FC dan JDT. Statistik rasmi menunjukkan angka 20,011 tiket terjual, manakala secara kasar apabila dicampur dengan penyokong yang datang atas tiket percuma, jemputan khas dan sebagainya, jumlahnya sudah tentu lebih […]

Pemilik Melaka United Salahkan MFL

Susulan keputusan Malaysian Football League (MFL) kekal dengan pendirian menolak permohonan Melaka United untuk mendapatkan lesen kebangsaan bagi beraksi dalam Liga Super musim depan, ia menimbulkan rasa tidak puas hati pemilik kelab itu, Datuk Wira Justin Lim. MFL pada Selasa mengumumkan bahawa rayuan dikemukakan oleh Melaka United ditolak, setelah permohonan awal mereka sebelum ini ditolak […]

“Tiru Cara Kelantan” – Stuart Ramalingam

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam mengakui kagum melihat transformasi menyeluruh dilalui Kelantan FC sejak diambil alih oleh Norizam Tukiman (Zamsaham). Stuart telah berada di Kota Bharu sejak Ahad, dan telah berkesempatan untuk mengunjungi TRW Shop, serta meluangkan masa bertemu dengan Zamsaham untuk mengetahui halatuju serta perkembangan terkini kelab pantai timur itu. […]

MFL Tak Bagi Muka Kepada Melaka dan Sarawak United

Malaysian Football League (MFL) pada hari ini mengumumkan penggantungan lesen kebangsaan yang dikenakan ke atas Melaka United dan Sarawak United, dikekalkan. Ini berikutan rayuan dibuat oleh dua kelab itu, ditolak oleh Jawatan Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB) sekaligus bermakna masing-masing terlepas beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim depan. “AB telah mempertimbangkan rayuan MUFC dan SUFC […]

Selepas Arif Aiman, JDT Kini Sedang Persiapkan Daryl Sham Untuk Gegar Liga Malaysia

JDT nampaknya semakin rancak mengetengahkan bakat-bakat muda untuk menjadi superstar dalam kancah Liga Malaysia. Selepas mengangkat nama-nama seperti Afiq Fazail, Ramadhan Saifullah dan Arif Aiman, kelab selatan tanah air itu sedang mempersiapkan pula seorang lagi anak muda, K.Daryl Sham. Bintang kelahiran Johor Bharu berusia 20 tahun itu, mengharungi musim 2022 yang cukup gemilang, apabila menjadi […]

Majoriti Penyokong Bersetuju Jika MFL Perkenal Perlawanan Liga Super Waktu Siang

Majoriti penyokong bola sepak tanah air menyambut baik cadangan sekiranya Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengadakan perlawanan Liga Super pada waktu siang. Seperti yang sedia maklum, kebiasaan perlawanan di Malaysia akan diadakan di pada sebelah malam sejak sekian lama. Walau bagaimanapun, terdapat usaha oleh MFL untuk mengadakan aksi Liga Super pada musim ini pada sebelah petang […]