Wajah Bintang Baharu Kelantan Tertiris, Pernah Beraksi Di UEFA Conference League?

Pasukan Liga Super, Kelantan FC dikhabarkan sudah pun mencapai persetujuan untuk membawa masuk pemain kelahiran Jepun, Ryohei Michibuchi. Pemain kelahiran Jepun itu merupakan pemain yang pernah beraksi di pentas tertinggi bola sepak Eropah apabila beraksi bersama salh sebuah kelab Serbia, FK Radnicki. Beliau yang telah pun tamat kontrak di sana mula digembar-gemburkan akan datang menyertai […]
Liridon Krasniqi Hadir Ke Terengganu Bersebab

Terengganu FC baru-baru ini telah melakar kejutan dalam pasaran perpindahan pemain apabila membawa masuk pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi dari kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan kontrak pinjaman satu tahun. Ini menandakan Liridon bakal mengisi slot pemain tempatan Terengganu bagi menghadapi jadual padat yang dijangka menanti skuad Sang Penyu musim ini selepas mereka turut bakal […]
Rasmi: Liridon Krasniqi Perkuat Terengganu

Bekas pemain kebangsaan, Liridon Krasniqi sah memperkuat pasukan Terengganu bagi saingan Liga Super 2023 musim ini. Perkara ini diumumkan oleh kelab Terengganu sebentar tadi. Liridon mengikat kontrak setahun bersama skuad Penyu dengan status pemain pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim. Sebelum ini, beliau beraksi di Liga Thailand selama separuh musim bersama kelab Khon Kaen United dan […]
TMJ: Ingat Projek Baharu Yang Saya Beritahu Awak

Selepas lama tidak beraksi selepas mengalami kecederaan lutut, akhirnya Syamer Kutty Abba dapat menjalani semula latihan bersama JDT. Semua ini takkan berlaku bantuan dan sokongan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pengurusan pasukan. Atas sebab itu, bekas pemain tengah Penang itu mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantunya mengharungi proses pemulihan kecederaan […]
Negeri Sembilan Lancar Pas Musim Serendah RM89

Dengan Liga Super bakal bermula tidak lama lagi, Negeri Sembilan mula sibuk menarik penyokong datang ke stadium. Hari ini, skuad Hoben Jang Hoben melancarkan pas bermusim pada harga serendah RM89. Anak-anak buah K. Devan amat mengharapkan kehadiran penyokong ke stadium sebagai ‘pemain ke-12’. Ini kerana Negeri Sembilan bakal beraksi sekurang-kurangnya 15 kali di Stadium Tuanku […]
Import Kelahiran Itali Kini Sah Milik Kelantan

Kelantan terus memperkukuh kesebelasan utama mereka menjelang Liga Super yang bermula pada 24 Februari ini. Terbaru, pemain import Itali-Filipina, Christian Rontini kini menjadi awang import terbaru The Red Warriors. Perpindahan bekas pemain import Penang itu diumumkan Kelantan menerusi laman media sosial mereka hari ini. Memulakan karier bersama Verbania, dia kemudiannya beraksi Sangiovannese dan Antella 99. […]
Kelantan Bakal Bawa Masuk Bintang Jepun?

Selepas sah membawa masuk dua awang import Korea Selatan iaitu Kim Min-gyu dan Kang Yi-chan, Kelantan dikhabarkan bakal membawa seorang pemain Jepun sebagai awang import baru mereka. Awang import yang dicanang menyertai The Red Warriors itu ialah Ryohei Michibuchi. Sekiranya perpindahan ini menjadi realiti, kehadirannya dijangka menambah pilihan yang dimiliki jurulatih Kelantan, Choi Moon-sik di […]
Tomislav Intai Potensi Mulakan Musim Dengan Julang Piala

Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner memasang impian untuk menyepak mula saingan Liga Malaysia musim baru, dengan menjulang piala. Terengganu akan membuka tirai musim 2023 dengan menentang JDT dalam perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah, yang juga merupakan aksi pertama Liga Super pada 24 Februari, di Stadium Sultan Ibrahim. Tomislav sedar bukan tugas mudah untuk mengatasi skuad […]
Balotelli Selangkah Sertai Kedah ?

Kedah Darul Aman FC dalam perancangan mengumumkan import baharu yang bakal memperkuatkan pasukan menjelang musim 2023. Pasukan kendalian Nafuzi Zain ini sedang rancak mengatur langkah bagi memastikan perjalanan musim baharu ini berjalan dengan lancar. Gergasi Hijau Kuning telah meraih perhatian ramai apabila membawa masuk beberapa pemain tempatan berkualiti dan juga pemain import berprofil hebat pada […]
Cubaan Ambil Alih PJ City Gagal

Usaha yang dilakukan untuk mengambil alih pasukan Liga Super 2022, PJ City FC tidak kesampaian apabila difahamkan kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat. Perkara ini telah pun dimaklumkan dalam satu kenyataan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) apabila hanya 14 sahaja pasukan yang bakal mengambil bahagian dalam Liga Super 2023. Terdapat desas-desus yang kuat mengatakan PJ […]
Rasmi: MFL Perkenal Sepak Mula Waktu Siang

Aksi Liga Super 2023 bakal membawa satu lagi perubahan besar apabila perlawanan akan diadakan bermula waktu petang. Menerusi satu pengumuman oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL), waktu bagi setiap aksi akan terbahagi kepada beberapa kelompok waktu yang telah dibincangkan. Bagi aksi di Semenanjung, perlawanan akan bermula seawal jam 5:15-5:30 petang manakala disusuli dengan aksi pada jam […]
Ambil Pemain Import Kitar Semula Sebenarnya Lebih Berbaloi

Saingan Liga Malaysia 2023 akan menyaksikan kebanjiran pemain import, lebih ramai dari musim-musim sebelumnya berikutan kelab-kelab boleh mendaftarkan sembilan import sepertimana dibenarkan Malaysian Football League. Ada pasukan memanfaatkan sepenuhnya kuota yang dibenarkan, manakala ada pasukan mengambil import berdasarkan keperluan sahaja kerana yang boleh didaftarkan dalam satu-satu perlawanan hanyalah enam (5 di dalam kesebelasan, 1 di […]
Ifedayo Olesogun Tidak Akan Kekal Beraksi Di Malaysia ?

Bekas pemain import Melaka United, Ifedayo Olesogun difahamkan tidak akan meneruskan perjalanan kariernya di Liga Malaysia. Pemain kelahiran Nigeria itu merupakan antara peledak berbisa di Liga Super sejak beberapa musim kebelakangan ini namun tidak dapat memperoleh rentak terbaiknya pada musim lalu. Hal ini berikutan beberapa masalah yang yang melanda kelab sekaligus merencatkan perjalanan musim dan […]
Ketinggian Pemain Import Perak Amat Menakutkan

Ketinggian pemain import baharu Perak FC mencuri perhatian ramai tatkala susuk tubuhnya kelihatan cukup tegap untuk bersaing di Liga Super 2023. Pasukan utara tanah air ini rancak melaksanakan pelan bagi musim baharu dengan kemasukan beberapa muka baharu musim ini. Malah, pelantikan ketua jurulatih, Lim Teong Kim memperlihatkan keseriusan pasukan The Bos Gaurus dalam misi untuk […]
Hadi Fayyadh Tepis Tanggapan Perkelanaan Ke Jepun Satu Kegagalan

Penyerang muda, Hadi Fayyadh Abd Razak yang menyertai Perak baru-baru ini, tidak menganggap perkelanaannya ke Jepun selama beberapa tahun sebelum ini, sebagai satu kegagalan. Hadi Fayyadh dilabel gagal, kerana sepanjang bermain di negara matahari terbit itu bermula 2019, dia tidak lebih daripada sekadar ‘penumpang’ di dalam skuad Fagiano Okayama (Liga J2) dan Azul Claro Numazu […]
Bintang Piala AFF Harimau Malaya Sertai Sri Pahang

Sri Pahang nampaknya terus bernafsu mempersiapkan skuad bagi mengharungi musim baru Liga Malaysia, apabila menyambar pula khidmat pemain sayap kanan skuad kebangsaan, Nur Shamie Iszuan Amin. Dalam kenyataan rasmi oleh kelab gergasi pantai timur itu pada Selasa, mereka mengumumkan pemain berusia 27 tahun dari Kuching itu telah menandatangani kontrak selama dua tahun. Nur Shamie yang […]