Liridon Krasniqi Teruja Kembali Ke Kedah

Perancang tengah Terengganu FC, Liridon Krasniqi teruja untuk kembali semula ke Stadium Darul Aman bertemu bekas kelabnya, Kedah Darul Aman. Beliau yang memulakan kariernya di sana pada tahun 2015 sudah bersedia sekiranya ketua jurulatih mahu meletakkannya dalam kesebelasan utama pasukan Sabtu ini. “Sekiranya saya diturunkan jurulatih, saya mahu memperagakan corak permainan terbaik bagi membantu pasukan […]
Tano Solari Masih Tiada Kesebelasan Utama

Walaupun mencatat kemenangan pertama ke atas Terengganu dalam Perlawanan Sumbangsih, itu bukan alasan bagi Johor Darul Ta’zim (JDT) merasa selesa. Dengan KL City menanti JDT di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur esok, ramai tertanya siapa yang bakal diturunkan oleh jurulatih Tano Solari. Solari dilihat berteka-teki tentang siapa yang akan diturunkan esok. Tetapi jurulatih Argentina itu […]
Negeri Sembilan vs Sri Pahang: Kualiti Pemain Simpanan JDT Sebaik Pemain Utama

Mungkin tidak ramai yang perasan bahawa dari 22 pemain yang bermain di atas padang ketika perlawanan antara Negeri Sembilan FC dan Sri Pahang FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi ada enam pemain simpanan dan pinjaman Johor Darul Ta’zim beraksi dengan seorang lagi diletakkan di bangku simpanan. Tiga daripada mereka digunakan dalam kesebelasan Negeri Sembilan […]
JDT Naik Taraf Gimnasium Dengan Proinertial

Selepas mengumumkan kerjasama dengan sebuah syarikat kecergasan antarabangsa bagi menambahbaik kemudahan gimnasium mereka beberapa minggu lepas, hasil kerjasama yang ditunggu-tunggu Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya tiba. Ini selepas JDT memuatnaik gambar-gambar terbaru gimnasium mereka yang dilengkapi pelbagai peralatan moden yang disediakan oleh Proinertial. Dengan pelbagai peralatan terkini yang disediakan Proinertial, ia bukan saja membantu aspek […]
Fandi Ahmad Pertahan Kritikan Terhadap Kpah Sherman

Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad mengakui kurang berpuas hati dengan permainan ditunjukkan barisan pemainnya ketika seri 1-1 menentang Negeri Sembilan pada Ahad. Menurutnya walaupun satu mata yang diraih itu melegakan mengambil kira mereka bermain di tempat lawan, pasukannya kelihatan agak goyah dan tidak beraksi di tahap terbaik. “Separuh masa pertama menjadi sulit sedikit kerana kita […]
Paulo Josue Sabar Tunggu Panggilan Kim Pan-gon

Beberapa hari lepas, status Paulo Josue dan Endrick Dos Santos sebagai pemain naturalisasi Malaysia telah disahkan. Dan bagi kapten KL City itu, panggilan menyertai skuad Harimau Malaya merupakan satu penghormatan yang tidak akan dilepaskannya. Ramai menjangkakan Josue bakal menjadi jeneral tengah skuad yang dibimbing Kim Pan-gon itu. Tetapi setakat ini, pemain berdarah Brazil itu belum […]
Izham Tarmizi Terima Beberapa Jahitan, Keadaan Dilaporkan Stabil

Penjaga gol Sri Pahang FC, Izham Tarmizi Roslan memberi kelegaan kepada ramai pihak mengenai status terbarunya. Beliau mencuri tumpuan semalam selepas hampir memberi khabar kurang baik apabila terpaksa diusung keluar ketika babak pertama perlawanan. Beliau dikesan berlaga dengan pemain Negeri Sembilan, Hasbullah Abu Bakar dalam kotak penalti Sri Pahang dan menyebabkan beliau terbaring. Penjaga gol […]
Liga Super: Sri Pahang Curi Satu Mata Bertemu Negeri Sembilan

Negeri Sembilan membuka kempen Liga Super mereka dengan satu mata selepas sekadar seri 1-1 dengan Sri Pahang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hari ini. Sebaik sepak mula, skuad Hoben Jang Hoben yang mendapat sokongan padu penyokong di tempat sendiri melancarkan serangan ke atas pasukan pelawat. Hasilnya, tuan rumah mendahului menerusi penyerang import dari Brazil, […]
Debut Izham Tarmizi Bersama Sri Pahang Berakhir Dengan Tragedi

Kecederaan yang dialami oleh penjaga gol Sri Pahang, Izham Tarmizi sungguh mengerikan tatkala beliau terpaksa dikejarkan ke hospital dengan kadar segera. Aksi yang melibatkan pertembungan antara Negeri Sembilan dan Sri Pahang itu berlangsung dengan cukup baik sebelum insiden tersebut mengubah wajah perlawanan. Keadaan ini terjadi melibatkan pertembungan antara penjaga gol yang dipinjamkan dari JDT itu […]
Liga Super: Selangor Mandi Peluh Tewaskan Kelantan United

Aksi Liga Super 2023 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Selangor dan Kelantan United. Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ Kelana Jaya menyaksikan anak buah kendalian Tan Cheng Hoe berjaya mengutip tiga mata apabila menewaskan Kelantan United dengan keputusan 1-0. Jaringan pembukaan terhasil pada minit ke-40 permainan menerusi pertahanan import Selangor, Yazan Al-Arab. Yazan memanfaatkan […]
Bojan Hodak: Tolonglah Jadi Adil

Jurulatih KL City, Bojan Hodak meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap keputusan pengadil yang mengadili perlawanan semalam. Penang FC berjaya mengikat KL City dengan jaringan 2-2 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras semalam. Walaubagaimanapun, beliau enggan memberi mengulas lanjut mengenai situasi tersebut kerana dia tidak mahu dikenakan tindakan lanjut yang tidak sewajarnya. Beliau cuma mahu […]
Paulo Josue: Perasaan Jaringkan Gol Sebagai Pemain Malaysia Amat Berbeza

Kapten KL City, Paulo Josue membuka akaun jaringan Liga Supernya untuk musim 2023 dengan menyumbat dua gol dalam perlawanan menentang Penang semalam. Bagi pemain naturalisasi terbaru Malaysia itu, perasaan menjaringkan gol semalam berbeza daripada sebelumnya. Ini kerana bagi pemain berdarah Brazil, dua golnya itu dirasakan amat istimewa memandangkan dia menerima status naturalisasinya pada Jumaat lepas. […]
Safee Sali Terharu Dengan Tindakan JDT & TMJ

Bekas penyerang berbisa Harimau Malaya, Safee Sali mengakui terharu dengan tindakan yang diusahakan oleh bekas kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dalam karier bola sepaknya. Beliau pernah menjadi antara penyerang paling digeruni semasa menyarung jersi Harimau Selatan itu mengucapkan jutaan terima kasih atas sambutan luar biasa di Stadium Sultan Ibrahim. […]
Jurulatih PDRM Sasar Tiga Mata Menentang Perak

Kekalahan 0-4 kepada Sabah FC semalam jelas sekali mahu dilupakan jurulatih PDRM FC, Azzmi Aziz apabila beliau kini mahu anak-anak buahnya mengalihkan tumpuan kepada perlawanan seterusnya iaitu menentang Perak FC. Mengulas kekalahan besar yang menimpa pasukannya, Azzmi akur dengan keputusan tersebut sambil mengakui Sabah merupakan pasukan yang lebih bersedia apabila sudah bersama dalam satu tempoh […]
Irfan Bakti Tak Sangka Tewaskan Kelantan

Kejayaan Kuching City mengejutkan Kelantan FC dengan keputusan 2-1 semalam ternyata mengejutkan ramai pihak apatah lagi Kelantan beraksi di gelanggang sendiri. Selain itu, Kelantan juga merupakan naib juara Liga Premier musim lalu. Mengulas kemenangan mengejutkan yang diraih Kuching City, jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim jelas sekali memuji anak-anak buahnya yang segera bangkit selepas melakukan kesilapan […]
Feroz Baharudin Ada Misi Di JDT

Prospek muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin akui gembira diberi kepercayaan untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan. Berjaya merangkul trofi pertama musim 2023 selepas menewaskan Terengganu dalam aksi Piala Sumbangsih, Feroz tekad untuk terus memberikan yang terbaik bersama JDT. Beliau menyasarkan untuk meraih lebih banyak piala dan kejuaraan pada musim ini. “Ini peluang terbaik […]