Keghairahan Luka Milunovic Bawa Padah Buat Perak

Keghairahan pemain Perak FC, Luka Milunovic dalam meraikan jaringannya ketika menentang Kuala Lumpur City FC (KL City) membawa padah. Ini kerana, pemain Serbia itu dilaporkan mengalami kecederaan selepas meraikan gol dan ianya membimbangkan jurulatih Perak, Yusri Che Lah. Bagi Yusri, Milunovic sangat komited dengan pasukan namun mungkin keghairahan beliau menjaringkan gol membuatkan beliau mengalami kecederaan […]
Terima Kasih Pemain Kedah

Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain mengucapkan terima kasih atas perjuangan hebat pemainnya berdepan Sri Pahang. Baru-baru ini, pemain utama Sang Kenari tidak turun berdepan KL City FC di Cheras selepas isu luar padang yang difahamkan masih belum menemui jalan penyelesaian. Nafuzi bagaimanapun menghamburkan pujian tertinggi kepada anak buahnya yang berjuang habis-habisan sungguhpun […]
Fikri & Washington Brandao Beri Impak Segera Buat Kelantan DN

Penolong jurulatih Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Rezal Zambery Yahya berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan Fikri Che Soh dan Washington Brandao. Kedua-duanya merupakan antara tonggak baru Sang Kijang Emas yang tiba dalam tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M). Fikri dipilih sebagai penjaga gol utama Kelantan DN dalam aksi terbaru liga menentang […]
IShowSpeed & Tunku Ismail Berbual Tentang Cristiano Ronaldo

Penstrim video terkemuka dunia, IShowSpeed sempat bersua muka dengan Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor. Mereka juga menjadikan topik berkenaan pemain terhandal dunia, Cristiano Ronaldo sebagai antara isi perbicaraan semasa pertemuan di Stadium Sultan. Ibrahim. Speed yang berada di Singapura bagi jelajah […]
S. Subramaniam: Liga Super Mudah Buat Arif Aiman

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, S. Subramaniam melihat sudah tiba masanya buat Arif Aiman Hanapi beraksi dalam saingan liga luar negara. Selepas menggegar gawang Shanghai Port dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), pemain sayap berusia 22 tahun itu makin berbisa di Liga Super. Terbaru, Arif meledakkan dua gol untuk membantu Johor Darul Ta’zim FC (JDT […]
Respon Tunku Ismail Selepas Bertemu Speed Di Stadium Sultan Ibrahim

Respon Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor selepas bertemu dengan penstrim video dalam talian, IShowSpeed. Pempengaruh media sosial itu melakukan kejutan apabila berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim ketika aksi antara JDT menentang Kelantan Darul Naim. Beliau sempat mengelilingi stadium yang terletak di Johor Bharu itu selepas beliau […]
Liga Super: JDT Berpesta Gol Tumpaskan Kelantan DN

JDT cemerlang menewaskan cabaran Kelantan Darul Naim dengan penuh bergaya di Stadium Sultan Ibrahim apabila merekodkan jaringan besar 6-1. Hector Bidoglio mempertaruhkan barisan pemain hebat seperti Bergson, Park Jun-heong, Romel Morales, Nazmi Faiz, Arif Aiman serta kapten pasukan, Jordi Amat bagi aksi menentang Kelantan DN. Park Jae-hong pula menurunkan kesebelasan utama terbaik pasukan yang dibarisi […]
IShowSpeed Sarung Jersi JDT, Bertemu Tunku Ismail Di SSI

Pempengaruh terkemuka dunia, IshowSpeed tampil mengejutkan apabila menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) dan bertemu DYAM Tunku Ismail di Stadium Sultan Ibrahim. Beliau sebelum ini sudah pun tiba di Malaysia untuk mengadakan jelajah di Asia Tenggara sambil menikmati budaya di setiap negara. IShowSpeed telah dibawa berkunjung ke serata Kuala Lumpur sebelum beliau berangkat ke Indonesia […]
Liga Super: Penang & Negeri Sembilan Kongsi Satu Mata

Sepakan jarak jauh Sebastian Avanzini memastikan Penang FC terpaksa berkongsi satu mata dengan Negeri Sembilan FC dalam aksi terbaru Liga Super. Kedua-dua pasukan mahu bangkit selepas tewas dalam aksi liga sebelumnya. Harimau Kumbang dibelasah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) 5-0 dengan Negeri Sembilan pula tumpas kepada Perak FC. Penang turun tanpa kelibat kapten dan […]
Impak Istimewa Ifedayo Olusegun Kagumkan Zainal Abidin

Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan mengakui kagum dengan pencapaian 90 gol yang dilakar Ifedayo Olusegun. Rekod tersebut dicipta penyerang Nigeria itu dalam aksi terbaru Liga Super antara PDRM FC dan Sabah FC pada 21 September lalu. Ifedayo yang masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua memastikan PDRM meraih tiga mata penuh […]
Aksi Haziq Nadzli Raih Pujian

Aksi penjaga gol Perak FC, Haziq Nadzli ketika bertemu Kuala Lumpur City FC (KL City) pada Sabtu mendapat pujian daripada pundit bola sepak yang juga jurulatih, Datuk Zainal Abidin Hassan. Dalam perlawanan sengit itu, Haziq telah mempamerkan beberapa aksi memukau dalam menyelamatkan pintu gol Perak daripada dibolosi. Perak berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 1-0 hasil […]
Sikap Pemain Sabah Kecewakan Ong Kim Swee

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee kecewa dengan sikap pasukan itu yang memandang rendah keupayaan pihak lawan. Aksi terbaru liga membabitkan PDRM FC dan Sabah menyaksikan pasukan dari Negeri Di Bawah Bayu itu bergelut melepasi gawang The Cops. Tatkala pasukan itu berusaha mencari gol kemenangan, Ifedayo Olusegun muncul wira buat PDRM. Bekas pemenang Kasut […]
“Terima Kasih 2024/25” – Syahmi Safari

Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT), Syahmi Safari mengucapkan terima kasih kepada musim 2024/25 sekaligus memberi bayangan tidak akan beraksi lagi musim ini. Pemain berusia 26 tahun itu masuk sebagai pemain gantian kepada Oscar Arribas pada minit ke-76 ketika membantu skuad Harimau Selatan berdepan Penang. Beliau juga memastikan tuan rumah merakamkan kemenangan selesa 5-0 menentang […]
Liga Super: Perak Hapus Badi Laman Sendiri, Benam KL City

Hasrat Perak FC untuk meraih kemenangan pertama di gelanggang sendiri bagi saingan Liga Super musim ini menjadi kenyataan selepas berjaya menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City) pada Sabtu. Perak yang dibimbing Yusri Che Lah meletakkan barisan terkuat dengan Clayton Da Silva menjadi penyerang tunggal di bahagian hadapan manakala KL City dilihat sedikit tempang selepas […]
Liga Super: PDRM Tundukkan Sabah

Sabah terus berdepan kemarau kemenangan dalam Liga Super apabila tewas 1-0 kepada PDRM FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. PDRM mahu bangkit selepas dibelasah Sri Pahang FC 5-1 di Temerloh pada 15 September lalu. Manakala Sang Badak pula mahu memburu kemenangan selepas kali terakhir melakukannya dalam aksi menentang Tok Gajah pada 9 Ogos. Jafri Firdaus […]
“Masalah Tak Selesai, Pemain Beraksi Kerana Sayang Kedah” – Nafuzi Zain

Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain memberi respon terhadap situasi semasa pasukan. Pengendali muda itu menyaksikan skuad bimbingannya berjaya mencuri satu mata di laman sendiri berdepan Sri Pahang. Beliau menzahirkan penghargaan tertinggi kepada pemain Sang Kenari yang masih berjuang bermati-matian di atas padang. Nafuzi memaklumkan bahawa beliau hanya memiliki masa 4 hari untuk mempersiapkan […]