Kelantan Bersedia Wujudkan Kerjasama Dengan JDT

Susulan pertemuan pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim pada 17 April lalu, ada berspekulasi beberapa pemain JDT bakal menyertai Kelantan secara pinjaman. Hari ini, beliau menjelaskan apa yang berlaku dalam pertemuan berkenaan. Zamsaham mendedahkan pertemuan yang diadakan di Kelab Polo Diraja Johor itu bertujuan […]

Kelantan Bakal Lakukan Rombakan Besar-Besaran

Susulan prestasi buruk Kelantan dalam Liga Super selepas sembilan perlawanan, pemilik pasukan Norizam Tukiman atau Zamsaham bersedia melaksanakan rombakan besar-besaran terhadap pasukan. Ini bagi memastikan pasukan bimbingan Frank Bernhardt itu dapat bangkit untuk baki kempen liga musim ini. Langkah tersebut bakal dilakukan selepas Zamsaham mengadakan sesi perbincangan dengan barisan jurulatih dan pengurusan kelab termasuk Bernhardt, […]

Kelantan Kembali Tagih Kudrat Filipe Hereda Selamatkan Pasukan?

Bekas pemain tengah Kelantan FC, Filipe Hereda memberi bayangan bakal membuat kemunculan semula bersama pasukan. Perancang kelahiran Brazil itu merupakan sebahagian daripada skuad yang membantu Kelantan muncul selaku naib juara Liga Premier musim lalu. Beliau bagaimanapun tidak kekal bersama The Red Warriors musim ini selepas beberapa muka import baharu dibawa masuk oleh pasukan. Menerusi satu […]

Persaingan Fernando Forestieri & Ayron Del Valle Semakin Sengit

Perseteruan dua penyerang sensasi di Liga Super, Fernando Forestieri dan juga Ayron Del Valle berlangsung dengan cukup sengit ketika saingan memasuki minggu ke-10. Anak didik Tano Solari ketika ini gah mendahului carta Liga Super selepas mencatatkan kemenangan 1-0 ke aras PDRM untuk mengekalkan rekod tanpa kalah pasukan. Ketika ini, skuad Harimau Selatan telah merekodkan 9 […]

Esteban Solari Puji Kekentalan Pertahanan PDRM

Kemenangan 1-0 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas PDRM semalam dilihat kemenangan berharga bagi melebarkan lagi kelebihan mereka sebagai pendahulu liga. Di sebalik semua itu, jurulatih JDT, Esteban Solari turut memuji usaha pertahanan mantap yang dipamerkan lawan mereka di Stadium MBPJ. Biarpun menurunkan penjaga gol muda, Hakeem Hamidun, The Cops bermati-matian mempertahankan gawang mereka. Malah, […]

Statistik PDRM vs JDT ‘Menggerunkan’

Semalam, Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas PDRM di Stadium MBPJ. Tetapi apa yang menarik perhatian ramai penyokong ialah statistik percubaan ke arah gol yang dibuat pasukan pelawat terhadap Sang Saka Biru. Berdasarkan statistik, JDT melakukan 12 percubaan dengan sembilan daripadanya tepat ke arah gol. Bagaimanapun, hanya satu yang berjaya diterjemah […]

Debut Cemerlang Hakeem Hamidun Sekat Amukan JDT

Penampilan pertama penjaga gol PDRM, Hakeem Hamidun dalam kancah Liga Super Malaysia mendapat pujian ramai peminat bola sepak tempatan. Beliau buktikan kemampuan sebenar apabila diberi kepercayaan oleh pengendali PDRM, Azzmi Aziz untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan menentang pendahulu Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim. Pada babak pertama perlawanan, Hakeem bertindak cemerlang mengawal kubu Sang […]

Liga Super: JDT Menang Tipis Atasi PDRM

Aksi Liga Super LS9 hari ini melibatkan pertemuan antara pasukan PDRM dan Johor Darul Ta’zim (JDT).  PDRM turun sebagai tuan rumah melayan kunjungan JDT di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu tanpa jaringan. Harimau Selatan dilihat lebih mendominasi perlawanan dengan 82% penguasaan bola sementara PDRM hanya mencatat 18% penguasaan bola.  […]

Liga Super: Kelantan Jadi Santapan Moreh Sabah

Momentum kemenangan 3-0 yang dicatat ke atas Manjung City dalam pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA gagal diteruskan Kelantan. Ini selepas anak-anak buah Frank Bernhardt itu tumpas 6-1 kepada Sabah di Stadium Likas hari ini. Sebaik sepak mula, Sabah menjaringkan gol seawal minit keempat menerusi Daniel Ting. Daniel mudah menyempurnakan hantaran pemain import Korea Selatan, […]

Tomislav Steinbruckner: Pemain Terengganu Fikir Raya Awal

Kekalahan besar 5-1 Terengganu di tangan pasukan Selangor sememangnya mengecewakan jurulatih mereka, Tomislav Steinbruckner. Dan jurulatih Croatia itu percaya kesilapan-kesilapan individu yang dibuat anak-anak buahnya semalam disebabkan mereka memikirkan sambutan Hari Raya Aidilfitri terlebih dahulu. Pandangan tersebut dilemparkan kerana beliau merasakan anak-anak buahnya hilang fokus dan gagal bersaing dengan pemain-pemain tuan rumah. Disebabkan perkara yang […]

Safawi Rasid Dicadangkan 3 Kelab Terbaik Sekiranya Pulang Ke Malaysia

Kelibat pemain sayap sensasi Malaysia, Safawi Rasid kembali meniti di bibir penyokong bola sepak tanah air ketika ini. Masa depan pemain berusia 26 tahun itu kembali menjadi tanda tanya susulan kenyataan yang dibuat oleh Dulu Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) tentang beliau. Baginda menjelaskan bahawa Safawi menyatakan rasa kurang selesa untuk beraksi […]

Tan Cheng Hoe: Keseimbangan Skuad Selangor Musim Ini Lebih Mantap

Kemenangan 5-1 Selangor ke atas Terengganu semalam bukan sekadar mengukuhkan kedudukan Merah Kuning di tangga kedua liga. Malah, ini menunjukkan keseimbangan skuad yang dibimbing Tan Cheng Hoe untuk musim ini lebih mantap. Di setiap posisi pasukan, setiap pemain bersaing hebat merebut slot kesebelasan utama. Ia bukan sekadar memberi ‘squad depth’ kepada Cheng Hoe dalam mengharungi […]

Pemilik Kuching City Tolak Hasrat Irfan Bakti Letak Jawatan

Jurulatih Kuching City, Irfan Bakti Abu Salim merasakan beliau perlu bertanggungjawab atas prestasi buruk pasukan itu dalam kempen Liga Super musim ini. Kelab itu tidak menang dalam lapan perlawanan terakhir liga, terbaru tewas 0-1 kepada Sri Pahang pada Selasa. Minggu lalu Kuching City dibelasah 0-4 oleh Penang dalam saingan Piala FA, sekaligus menyaksikan rekod tanpa […]

Moral PDRM Pada Tahap Tertinggi Hadapi Serangan JDT

Menjelang aksi Liga Super PDRM menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini, jurulatih PDRM, Azzmi Aziz sedar pasukannya bakal berdepan tugas sukar. Tetapi dengan moral pasukan masih berada pada tahap tinggi, beliau percaya pasukannya mampu mencipta kejutan ke atas JDT malam ini. Ini merupakan kali kedua dua pasukan ini bertemu selepas perlawanan pusingan 16 pasukan […]

Zamsaham Batalkan Niat Jual Kelantan

Selepas memberi tempoh seminggu kepada mana-mana pihak yang berminat mengambil alih Kelantan, tiada siapa pun yang menyahut cabaran Norizam Tukiman atau Zamsaham. Atas sebab inilah, beliau mengambil keputusan untuk terus kekal sebagai pemilik pasukan The Red Warriors (TRW) itu. Ini kerana menurut beliau, ramai yang bersuara dan mengkritik tindakannya tetapi tiada yang sedia mengambil risiko […]

Tomislav Steinbrückner Berminat Bawa Safawi Rasid Ke Terengganu

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbrückner menyatakan minat untuk membawa masuk pemain sayap Ratchaburi FC, Safawi Rasid ke Terengganu. Perkara ini susulan kekalahan memalukan kenatas Selangor dengan keputusan 5-1 di Stadium MBPJ sekaligus merencatkan perjalanan pasukan. Mengulas lanjut, pengendali kelahiran Croatia itu yakin beberapa aspek terutamanya jentera serangan yang dilihat tumpul berdepan The Red Giants. […]