Bintang Baharu JDT Bakal Tiba Seawal Jun Ini

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka akan memantapkan skuad sedia ada dengan beberapa muka baharu seawal bulan Jun ini. Perkara ini telah pun disuarakan oleh pemilik kelab JDT, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berkenaan perkara ini. Menerusi satu perkongsian di laman Twitter baginda, TMJ memaklumkan bahawa terdapat beberapa […]

Kevin De Bruyne Terpukau Lihat ‘Assist’ Ikhwan Yazek

Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne terpukau melihat hantaran yang berjaya dihasilkan pemain Kelantan FC, Ikhwan Yazek. Hantaran Ikhwan pada masa tambahan babak pertama perlawanan berjaya disempurnakan oleh Fazrul Amir ketika Kelantan mencatat keputusan seri menentang KL City dalam perlawanan kelima saingan Liga Super Malaysia 2023. Dalam satu temu bual ekslusif Kevin De Bruyne […]

JDT Dijangka Tandatangani Kontrak Baharu Dengan Nike

Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim sentiasa berusaha memperkukuh pasukan miliknya, Johor Darul Ta’zim (JDT). Dan hari ini, baginda mengesahkan Harimau Selatan bakal memperbaharui kontrak penajaan dengan pengeluar barangan sukan yang terkenal, Nike. Keputusan ini didedahkan dalam satu ciapan baginda di akaun Twitter rasminya hari ini. Ini dilihat mampu memperkukuh kedudukan […]

Aidil Sharin Terima Tawaran Kelab Pantai Timur

Nama Aidil Sharin Sahak kembali hangat apabila bekas jurulatih Kedah itu dikaitkan dengan empat kelab termasuk dua kelab Liga Super. Dan hari ini, jurulatih Singapura itu mendedahkan telah menerima surat tawaran daripada sebuah kelab yang berpangkalan di Pantai Timur tanah air. Selain kelab yang tidak dinamakan itu, Aidil turut digosipkan dengan penghijrahan ke Terengganu. Bagaimanapun, […]

TMJ: Forum Dengan Penyokong Diperlukan Untuk Elak Kaki Kencing

Dulu Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), memberi pandangan tersendiri mengenai isu tawaran padang yang diberikan kepada setiap kelab di Malaysia. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memaklumkan bahawa akan ada usaha untuk membantu setiap kelab untuk mendapatkan pemilikan penuh stadium. Namun begitu, TMJ memiliki pandangan tersendiri berkenaan isu yang […]

KL City Bakal Jalin Kerjasama Dengan Kelab EPL?

Bukan satu perkara asing kelab-kelab Liga Super menjalin kerjasama dengan kelab-kelab di luar negara bagi memantapkan perancangan pasukan termasuk pembangunan akar umbi. Terbaru, giliran KL City pula berhasrat menjalinkan kerjasama dengan kelab-kelab asing termasuk kelab berstatus Liga Perdana Inggeris (EPL). Hasrat ini disuarakan oleh pemilik pasukan Azri Azerai dalam satu ciapan di Twitternya baru-baru ini. […]

Sabah & Jacob Njoku Berpisah

Menjelang tetingkap perpindahan kedua pada Jun ini, pasukan-pasukan Liga Super mula menambahbaik skuad mereka. Hari ini, Sabah mengambil keputusan untuk melepaskan khidmat bekas penyerang Kelantan United, Jacob Njoku. Keputusan menamatkan kontrak secara bersama dibuat bukan saja membolehkan Njoku meneruskan kariernya dengan pasukan lain. Malah, ini membantu skuad Badak mengenalpasti penyerang baru bagi memantapkan jentera serangan […]

JDT Bakal Anjur Kejohanan Akademi Antarabangsa

Di Malaysia, terdapat tiga pertandingan bola sepak untuk akar umbi iaitu Piala MFL (bawah 23 tahun), Piala Presiden (B-20) dan Piala Belia (B-19). Begitupun, tiada pertandingan khusus untuk pemain berstatus B-13 hingga B-18 – sesuatu yang mahu diubah oleh Johor Darul Ta’zim (JDT). JDT menerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Alistair Edwards berhasrat menganjurkan satu pertandingan […]

TMJ Arahkan Semua Padang JDT Dinaik Taraf

Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim sentiasa mengambil berat semua aspek pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi membantu mereka cemerlang di atas padang. Dan atas sebab itu hari ini, baginda mengarahkan semua padang milik Harimau Selatan dinaik taraf. Keputusan ini dibuat selepas meninjau keadaan padang JDT termasuk di pusat latihan dan […]

FAM Buat Tindakan Drastik Panggil Pengadil Luar Adili Liga-M

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan bahawa pihak FAM dan MFL sedang menimbang cadangan untuk membawa masuk pengadil luar negara bagi mengadili perlawanan terpilih Liga Malaysia. Bukan kerana pengadil tempatan tidak bagus ini kerana pengadil luar juga tidak lari dari melakukan kesilapan. Mereka manusia biasa. Selain daripada membawa pengadil luar, Hamidin […]

“Bukan Saja Azam, Hafizal Pun Boleh Potong Liridon” – Zainal Abidin

Bekas ketua jurulatih Melaka United FC, Zainal Abidin Hassan merakamkan rasa kecewa terhadap aksi yang ditampilkan oleh perancang tengah Terengganu, Liridon Krasniqi. Pemain naturalisasi negara itu merupakan pilihan utama ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner untuk mengemudi jentera tengah pasukan. Namun begitu, beliau jelas gagal mempamerkan aksi yang sebenar apabila anak didik Fandi Ahmad mempamerkan belang untuk […]

Terengganu Nafi Mahu Singkirkan Steinbruckner

Kedudukan Tomislav Steinbruckner sebagai jurulatih Terengganu kembali terumbang-ambing selepas tewas dalam dua perlawanan terakhir termasuk 2-1 di tangan Sri Pahang. Di sebalik ura-ura Peteh bakal menggantikan jurulatih Croatia itu, ia dinafikan sekeras-kerasnya kelab dalam satu kenyataan hari ini. Pengurusan Penyu ingin mengingatkan sebarang usaha melantik jurulatih baru perlu dibuat dengan teliti dan tidak secara terburu-buru. […]

“Faisal Halim Lebih Menyerlah Berbanding Import Selangor” – Zainal Abidin

Bekas ketua jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan menyifatkan bahawa prestasi yang dipamerkan oleh pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim adalah lebih baik daripada pemain import pasukan. Menerusi satu kenyataan di Astro Arena, pengendali berusia 60 tahun memaklumkan bahawa Selangor terlalu bergantung terhadap kudrat pemain berusia 25 tahun itu untuk memacu serangan pasukan. Katanya, jentera The […]

Zamsaham Terbuka Dengan Tawaran Ambil Alih Kelantan

Walaupun sudah memberi peluang kepada mana-mana individu yang berminat mengambil alih pasukan Kelantan, tiada siapa yang menyahut cabaran pemilik pasukan, Norizam Tukiman atau Zamsaham. Dan hari ini, beliau secara terbuka mempelawa mana-mana pihak yang berminat untuk mengemukakan tawaran. Ini selepas masih ada suara-suara yang memintanya melepaskan pasukan berikutan prestasi buruk pasukan dalam liga musim ini. […]

TMJ Setuju Tangguh Terima Hadiah Kemenangan Liga Super

Susulan pendedahan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin bahawa Malaysian Football League (MFL) berhutang wang kemenangan dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, ramai ingin tahu apa yang berlaku. Hari ini, MFL menerusi Presidennya, Datuk Ab Ghani Hassan menjawab persoalan berkenaan. Menurut Ab Ghani, hutang yang dimaksudkan […]

JDT Bakal Hantar Pemain Bantu Kelantan?

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) berkemungkinan akan memberi peluang kepada pasukan Kelantan untuk menggunakan khidmat pemain mereka bagi memantapkan pasukan. Ura-ura ini mula diperkatakan selepas perkongsian pemilik kelab, Norizam Tukiman menerusi laman Facebook beliau hari ini. Individu yang mesra disapa Zamsaham ini memberitahu bahawa ada peluang buat pasukan The Red Warriors diperkuat […]