Liga Super: Aksi Perak-JDT Ditangguh Kali Kedua

Aksi tertunda Liga Super pada Sabtu menyaksikan Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) ditangguhkan kali kedua. Perlawanan ini sepatutnya berlangsung pada 17 Ogos lalu namun telah ditunda oleh Komisioner Perlawanan (KP) akibat hujan lebat yang turun di Stadium Ipoh ketika itu Aksi yang dijadualkan bermula pada jam 8.15 malam telah ditangguhkan selama 30 minit meskipun […]
Nilai Pasaran Arif Aiman & Jese Rodriguez RM6 Juta

Perbezaan nilai pasaran dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan juga Jese Rodriguez. Pemain berusia 22 tahun itu beraksi cemerlang ketika membantu skuad Harimau Selatan dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE). Beliau berjaya meledak tiga gol dalam dua penampilan menentang Shanghai Port dan juga Shanghai Shenhua di laman sendiri. Berdasarkan kemas […]
Faktor Penyudah Kecewakan Terengganu

Pemangku jurulatih Terengganu FC, Badrul Afzan Razali mengakui ketumpulan penyudah menggagalkan usaha pasukan itu meraih kemenangan ke atas PDRM FC. Sang Penyu berharap dapat kembali meraih kemenangan selepas kali terakhir melakukannya pada 10 Ogos lalu. Pada hari tersebut, Terengganu menewaskan KL City FC 2-0. Penyerang El Salvador, Nelson Bonilla menceriakan penyokong Terengganu dengan gol sulungnya […]
Liga Super: PDRM Bangkit Tangguhkan Kemenangan Terengganu

Terengganu dan PDRM terpaksa akur berkongsi satu mata bagi saingan Liga Super setelah terikat seri di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Tomislav Steinbruckner menyenaraikan barisan pemain terbaik seperti Suhaimi Husin, Safwan Mazlan, Azam Azmi, Akhyar Rashid, Nelson Bonilla serta Safawi Rasid selaku kapten pasukan. PDRM pula mempertaruhkan pemain-pemain hebat seperti Bryan See, Fadi Awad, Bruno […]
Shahrul Nizam Kembali Perkuat Terengganu

Terengganu FC mendapat khabar gembira apabila bek tengah mereka, Shahrul Nizam Ros Hasni kembali cergas. Sebelum ini, bek tengah berusia 26 tahun itu terpaksa disisihkan selama tiga minggu kerana mengalami kecederaan semasa menjalani latihan. Ini menyebabkan Terengganu terpaksa melupakan khidmat Shahrul Nizam untuk beberapa perlawanan. Ini termasuk aksi Liga Super menentang Selangor FC pada 28 […]
Raja Muda Johor Rasmi JDT Direct Store Raih Perhatian Peminat

Kelibat Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail mencuri tumpuan penyokong Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) di pusat beli-belah Toppen. Baginda berada di pusat beli-belah berkenaan untuk merasmikan pembukaan kedai cenderahati rasmi Harimau Selatan, JDT Direct Store pada 3 Oktober. JDT Direct Store yang terletak di bahagian bumbung […]
Pemain Kedah Kembali Boikot Latihan

Barisan pemain Liga Super Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dilaporkan kembali memboikot sesi latihan selepas tiada tindakan proaktif daripada pihak pengurusan pasukan tersebut. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom dalam satu hantaran di laman X. Berita ini nyata mengejutkan para penyokong Kedah yang berharap ada sesuatu yang positif di sebalik […]
Terengganu Sedia Lunas Tunggakan Gaji Adisak Kraisorn

Pengurusan Terengganu FC bersedia melunaskan baki tunggakan gaji terhadap bekas penyerang import Thailand, Adisak Kraisorn. Isu ini timbul apabila pengurusan Peteh dilaporkan memiliki baki tunggakan gaji bekas penyerang Muangthong United itu sebanyak enam angka. Isu tunggakan gaji Adisak telah dibawa kepada pengetahuan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Justeru, Terengganu diberi tempoh selama 45 hari untuk […]
MFL Denda & Beri Amaran Buat Kelantan DN

Pasukan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dikenakan hukuman denda RM5,000 dan amaran pertama oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). Ini selepas pasukan itu melakukan kesalahan mempromosikan penyiaran perlawanan di platform bukan penyiar rasmi liga di laman media sosial rasmi mereka pada 27 September lalu. Ini merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan MFL berhubung isu […]
Perak Catat Kemajuan Dalam Diam

Selepas 12 perlawanan, tiada siapa menyangka Perak FC kini menduduki tangga keempat liga dengan 15 mata. Pencapaian yang dilakar anak buah Yusri Che Lah cukup mengagumkan lebih-lebih lagi dengan empat kemenangan yang diraih dalam lima perlawanan terakhir liga. Empat pasukan yang menjadi mangsa The Bos Gaurus ialah Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Negeri Sembilan […]
Pemain JDT Beri Ucapan Buat Forestieri

Pemain-pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) merakamkan ucapan semoga berjaya kepada Fernando Forestieri yang rasmi meninggalkan kelab gergasi Malaysia itu bulan lalu. Antara pemain yang memberikan ucapan kepada Forestieri adalah Arif Aiman, Shahrul Saad, Junior Eldstal dan pemain import, Shane Lowry. “All the best brother,” ucap Arif Aiman di laman instagram Forestieri. Komen daripada Arif itu […]
Akmal Rizal Anggap Pengalaman Pisahkan Penang & KL City

Jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mengakui kekurangan pengalaman pasukan itu menyebabkan mereka dihukum KL City FC. Aksi terbaru Liga Super menemukan The City Boys dan Harimau Kumbang di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 29 September lalu. Pada awalnya, Penang mendahului menerusi gol awal Adib Ra’op. KL City kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan […]
“Lepas Aksi Negeri Sembilan, Pemain Buat Satu Tindakan”

Pemain Kedah Darul Aman dikesan melakukan satu tindakan selepas aksi menentang Negeri Sembilan. Perkara ini disahkan oleh Ketua Jurulatih Sang Kenari, Nafuzi Zain yang memaklumkan bahawa pemain masih sanggup turun beraksi walaupun menghadapi pelbagai kemelut. “Terima kasih kepada pemain yang turun bermain ntuk Kedah walaupun kita lihat sebelum perlawanan agak sukar untuk kita tetapi pengorbanan […]
Terengganu Kempunan 5 Aksi Tanpa Kemenangan

Terengganu FC terus bergelut untuk mengakhiri kemarau kemenangan yang membelenggu pasukan itu kebelakangan ini. Selepas lima perlawanan dalam semua kejohanan termasuk Liga Super, Peteh merekodkan tiga keputusan seri dan dua kekalahan. Ini termasuk kekalahan 1-0 di tangan Selangor menerusi gol pantas Ronnie Fernandez. Lebih perit, dua kekalahan itu dialami di stadium keramat mereka, Stadium Sultan […]
Selangor Bayar Harga Mahal Tewaskan Terengganu

Selangor FC terpaksa membayar harga mahal untuk meraih kemenangan ke atas Terengganu FC dalam aksi terbaru liga pada 28 September lalu. Ini selepas penjaring terbanyak mereka dari Chile, Ronnie Fernandez tidak dapat meneruskan permainan kerana kecederaan peha. Keadaan ini memaksa pengendali Selangor, Nidzam Jamil memasukkan Aliff Haiqal Lau pada minit ke-65 untuk menggantikan Fernandez. Sebelum […]
Kecederaan Layth Kharoub Risaukan Kelantan DN

Skuad Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) resah memikirkan masalah kecederaan yang menimpa penyerang Palestin, Layth Kharoub. Layth menyertai adiknya yang juga kapten Sang Kijang Emas, Oday Kharoub dalam tetingkap kedua perpindahan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25. Sejak menyertai pasukan itu pada penghujung Ogos lalu, beliau sudah merekodkan tiga penampilan dalam Liga Super dan […]