Safawi Rasid Kembali Ke JDT

Pemain sayap sensasi Malaysia, Safawi Rasid kembali ke pangkuan kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT). Menerusi beberapa keping foto yang dikongsikan oleh Johor Southern Tigers, kelibat pemain berusia 26 tahun itu kembali mewarnai sesi latihan skuad Harimau Selatan. Umum mengetahui bahawa anak jati kelahiran Terengganu itu menghabiskan tempoh pinjamannya bersama kelab Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC. […]

“Kalau Tak Konsisten, Kamu Tak Akan Main Di JDT” – Matthew Davies

Pertahanan kental pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies mengakui bukan satu tugas yang mudah buat mana-mana pemain yang mahu berada dalam kesebelasan utama pasukan. Beliau yang kini sudah pun memasuki musim keempatnya bersama Harimau Selatan mengakui bahawa setiap pemain di JDT perlu kekal konsisten untuk terus merebut tempat. Menurut satu kenyataan kepada Zulhelmi Zainal […]

Dalam Diam, Azrif Nasrulhaq Kembali Buat ‘Kerja’ Di Liga Super

Pertahanan kental Sri Pahang FC, Azrif Nasrulhaq seakan ‘hidup semula’ selepas aksinya pada musim ini kembali mencuri tumpuan. Pemain berusia 32 tahun itu merupakan antara 4 orang pemain yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk memantapkan jentera pertahanan pasukan. Beraksi di bawah kendali Fandi Ahmad, beliau jelas diberi kesempatan untuk menyinar semula apabila menjadi […]

Faisal Halim Mahu Kekal Berbakti Bersama Selangor?

Sejak semalam, arena bola sepak Malaysia kecoh apabila khidmat pemain sayap Selangor, Faisal Halim dikatakan diintai dua kelab K-League 1. Tetapi hari ini, pemain sayap Harimau Malaya itu memberi petunjuk untuk kekal bersama Merah Kuning untuk baki saingan Liga Super musim ini. Ini berdasarkan satu hantaran yang dimuatnaik di akaun Instagram peribadinya beberapa jam lepas. […]

Sri Pahang Hadapi JDT Tanpa Enam Tonggak Utama?

Tugas sukar menanti Sri Pahang FC dalam mengekalkan misi tanpa kalah dalam saingan Liga Super musim ini apabila dijadualkan akan bertemu pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok. Ianya ditambah pula dengan ketiadaan beberapa pemain tonggak utama pasukan yang dilaporkan masih mengalami kecederaan. Difahamkan, tiga pemain utama skuad ‘Tok Gajah’ […]

Shukor Adan: Pergaduhan Penyokong Cemar Imej Bola Sepak Negara

Beberapa hari lepas, arena bola sepak negara kecoh dengan insiden pergaduhan penyokong kasual semasa perlawanan Liga Super membabitkan Perak dan Selangor. Bagi bekas kapten Harimau Malaya, Shukor Adan, tindakan segelintir penyokong ini mencemarkan imej bola sepak Malaysia yang sedang menuju ke era profesional. Ini kerana pergaduhan sebegini bukan saja mengancam keselamatan penonton lain terutama yang […]

Shahrel Fikri Bakal Buat Kim Pan-gon ‘Pening Kepala’

Prestasi mengagumkan penyerang Negeri Sembilan FC, Shahrel Fikri dilihat mampu untuk menambat hati pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Umum mengetahui bahawa bekas penyerang Perak ini sudah pun melengkapkan perpindahan ke Negeri Sembilan selepas mengharungi dua musim yang cukup sukar di Selangor. Pemain berusia 28 tahun itu merupakan antara bintang terbaik yang dimiliki oleh Perak suatu […]

“Dahlah Rugi, Kalah Pula Tu” – CEO Perak

Baru-baru ini telah tular video pergaduhan di antara sekumpulan penyokong Perak FC dan Selangor FC di tempat duduk stadium. Kumpulan penyokong Perak tersebut difahamkan adalah kumpulan ‘casual’ yang sengaja ingin menimbulkan pergaduhan. Insiden tersebut telah menjadi perhatian ramai termasuk telah tular ke negara luar. Selain ianya memalukan pasukan Perak, ianya juga menimbulkan imej yang buruk […]

Perak Akan Sekat Kehadiran Samseng Bola Sepak

Kemeriahan aksi El Clasico Malaya membabitkan Perak dan Selangor di Stadium Perak semalam sedikit tercemar dengan pergaduhan kumpulan penyokong kedua-dua pasukan. Susulan itu, pengurusan The Bos Gaurus mengumumkan bakal menyekat samseng-samseng bola sepak daripada memasuki stadium. Dalam satu kenyataan media hari ini, pengurusan Perak menyifatkan insiden tersebut mengugat keselamatan penyokong yang hadir. Justeru, pengurusan pasukan […]

Percaturan Tan Cheng Hoe Pulihkan Mental Pemain Selangor Berhasil

Kemenangan besar 4-0 Selangor ke atas Perak bukan saja membantu Red Giants merampas semula tempat kedua Liga Super. Malah, ia dilihat tonik terbaik buat para pemain terutama pemain-pemain B-22 negara yang baru pulang dari kempen Sukan SEA 2023. Bagi jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe, beliau mengakui pemain-pemain ini hilang motivasi selepas gagal mencapai matlamat layak […]

Lim Teong Kim Sedih Lihat Nasib Pemain Perak

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim bersimpati dengan nasib para pemainnya selepas dibelasah teruk oleh Selangor. Pengendali berusia 59 tahun itu kelihatan sudah buntu untuk terus memacu kudrat The Bos Gaurus apabila pasukan pelawat berjaya merobek gawang gol mereka sebanyak 4 kali. Menerusi satu kenyataan kepada Astro Arena, beliau mengakui bahawa kualiti yang dimiliki […]

Stadium Likas Catat Kehadiran Penonton Tertinggi 3 Kali Berturut-Turut

Stadium Likas berjaya mencatat kehadiran penonton tertinggi tiga kali berturut-turut dalam saingan Liga Super 2023. Ketika pertemuan Sabah menentang Kelantan dalam minggu kesembilan (LS9) pada 19 April yang lepas, Stadium Likas mencatat kehadiran penonton seramai 5210. Kehadiran ini merupakan kehadiran tertinggi berbanding aksi-aksi lain dalam minggu tersebut. Sabah tidak menghampakan seluruh peminat yang hadir, meraih […]

Penyokong Penang Bengang Dengan Penalti Sri Pahang

Perlawanan Liga Super di antara Sri Pahang FC dan Penang FC semalam berakhir dengan kemenangan tipis 1-0 memihak Sri Pahang. Gol tunggal perlawanan dijaringkan hasil sepakan penalti yang diambil penyerang import mereka, Kpah Sherman pada minit ke-49. Kemenangan tersebut sekaligus menghadiahkan 3 mata berharga di laman sendiri. Walaupun berjaya mengutip 3 mata semalam, keputusan pengadil […]

‘Talian Hayat’ Sri Pahang Meragukan

Aksi yang melibatkan pertembungan antara Sri Pahang dan juga Penang semalam mencuri tumpuan para peminat susulan keputusan yang dianggap kontroversi apabila pasukan tuan rumah memperoleh gol kemenangan menerusi sepakan penalti. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur itu menyaksikan anak didik Fandi Ahmad memperoleh jaringan tunggal menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh penyerang berbisa pasukan, […]

Penyokong Perak & Selangor ‘Berperang’

Bersesuaian dengan gelarannya sebagai perlawanan El Clasico Malaya, perlawanan membabitkan Perak dan Selangor sentiasa panas terutama dengan gelagat penyokong. Dan hari ini, penyokong kedua-dua pasukan bergaduh semasa separuh masa pertama perlawanan di Stadium Perak. Berdasarkan rakaman video yang dimuatnaik wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pergaduhan tersebut tercetus apabila sekumpulan penyokong Perak menyerbu tempat duduk […]

Fandi Ahmad Sanggup Letak Treler Sekat Amukan JDT

Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad sanggup melakukan apa sahaja tatkala pasukannya bakal berkunjung ke Johor bagi menentang JDT. Kedua-dua pasukan ini masih mengekalkan rekod cemerlang musim ini apabila tidak mencatatkan sebarang kekalahan setakat 11 aksi setakat ini. Menurut satu kenyataan oleh beliau, pengendali kelahiran Singapura itu sanggup melakukan apa sahaja untuk berkunjung ke […]