Terengganu Ucap Selamat Tinggal Kepada Dua Import Pasukan?

Menjelang tetingkap perpindahan kedua pada bulan hadapan, kelab-kelab Liga Super mula merombak barisan pemain mereka. Dan Terengganu FC dikhabarkan bakal melepaskan dua awang import mereka. Dua awang import tersebut ialah bek tengah Uzbekistan, Sardor Kulmatov dan pemain tengah bertahan dari Croatia, Domagoj Pusic. Perkhabaran ini dibawa oleh pengguna Twitter, Piang Shankly hari ini. Ini selepas […]
Nasib Berbeza Caion & Ayron Del Valle Di Liga Malaysia

Perjalanan yang ditempuhi oleh dua penyerang import Liga Super, Ayron Del Valle dan Herlison Caion cukup berbeza pada musim ini. Selangor membuat keputusan untuk membawa masuk bekas penjaring terbanyak Liga Colombia itu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Caion yang berhijarah ke seteru setempat, KL City. Keputusan The Red Giants nyata berbaloi apabila pemain berusia […]
Rekod Kecederaan Teruk Pertahanan Baru Perak Menggusarkan

Semalam Perak FC mengumumkan perpindahan bek tengah Filipina berdarah Sweden, Jesper Nyholm. Tetapi kecederaan teruk yang pernah dialaminya satu ketika dahulu bisa menggusarkan penyokong Seladang. Semasa beraksi bersama AIK, Nyholm mengalami kecederaan patah tulang tibia dan fibula sekitar Mac 2018. Akibatnya, bekas bek tengah Muangthong United itu tersisih selama 845 hari. Disebabkan kecederaan serius itu, […]
Lim Teong Kim Tuntut Tunggakan Gaji Dari Perak

Bekas ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim melakukan tuntutan terhadap bekas majikannya berhubung tunggakan gaji yang masih belum dilangsaikan. Pengendali berusia 59 tahun itu dibawa masuk oleh The Bos Gaurus namun tidak bertahan lama susukan prestasi yang kurang memberangsangkan pada separuh musim pertama Liga Super. Sungguhpun beraksi dengan baik, ia masih tidak dapat menjamin […]
Jersi Pelik Kpah Sherman Jadi Bualan

Disebalik kemenangan bergaya 5-0 Sri Pahang FC ke atas Kelantan FC, ada sesuatu yang pelik telah berlaku ke atas penyerang berbisa Sri Pahang, Kpah Sherman. Kpah yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu dilihat memakai jersi yang lain daripada pemain lain. Jersi yang dipakai Kpah dilihat tidak mempunyai jenama jersi dan ianya berbeza dengan pemain-pemain […]
Azmi Muslim Terima Keputusan PDRM FC Seadanya

Beberapa hari lepas, ramai peminat bola sepak terkejut dengan keputusan PDRM FC merehatkan jurulatih Azzmi Aziz dan melepaskan kapten mereka, Azmi Muslim. Tetapi bekas pemain pertahanan Harimau Malaya itu menerima keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan The Cops. Mengakui tidak tahu sebab dirinya dilepaskan, Azmi pada masa sama melihat jodohnya bersama Sang Saka Biru hanya […]
“Biarlah Mahkamah Mengadili” – Rizal Ghazali

“Biarlah mahkamah mengadili dan menegakkan keadilan”, jawapan daripada pemain pertahanan Sabah FC, Rizal Ghazali selepas beliau yang telah didakwa mahkamah Majistrest atas pertuduhan memukul dan merosakkan telefon bimbit teman wanitnya pada awal bulan Jun yang lalu. Bagaimanapun, pemain berusia 31 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibuat di Mahkamah Majistret tempoh hari. Bekas pemain […]
Fandi Ahmad Percaya Sri Pahang FC Tertidur

Kemenangan 5-0 Sri Pahang FC ke atas Kelantan FC semalam nyata memberikan kelegaan buat pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad. Ini kerana, beliau merasakan anak-anak buahnya seperti tertidur di separuh masa pertama. Fandi berkata, pemain Sri Pahang turun ke Stadium Sultan Muhamad IV untuk mahu mencari gol awal. Namun selepas mendapat gol seawal minit ke-5 perlawanan, […]
Bekas Penyerang Berbisa Selangor Tinggalkan KL City FC

Kuala Lumpur City FC, Herlison Caion secara rasminya meninggalkan pasukan serta-merta. Penyerang kelahiran Brazil itu merupakan tunjang utama di bahagian serangan ketika bersama pasukan Selangor. Pemain berusia 32 tahun bagaimanapun tidak dapat menambat hati pengendali pasukan, Bojan Hodak apabila sering berada di bangku simpanan. Beliau tetap diberi peluang untuk membuktikan kemampuan sebenarnya apabila seringkali masuk […]
Liga Super: Perak FC 1-2 PDRM FC

Biarpun masih diasak berkenaan perihal jurulatih Azzmi Aziz yang direhatkan, itu langsung tidak menghalang PDRM FC daripada mencatat kemenangan 1-2 ke atas Perak FC. Separuh masa pertama menyaksikan tuan rumah beberapa kali mendapat peluang menjaringkan gol. Malangnya, mereka banyak kali terperangkap dengan perangkap ofsaid yang dibuat The Cops. Peluang terbaik mereka hadir menerusi sepakan jarak […]
Kelantan FC Terima Padah, Dilarang Bawa Masuk Pemain Baharu

Pasukan Liga Super, Kelantan FC menerima hukuman apabila pasukan tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang perpindahan pemain pada jendela perpindahan kedua. Perkara ini disahkan oleh Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali menerusi satu surat yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berdasarkan keputusan jawatankuasa tatatertib badan induk tersebut. Kelantan dikatakan gagal melunaskan tunggakan gaji […]
Gandingan Pemain Muda & Berpengalaman Kelantan Risaukan Sri Pahang

Saingan Liga Super kembali bersambung malam ini dengan Kelantan FC melayan kunjungan Sri Pahang FC. Biarpun skuad Kijang berada di kelompok tercorot liga, skuad Tok Gajah tetap berwaspada dengan pasukan tersebut. Ini kerana pertama, malam ini, mereka beraksi di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV), Kota Bharu. Kedua, The Red Warriors (TRW) turut menerima sentuhan jurulatih […]
JDT Bakal Bina Stadium Mini Baru

Johor Darul Ta’zim (JDT) FC terus berusaha membuat penambahbaikan kepada pasukan terutama dari segi infrastruktur. Terbaru, Harimau Selatan merancang untuk membina sebuah stadium mini baru di Iskandar Puteri bagi menggantikan Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah (SMTUTA). Pengumuman ini dibuat JDT FC menerusi laman media sosial Johor Southern Tigers hari ini. Pembinaan stadium mini baru […]
Azzmi Aziz Terkejut Digantung PDRM FC

Tiada hujan, tiada ribut dan secara tiba-tiba. Itulah yang bermain di fikiran jurulatih PDRM FC, Azzmi Aziz yang direhatkan daripada mengendalikan pasukan ‘The Cops’ itu. Ini kerana segala Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan berjaya direalisasikan. Walau bagaimanapun, Azzmi mahu terus memandang ke hadapan dan hanya mahukan penjelasan yang lebih lanjut dan lebih terperinci daripada […]
CEO PDRM FC Ada Sebab Kukuh Pecat Ketua Jurulatih & Kapten Pasukan Serta Merta

Seperti dijangka, ramai menganggap keputusan PDRM FC merehatkan jurulatih Azzmi Aziz dan melepaskan kapten Azmi Muslim sebagai mengejutkan. Tetapi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Cops, ASP Mohamad Hafiz Zainal Abidin menyatakan kelab ada sebab mengambil tindakan tersebut. Pengurusan The Cops melihat kekalahan tujuh kali berturut-turut yang dialami pasukan sejak April sebagai punca Azzmi direhatkan. Pengurusan […]
Sabah FC Sambar Penyerang Dari Brazil

Kelab Bola Sepak Sabah (Sabah FC) mengumumkan kemasukan pemain import terbaharu iaitu Ramon Machado de Macedo dalam jendela perpindahan kedua Liga Super 2023 musim ini. Pemain kelahiran Brazil ini berusia 32 tahun dan sebelum ini telah beraksi di Liga Azerbaijan bersama pasukan Gabala FC yang kini berada di tangga ke-4 liga. Beliau juga mempunyai pengalaman […]