Zamsaham Tawar Diskaun Kepada Norshamil

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman sedia untuk berunding dengan penyerang The Red Warrior, Norshamil Ghani berhubung hasrat beliau untuk berhijrah ke pasukan lain. Difahamkan, sebelum ini terdapat dua kelab Liga Super yang inginkan khidmat penyerang berusia 25 tahun itu. Bagaimanapun ada amaun yang perlu dilunaskan Norshamil sebelum beliau mengangkat kaki keluar meninggalkan Kelantan FC. “Jadi […]

Zamsaham: Saya Boleh Urus Kelantan Sendiri

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham melaungkan keyakinan untuk terus memacu cabaran pasukannya di Liga Super. The Red Warriors kini dalam proses untuk menyelesaikan pelbagai su yang melanda pasukan dan mendapat beberapa perkhabaran baik sejak akhir-akhir ini. Beliau terus menyatakan keyakinan untuk terus melihat kemajuan pasukan ini di bawah pimpinannya. Menerusi satu perkongsian […]

Sabah Lancar Jersi Unik Penuh Sejarah

Selepas menggunakan warna merah dan putih-biru untuk jersi home dan away mereka, Sabah FC memilih warna berbeza untuk jersi ketiga mereka musim ini. Bagi mengenang sejarah lama skuad Badak, warna hijau dipilih sebagai warna jersi ketiga. Video pelancaran jersi ini turut menggunakan khidmat personaliti televisyen terkenal, Farish Aziz bagi menjelaskan pemilihan warna tersebut. Warna hijau […]

Zamsaham: Saya Bukan Terdesak Jual Kelantan

Semalam, dua entiti perniagaan sudah menyatakan minat mengambil alih Kelantan FC. Bagi pemilik pasukan, Norizam Tukiman atau Zamsaham, sebarang tawaran yang dibuat akan dinilai terlebih dahulu agar ia bersifat menang-menang kepada semua. Ini kerana buat masa ini, beliau dilihat selesa mengendalikan pengurusan pasukan yang diberi jolokan The Red Warriors (TRW) itu. Malah, beliau mahu memastikan […]

Gallifuoco: Liga Malaysia Perlu Sokongan Kewangan Mantap

Bukan sekali peminat Liga Malaysia (Liga M) mendengar kisah pasukan-pasukan dilanda masalah kewangan. Bagi bek tengah KL City FC, Giancarlo Gallifuoco, masalah inilah yang menghalang Liga M daripada mencapai potensi sebagai sebuah liga yang berkualiti. Pandangan beliau ini bukan saja berdasarkan pengalaman beraksi di liga Asia dan Eropah. Malah, ia ditambah dengan pengalamannya bersama City […]

Safiq Rahim Buktikan Dirinya Masih Berbisa

Safiq Rahim yang kini menginjak usia 36 tahun membuktikan dirinya masih berbisa apabila turut menyumbang gol dalam kemenangan besar JDT ke atas KL City tempoh hari. Hari ini (5 Julai), Safiq Rahim rasminya menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-36. Pemain tengah veteran ini hanya bermain sebanyak 36 minit buat JDT musim ini dan diturunkan dalam […]

Choi Moon-sik Menang Kes Saman Terhadap Kelantan

Situasi Kelantan FC kelihatan makin rumit. Ini selepas bekas jurulatih mereka, Choi Moon-sik memenangi kes saman yang difailkan terhadap mereka di tribunal Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Perkara ini didedahkan oleh ejen Moon-sik, Leo Jeong menerusi satu perkongsian di Instagram Story beberapa jam lepas. Sebelum ini, Jeong sudah menyatakan hasrat untuk mengheret pengurusan Kijang ke […]

Tano Solari: Penting Untuk Terus Kekal Tanpa Bolos

Semalam, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC melakar kemenangan besar 6-1 ke atas KL City FC di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Tetapi gawang Harimau Selatan dibolosi menerusi gol tunggal pelawat oleh Matko Zirdum – satu perkara yang mahu dielak oleh jurulatih mereka, Tano Solari. Dengan gol tersebut, ini menjadikan City Boys pasukan ketiga dalam liga yang […]

Perak & Christian Obiozor Berpisah

Dengan tetingkap perpindahan kedua bakal bermula beberapa saja lagi, Perak FC terus merombak barisan pemain mereka. Terbaru, The Bos Gaurus mengumumkan penyerang Nigeria, Christian Obiozor tidak lagi bersama pasukan. Pengumuman tersebut dibuat oleh Perak FC di laman media sosial rasmi mereka. Pengumuman ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana penyerang berusia 28 tahun itu gagal memberi […]

Bojan Hodak Percaya Pemainnya Sedang Berlatih Menentang JDT

Pengendali Kuala Lumpur City FC (KL City), Bojan Hodak akui para pemainnya bermain dengan sangat teruk dalam kekalahan besar 1-6 kepada pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim semalam. Jurulatih dari Croatia itu melihat para pemain KL City seperti sedang menjalani latihan pada separuh masa pertama yang memperlihatkan penguasaan penuh JDT […]

Terengganu vs Kedah: Peteh Kembali Raih Kemenangan Di SSMZA

Hasrat Terengganu FC meraih kemenangan selepas dikecewakan di pentas separuh akhir Piala FA baru-baru ini menjadi kenyataan. Ini selepas tuan rumah menundukkan Kedah Darul Aman (KDA) FC 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) hari ini. Tanpa Jordan Mintah yang tidak disenaraikan atas sebab disiplin, Adisak Kraisorn diberi kepercayaan mengetuai jentera serangan Peteh. Dan […]

JDT v KL City: Harimau Selatan Mengaum Di SSI

JDT terus mengukuhkan cengkaman di kedudukan teratas kempen Liga Super 2023 setelah cemerlang mengatasi KL City dengan keputusan 6-1. Rentak kemenangan tanpa seri dan tewas diteruskan JDT di Stadium Sultan Ibrahim untuk aksi ke-15 saingan Liga Super hari ini. Empat jaringan Harimau Selatan menerusi hatrik penyerang import JDT, Diogo Luis Santo dan pemain sayap berbakat, […]

Dato’ Seri Vida Hantar Surat Rasmi Pengambilalihan Pasukan Kelantan FC

Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Dato’ Seri Hasmiza binti Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Seri Vida (DSV) mengesahkan telahpun menghantar surat rasmi untuk diadakan perbincangan untuk tujuan pengambilalihan Kelantan FC. “Seperti yang diminta oleh pihak pemilik Kelantan FC, pihak saya telah pun menghantar surat kepada Tn Norizam Tukiman (Zamsaham) untuk berbincang lebih […]

Pemain Naturalisasi Negara Risaukan Arif Aiman

Pemain naturalisasi negara menyuarakan kebimbangan terhadap bintang muda negara, Arif Aiman Hanapi. Pemain berusia 21 tahun itu merupakan antara individu paling penting dalam percaturan ketua jurulatih,Tano Solari di JDT. Malah, beliau sering diberi tanggungjawab utama untuk menggalas peranan selaku pemain serangan pasukan pada musim ini. Kudrat beliau bagaimanapun dilihat sebagai ancaman oleh pemain naturalisasi negara, […]

Faisal Halim Pemain Tempatan Termahal Selangor

Bintang sensasi negara, Faisal Halim kini menjadi pemain tempatan paling mahal di Selangor. Saham pemain berusia 25 tahun ini melonjak naik setelah prestasi cemerlang diperagakan beliau ketika bersama kelab dan kem kebangsaan. Beliau juga menjadi watak penting serta tunjang utama kemenjadian skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan-gon dalam beberapa aksi siri persahabatan baru-baru […]

FIB Hukum Kelantan FC

Badan bebas, “First Instance Body” (FIB) memaklumkan bahawa pasukan Liga Super, Kelantan FC dikenakan tindakan berhubung pelbagai masalah yang melanda pasukan. Perkara ini jelas memberi impak yang cukup besar berkaitan perjalanan pasukan The Red Warriors sehingga menyebabkan mereka kehilangan ramai tonggak utama. Menerusi perkongsian tersebut, Kelantan difahamkan akan sekatan perpindahan pemain pada jendela kedua yang akan […]