Pengalaman Tembusi Pasaran Sepanyol Bantu Allee Putra ‘Hidupkan’ Kelantan

Kemunculan pemain muda baharu Kelantan FC, Allee Putra Azril ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi bualan ramai peminat bola sepak tanah air. Pemain berusia 18 tahun sudah menghabiskan dua musim bersama Akademi Malaga City di Sepanyol untuk terus mengembangkan potensinya di Eropah. Beliau juga merupakan antara 14 pemain terbaik Akademi Malaga City yang ditawarkan […]
Dominasi JDT Lonjak ‘Saham’ 3 Pemain Malaysia

Perkembangan positif Pasukan Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menyaksikan tiga pemain tempatan menerima kesan yang cukup memberangsangkan dari sudut nilai pasarannya. Pasukan milik DYAM TMJ kini menjadi satu-satunya pasukan yang beraksi secara konsisten apabila tidak mencatatkan sebarang kekalahan dalam semua pertandingan musim ini. Gergasi Harimau Selatan juga berjaya mengetengahkan lebih ramai bakat muda ke […]
Engku Nur Shakir Sandaran Baharu Terengganu

Nama Engku Nur Shakir kini mula menjadi sebutan para penyokong Terengganu setelah aksi cemerlang beliau dalam beberapa perlawanan yang lalu. Penyerang berusia 24 tahun ini telah merekodkan 3 gol dan 4 bantuan jaringan dalam kesemua 16 penampilan bersama Terengganu FC. Engku Nur Shakir pada awalnya kerap memanaskan bangku simpanan pasukan namun beliau perlahan-lahan mula membarisi […]
Yusri Che Lah Beri Impak Besar Kepada Perak

Legenda bola sepak negara, Dato’ Zainal Abidin Hassan melihat kehadiran pengendali interim Perak FC, Yusri Che Lah telah menstabilkan pasukan itu dan meletakkannya kembali ke landasan kemenangan. Pandangan Pengarah Teknikal Imigresen FC itu dibuat selepas melihat The Bos Gaurus kelihatan tersusun dan mempunyai corak permainan cantik. Perubahan yang dibuat Yusri mengakibatkan pihak lawan berdepan kesukaran […]
Kualiti Heberty Mampu Lonjakkan JDT

Kehadiran penyerang baru Johor Darul Ta’zim (JDT) FC dari Brazil, Heberty Fernandes bakal membawa jentera serangan pasukan itu ke tahap yang berbeza. Ini berdasarkan pandangan dua bekas penyerang Selangor, Nizaruddin Yusof dan Azman Adnan. Nizaruddin melihat bekas penyerang Muangthong United itu bukan saja pengganti jangka pendek buat Diogo Luis Santo dan Fernando Forestieri yang mengalami […]
Faisal Halim Berjuang Sendirian

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus menjadi antara pemain tempatan paling menyerlah dalam saingan Liga Super 2023. Bintang kelahiran Pulau Pinang ini melengkapkan perpindahan dari Terengganu dan terus memberi impak yang diharapkan oleh pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe. Kecemerlangan pemain bertubuh kecil ini menjadikan dirinya merupakan satu-satunya calon tunggal yang berjuang dalam carta […]
Yunus Alif Jurulatih Baru PDRM

PDRM FC akhirnya berjaya mencari pengganti jurulatih sebelumnya, Azzmi Aziz dengan membawa masuk legenda bola sepak negara, Dato’ Yunus Alif. Pengumuman ini dibuat Sang Saka Biru menerusi laman media sosial rasmi mereka hari ini. Sebelum ini, nama Yunus sudah dikaitkan dengan kerusi panas PDRM FC menerusi perkongsian wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. Ini merupakan tugas […]
KL City Umum Nenad Bacina Sebagai Ketua Jurulatih Baharu

Pasukan KL City sebentar tadi mengumumkan Nenad Bacina sebagai ketua jurulatih baharu menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Bojan Hodak. Nenas Bacina merupakan penolong jurulatih kepada Bojan Hodak. Pengalaman yang dimilikinya bukan biasa-biasa. Beliau pernah menjadi pembantu jurulatih kepada Bojan Hodak ketika mengendali Johor Darul Ta’zim dan pasukan negara bawah 19 tahun. Nenad Bacina juga mempunyai pengalaman […]
JDT Pasang Padang Hybrid Pertama Di Malaysia

Pasukan gergasi selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC mencipta sejarah tersendiri dengan memasang padang rumput hybrid pertama di Malaysia. Padang rumput hybrid ini dipasang di Stadium Larkin seperti yang dikongsikan pengurusan Harimau Selatan dalam satu video hari ini. Padang rumput hybrid terhasil menerusi campuran rumput semulajadi dengan rumput tiruan. Cara ini dicapai melalui […]
Kemelut Lim Teong Kim Dan Perak FC Masih Belum Selesai

Dalam satu proses rundingan damai di antara bekas pengendali Perak FC, Datuk Lim Teong Kim dan pihak pengurusan Perak FC gagal mencapai kata sepakat. Proses tersebut berlangsung di Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) Perak sebentar tadi. Perbincangan tersebut juga turut melibatkan Ketua Pegawai Operasi Perak FC, Meor Azli Meor Mahmood dan pihak JPPM Perak. Ketika […]
Kedah Anggap J. Partiban ‘Pengganti’ Sebenar Lee Tuck

Kedah telah membawa masuk J. Partiban secara pinjaman pada hari terakhir jendela perpindahan Liga Super musim ini. Pemain sayap Kedah, Fayadh Zulkifli menyambut baik kedatangan J. Partiban dalam memperkuatkan lagi skuad Kedah Darul Aman. Fayadh melihat J. Partiban bakal memberi impak yang besar buat pasukan Kedah dan mampu membantu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Lee […]
Skuad Muda JDT Raih Kemenangan Berganda Tewaskan Akademi Australia

Program akar umbi Johor Darul Ta’zim (JDT) FC terus menunjukkan kemajuan yang signifikan. Terbaru, skuad B-16 dan B-14 JDT FC berjaya meraih kemenangan ke atas Akademi 2 Halfs Football Development dari Australia. Untuk aksi pasukan B-14, ubi muda Harimau Selatan menunjukkan penyudah mereka setajam skuad senior dengan membelasah lawan mereka itu dengan keputusan 6-0. Pasukan […]
Insa Project Umum Youssef Ezzejjari Sebagai Pemain Terbarunya

Rekrut terbaru Negeri Sembilan, Youssef Ezzejjari difahamkan kini berada di bawah naungan ejen baharu selepas melengkapkan perpindahan ke Negeri Sembilan. Keberadaan pemain ini hangat diperkatakan selepas beliau secara tiba-tiba diumumkan selaku pemain baharu skuad Jang sungguhpun telah menyertai Kelantan FC. Perkara ini menjadi bualan ramai yang benar-benar mahu mengetahui status pemain tersebut bersama pasukan. Keadaan […]
Sejarah Kecederaan Richmond Boakye Terungkai

Banyak pihak yang terkejut selepas melihat penyerang baharu Selangor FC, Richmond Yiadom Boakye rebah selepas bertembung dengan penjaga gol Selangor, Samuel Somerville pada aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) tempoh hari. Insiden pada minit ke-10 perlawanan itu telah mendapat perhatian pasukan medik kedua-dua pasukan yang pantas memberikan rawatan awal kepada penyerang dari Ghana […]
Ketiadaan Fernando Forestieri Buat Ayron Del Valle Makin Semangat

Persaingan antara dua pemain ternama Liga Super, Fernando Forestieri dan juga Ayron Del Valle semakin memuncak menuju penghujung saingan Liga Super 2023. Penyerang JDT itu merupakan antara tunjang utama di bawah kendalian Tano Solari yang menyaksikan mereka gah memimpin saingan Liga Super selepas 18 perlawanan tanpa tewas. Pemain berusia 32 tahun itu memainkan peranan yang […]
Aidil Sharin Pengendali Baru Kuching City

Bekas pengendali Persikabo, Aidil Sharin Sahak kembali menabur bakti dalam Liga Malaysia (Liga M) apabila sah bergelar jurulatih baru Kuching City FC. Pengumuman ini dibuat oleh pengurusan Il Gatto pagi ini menerusi laman media sosial rasmi mereka. Ia turut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Beliau sebelum ini menggalas peranan jurulatih Persikabo tetapi […]