Takahiro Kunimoto Miliki 3 Aset Berharga, Bantu Kukuhkan Dominasi JDT

Perancang tengah baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Takahiro Kunimoto memiliki beberapa kelebihan penting untuk membantu pasukan dalam saingan musim ini. Pemain berusia 25 tahun itu melengkapkan perpindahan ke JDT setelah beraksi bersama kelab Portugal, Casa Pia sebelum ini. Kudrat prospek berbakat Jepun ini sudah pasti bakal menjadi sandaran utama Harimau Selatan tatkala pemain tengah […]
Selangor ‘Punca’ Harga 3 Bintang Harimau Malaya Makin Mahal

Pasukan gergasi Liga Super, Selangor FC menjadikan pemain yang beraksi buat pasukannya lebih baik apabila tiga orang pemain menunjukkan peningkatan mendadak dari sudut nilai pasarannya. Finalis Piala Malaysia 2022 itu memulakan kempen Liga Super dengan cukup baik dan kini menghuni tangga kedua selepas 19 perlawanan. The Red Giants juga dalam posisi terbaik untuk membaiki rekod […]
Frank Bernhardt Dapat Tawaran Timur Tengah

Bekas pengendali Kelantan FC, Frank Bernhardt kini dalam fasa rundingan dengan beberapa kelab di Timur Tengah selepas meninggalkan pasukan Pantai Timur itu pada akhir Jun lepas. Perkara ini disahkan sendiri oleh ejen jurulatih Jerman itu, Sherif Ahmed Mostafa. Sherif turut mendedahkan Bernhardt masih lagi berada di Malaysia sementara menimbang tawaran yang bersesuaian buat dirinya. “Coach […]
Tuan Muqris, Pemain Yang Disiku Daryl Sham Dilaporkan Stabil

Terengganu FC menghela nafas lega selepas bek kanan muda, Tuan Muqris Tuan Noor Marzuki dilaporkan stabil selepas disiku di bahagian leher oleh pemain skuad B-23 negara, Daryl Sham semalam. Insiden tersebut berlaku dalam perlawanan Liga Juara Piala MFL antara Terengganu FC II dan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC II. Pada minit ke-12, kedua-duanya berebut bola […]
Terengganu Dapat Aura Baru Ke Piala AFC

Menjelang aksi Piala AFC yang bakal bermula pada September ini, Terengganu FC mendapat tonik baru menerusi pengenalan jersi away khas untuk kejohanan berkenaan. Pengumuman jersi away baru ini dibuat pengurusan pasukan menerusi laman media sosial rasmi Terengganu FC beberapa jam lepas. Tidak seperti jersi away Liga Malaysia (Liga M) yang menggunakan turquoise (hijau firus), pembuat […]
Masa Depan Lee Tuck Masih Samar, Bakal Tinggalkan Malaysia?

Masa depan bekas pemain Kedah Darul Aman FC, Lee Tuck masih samar tatkala beliau dilihat memberi bayangan untuk meninggalkan Malaysia. Bintang kelahiran England itu menyertai skuad bimbingan Nafuzi Zain bagi saingan Liga Super 2023 namun hanya bertahan separuh jalan. Beliau telah mencapai persetujuan dengan pihak pengurusan Sang Kenari untuk menamatkan kontraknya lebih awal sekaligus menjadikan […]
Gandingan Bergson & Heberty Makin Di Luar Jangkaan

Persembahan ampuh yang ditonjolkan oleh duo sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva dan Heberty Fernandes telah melepasi jangkaan awal. Heberty dibawa masuk oleh JDT pada jendela perpindahan kedua untuk menambah sengat di bahagian serangan pasukan. Pemain berusia 34 tahun ini memiliki reputasi yang cukup hebat di pentas bola sepak Thailand kerana beliau merupakan […]
Kebangkitan Wan Zack Haikal Beri Impak Besar Kepada Perak FC

Selepas menjaringkan gol menentang Penang FC pada Rabu lepas, ia dilihat satu kelegaan besar buat pemain sayap Perak FC, Wan Zack Haikal Wan Noor. Ini kerana selepas bergelut dengan masalah kecederaan, bekas pemain sayap Harimau Malaya itu kembali menunjukkan bisa yang pernah menjadikan namanya disegani satu ketika dahulu. Antara kecederaan yang pernah dialami Wan Zack […]
Sani Express Beri Bonus Khas Kepada Kelantan

Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham memaklumkan bahawa barisan pemain Kelantan mendapat bonus khas hasil kemenangan semalam, daripada Sani Express. Pasukan Kelantan telah memperoleh kemenangan yang kedua dalam saingan Liga Super musim ini selepas menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 2-0 semalam. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Zamsaham di laman sosial Facebook miliknya […]
Amri Yahyah Tenangkan Amarah Penyokong Sabah

Gelagat yang dipamerkan oleh pemain veteran Sabah FC, Amri Yahyah untuk menenangkan sebahagian penyokong pasukan mencuri perhatian ramai. Pemain berusia 42 tahun itu dapat mengesan amukan penyokong setia The Rhinos yang kelihatan tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak buah Ong Kim Swee. Beraksi di laman sendiri, Sabah gagal menfaatkan lautan penyokong yang […]
Penyokong Sabah Meninggal Dunia Di Stadium Likas

Seorang penyokong Sabah FC tidak sedarkan diri semasa menonton perlawanan Liga Super membabitkan pasukan itu dan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC semalam dilaporkan telah meninggal dunia. Mangsa, Addly Elly bin Mily, rebah semasa penyokong skuad Badak meraikan gol awal Jafri Firdaus Chew pada minit ke-13. Sebaik menyedari apa yang berlaku, penyokong segera memberi bantuan kecemasan […]
Syihan Hazmi Hargai Sokongan Padu Di Sabah

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi menzahirkan rasa syukur dapat membantu JDT meraih kemenangan ke-19 dalam kempen Liga Super 2023. Dalam satu temu bual Syihan Hazmi bersama hos Bola Mania, Addnan Sarippuddin, Syihan menzahirkan rasa syukur untuk kemenangan kem Harimau Selatan keatas Sabah. Beliau akan memastikan beberapa kelemahan serta kekurangan pasukan akan […]
Matyo: VAR Harus Diperkenalkan Di Malaysia

Bekas penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha percaya sudah tiba masanya pembantu pengadil video (VAR) diperkenalkan dalam Liga Malaysia (Liga M). Norshahrul atau mesra dipanggil Matyo berpandangan sedemikian bila mengulas gol ketiga Perak FC yang dijaringkan Seo Seon-ung dalam perlawanan Perak FC-Penang FC semalam. Biarpun Seon-ung jelas berada pada kedudukan ofsaid, pengadil Mohd Hasrol Mohd […]
Zamsaham: Saya Dah Lama Tunggu

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham mengakui sudah sekian lama menantikan detik yang cukup indah buat pasukannya. The Red Warriors mempamerkan kebangkitan yang cukup hebat selepas dikalahkan oleh JDT di laman sendiri tempoh hari. Anak didik Alfredo Vera memastikan tiga mata menjadi milik pasukan tuang rumah apabila mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Negeri […]
Stadium Likas Kini Berwajah Baru

Stadium keramat pasukan Sabah, Stadium Likas kini berwajah baru dengan beberapa penyelenggaran sedang dilakukan pihak pengurusan stadium. Berdasarkan tinjauan MakanBola ketika hadir ke Stadium Likas, stadium tersebut kini dilengkapi dengan tempat duduk baru dan scoreboard yang baru sedang dipasang. Kerusi baru tersebut dipasang di sekeliling kawasan tempat duduk terbuka dan dipadankan dengan warna merah biru. […]
Matyo Terkejut Dengan Kemajuan Mendadak Heberty Fernandes

Bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlam Talaha terkejut dengan prestasi semasa yang ditampilkan import baru JDT, Heberty Fernandes. Heberty yang meledak dalam pertembungan antara JDT dan Sabah malam semalam turut mencatat satu bantuan jaringan buat Bergson da Silva ketika memastikan kem Harimau Selatan peroleh kemenangan bergaya, 5-1 mengatasi skuad The Rhinos. “Pemain-pemain JDT terutamanya Heberty dan […]