“Taraf Liga Perlu Dipertingkatkan Demi Harimau Malaya” – Kim Pan-gon

Isu kecergasan pemain yang tercetus semasa perlawanan menentang Turkmenistan kembali berulang dalam perlawanan menentang Hong Kong semalam. Hal ini membuatkan jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon berpandangan taraf Liga Malaysia (Liga M) perlu dipertingkatkan demi menjaga kualiti pasukan kebangsaan. Ini kerana dengan corak permainan pantas yang dipraktikkannya, ia memerlukan pemain mempunyai tahap kecergasan yang tinggi. Malangnya, […]
Kim Pan-gon Tepis Kritikan Jentera Tengah Malaysia Beraksi Teruk

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menempis dakwaan bahawa jentera tengah negara beraksi kurang baik menentang Hong Kong. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu secara keseluruhannya berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak buahnya. Namun begitu, beliau tetap merasakan bahawa ada beberapa aspek yang perlu ditambah baik bagi aksi mendatang. Jurulatih berusia 53 tahun ini […]
Media Vietnam Anggap Faisal Halim Bintang Bola Sepak Nombor Satu Malaysia

Selepas melalui kemarau jaringan yang agak panjang, namun gol yang dihasilkan Faisal Halim dalam perlawanan persahabatan menentang Hong Kong semalam jelas membuka mata ramai pihak terutamanya media antarabangsa. Dalam perlawanan yang berakhir dengan kemenangan 2-0 buat Malaysia itu, Faisal berjaya mencipta satu bantuan gol terlebih dahulu pada minit ke-18 yang mana penjaring gol tersebut ialah […]
Jorn Andersen Anggap Ketumpulan Serangan Punca Dimalukan Malaysia

Ketua jurulatih Hong Kong, Jorn Andersen mengakui bahawa ketumpulan jentera serangan telah menyebabkan pasukannya gagal menandingi Malaysia. Hong Kong hadir untuk menebus kekecewaan tahun lalu apabila tunduk dengan keputusan 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Beliau bagaimanapun terpaksa menelan hakikat apabila pasukan bimbingannya tewas sekali lagi kepada Harimau Malaya dengan jumlah jaringan yang sama. Mengulas […]
Ranking FIFA Malaysia: Malaysia Raih 10.12 Mata Tambahan FIFA, Naik 5 Anak Tangga

Malaysia mencatatkan perolehan mata ranking FIFA maksimum dalam kalendar FIFA kali ini selepas berjaya mencatatkan kemenangan 100% dalam dua aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim. Kemenangan 1-0 terhadap Turkmenistan memberikan Malaysia tambahan mata sebanyak 5.27 manakala kemenangan 2-0 terhadap Hong Kong pula memberikan Malaysia tambahan mata sebanyak 4.85. Mata keseluruhan yang berjaya dikutip sepanjang bulan […]
Malaysia ‘Bersiu’ Tewaskan Hong Kong

Perlawanan persahabatan Tier 1 yang melibatkan pertembungan antara pasukan Malaysia dan Hong Kong berlangsung dengan cukup mendebarkan. Aksi yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan 4 muka baharu dibawa masuk bagi memperkuat pasukan. Permulaan yang cukup baik buat anak didik Kim Pan-gon yang turun dalam motivasi terbaik apabila melancarkan serangan bertali arus ke gawang gol […]
Info Siaran Langsung Malaysia vs Hong Kong | Persahabatan Tier 1

Aksi melibatkan Malaysia bertemu Hong Kong dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim malam ini. Perlawanan persahabatan kedua ini sudah tentu menjadi medan penting buat Kim Pan-gon untuk terus mencari kesebelasan terbaik Harimau Malaya. Pasukan negara turun dalam momentum terbaik apabila berjaya menewaskan Turkmenistan dengan keputusan 1-0 pada aksi persahabatan tempoh hari. Kecemerlangan tersebut sudah tentu […]
Stuart Wilkin Sedia Bersaing Rebut Kesebelasan Utama Harimau Malaya

Ramai penyokong mengakui barisan Harimau Malaya kali ini sebagai antara yang terbaik dalam era Kim Pan-gon. Bagi pemain tengah Sabah, Stuart Wilkin, ini bermakna dia perlu berusaha keras untuk merebut slot kesebelasan utama di bahagian tengah. Ini kerana terdapat ramai pemain berkaliber yang berupaya menggalas tanggungjawab sebagai jeneral tengah. Antara pemain yang dipanggil Pan-gon kali […]
Jurulatih Hong Kong Anggap Malaysia ‘Lain Macam’ Kerana Pemain Naturalisasi

Ketua jurulatih Hong Kong, Jorn Andersen memuji impak pemain naturalisasi Harimau Malaya yang menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan ketika ini. Umum mengetahui bahawa kelab-kelab di Malaysia telah pun dibenarkan untuk mendaftarkan pemain yang sudah pun cukup tempoh beraksi di Malaysia selama 5 tahun. Perkara ini jelas memberi kelebihan kepada pasukan bimbingan Kim Pan-gon untuk memberi […]
Arif Aiman Terpaksa Disisihkan Kerana Cedera Hamstring

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim. (JDT), Arif Aiman Hanapi terpaksa disisihkan daripada skuad kebangsaan apabila dilaporkan mengalami kecederaan hamstring. Bintang berusia 20 tahun itu berada dalam senarai 27 orang pemain yang dipanggil ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk membawa cabaran negara berdepan Turkmenistan dan juga Hong Kong. Namun begitu, menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, […]
Kim Pan-gon Mahu Harimau Malaya Mendominasi Berdepan Hong Kong

Selepas meraih kemenangan ke atas Turkmenistan, jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu anak-anak buahnya meneruskan kecemerlangan ke atas Hong Kong esok. Ini termasuk mendominasi lawan yang menduduki ranking ke-146 dunia itu. Walaupun yakin dengan kemampuan anak-anak buahnya, Pan-gon mahu anak-anak buahnya menunjukkan aksi mantap di atas padang. Baginya, inilah peluang menonjolkan falsafah bola sepak Malaysia […]
“Pertahanan Bukan Setakat Perlu Bertahan Sahaja” – Shahrul Saad

Di bawah kendalian Kim Pan-gon, Harimau Malaya mempraktikkan gaya permainan pantas. Ini bermakna semua pemain termasuk pemain pertahanan perlu bijak mengawal bola – satu fakta yang diakui bek tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Shahrul Saad. Ini kerana dalam bola sepak moden hari ini, pemain pertahanan tidak hanya fokus kepada mempertahankan gawang mereka. Malah, mereka juga […]
“Ini Antara Skuad Terbaik Hong Kong” – Jørn Andersen

Ketua jurulatih Hong Kong, Jørn Andersen mengakui kali ini membariskan skuad terbaik mereka bagi menghadapi cabaran Malaysia di Stadiuk Sultan Ibrahim esok. Pengendali kelahiran Norway itu sudah tentu mahu menebus kekecewaan selepas pasukan itu tewas 2-0 pada pertemuan terakhir tahun lalu. Beliau memberi alasan bahawa pada ketika itu skuad Hong Kong tidak dibarisi oleh para […]
E. Elavarasan: Sasaran Final Sukan SEA 2023 Realistik

Selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletakkan sasaran layak ke final Sukan SEA 2023, ada yang mengganggap sasaran tersebut terlampau sukar untuk dicapai. Tetapi bagi jurulatih skuad Malaysia Bawah 22 Tahun (B-22), E. Elavarasan, ia sesuatu yang boleh dicapai oleh anak-anak buahnya. Keyakinan ini disandarkan kepada persiapan rapi pasukan termasuk penyertaan ke Piala Merlion yang […]
Rembatan Safwan Mazlan Moroket Di Bumi Singapura

Pemain pertahanan Terengganu, Muhammad Safwan bin Mazlan mencatat nama sebagai penjaring dalam aksi final Piala Merlion 2023 yang berlangsung di Singapura. Turun membarisi kesebelasan utama pasukan, Safwan tampil begitu cemerlang mengemudi benteng pertahanan negara bersama Harith Haikal dan Ubaidullah Shamsul. Pemain yang terkenal dengan kelebihan rembatan jarak jauh itu beberapa kali dilihat naik keatas membantu […]
Piala Merlion: Malaysia Muncul Juara Tewaskan Hong Kong

Skuad Malaysia Bawah 22 Tahun (B-22) melaungkan keazaman untuk memenangi pingat emas Sukan SEA 2023 di Kemboja. Ini selepas anak-anak buah E. Elavarasan mengalahkan skuad Hong Kong B-22 bagi menggondol Piala Merlion di Stadium Jalan Besar, Singapura hari ini. Babak pertama menyaksikan Harimau Malaya melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah kubu pertahanan The Strength. Bek kanan […]