Pengalaman Sepak Takraw Bantu Safawi Rasid Jaringkan Gol Bertaraf Puskas

Pengalaman bergelar seorang pemain sepak takraw jelas memberi kelebihan kepada sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid ketika mencatat nama sebagai penjaring. Pemain berusia 26 tahun ini telah menjaringkan satu gol bertaraf puskas ketika aksi persahabatan antara Malaysia dan Kepulauan Solomon pada semalam. Ledakan sempurna Safawi Rasid pada minit ke-77 permainan memastikan Malaysia meraih kemenangan bergaya mengatasi […]

“Pemain Malaysia Juga Manusia Biasa” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak menyalahkan pemainnya sungguhpun terdapat kesilapan yang hampir memakan nasib pasukan. Malaysia dikejutkan dengan jaringan pembukaan oleh Kepulauan Solomon yang menyebabkan aksi Malaysia tersentak seketika. Harimau Malaya bagaimanapun kembali mendapatkan rentak apabila menjaringkan dua gol pada babak pertama untuk menutup kesilapan tersebut. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun yakin […]

Gol Sulung Arif Aiman Pastikan Malaysia Tumbangkan Solomon Islands

Pertembungan melibatkan Malaysia dan Solomon Islands bagi aksi persahabatan tier 1 berkesudahan kemenangan menjadi milik skuad kebangsaan dengan penuh bergaya. Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin ini menyaksikan anak didik Kim Pan-gon memulakan perlawanan dengan rentak terbaik untuk menekan pertahanan lawan. Asakan bertali arus skuad kebangsaan bagaimanapun gagal diterjemahkan dengan gol yang […]

Info Siaran Langung Malaysia vs Kepulauan Solomon | Persahabatan Antarabangsa

Malaysia kembali menghadapi dua aksi persahabatan apabila dijadualkan berdepan Kepulauan Solomon malam ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu itu menyaksikan anak didik Kim Pan-gon mahu meneruskan rekod cemerlang di laman sendiri. Malaysia merakamkan keputusan yang amat memberangsangkan termasuklah dua kemenangan berdepan Hong Kong dan Turkmenistan di Stadium Sultan Ibrahim Mac […]

Kepulauan Solomon Hadapi Malaysia Dengan Hanya Seorang Pemain Profesional

Menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa di antara Malaysia dan Kepulauan Solomon, pengendali Kepulauan Solomon, Felipe Vega Arango mengakui bukan satu tugas yang mudah walaupun ranking mereka lebih tinggi berbanding Malaysia. Dalam masa yang sama, pengendali dari Sepanyol itu berkongsi mengenai status senarai pemain yang dibawa ke Malaysia. Mereka hadir ke Terengganu dengan hanya membawa seorang pemain […]

Ranking Malaysia: Malaysia Berpeluang Pintas Filipina Selepas 12 Tahun

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia berpeluang memintas kedudukan Filipina yang kini berada di ranking ke-136 dunia buat kali pertama selepas ditinggalkan negara berkenaan sejak 2011. Selepas Malaysia menjuarai kejuaraan serantau, Piala AFF 2010, Malaysia gagal mempamerkan konsistensi kedudukan ranking FIFA dan ditinggalkan jauh oleh Filipina, Vietnam dan Thailand. Mata semasa Malaysia kini adalah 1082.13 dan jika […]

Kurang Cergas Punca Natxo Insa Disisihkan Berdepan Kepulauan Solomon

Hasrat untuk melihat kelibat jeneral tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa untuk mengemudi bahagian tengah pasukan akhirnya berkecai sekelip mata. Kim Pan-gon sudah pasti mahu membawa skuad terbaik apabila beraksi di laman sendiri namun berhadapan masalah di luar jangkaan. Setelah kecederaan penyerang muda KL City FC, Haqimi Azim sebelum sesi latihan bermula, pengendali kelahiran […]

Safawi Rasid Disebut-Sebut Pengganti Shahrel Fikri

Semua sedia maklum Harimau Malaya berdepan dilema siapa bakal mengisi kekosongan di slot penyerang tengah. Dengan penyerang Negeri Sembilan FC, Shahrel Fikri dilaporkan tidak cergas, Kim Pan-gon dikatakan bersedia mempertaruhkan Safawi Rasid untuk beraksi sebagai ‘false 9’. Perkara ini dilaporkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam semasa meninjau sesi latihan Harimau Malaya petang tadi. […]

Shahrul Saad: Malaysia Panggil Pemain Yang Menyerlah Dalam Liga

Bukan satu rahsia ramai pemain Malaysia yang dipanggil Kim Pan-gon sedang menyerlah dalam Liga Super ketika ini. Bagi bek tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Shahrul Saad, ini satu berita baik kerana mereka pastinya mahu menterjemahkan prestasi berkenaan dalam aksi Harimau Malaya. Dengan prestasi sebegini, ia pastinya menjanjikan saingan sengit di setiap posisi skuad kebangsaan. […]

Faisal Halim Tak Marah

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim optimis untuk kekal fokus terhadap tugas bersama skuad kebangsaan meskipun dikaitkan dengan pelbagai isu di luar padang. Dalam satu temubual ketika sesi latihan hari ini, bintang berusia 25 tahun itu kelihatan begitu bermotivasi untuk membantu skuad kebangsaan. Bekas bintang Terengganu ini bagaimanapun tidak berselindung untuk mengakui bahawa dirinya sentiasa […]

Kim Pan-gon Bukan Saja-Saja Pilih Lawan Ranking Lebih Rendah

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon ada sebab tersendiri mengapa beliau memilih lawan yang berada pada kedudukan yang lebih rendah berbanding Malaysia. Skuad kebangsaan kini sedang melakukan persiapan menjelang sepak mula berdepan Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea. Mengulas lanjut, pengendali kelahiran Korea Selatan itu yakin dapat mengekalkan rekod baik di laman sendiri di samping […]

Kim Pan-gon Gugurkan Haqimi Azim

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon membuat keputusan untuk menggugurkan khidmat penyerang muda KL City FC, Haqimi Azim. Pemain muda berusia 20 tahun itu merupakan sebahagian daripada senarai 27 orang pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat skuad kebangsaan di Terengganu. Khidmat beliau bagaimanapun terpaksa dilupakan oleh Pan-gon menjelang pertemuan dengan Kepulauan Solomon dan Papua […]

Prospek Penjaga Gol Warisan Malaysia Kini Tembusi Pasaran Australia

Malaysia berpotensi memiliki seorang lagi penjaga gol warisan yang kini mula memberikan impak yang cukup luar biasa di Australia. Pemain muda yang dikenali sebagai Hugo Ng merupakan antara bintang yaang berketurunan Malaysia sedang mencipta nama di sana. Baru berusia 14 tahun, beliau memiliki ketinggian yang cukup luar biasa iaitu 1.82 cm sekaligus dilihat sebagai antara […]

Arab Saudi Jinakkan Skuad B-17 Malaysia

Hasrat skuad Malaysia B-17 untuk mengakhiri dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 2 dengan kemenangan sebagai persediaan ke Piala Asia B-17 tidak kesampaian hari ini. Ini selepas Arab Saudi berjaya menewaskan anak-anak buah Osmera Omaro 4-1 di Stadium UiTM. Separuh masa pertama menyaksikan The Green Falcons terlebih dahulu di hadapan menerusi Nawaf Nasser Albishri pada minit […]

Malaysia Juara ASEAN Para Games Benam Indonesia

Kontinjen Malaysia yang bertanding dalam ASEAN Para Games 2023 semalam ceria apabila pasukan bola sepak cerebral palsy negara meraih pingat emas. Mereka menewaskan Indonesia 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti final acara bola cerebral palsy. Babak pertama menyaksikan Timnas Indonesia mengasak kubu pertahanan Harimau Malaya. Tetapi anak-anak buah jurulatih Surasak Tungsurat mempamerkan disiplin yang tinggi dari […]

Luqman Hakim Ketuai Skuad Muda Malaysia Ke Piala AFF B-23

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai 26 pemain skuad B-23 kebangsaan yang dipanggil ke kem latihan pusat. Pengendali B-23 negara, E. Elavarasan mengekalkan seramai 15 pemain yang membantu kem negara di kejohanan Sukan SEA tempoh hari dan memanggil beberapa muka baharu iaitu Abu Khalil, Aiman Farhan dan Hariz Mansor. Dua bintang sensasi muda […]