Luqman Hakim Ketuai Persiapan Malaysia B-23 Ke Piala Asia

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin mengetuai senarai 24 pemain Malaysia yang dipanggil ke kem latihan kebangsaan b-23. Pasukan yang kini dibimbing oleh pengendali baharu, Juan Torres Garrido sedang melakukan persiapan terbaik dengan kem latihan pusat bermula 13 hingga 21 November 2023 sebagai persiapan menjelang kempen Piala Asia B-23 2024. Kejohanan yang berlangsung pada April depan itu […]

Jürgen Klinsmann Di Johor, Intip Malaysia Secara Dekat?

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan, Jürgen Klinsmann dilaporkan kini berada di bumi Johor untuk melihat persembahan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) secara dekat. Perlawanan ke-4 Liga Juara-Juara AFC (ACL) menyaksikan pasukan kendalian Tano Solari akan menghadapi tentangan Ulsan Hyundai yang juga merupakan jaguh Korea Selatan. Pertembungan ini bagaimanapun dikuatkan dengan kelibat pengendali kelahiran Jerman […]

Korea Selatan Hadapi Tiga ‘Lawan’ Malaysia Dengan Barisan Terhebat

Pasukan kebangsaan Korea Selatan mempertaruhkan barisan terkuat bagi menghadapi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan tiga lawan yang pernah menentang Malaysia. Aksi pembukaan Kumpulan C menyaksikan pasukan ke-24 dunia akan berdepan wakil Asia Tenggara, Singapura pada 16 November 2023 di laman sendiri. Wakil Asia di Piala Dunia 2022 itu membuat keputusan untuk menyenaraikan muka yang […]

Harga Tiket Aksi Malaysia & Kyrgyzstan Bermula Serendah RM5

Menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan Malaysia dan Kyrgyzstan, penyokong Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket pada harga serendah RM5. Pengumuman ini dibuat oleh FAM menerusi satu sidang media yang diadakan pada hari ini. Dengan skuad negara beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), harga tiket perlawanan ditetapkan pada harga RM40 bagi Kategori Terbuka dan […]

Natxo Insa Dalam Pantauan Rapi Kim Pan-gon?

Senarai 25 pemain skuad Harimau Malaya bagi kempen Kelayakan Piala Dunia sudah diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi melalui satu siaran media. Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mengekalkan seramai 20 daripada 25 pemain yang telah dipanggil pada kem latihan pusat terdahulu bagi Pestabola Merdeka 2023, Oktober lalu. Manakala terdapat sedikit pembaharuan apabila Pan-gon memanggil […]

3 Bintang Luar Negara Sandaran Malaysia ‘Gegar’ Kyrgyzstan

Malaysia berdepan saat getir apabila bakal mengharungi ujian di Kelayakan Piala Dunia 2026/2027 pertengahan November ini dengan tiga pemain luar negara menjadi taruhan pasukan. Skuad kendalian Kim Pan-gon berdepan ujian hebat apabila pasukan ke-96 dunia, Kyrgyzstan bagi aksi pembukaan dengan 25 pemain ke kem latihan pusat bagi skuad negara. Harimau Malaya mengharungi tempoh yang cemerlang […]

Kim Pan-gon Terpaksa Sisihkan Syamer Kutty & Azam Azih

Dua pemain tengah kebangsaan, Mohd Syamer Kutty Abba dan Nor Azam Abdul Azih terpaksa disisihkan daripada kem Harimau Malaya menjelang aksi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Seramai 25 pemain telah dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon bagi menjalani kem latihan pusat skuad Harimau Malaya kali ini. Berdasarkan senarai tersebut, Kim Pan-gon telah […]

Sumareh & Afiq Fazail Lengkapkan Senarai 25 Pemain Malaysia Ke Kelayakan Piala Dunia

Malaysia membuat keputusan untuk memanggil beberapa muka baharu bagi menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pertengahan November ini. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah membuat keputusan untuk kembali memanggil beberapa muka baharu ke dalam skuad. Berdasarkan senarai di atas, Pan Gon telah […]

Kyrgyzstan Panggil Semula 12 Pemain Utama Hadapi Malaysia

Pasukan kebangsaan Kyrgyzstan membuat keputusan untuk membawa skuad terbaik ke Kelayakan Piala Dunia 2026 khususnya berdepan Malaysia pada aksi pembukaan kumpulan. Skuad yang menghuni tangga ke-96 dunia itu kehilangan sebahagian besar pemain penting pada dua aksi persahabatan berdepan Bahrain dan Filipina. Keadaan ini menyebabkan pasukan bimbingan Stefan Tarkovic tewas dalam dua aksi penting tersebut. Kyrgyzstan […]

Josko Gvardiol Versi Malaysia Telah Ditemui

Umum mengetahui, Terengganu FC berjaya mara ke pentas akhir Piala Malaysia 2023 selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City) di separuh akhir. Mereka bakal berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang merupakan juara bertahan. Namun disebalik kemaraan Terengganu ke final, ada beberapa tonggak Sang Penyu yang menjadi nadi utama pasukan. Salah seorangnya adalah pemain pertahanan […]

Syafiq Ahmad Mahu ‘Bantu’ Kim Pan-gon

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad mahu menambat semula hati ketua jurulatih, Kim Pan-gon dan menyumbang sesuatu buat Harimau Malaya. Pemain berusia 28 tahun itu kembali mempamerkan bisanya selepas berjaya menjaringkan dua gol ketika membenam cabaran Perak FC pada peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2023. Beliau yang dimasukkan selaku pemain gantian berjaya menghadirkan […]

FAM Umum Venue Rasmi Kelayakan Piala Dunia

Skuad bola sepak kebangsaan kendalian Kim Pan-gon akan menyambung aksi antarabangsa. Kali ini Malaysia dijadualkan menentang Republik Kyrgyz dalam Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumukan venue bagi aksi bekenaan. Stadium Nasional Bukit Jalil telah dipilih sebagai venue rasmi bagi perlawanan yang bakal dilangsungkan pada 16 November […]

Kim Pan-gon Puas Hati Keadaan Terkini Padang SNBJ

Ketua jurulatih pasukan Malaysia, Kim Pan-gon berpuas hati dengan keadaan terkini padang di Stsdium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjelang sepak mula Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pengendali kelahiran Korea Selatan itu meletakkan harapan besar agar aksi pertama berdepan Kyrgyzstan dapat dilangsungkan di gelanggang […]

Hong Wan & Feroz Disisihkan Dari Tugasan Kebangsaan Bersebab

Punca dua pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) disisihkan dari tugasan kebangsaan dengan alasan yang cukup kukuh sekaligus menyaksikan Malaysia terlepas khidmat dua pemain berbakat. Perkara ini disuarakan oleh Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ dalam satu wawancara bersama Nindia Bola tentang beberapa halangan yang menyebabkan sesetengah pemain JDT terpaksa pulang […]

Jawapan Kim Pan-gon Tentang Kesilapan Pasukan Di Pestabola Merdeka

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mempunyai pandangan tersendiri tentang aspek persembahan yang ditampilkan oleh skuad kendaliannya di Pestabola Merdeka 2023. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu terpaksa menelan hakikat apabila Harimau Malaya tewas dengan keputusan 0-2 kepada pasukan ke-110 dunia, Tajikistan. Malaysia bagaimanapun berjaya membenam cabaran India yang menghuni tangga ke-102 dengan jaringan 4-2. Kesilapan individu […]

Paulo Josue Sedia ‘Berkorban’ Demi Leandro Velazquez

Kapten KL City FC, Paulo Josue bersedia memberi ruang kepada Leandro Velasquez seandainya pemain berdarah Argentina itu dipanggil menyertai Harimau Malaya. Sebelum ini, DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim mendedahkan harapan baginda untuk melihat Velasquez menjadi pemain naturalisasi terbaru negara. Pemain berdarah Brazil itu melihat kehadiran bekas pemain perancang Newell’s Old Boys itu mampu […]