Kim Pan-gon: Keinginan Malaysia Lebih Tinggi Berbanding Taiwan

Menjelang aksi kedua Malaysia dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Taiwan esok (21 November), pengendali Malaysia, Kim Pan-gon telah menyuarakan keyakinan beliau. Bagi Pan-gon, beliau percaya para pemainnya akan berusaha sehabis baik untuk mendapatkan tiga mata untuk aksi genting esok biarpun sedar rekod lampau Malaysia di Taiwan adalah buruk. “Selepas kami mendapat keputusan yang […]

“Mungkin Dia Ada Tiket Khas Ke Piala Asia”-Razman Roslan

Lagenda bola sepak Malaysia, Razman Roslan memberi ramalan bahawa perancang tengah berbakat Johor Darul Ta’zim (JDT), Hong Wan berkemungkinan akan dipanggil oleh ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon pada saat akhir ke Piala Asia. Perkara ini dikongsikan menerusi satu analisis berdepan Kyrgyzstan dengan Harimau Malaya mencatatkan kemenangan penting 4-3 di laman sendiri. Menerusi kenyataan bekas pemain […]

Malaysia Perlu Lenyapkan ‘Badi’ Taiwan

Menjelang aksi kedua kelayakan Kumpulan D membabitkan Malaysia dan Taiwan esok, skuad negara perlu turun dengan misi menghapuskan ‘badi’ yang dibawa negara Asia Timur itu. Ini kerana daripada tiga pertemuan terakhir Harimau Malaya dengan The Blue Wings, dua daripadanya memihak tuan rumah. Ini termasuk kekalahan 2-0 di tangan anak-anak buah Gary White itu pada 2018. […]

TMJ: Diam Lebih Baik

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ menzahirkan pandangan baginda mengenai perjalanan skuad Malaysia yang mengharungi kempen cemerlang bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 baru-baru ini. Baginda memberikan pandangan ikhlasnya pada ruangan komen laman Ekor Harimau Malaya apabila terdapat hantaran yang mengulas tentang gol pertama Malaysia oleh Dion Cools. Laman tersebut menghuraikan […]

Corbin Ong: Kita Akan Bawa Tiga Mata Pulang Ke Malaysia

Bek kiri Malaysia, La’Vere Corbin Ong melihat misi meraih kemenangan ke atas Taiwan dalam aksi kedua Kumpulan D sebagai sesuatu yang boleh dicapai. Ini kerana dengan kualiti yang dimiliki Harimau Malaya, usaha mendapatkan tiga mata penuh tidak mustahil boleh dicapai. Biarpun mengakui The Blue Wings merupakan satu pasukan yang kuat, kemenangan yang diraih Kyrgyzstan pada […]

Malaysia Berpeluang Lonjak Ke Kelompok 120 Terbaik Dunia Lebih Awal

Pasukan kebangsaan Malaysia telah dibantu oleh kekalahan negara Afrika sekaligus mencerahkan peluang untuk mara ke kelompok 120 terbaik dunia lebih awal. Harimau Malaya mencatatkan kemenangan berdepan pasukan ke-101 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 November lalu. Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon memperoleh tambahan +15.49 mata FIFA untuk […]

FIFA ‘Iktiraf’ Kebangkitan Malaysia

Kebangkitan skuad Harimau Malaya ketika menewaskan pasukan Kyrgyzstan pada aksi pertama kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 raih perhatian dunia. Ini selepas laman rasmi media sosial Piala Dunia (FIFAWorldCup) memuat naik satu hantaran yang memuji persembahan yang ditampilkan Harimau Malaya. “Malaysia melakukan satu comeback sempurna dalam aksi pembukaan Kelayakan Piala Dunia.” Hantaran tersebut tular dan mendapat […]

Kim Pan-gon Mampu Pecah Rekod Di Taiwan

Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon mampu mencipta sejarah sekali lagi menjelang aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Taiwan pada 21 November ini. Sebelum ini Pan-gon berjaya memecahkan rekod 19 tahun membawa Malaysia menewaskan pasukan yang berada di ranking 100 ke atas iaitu Krygyzstan yang berada di ranking ke-97 dunia. Kali terakhir Malaysia berjaya […]

“Baru Dua Hari, Nampak Potensinya Besar”

Pengurus skuad Bawah 23 tahun negara, Datuk Seri Shahril Mokhtar teruja melihat kedatangan seorang lagi pemain warisan Malaysia yang memiliki potensi besar yang amat baik iaitu Richard Chin. Pemain berusia 21 tahun itu menjadi antara pemain idaman untuk membarisi skuad muda negara kerana pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Eropah. Pemain kelahiran Malaysia-England […]

“Kim Pan-gon Suruh Saya Serang” -Daniel Ting

Pemain pertahanan Sabah FC, Daniel Ting mengakui beliau hanya mengikut arahan Kim Pan-gon semasa skuad negara mengalahkan Kyrgyzstan dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada Khamis lepas. Harimau Malaya berupaya meraih kemenangan selepas beberapa pertukaran yang direncana jurulatih Korea Selatan itu berjaya menjerat The White Falcons. Ini termasuk kehadiran Daniel sebagai pemain gantian menggantikan Dominic […]

Dion Cools: Jika Argentina Ada 5 Messi, Sudah Tentu Lebih Mudah

Pertahanan kental Malaysia, Dion Cools optimis untuk meneruskan momentum cemerlang bagi menghadapi perlawanan kedua berdepan Taiwan bagi aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2026. Kemenangan berdepan pasukan ke-101 dunia, Kyrgyzstan jelas menjadi tonik terbaik buat pasukan untuk meneruskan rentak cemerlang. Pemain berusia 27 tahun yakin ranking tidak memjadi penentu kepada pasukan yang berlawan kerana para pemain […]

Penganalisis Ini Kongsi Bagaimana Dion Cools Boleh Jaringkan Dua Gol

Umum mengetahui pemain bintang Malaysia, Dion Cools berjaya meledak dua gol dalam kemenangan bermakna 4-3 Malaysia ke atas Kyrgyzstan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 tempoh hari. Tetapi bagaimana jaringan itu terjadi? Seorang pengalanisis taktikal, Shaiful Shazwan telah berkongsikan mengenai bagaimana dua gol Dion Cools itu boleh dihasilkan. Situasi gol pertama Dion Cools minit ke-7 […]

Faisal Halim Kongsi Detik Kekejangan Ketika ‘Siu’

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim berkongsi detik kekejangan yang dialaminya ketika meraikan jaringan kemenangan di Stadium Bukit Jalil pada kelmarin. Faisal Halim menjadi watak penting pasukan apabila ledakannya pada babak akhir memberi kemenangan bermakna buat Harimau Malaya. Tiga mata penting berjaya diraih Malaysia dalam aksi pertama saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Kyrgysztan, 4-3. […]

Peranan Besar Hans Isaac Pastikan Kualiti Padang SNBJ Semakin Baik

Jika sebelum ini namanya menjadi antara yang dikritik hebat selepas permukaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dilihat tidak memuaskan. Kini Dato’ Hans Isaac boleh menarik nafas lega dengan keadaan terkini padang tersebut. Aksi sulung Kelayakan Piala Dunia 2026 yang menemukan Malaysia dan Kyrgyzstan tempoh hari menjadi bukti bahawa Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah […]

Arif Aiman ‘Balas’ Kerisauan Penyokong Kyrgyzstan Dengan Aksi Menakjubkan

Pemain sayap kebangsaan, Arif Aiman Hanapi membalas kerisauan peminat dan penyokong pasukan bola sepak Kyrgyzstan dengan aksi yang menakjubkan. Diberi kepercayaan oleh pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan, Arif mempamerkan kualiti yang beliau miliki dengan membantu Malaysia mencatat jaringan. Kemenangan 4-3 Malaysia mengatasi Kyrgyzstan pada kelmarin merupakan satu langkah kanan buat […]

“Ini Perlawanan Yang Tidak Masuk Akal” – Dion Cools

Pemain terbaik perlawanan, Dion Cools menyifatkan kemenangan dramatik ke atas Kyrgyzstan sebagai perlawanan yang tidak masuk akal baginya. “Sejujurnya saya tidak menyangka kita akan menang dalam perlawanan ini. Perlawanan yang tidak masuk akal. Saya rasa semua pemain mula hilang semangat termasuk saya namun kami berjaya bangkit.” ujar Cools. Pertahanan tengah Malaysia itu juga berterima kasih […]