Malaysia Bakal Berdepan Syria

Malaysia bakal mengharungi beberapa aksi pemanas badan sebelum Piala Asia 2023 bermula. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Syria (SFA) mengumumkan Malaysia sebagai salah satu daripada dua aksi persahabatan pra-Piala Asia mereka. Aksi persahabatan ini bakal berlangsung pada 8 Januari 2024 di Doha, Qatar. Selain Harimau Malaya, Helang Qasioun juga bakal turun menentang lawan skuad negara […]

Roberto Mancini Yakin Malaysia Mampu Lepasi Peringkat Kumpulan Piala Asia

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Arab Saudi, Roberto Mancini yakin dengan kemampuan Malaysia untuk melepasi halangan pada peringkat kumpulan di Piala Asia. Menerusi satu kenyataan oleh Asean Football, hasrat Harimau Malaya untuk berdepan pasukan ke-56 dunia itu terhenti selepas Arab Saudi difahamkan telah membuat keputusan untuk bertemu tiga negara lain iaitu Lubnan, Palestine dan Hong Kong. […]

Malaysia Dan Indonesia Diramal Alami Nasib Serupa Di Piala Asia

Menjelang kejohanan utama Piala Asia di Qatar Januari tahun hadapan, Malaysia dan Indonesia dijangka berdepan laluan getir untuk mara ke pusingan seterusnya. Malaysia yang berada di dalam Kumpulan E akan berdepan tiga lagi pasukan besar Asia iaitu Korea Selatan, Bahrain dan Jordan. Manakala buat Indonesia, mereka diundi untuk bersama-sama Jepun, Iraq dan Vietnam di dalam […]

Malaysia Bakal Bertemu Palestin Di Qatar?

Nampaknya hajat Malaysia menentang Palestin dalam aksi persahabatan antarabangsa berkemungkinan jadi kenyataan. Pemerhati bola sepak negara, Piang Shankly mendedahkan salah satu aksi pemanas badan yang dirancang bakal dilalui Harimau Malaya sebelum Piala Asia 2023 ialah Palestin. Sekiranya perancangan ini dapat direalisasikan, aksi persahabatan ini bakal diadakan di Doha, Qatar sebelum kejohanan bermula. Ini sedikit sebanyak […]

Roberto Mancini ‘Punca’ Arab Saudi Tolak Malaysia

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Arab Saudi, Roberto Mancini difahamkan menjadi watak penting yang menyebabkan pertemuan antara Malaysia san gergasi Asia itu dibatalkan. Harimau Malaya sebelum ini bercadang untuk bertemu dengan pasukan ke-56 dunia itu dalam satu aksi persahabatan pada bulan Januari sebagai persediaan ke Piala Asia. Hasrat tersebut bagaimanapun tertangguh selepaa Arab Saudi memilih tiga […]

Aksi Malaysia & Arab Saudi Tidak Menjadi Kenyataan

Pertembungan antara Malaysia dan Arab Saudi yang dijadualkan berlangsung pada awal tahun hadapan tidak menjadi kenyataan. Menerusi satu laporan oleh Asean Football, perlawanan yang sudah dirancang lebih awal itu difahamkan tidak akan diteruskan selepas wakil Asia di Piala Dunia 2022 itu memilih tiga negara lain. Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin […]

Korea Selatan Hadapi Pasukan Ke-63 Dunia Sebelum Bertemu Malaysia

KFA

Ketua jurulatih pasukan Korea Selatan, Jurgen Klinsmann mahu memastikan anak buahnya bersedia untuk beraksi di pentas Piala Asia 2023 apabila mengadakan satu lagi aksi persahabatan berdepan pasukan ke-63 dunia. Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi tempoh yang amat memberangsangkan selepas merekodkan dua kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Harimau […]

Bakat Baru: Pemain Malaysia-Belanda, Noah Leembruggen Kukuhkan Langkah di Eropah

Malaysia berpotensi mempunyai seorang lagi pemain kacukan kelahiran Belanda, Noah Leembruggen yang kini mengukuhkan langkah di pentas bola sepak Eropah. Pemain berusia 18 tahun ini mula meraih perhatian selepas laman Frfuturetalents memaklumkan tentang perkembangan terkini pertahanan kanan kelahiran Belanda ini. Beliau yang juga merupakan bekas pemain Akademi Ajax memiliki hubungan tiga kewarganegaraan iaitu Malaysia, Belanda […]

Jodoh Osmera Omaro Bersama Skuad B-17 AMD Sudah Berakhir?

Arena bola sepak Malaysia dikejutkan dengan khabar angin jurulatih skuad bawah 17 tahun (B-17) Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Osmera Omaro tidak lagi melatih pasukan itu. OneFootball.my mendakwa khidmat jurulatih berusia 44 tahun itu tidak dikekalkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN). Buat masa ini, belum ada pengesahan rasmi tentang status terkini Osmera. Jika gosip ini benar, […]

Štefan Tarkovič Beri Peringatan Awal Kepada Malaysia Tentang Oman

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Kyrgyzstan, Štefan Tarkovič memberi peringatan awal kepada Malaysia tentang keupayaan sebenar lawan di Kelayakan Piala Dunia 2026 iaitu Oman. Jurulatih kelahiran Croatia itu terpaksa akur selepas tumpas di tangan Malaysia dengan keputusan 4-3 hasil jaringan saat akhir Faisal Halim pada masa kecederaan. Beliau juga mengakui Malaysia mempamerkan kebangkitan terbaik untuk meraih […]

Nama Kim Pan-gon Kembali Jadi Sebutan Di Korea Selatan

Kecemerlangan Kim Pan-gon memulihkan kembali reputasi bola sepak Malaysia menyebabkan namanya menjadi sebutan di Korea Selatan. Nama Pan-gon bukan calang-calang di Korea Selatan kerana beliau pernah menggalas peranan sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) dari 2018 hingga 2021. Semasa tempoh tersebut, beliau juga bertanggungjawab membantu penambahbaikan skuad Korea Selatan menerusi kapasiti sebagai […]

“Kali Ini Rezeki Kita” – Faisal Halim

Pemain sayap pasukan negara, Faisal Halim menganggap rezeki memihak kepada Malaysia selepas berjaya menewaskan Kyrgyzstan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan pasukan bimbingan Kim Pan-gon berjaya melakar kebangkitan menakjubkan untuk menumbangkan Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3. Beliau ketika ditemui selepas perlawanan tersebut mengakui tidak menjangka akan […]

Persaingan Pertahanan Kiri Malaysia Ke Piala Asia Makin Rancak

Berbaki sebulan sahaja lagi sebelum kejohanan Piala Asia 2023 bermula, persaingan posisi pertahanan kiri skuad Malaysia kini menjadi tumpuan apabila beberapa nama mula menonjol. Kim Pan-gon pastinya sudah mempunyai beberapa pemain pilihan untuk menggalas posisi tersebut namun persaingan masih terbuka untuk terus meraih kepercayaan ketua jurulatih itu. Kecederaan pertahanan kiri berbakat, Azam Azmi Murad yang […]

Razman Roslan Anggap Pesaing Afiq Fazail Terlalu Ramai

Bekas pertahanan kebangsaan, Razman Roslan menganggap kedudukan Afiq Fazail terlalu ramai ketika ini dalam usahanya untuk merebut tempat ke Piala Asia. Pemain berusia 29 tahun itu pernah menyatakan hasrat untuk beraksi buat skuad kebangsaan di pentas tertinggi Asia itu namun yakin semuanya terletak di tangan ketua jurulatih, Kim Pan-gon. Beliau tahu bahawa peranan seorang pemain […]

Arif Aiman Buka Cerita Kebangkitan Malaysia Saat Benam Kyrgyzstan

Pemain sensasi Malaysia, Arif Aiman Hanapi berkongsikan kisah membanggakan selepas pemain negara berjaya melakukan kebangkitan dramatik untuk membenam cabaran pasukan ke-97 dunia, Kyrgyzstan. Skuad bimbingan Kim Pan-gon dikejutkan dengan dua jaringan lewat pada babak pertama untuk menutup cerita 45 minit pertama dengan ketinggalan 2-1. Harimau Malaya bagaimanapun melakukan kejutan apabila meledak tiga gol dalam tempoh […]

FIFA Catat Kejayaan Malaysia Naik 7 Tangga, Ke-3 Dunia

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) catat kejayaan skuad Harimau Malaya dalam perlawanan antarabangsa baru-baru ini. Pada November 2023, kesemua aksi antarabangsa telah dimainkan di seluruh dunia bagi kelayakan Piala Dunia FIFA 2026. Malaysia yang berada dalam Kumpulan D bersama Oman, Kyrgyzstan dan Chinese Taipei kini mengungguli kedudukan dalam saingan kumpulan. Dua kemenangan anak buah Kim […]