Pempengaruh Terkenal Korea Selatan Marah Kim Min-jae Tergolek Jaga Faisal Halim

Pempengaruh terkenal Korea Selatan menyatakan rasa amarahnya selepas melihat pertahanan terbaik Liga Serie A, Kim Min-jae tergolek ketika cuba merantai pemain sayap Malaysia, Faisal Halim. Pemain berusia 27 tahun itu diberi peranan khas oleh ketua jurulatih, Jurgen Klinsmann untuk mengemudi benteng terakhir Taeguk Warriors. Hasrat itu bagaimanapun terlerai selepas Korea Selatan bolos tiga gol berdepan […]

Saham Syihan Hazmi ‘Meroket’ Di Korea Selatan

Saham penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi naik mendadak selepas mempamerkan aksi memukau ketika mengikat Korea Selatan. Pemain berusia 27 tahun itu menjadi antara watak penting negara untuk mengikat Taeguk Warriors sungguhpun tidak dapat layak ke pusingan berikutnya. Beliau menjadi tunjang ketika pasukan negara bangkit untuk mengikat Taeguk Warriors dengan keputusan 3-3. Menerusi beberapa komen […]

Bakat Baru: Pemain Berdarah Malaysia Dikesan Di Barcelona

Semakin hari, semakin ramai pemain berdarah keturunan Malaysia yang beraksi di benua eropah berjaya dikesan kumpulan pencari bakat. Sememangnya ia merupakan kelebihan buat Malaysia seandainya mereka mahu beraksi untuk Harimau Malaya memandangkan kebanyakan bakat yang dikesan boleh dikategorikan sebagai pemain muda. Terkini, laman pencari bakat Frfuturetalents telah mengesan pemain baharu FC Barcelona B iaitu Naim […]

Malaysia Bakal Tempuhi Dua Aksi Bertaraf Tinggi

Malaysia sah akan menghadapi dua perlawanan berintensiti tinggi menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Berita ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, bahawa pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah merangka dua aksi persahabatan penting memandangkan aksi liga tempatan dijangka bermula Mei hadapan. “FAM atur dua perlawanan persahabatan, satu di dalam negara and […]

Dominic Tan Terima Pujian Bekas Bintang Liga Sweden

Pertahanan kental Malaysia, Dominic Tan menerima pujian menggunung bekas pemain Liga Sweden susulan prestasi baiknya ketika bertemu Korea Selatan. Pemain berusia 26 tahun itu mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk membentuk gandingan mantap bersama Dion Cools dan Shahrul Saad dalam sistem bek bertiga. Dominic tidak menghampakan kepercayaan yang diberikan apabila memberikan satu aksi yang […]

Wan Kuzain Sudah Dapat Kerakyatan Malaysia?

Laman informasi bola sepak terkemuka dikesan telah mengubah status kewarganegaraan Wan Kuzain Wan Kamal sekali gus menambah kemungkinan beliau untuk mewakili Malaysia. Wan Kuzain kini memiliki status kerakyatan Malaysia pada profil pemain tersebut di laman Transfermarkt yang berpengkalan Jerman. Tranfermarkt mempunyai kredibiliti yang besar selaku entiti laman sukan bola sepak berdasarkan perkongsian statistik, informasi pemain […]

“Dulu Saya Pun Rasa Begitu” Hannah Yeoh Jawab Dana RM5 Juta Kepada Bola Sepak

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh memberi penjelasan kukuh mengapa wang sebesar RM5 Juta disalurkan buat bola sepak Malaysia. Perkara ini diungkapkan olehnya secara terperinci dengan mengambil kira pelbagai faktor yang memerlukan wang diberikan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Harimau Malaya berjaya melakar sejarah untuk layak secara merit di pentas berprestij Asia itu […]

FAM Panggil Intan Serah

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka akan memanggil pemain bola sepak wanita kebangsaan, Intan Sarah Anisah atau lebih dikenali dengan panggilan Intan Serah dalam masa terdekat. Intan dikatakan telah mengkritik keputusan pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon yang membawa masuk Romel Morales ketika aksi terakhir Kumpulan E menentang Korea Selatan tempoh hari. Setiausaha Agung FAM Datuk Noor […]

Kejayaan Romel Morales Bersama Malaysia Terima Pujian Orang US

Kejayaan pemain naturalisasi Malaysia, Romel Morales menjaringkan gol dalam aksi bertemu Korea Selatan bagi kempen Piala Asia 2023 telah membuka mata banyak pihak. Bagi Romel, beliau merasakan peluang mewakili Malaysia adalah satu peluang yang beliau sendiri tidak dapat menolak kerana kecintaan yang beliau miliki terhadap negara ini. “Ianya merupakan satu pengalaman yang indah bagi saya […]

Harimau Malaya Bakal ‘Terbang’ Ke Dubai

Harimau Malaya bakal melakukan persiapan rapi menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 Perkara ini diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Bin Haji Mohamad Amin yang berkata skuad bimbingan Kim Pan-gon itu akan ke Dubai bagi persiapan aksi seterusnya. “FAM tidak anggap Harimau Malaya gagal di Piala Asia Qatar dan mengesahkan […]

Wan Kuzain Hampiri Harimau Malaya

Pemain Malaysia yang bertapak kariernya di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal difahamkan semakin hampir untuk menyarung jersi Harimau Malaya. Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh abang kepada Wan Kuzain iaitu Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal melalui laman sosial X milik Ahli Parlimen Machang itu. Sebelum ini, Wan Kuzain telah dicemuh oleh beberapa peminat bola […]

Faisal Halim Mahu Balas Pengorbanan Derrick Gan Ke Qatar

Malaysia mencipta fenomena apabila berjaya membawa pulang satu mata berharga selepas menghadapi jalan yang berliku dengan Korea Selatan dengan keputusan seri 3-3. Dalam aksi tersebut, usaha keras pasukan Harimau Malaya akhirnya terbalas dengan gol pertama penyamaan menerusi pemain sensasi, Faisal Halim, gol kedua daripada Arif Aiman dan jaringan ketiga daripada Romel Morales. Gol tersebut telah […]

“Kamu Tidak Boleh Buat Saya Begini” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon tidak gemar dengan tindakan segintir pihak yang sering bersorak ketika menang dan mengutuk ketika kalah. Menerusi perkongsian selepas tamat perlawanan, pengendali kelahiran Korea Selatan itu melakukan tugas yang hebat selepas berjaya mengikat negara kelahirannya dengan keputusan 3-3. Sebelum itu, dalam dua perlawanan terdahulu, Pan-gk. menerima kritikan hebat selepas skuad kebangsaan […]

Analisis Taktikal: Kejayaan Malaysia ‘Rantai’ Korea Selatan Buktikan Statistik Bukan Segalanya

Malaysia berjaya membawa pulang satu mata berharga apabila berjaya mengikat pasukan gergasi Asia, Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir perlawanan peringkat Kumpulan E Piala Asia yang berlangsung penuh dramatik. Korea Selatan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Jeong Woo-Yeong, sebelum Faisal Halim dan Arif Aiman mengejutkan pasukan ke-22 dunia itu dengan meletakkan Harimau Malaya di […]

AFC Letak Faisal Halim Sebaris Lee Kang-in Sebagai Pemain Terbaik ‘Matchday 3’

Pemain sayap sensasi Malaysia, Faisal Halim tersenarai dalam kesebelasan terbaik di Piala Asia AFC 2023 bagi perlawanan minggu ke-3 (Matchday 3). Bintang berusia 26 tahun itu diberi kepercayaan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk terus berada dalam kesebelasan utama menentang Korea Selatan. Beliau tidak mensia-siakan peluang yang diberikan apabila berjaya menjaringkan satu gol penting yang […]

Tular Perbualan Panjang Faisal Halim & Son Heung-min, Dominic Tahan ‘Sebak’

Aksi antara pasukan Malaysia dan Korea Selatan semalam tertumpu kepada kelibat dua watak penting perlawanan, Faisal Halim dan Son Heung-min yang dikesan berbual panjang. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Al-Janoub, Qatar itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 3-3 hasil kebangkitan dramatik Harimau Malaya. Keadaan itu bagaimanapun dihiasi dengan perbualan panjang oleh Faisal dan Son […]