Fazrul Amir Sedia Rebut Tempat Dalam Skuad Harimau Malaya

Pemain sayap Kelantan Darul Naim, Fazrul Amir sedia untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan Harimau Malaya jika mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Pau Marti Vicente. Fazrul Amir hadir memperkuatkan kem kebangsaan untuk menggantikan Mukhairi Ajmal yang mengalami kecederaan. Pemain berusia 24 tahun itu tidak mahu menghampakan kepercayaan yang diberikan oleh Pau Marti dan mahu berada dalam […]

Kelayakan Piala Asia 2027: Malaysia Balang 2, Harapan Pintas India Lebur

Harapan Malaysia untuk memintas India bagi undian Kelayakan Piala Asia 2027 sudah pun musnah. Skuad kendalian Pau Marti berada dalam momentum cemerlang apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024 selepas menundukkan Lubnan. Harimau Malaya kemudiannya tewas kepada New Zealand sekaligus terlepas peluang untuk mendapatkan tambahan mata FIFA bagi memperbaiki kedudukan bagi undian Kelayakan Piala Asia 2027. […]

Penyerang Luar Negara ‘Ganti’ Romel Morales

Penyerang berbisa Harimau Malaya, Romel Morales terpaksa disisihkan dengan penyerang luar negara menjadi pengganti. Skuad kendalian Pau Marti bakal mengharungi dua aksi persahabatan Tier 1 FIFA menentang Laos dan juga India. Khabar kurang baik diterima apabila dua pemain telah pun mengalami kecederaan iaitu Natxo Insa dan Mukhairi Ajmal sebelum Romel turut mengalami nasib sama. Menerusi […]

“Dia Pemain Idaman Setiap Jurulatih”

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti teruja untuk kembali mendapatkan khidmat pemain tengah Kuala Lumpur City FC, Zhafri Yahya. Pemain berusia 30 tahun itu dipanggil saat akhir menggantikan pemain tengah JDT, Natxo Insa yang mengalami kecederaan. “Zhafri Yahya, pemain berusia 30 tahun itu menggantikan Natxo Insa dari Johor Darul Ta’zim yang tidak dapat melapor diri. “Hal ini selepas […]

Fazrul Amir Pecah Rekod 6 Tahun Pemain Kelantan

Fazrul Amir Md. Zaman mencipta rekod tersendiri apabila menyertai kem Harimau Malaya yang bermula pada 10 November lalu. Ini kerana beliau menjadi pemain pertama dari pasukan yang berpangkalan di Kelantan yang menyertai skuad kebangsaan sejak 2018. Kali terakhir perkara ini berlaku menerusi Shafiq Shaharudin. Shafiq yang mewakili Kelantan FA (kini Kelantan FC) ketika itu bersaing […]

Fazrul Amir Ganti Mukhairi Ajmal Buat Harimau Malaya

Pemain sayap Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Fazrul Amir Md. Zaman sah menyertai kem latihan Harimau Malaya. Sebelum ini, nama pemain sayap berusia 24 tahun itu diletakkan dalam senarai pemain bersedia untuk kem Harimau Malaya bersama sembilan pemain lain. Ini sebagai persediaan seandainya ada situasi kecederaan yang menimpa 26 pemain yang dipanggil Pau Marti […]

Pau Marti: Aksi Lawan New Zealand Jadi Pengajaran

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente menyifatkan aksi persahabatan menentang New Zealand pada Oktober lalu memberi pengajaran berguna buat pasukan itu. Malaysia mengharungi satu aksi persahabatan antarabangsa di Auckland pada bulan tersebut dengan All Whites. Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu sejak Februari 2006. Keinginan Harimau Malaya mengulangi kejutan menewaskan New Zealand pada 1999 tidak […]

Pau Marti Jawab Punca Utama Sisihkan Natxo Insa

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti memberikan sebab menyisihkan perancang tengah berpengalaman, Natxo Insa. Tonggak berusia 38 tahun itu berada dalam senarai awal 26 pemain yang bakal berdepan Laos dan India bagi aksi persahabatan Tier 1 FIFA, November ini. Hasrat untuk melihat kelibat arkitek JDT itu tidak kesampaian apabila beliau telah ditukar dengan pemain KL City […]

Natxo Insa Cedera Saat Akhir, Zhafri Yahya Pengganti

Perancang tengah berpengalaman negara, Natxo Insa digantikan saat akhir oleh Zhafri Yahya susulan kecederaan. Pemain berusia 38 tahun itu terlepas panggilan skuad Harimau Malaya selepas disahkan mengalami kecederaan. Beliau berjaya memperagakan aksi prestasi cemerlang bersama JDT terutamanya dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE). “Zhafri Yahya, berusia 30 tahun menggantikan Natxo Insa dari Johor Darul […]

Dua Individu Dari Barcelona Jadi Tumpuan Aksi India & Malaysia

Kemunculan dua individu kelahiran Barcelona, Sepanyol pada aksi persahabatan antarabangsan di antara India dan Malaysia pada 18 November ini bakal menjadi tumpuan. Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Pau Marti Vicente dan jurulatih India, Manolo Marquez merupakan dua jurulatih yang berasal dari Barcelona. Biarpun kedua-duanya dilahirkan di bandar Barcelona, namun hanya Pau Marti yang mempunyai pengalaman bersama […]

Rekod 5 Pertemuan Terakhir Laos vs Malaysia

Rekod lima pertemuan terakhir membabitkan Laos dan Malaysia dilihat memberi keyakinan kepada penyokong Harimau Malaya. Ini kerana dalam lima aksi terakhir kedua-dua pasukan sejak 2010, Harimau Malaya meraih kemenangan selesa ke atas Million Elephants. Ini termasuk kemenangan besar 5-0 yang direkodkan dalam aksi peringkat kumpulan ASEAN Championship 2022 pada 24 Disember 2022. Dua gol Faisal […]

Tonton Aksi Laos vs Malaysia Secara Langsung Di 3 Saluran

Aksi persahabatan Tier 1 FIFA antara Laos vs Malaysia bakal disiarkan di tiga saluran. Skuad kendalian Pau Marti bakal mengharungi dua lagi aksi persahabatan pada bulan November selepas pertarungan kurang memberangsangkan Oktober lalu. Harimau Malaya berjaya mengikat kelab A-League, Auckland FC dengan keputusan 1-1 namun tunduk 4-0 kepada pasukan ke-95 dunia, New Zealand. Pasukan kebangsaan […]

KBS Bantu Negeri Tingkatkan Kualiti Padang Bola, SNBJ Ditambah Baik Dengan Sokongan Tunku Ismail

Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meningkatkan mutu padang di Malaysia tatkala Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ditambah baik hasil sokongan DYAM Tunku Ismail. Pada awal tahun 2024, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah bersetuju untuk menawarkan geran bernilai RM500 ribu kepada setiap negeri untuk menyelenggara sistem saliran (RM300 ribu) dan penukaran rumput (RM200 […]

3 Watak Berbisa Bantu Harimau Malaya Di Thailand

3 watak berbisa bakal membuat kemunculan dan membantu cabaran Harimau Malaya di Thailand. Skuad kendalian Pau Marti bakal berdepan cabaran hebat dua pasukan pada dua venuw berbeza bagi aksi persahabatan Tier 1 FIFA bulan November ini. Ujian pertama bakal berlangsung di Thailand apabila skuad negara bakal menentang pasukan ke-187 dunia, Laos bagi aksi pertama pada […]

Paulo Josue Sambut Baik Pemilihan Natxo Insa

Kapten KL City FC, Paulo Josue mengakui gembira melihat Natxo Insa kembali menyertai kem Harimau Malaya. Sebelum ini, nama pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) mengundang rasa tidak puas hati penyokong negara. Ini selepas Insa mempamerkan aksi hambar ketika beraksi dalam saingan Piala Asia 2023. Keadaan ini menyebabkan bekas pemain tengah Celta Vigo itu tidak […]

Dua Pemain India Disebut Bakal Susahkan Malaysia

Menjelang aksi persahabatan antarabangsa di antara India dan Malaysia pada 18 November ini, dua pemain India telah disebut-sebut bakal memberi kesukaran buat Harimau Malaya. Dua pemain yang dimaksukan ialah pemain sayap berbisa NorthEast United, Jithin MS dan perancang tengah berusia 21 tahun iaitu Vibin Mohanan. Nama Jithin dan Vibin ini telah dipetik oleh media sukan […]