Jurang Ranking Terkini Malaysia & Chinese Taipei Jadi Motivasi Tambahan

Jurang berdasarkan kedudukan semasa ranking FIFA antara Malaysia dan Chinese Taipei dapat menjadi motivasi tambahan. Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi tugas yang cukup membanggakan apabila berjaya mengikat pasukan ke-100 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 1-1 di laman lawan. Usaha yang tidak mengenal erti putus asa ini bakal diteruskan dengan misi besar untuk memastikan harapan untuk mara […]
Javier Ribera Sedia Ambil Pemain Warisan Bantu Malaysia Di Kelayakan Piala Asia B-17

Pengendali skuad Malaysia B-17, Javier Jorda Ribera memberi bayangan sedia mempertimbangkan pemain warisan di Kelayakan Piala Asia. Jurulatih muda itu baru sahaja dilantik untuk mengemudi skuad muda negara dan bakal menjalankan tugasan pertamanya dalam Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 di Surakarta, Indonesia, 21 Jun hingga 4 Julai 2024. Malaysia B-17 diundi dalam Kumpulan C bersama Thailand, […]
Tanpa 7 Pemain Sandaran, Aksi Malaysia Menentang Kyrgyzstan Wajar Diberikan Pujian

Perjuangan hebat pemain Malaysia berdepan Kyrgyzstan tanpa 7 pemain sandaran wajar menerima pengiktirafan tertinggi rakyat Malaysia. Pelbagai dugaan melanda kem negara menjelang dua aksi berbaki bagi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Jun ini. Deretan kecederaan yang melanda kem negara seperti Arif Aiman, Faisal Halim sehingga kepada Darren Lok telah menjejaskan momentum awal pasukan. Semua […]
Matthew Davies Rekod Penampilan Ke-50 Bersama Harimau Malaya

Perlawanan menentang Kyrgyzstan semalam merupakan satu perlawanan istimewa buat pemain pertahanan Harimau Malaya, Matthew Davies. Ini kerana perlawanan itu merupakan penampilan ke-50 beliau di pentas antarabangsa sejak merekodkan penampilan pertama pada September 2015. Jurulatih Harimau Malaya pada ketika itu, Datuk Ong Kim Swee memberi peluang kepada Davies untuk merekodkan penampilan pertama menentang Arab Saudi pada […]
Tindakan Wan Kuzain & Kobe Chong Sentuh Hati Rakyat Malaysia

Tindakan dua pemain warisan negara, Wan Kuzain Wan Kamal dan juga Kobe Chong telah menyentuh hati rakyat Malaysia. Harimau Malaya meneruskan perjuangan bagi aksi ke-5 Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan berkunjung ke Bishkek bagi menentang Kyrgyzstan. Skuad kebangsaan melakukan tugas yang cukup menakjubkan apabila berjaya mengikat lawan ke-100. dunia itu dengan keputusan 1-1. Perjalanan Malaysia […]
Shahrom Kalam Puji Ketenangan Safwan Mazlan

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Shahrom Kalam memuji ketenangan yang dipamerkan Safwan Mazlan semasa menentang Kyrgyzstan semalam. Pemain pertahanan Terengganu FC itu merupakan sebahagian daripada enam pertukaran yang dibuat Kim Pan-gon untuk perlawanan itu. Meskipun ini merupakan penampilan pertamanya bersama skuad senior Malaysia, Safwan dilihat tidak kekok bila bergandingan dengan Dominic Tan dan Matthew Davies di […]
Kim Pan-gon Laung Amaran “Malaysia Boleh Jaringkan Lebih 8 Gol Di Bukit Jalil”

Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menyeru segala kudrat dan keyakinan untuk Harimau Malaya ‘mengamuk’ di Stadium Nasional Bukit Jalil berdepan Chinese Taipei. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu mencipta kejaiban apabila berjaya mengikat pasukan ke-100 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 1-1 di Bishkek. Beliau memberitahu bahawa para pemainnya memperagakan aksi terbaik untuk berjuang tanpa beberapa tonggak utama. […]
Ranking FIFA: Malaysia Pintas Kedudukan Indonesia

Ranking FIFA Malaysia: Harimau Malaya memperoleh tambahan mata penting untuk naik dua tangga dan memintas kedudukan Indonesia. Skuad kebangsaan mengharungi detik penting apabila berjaya mencuri satu mata berdepan pasukan ke-100 dunia. Harimau Malaya bangkit daripada ketinggalan apabila gol sendiri pemain lawan kembali menghidupkan peluang untuk ke pusingan ketiga. Berdasarkan kiraan mata FIFA, kejayaan Malaysia mencuri […]
Liridon Krasniqi Ingin Kembali Wakili Harimau Malaya

Bekas pemain tengah Terengganu FC, Liridon Krasniqi mengakui memiliki keinginan untuk kembali mewakili Harimau Malaya. Perkara ini dinyatakan sendiri pemain berusia 32 tahun itu dalam sesi soal jawab bersama peminat di Instagram Story baru-baru ini. “Sudah tentu (saya mahu kembali mewakili skuad kebangsaan). Saya akan kembali dalam masa terdekat, Insya Allah,” katanya. Ketika ini, Liridon […]
3 Perkara Penyokong Perlu Tahu Tentang Aksi Malaysia & Kyrgyzstan

3 perkara yang bakal menjadi tumpuan penyokong menjelang aksi sepak mula antara Malaysia dan Kyrgyzstan. Skuad kendalian Kim Pan-gon dalam misi tersendiri untuk melakar kemenangan ketiga peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2026. Beraksi di laman lawan, Harimau Malaya berpeluang merekodkan kemenangan kedua berdepan wakil Asia Tengah itu tatkala menundukkan lawan dengan keputusan 4-3 di Bukit […]
Harimau Malaya Waspada Ancaman Ernist Batyrkanov

Menjelang aksi menentang Kyrgyzstan pada malam ini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melihat Ernist Batyrkanov sebagai ancaman yang perlu diawasi barisan pertahanan Harimau Malaya. Nama penyerang berusia 26 tahun itu bukan asing dalam kalangan peminat bola sepak negara. Ini kerana Batyrkanov pernah mewakili Kelantan United FC (kini Kelantan Darul Naim FC (KDN FC)) pada […]
Rekod Hebat Kim Pan-gon Sepanjang 865 Hari Jadi Jurulatih Malaysia

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah mengharungi 865 hari bersama skuad kebangsaan dengan cukup cemerlang. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu telah melalui detik yang cukup penting bersama skuad negara dan memberi impak yang cukup besar kepada pasukan. Beliau berjaya membantu untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA Malaysia dan kini berjaya menembusi kelompok 130 terbaik dunia. […]
Dion Cools: Misi Hidup Mati Buat Harimau Malaya

Pemain pertahanan Malaysia, Dion Cools mengakui perlawanan menentang Kyrgyzstan esok sebagai misi hidup mati buat skuad negara. Perlawanan kelima Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026 itu bukan saja bakal menentukan sama ada Malaysia layak ke pusingan ketiga kelayakan atau tidak. Malah, ini akan membantu skuad negara mara lebih awal secara merit ke Piala Asia 2027 […]
Haqimi Azim Mahu Tunjukkan Sesuatu Kepada Rakyat Malaysia

Penyerang Kuala Lumpur City FC (KL City) dan Harimau Malaya, Haqimi Azim mahu menunjukkan sesuatu kepada rakyat Malaysia menjelang aksi bertemu Kyrgyzstan esok (6 Jun). Haqimi yang sudah merekodkan satu jaringan dalam empat penampilan bersama skuad kebangsaan sudah bersedia jika diberikan tugasan sebagai peledak utama Harimau Malaya. “Jika diberi peluang, saya akan buat yang terbaik. […]
Kim Pan-gon Yakin Tamatkan Rekod Hambar Malaysia Di Tempat Lawan

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menganggap bahawa aksi menentang Kyrgyzstan berada dalam situasi berbeza. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu memberitahu bahawa pasukannya dalam keadaan bersedia untuk menempuhi satu lagi cabaran hebat. Sungguhpun tanpa beberapa tonggak utama, keyakinan Pan-gon terhadap barisan pemain yang dipanggil kali ini amat tinggi. “Perlawanan ini penting kepada kedua-dua pasukan. Sesiapa […]
Rekod Malaysia Berdepan Lawan Di Asia Tengah Perlu Segera Dipadam

Perlawanan Malaysia menentang Kyrgyzstan esok dilihat peluang terbaik untuk memadamkan rekod buruk skuad negara di Asia Tengah. Berdasarkan semakan yang dibuat akaun X, HarimauMYstats, skuad negara merekodkan tiga kekalahan di bumi Asia Tengah sejak tahun 1999. Tiga perlawanan tersebut membabitkan dua negara kuasa Asia Tengah, Uzbekistan dan Tajikistan. Dua daripadanya merupakan perlawanan persahabatan antarabangsa dengan […]