AFF B-16: Rekod Baik Malaysia Lawan Australia Beri Tonik Tambahan

Aksi Piala AFF B-16 antara Malaysia dan Australia yang bakal berlangsung pada 26 Jun 2024 mencuri tumpuan peminat. Skuad kendalian Javier Ribera memiliki rekod baik bagi aksi pertama Kumpulan C apabila membelasah Timor Leste dengan keputusan 5-0. Ujian sebenar pasukan muda negara adalah aksi menentang Australia sekaligus bakal menjadi penentu kepada peluang negara mara ke […]

“Saya Perhatikan Dari Tahun Lepas, Masanya Dengan Harimau Malaya Akan Tiba”

Bekas penjaga gol Malaysia, Azmin Azram Abdul Aziz melihat potensi yang dimiliki oleh penjaga gol Perak FC untuk mewakili Harimau Malaya. Beliau kini berkelana di Vietnam bersama Cong An Ha Noi (CAHN) FC berkongsi pandangannya terhadap potensi yang dimiliki oleh penjaga gol berbakat, Ramadhan Abdul Hamid bersama Malaysia. Pemain berusia 30 tahun itu melengkapkan perpindahan ke […]

Formula Kejayaan Malaysia Jadi Rujukan Negara Asia Timur

Formula kejayaan bola sepak Malaysia kini menjadi rujukan negara Asia Timur. Skuad kebangsaan baru sahaja menamatkan kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 di tangga ketiga sekaligus terlepas peluang layak ke pusingan seterusnya. Pendekatan yang digunakan oleh pasukan bimbingan Kim Pan-gon dalam membentuk acuan terbaik hasil gabungan pemain muda, berpengalaman serta kacukan dan warisan mula membuahkan hasil. […]

“Percaturan Malaysia Berjalan Lancar” – Javier Ribera

Pengendali skuad Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16), Javier Jorda Ribera mengakui berpuas hati dengan prestasi anak buahnya bila menentang Timor Leste pada 23 Jun lalu. Skuad negara membuka kempen Kumpulan C Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 dengan pesta gol apabila membelasah Timor Leste 5-0. Gol skuad negara disumbang oleh Izzuddin Afif Nazarudin, Fahmi Nor Farizamal, Awal […]

Kim Pan-gon Tarik Perhatian FIFA

Khidmat jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon bersama pasukan Malaysia telah mendapat perhatian Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman media sosial rasmi FIFA, FIFA menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk terus memberi sokongan dan dukungan kepada pengendali dari Korea Selatan itu untuk kekal membimbing dan menerajui skuad Harimau Malaya. […]

AFF B-16: Malaysia Unggul Kemudi Tangga Teratas Kumpulan C

Perjalanan skuad Malaysia B-16 dalam kempen Piala AFF berlangsung hebat apabila kini berada pada tangga teratas Kumpulan C. Skuad kendalian Javier Ribera beraksi cemerlangbpada perlawanan pembukaan selepas mencatatkan kemenangan besar 5-0 ke atas Timor Leste. Malaysia B-16 kini menghuni tangga teratas kumpulan selepas dua lagi pasukan iaitu Thailand dan Australia terpaksa berkongsi mata selepas merekodkan […]

Skuad Muda Malaysia Belasah Timor Leste Tanpa Belas Kasihan

Skuad Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16) membuka kempen Kumpulan C Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 dengan menewaskan Timor Leste dalam aksi pertama kumpulan. Kedua-dua pasukan memburu kemenangan dalam aksi pertama Kumpulan C selepas Australia dan Thailand terikat tanpa jaringan dalam aksi awal kumpulan. Skuad negara yang dibimbing Javier Jorda Ribera menurunkan barisan terkuat termasuk dua peledak […]

Rahsia Skuad Muda Malaysia Dalam Genggaman Brad Maloney

Pertembungan skuad Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16) dengan Australia dalam Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 dalam Kumpulan C dijangka hangat. Ini kerana pasukan yang diberi jolokan The Joeys itu dibimbing bekas pengendali Malaysia B-23, Brad Maloney. Kelibat beliau dilihat dalam sidang media pra-perlawanan Kumpulan C. Selain Maloney, sidang media itu turut dihadiri pengendali skuad negara, Javier […]

Kontrak Kim Pan-gon Bersama Harimau Malaya Terjawab

Kontrak Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon bersama Harimau Malaya kini terjawab. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu telah mengambil alih skuad kebangsaan sejak tahun 2022 dan membantu negara mengecapi pelbagai kejayaan. Jurulatih berusia 55 tahun itu berjaya melonjakkan ranking FIFA negara hingga ke kedudukan 133 dunia ketika ini berbanding 174 kira-kira dua tahun yang lalu. Sungguhpun […]

“Beri Kim Pan-gon Masa” – Zainal Abidin

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan melaungkan sokongan agar Kim Pan-gon terus diberikan peluang sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya. Malaysia mencatatkan satu kemenangan dan satu seri dalam dua aksi terakhir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 tetapi gagal melangkah ke pusingan seterusnya setelah menamatkan kumpulan D di tangga ketiga. Skuad kendalian Kim Pan-gon masih […]

Oman ‘Tunggu’ Skuad Muda Malaysia

Oman kini menanti cabaran skuad muda Malaysia dalam kempen Kelayakan Piala Asia B-20 2025. Skuad kendalian Juan Torres Garrido berdepan misi getir apabila bakal melayan cabaran beberapa negara besar Kelayakan Piala Asia B-20 2025. Malaysia B-19 diundi dalam Kumpulan E bersama Tajikistan, Oman, Sri Lanka dan DPR Korea sekaligus menghadirkan cabaran luar biasa pada kempen […]

Ranking FIFA: Malaysia Catat Peningkatan Mendadak, Naik Tiga Tangga

Ranking FIFA: Kemas kini terbaru kedudukan ranking FIFA menyaksikan Malaysia berjaya memperbaiki kedudukan dan naik tiga tangga. Skuad kendalian Kim Pan-gon mengekalkan rekod bersih dalam dua perlawanan terakhir apabila merekodkan satu kemenangan dan satu seri dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026. Pasukan kebangsaan berjaya mengikat Kyrgyzstan sebelum menundukkan Chinese Taipei dengan keputusan 3-1 di laman […]

Javier Ribera Mahu Bina ‘Rumah’ Bermula Dari Lantai Bersama Malaysia

Pengendali baru Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16), Javier Jorda Ribera mahu membina asas yang kukuh untuk membantu skuad negara mencabar di peringkat antarabangsa. Skuad negara berangkat ke Surakarta, Indonesia pada 20 Jun bagi mengharungi cabaran Kejuaraan B-16 ASEAN 2024. Ini sebahagian daripada persiapan skuad muda Malaysia untuk mengharungi kelayakan Piala Asia B-17 2025 yang berlangsung […]

Pestabola Merdeka: India Mahu Lawan Malaysia Sekali Lagi

Kejohanan Pestabola Merdeka 2024 bakal berlangsung sekitar bulan September dan Oktober namun India sudah menyimpan hasrat untuk kembali bertemu Malaysia. India baru sahaja mengumumkan perpisahan bersama Ketua Jurulatih, Igor Stimac selepas kempen kurang memberangsangkan pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Pasukan ke-124 dunia itu gagal mara ke pusingan ketiga selain mengalami kejatuhan mendadak dalam ranking […]

Penyertaan Skuad Muda JDT Dalam Kejohanan Antarabangsa Bina Masa Depan Bola Sepak Malaysia

Penyertaan skuad muda Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kejohanan antarabangsa telah mengukuhkan masa depan bola sepak di Malaysia. Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Jurulatih Malaysia B-16, Javier Jorda Ribera yang bakal menggalas tugas untuk menempuh dua kejohanan besar tahun ini. Pengendali kelahiran Sepanyol itu telah membawa 12 orang pemain B-16 JDT bagi menghadapi Kejuaraan B-16 […]

23 Pemain Malaysia B-16 Galas Misi Kejuaraan B-16 ASEAN

Barisan akhir 23 pemain Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16) telah dipilih untuk Kejohanan B-16 ASEAN yang akan bermula beberapa hari saja lagi. Ini selepas barisan 23 pemain itu diperkenalkan dalam satu sidang media khas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini. Selain memperkenalkan barisan pemain, sidang media itu […]