FAM Dihubungi Pemain Terkemuka Belanda, Mats Deijl

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa telah dihubungi oleh pemain terkemuka Belanda, Mats Deijl. Perkara ini disahkan oleh Presiden FAM, Darul Hamidin Mohd Amin dalam satu sesi sidang media hari ini. Katanya, beliau telah dimaklumkan oleh Ketua Jurulatih Malaysia, Pau Marti bahawa telah dihubungi oleh seorang pemain yang beraksi di Eridivisie iaitu liga utama […]

Hamidin Janji Cari Pengganti Lebih Baik Berbanding Kim Pan-gon

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berjanji akan mencari calon lebih baik sebagai pengganti Kim Pan-gon. Terdahulu, jurulatih Korea Selatan itu membuat kejutan dengan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai jurulatih Harimau Malaya. Pan-gon berbuat demikian atas faktor peribadi. Susulan itu, FAM melantik jurulatih Sepanyol, Pau Marti Vicente sebagai pemangku jurulatih Harimau Malaya […]

Hamidin Jelaskan Cerita Sebenar Kim Pan-gon Letak Jawatan

Cerita sebenar peletakan jawatan bekas Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gom akhirnya terjawab. Perkara ini dijelaskan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu sesi sidang media yang diadakan hari ini. Katanya, situasi bermula selepas pengendali kelahiran Korea Selatan itu pulang bercuti selepas tamat pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 […]

Dua Tenaga Pakar Barcelona Perkasa Harimau Malaya

Dua tenaga pakar terkemuka dunia iaitu Fisio dan juga doktor FC Barcelona kini memperkasakan skuad Harimau Malaya. Kem latihan pusat skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti yang akan bermula pada Khamis, bagi menghadapi Pestabola Merdeka 2024 bakal mendapat sentuhan dua individu yang pernah berkhidmat bersama kelab terkemuka Sepanyol, FC Barcelona. Individu yang dimaksudkan ialah Edu […]

Giliran Safee Sali Tarik Perhatian FIFA

Bekas pemain kebangsaan, Safee Sali telah mendapat perhatian daripada laman Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Dalam satu hantaran di media sosial rasmi FIFA World Cup baru-baru ini, gambar Safee telah dimuat naik dengan caption yang mengimbau kembali zaman kegemilangan Safee bersama Harimau Malaya. “Safee Sali antara penyerang prolifik yang pernah skuad Harimau Malaya ada,” […]

Pemain Kacukan Itali Perkuat Malaysia

Pemain kacukan Itali kini berpeluang untui menunjukkan kemampuan sebenar apabila dipanggil ke kem Malaysia. Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai 26 orang pemain yang dipanggil oleh Ketua Jurulatih, Juan Torres Garrido. Skuad muda negara akan memulakan kem latihan bermula Jumaat, 30 Ogos 2024 sebagai persiapan menjelang Kelayakan Piala Asia B-20 2025 […]

Malaysia B-19 Sertai Kejohanan 4 Penjuru Di China

Skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) mula mengatur persiapan pusingan kelayakan Piala Asia B-20 2025 dengan menyertai kejohanan empat penjuru di China. Kejohanan tersebut ialah CFA Team International Friendly Tournament yang bakal berlangsung dari 4 hingga 10 September ini. Kejohanan ini menampilkan tiga lagi pasukan Asia B-21 iaitu tuan rumah China, Vietnam dan Uzbekistan. Selain […]

Shukor Adan Ambil Alih Tugas Juan Torres Ke China

Bekas pemain kebangsaan, Shukor Adan bakal mengambil alih tanggungjawab ketua jurulatih skuad bawah 19 tahun kebangsaan, Juan Torres Garrido membawa pasukan ke China. Skuad bawah 19 tahun negara dijadualkan menyertai satu kejohanan jemputan di Changsha, China bermula 4 September ini bersama tiga lagi jaguh dari Asia. “Skuad Harimau Malaya B-19 akan terbang ke Changsha, China […]

Pemain JDT & Selangor Ketuai Cabaran Ke Kelayakan Piala Asia B-20

Pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Selangor FC membentuk teras pasukan Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) yang akan bersaing di pusingan kelayakan Piala Asia B-20 2025. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 23 orang pemain yang dipanggil jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Juan Torres Garrido untuk menyertai kem latihan Harimau Malaya […]

Tonggak Kacukan Australia, Kaveen Waran Terima Panggilan Malaysia

Tonggak kacukan Australia, Kaveen Waran telah menambat hati untuk dipanggil bersama skuad muda Malaysia. Pemain berusia 16 tahun itu berjaya mengetuk pintu hati pengendali skuad Malaysia B-19, Juan Torres Garrido apabila berada dalam senarai bersedia. Hal ini susulan skuad muda negara dipanggil ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-19 bermula Jumaat, 30 Ogos 2024 […]

Malaysia Bakal Uji Pasukan Muda Uzbekistan?

Skuad Malaysia Bawah 22 Tahun (B-22) bakal mengharungi kejohanan antarabangsa pada September ini. ASEAN Football melaporkan Persatuan Bola Sepak China (CFA) bakal menganjurkan CFA Team International Friendly Tournament dari 2 hingga 10 September di Changsha, China. Kejohanan ini bakal menampilkan empat pasukan B-22 iaitu tuan rumah China, Malaysia, Vietnam dan Uzbekistan. Kejohanan ini bukan saja […]

Pau Marti ‘Tak Lupa’ Danial Amier

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente membuktikan bahawa beliau merupakan jurulatih yang sentiasa memantau kemenjadian prestasi pemain dalam saingan Liga Super musim ini. Ianya telah dibuktikan apabila beberapa pemain yang menunjukkan prestasi cemerlang telah dipanggil ke skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Pestabola Merdeka 2024 bulan hadapan. Namun yang lebih menarik lagi, pemain Kuching City […]

4 Pemain Terengganu Bawa Nama Malaysia

4 pemain Terengganu kini menjadi pilihan utama untuk membawa nama Malaysia. Ketua Jurulatih Malaysia, Pau Marti telah mengumumkan barisan 26 pemain Harimau Malaya untuk dibawa ke Pestabola Merdeka 2024. Terdapat beberapa perubahan terutamanya dengan kepulangan 8 pemain utama memberikan tonik tambahan berdepan Filipina pada 4 September ini. Pengendali kelahiran Sepanyol itu membuat keputusan untuk menyenaraikan […]

3 Pemain Penang Buka Mata Pau Marti

Tiga tonggak Penang FC berjaya menambat perhatian pemangku jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente menjelang kempen Pestabola Merdeka 2024. Tiga pemain tersebut ialah Syamer Kutty Abba, Adib Ra’op dan Sikh Izhan Nazrel. Syamer dan Adib tersenarai dalam senarai 26 pemain yang menyertai kem latihan Harimau Malaya. Manakala Sikh Izhan pula diletakkan dalam senarai pemain yang […]

Pesanan Pau Marti Buat Faisal Halim

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente sempat menitipkan pesan buat pemain sayap, Faisal Halim. Pau Marti telah diumumkan secara rasmi sebagai jurulatih skuad kebangsaan bagi menggantikan Kim Pan-gon pada Rabu dalam satu sesi di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Turut diumumkan senarai 26 pemain bagi menghadapi Pestabola Merdeka yang menyaksikan kepulangan lapan tonggak […]

Pau Marti: Ini Skuad Terbaik Yang Malaysia Ada

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti yakin barisan pemain Malaysia yang dipanggil bagi kejohanan Pestabola Merdeka ini adalah yang terbaik. Pau Marti yang mengambil alih tugas Kim Pan-gon Julai lalu bakal berdepan tugasan pertamanya dalam kejohanan Pestabola Merdeka pada awal September ini. Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai 26 pemain yang dipanggil […]