“Saya Akan Terus Beri Yang Terbaik Untuk Malaysia” – Syamer Kutty

Pemain tengah skuad Harimau Malaya, Syamer Kutty Abba optimis untuk terus memberikan aksi yang terbaik bersama pasukan kebangsaan setelah berjaya menewaskan Filipina. Jaringan Syamer Kutty dan Safawi Rasid telah membawa Malaysia ke perlawanan akhir kejohanan Pestabola Merdeka 2024 untuk aksi menentang Lubnan. Pemain berusia 27 tahun itu membarisi kesebelasan utama Harimau Malaya dan menjaringkan gol […]
Safee Sali: Ada Masalah Boikot, Bila Menang Buat-Buat Lupa

Lagenda bola sepak negara, Safee Sali telah mengulas isu boikot dengan menganggap peminat akan melupakannya selepas Harimau Malaya meraih kejayaan. Baru-baru ini, tular satu kenyataan oleh Ultras Malaya yang memboikot Pestabola Merdeka 2024. ““Sakit dan terus sakit. Biar je jangan diubat. Kosongkan Stadium! Tutup Curva Pestabola Merdeka!” petikan daripada Facebook Ultras Malaya. Perkara ini dibuktikan […]
Safee Sali: Saya Seronok Lihat Syamer Bermain

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali mengakui gembira melihat Syamer Kutty Abba kembali cemerlang bersama Harimau Malaya. Aksi Pestabola Merdeka 2024 membabitkan Malaysia dan Filipina menyaksikan Syamer bekerja keras di bahagian tengah. Beliau bukan saja menjadi penghubung antara barisan pertahanan dengan jentera serangan. Malah, beliau juga turut menjadi pencetus kebangkitan skuad negara menerusi gol penyamaan pada […]
Safawi Rasid Selangkah Pecah Rekod Safee Sali

Pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid selangkah untuk memecahkan rekod lagenda negara, Safee Sali. Tonggak berusia 27 tahun itu menjaringkan gol kemenangan berdepan pasukan ke-147 dunia, Filipina dengan keputusan 2-1. Tendangan penaltinya berjaya menewaskan Neil Etheridge pada minit ke-73 untuk memberikan kemenangan pertama pada era Pau Marti. Jaringan itu juga membantu beliau untuk menghampiri rekod […]
Afiq Fazail Terlepas Final Pestabola Merdeka

Skuad senior Malaysia menerima tamparan hebat apabila Afiq Fazail terpaksa disisihkan daripada aksi final Pestabola Merdeka 2024. Ini selepas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan pemain berusia 29 tahun itu mengalami kecederaan lutut semasa Malaysia menentang Filipina. Kecederaan ini memaksa jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente memasukkan Nooa Laine untuk menggantikan Afiq pada minit […]
Pestabola Merdeka: Harimau Malaya Bermain Demi Penyokong

Penyerang Harimau Malaya, Romel Morales lega kerana dapat menceriakan penyokong dengan mara ke pentas final Pestabola Merdeka 2024. Malaysia mengesahkan kemaraan ke pentas final dengan menewaskan Filipina 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 4 September lalu. Meskipun ketinggalan menerusi gol sendiri Feroz Baharudin, itu tidak mematahkan semangat anak buah Pau Marti Vicente. Skuad […]
Pau Marti: Apa Yang Dirancang Jadi Kenyataan

Aksi sengit separuh akhir Pestabola Merdeka 2024 menyaksikan Malaysia berjaya menundukkan Filipina. Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti memuji kesungguhan yang dipamerkan oleh anak buahnya di Bukit Jalil. Skuad kebangsaan berjuang hebat menentang pasukan ke-147 dunia itu namun jaringan Syamer Kutty dan Safawi Rasid sudah cukup untuk mengesahkan kemaraan ke final. Bekas pembantu jurulatih Barcelona […]
Ranking FIFA: Malaysia ‘Pintas’ Indonesia

Ranking FIFA: Malaysia mempamerkan kemajuan memberangsangkan apabila memintas kedudukan Indonesia. Skuad kendalian Pau Marti memperagakan aksi terbaik sebelum menundukkan Filipina dengan keputusan 2-1. Jaringan cantik pemain tengah, Syamer Kutty ditambah dengan sepakan penalti Safawi Rasid membolehkan Harimau Malaya ke final. Kemenangan ni juga membolehkan skuad kebangsaan untuk menambah mata penting FIFA sekaligus memintas kedudukan Indonesia. […]
Pestabola Merdeka: Gol Safawi Rasid Bawa Malaysia Ke Final, Tewaskan Filipina

Malaysia gah ke pusingan akhir bagi saingan Pestabola Merdeka selepas berjaya menundukkan Filipina di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Harimau Malaya turun dengan barisan terbaik, Arif Aiman, Rom Morales dan Paulo Josue mengetuai jentera serangan pasukan. Sementara Filipina, pastinya dalam misi membalas dendam untuk menamatkan rekod tanpa kemenangan menentang Malaysia. Perlawanan bermula rancak seawal […]
Syamer Kutty Buka Jaringan Era Baharu Pau Marti

Era baharu Pau Marti bersama Harimau Malaya dibuka dengan jaringan memukau dari tonggak tengah, Syamer Kutty. Dua tahun lalu, skuad negara bertemu Filipina di Tri Nation Cup 2022 yang menyaksikan Akhyar Rashid meledak dua gol pada minit ke-3 dan minit ke-25 untuk mengecewakan The Azkals. Ironinya, perlawanan tersebut merupakan aksi pertama Kim Pan-gon bersama Harimau […]
Reformasi Harimau Malaya Perlukan Sentuhan Tunku Ismail

Perjuangan menaikkan mutu bola sepak Malaysia bukan hanya terletak pada keputusan perlawanan semata-mata, tetapi melibatkan pemantapan sistem menyeluruh yang merangkumi pengurusan, strategi, dan aspek teknikal. Kejayaan sesebuah pasukan dalam arena bola sepak tidak dapat dicapai tanpa usaha kolektif dan perancangan yang teliti di semua peringkat. Antara contoh terbaik dalam usaha membangunkan bola sepak Malaysia adalah […]
Malaysia vs Filipina, Kemenangan Milik Siapa?

Pertembungan Malaysia vs Filipina dalam aksi Pestabola Merdeka 2024 menjadi bualan hangat peminat bola sepak tanah air. Skuad negara dibimbing kali pertama oleh Ketua Jurulatih, Pau Marti dan berdepan cabaran pasukan ke-147 dunia. Rekod pertembungan memberikan kelebihan moral buat skuad kebangsaan selepas berjaya mengikat The Azkals sebanyak 4 kali sehingga tahun 2017. Kemenangan kembali dicapai […]
Malaysia Terus Dapat Liputan FIFA

Pasukan kebangsaan Malaysia terus berada dalam liputan FIFA. Baru-baru ini, laman rasmi FIFA telah memuat naik satu hantaran yang meminta agar sokongan padu daripada rakyat Malaysia diberikan kepada skuad Harimau Malaya. Skuad kendalian Pau Marti bakal mengharungi satu tugas yang cukup mencabar apabila bakal berdepan pasukan ke-147 dunia, Filipina pada 4 September 2024. Aksi separuh […]
Syamer Kutty Seru Sokongan Padu Penyokong Di Bukit Jalil

Pemain tengah Harimau Malaya, Syamer Kutty Abba mengharapkan sokongan padu penyokong menjelang aksi Pestabola Merdeka 2024. Saingan Pestabola Merdeka 2024 mungkin berlangsung hambar. Ini disebabkan tindakan beberapa kumpulan Ultras termasuk Ultras Malaya yang mahu memboikot kejohanan berkenaan. Tindakan ini dibuat bagi menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap pelbagai isu yang membelenggu arena bola sepak Malaysia. […]
Russia Benar-Benar Mahu Lawan Malaysia?

Laman sukan terkenal melaporkan pasukan Russia mahu menjadikan Malaysia sebagai salah satu lawan dalam aksi persahabatan bulan hadapan. Skuad negara kini sedang sibuk menjalani persiapan bagi menghadapi kejohanan Pestabola Merdeka dengan Filipina bakal menjadi lawan pertama pada 4 September. Manakala, Russia kini berada di Vietnam untuk mengikuti kejohanan jemputan yang melibatkan tiga buah negara termasuklah […]
Pestabola Merdeka: Malaysia Hanya Fokus Diri Sendiri Hadapi Filipina

Pemain tengah skuad kebangsaan Malaysia, Syamer Kutty Abba menegaskan beliau dan rakan sepasukannya hanya fokus kepada diri sendiri sebelum menghadapi perlawanan pertama Pestabola Merdeka berdepan Filipina pada Rabu, 4 September. Jurulatih Filipina, Norman Fergidero sebelum ini menyatakan dalam sidang media bahawa para pemainnya hanya sempat berlatih sehari sahaja sebelum bertemu Malaysia. Situasi ini seakan memberi […]