Kelayakan Piala Asia B-20: Malaysia Bedil Oman

Aksi pemukaan Kelayakan Piala Asia B-20 menyaksikan Malaysia berjaya menundukkan cabaran Oman. Skuad kendalian Juan Torres Garrido turun dengan motivasi terbaik dengan beberapa watak penting seperti Haziq Aiman, Haykal Danish, Moses Raj dan juga kapten, Haris Safwan dalam kesebelasan utama. Oman pula membariskan tunjang utama antaranya Abdullah Al-Jabri, Said Ghasib, Abdul Aziz dan Ghassan untuk […]

FIFA Ucap Tahniah Buat Harimau Malaya

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA ) mengucapkan tahniah kepada Harimau Malaya. Baru-baru ini, skuad kendalian Pau Marti berjaya menjulang Pestabola Merdeka 2024 selepas menundukkan Lubnan dengan keputusan 1-0. Kejayaan tersebut sebelum itu disusuli oleh kemenangan ke atas Filipina untuk memastikan rekod bersih sejak dikendalikan oleh jurulatih Sepanyol itu. Skuad kebangsaan memperoleh tambahan +10.16 mata untuk melonjak dua […]

Oman & Korea Halangan Awal Juan Torres

Pengendali Malaysia B-19, Juan Torres Garrido perlu berdepan dengan halangan awal iaitu Oman dan Korea. Skuad muda negara bakal beraksi di Kelayakan Piala Asia B-20 bermula tidak lama lagi dengan misi mara ke pentas Asia. Prestasi pasukan muda negara di China kelihatan tidak begitu memberangsangkan apabila tunduk tiga aksi menentang Uzbekistan, Vietnam dan China sebelum […]

Pemain Kacukan Malaysia, Sem Scheperman Jalani Pembedahan Lutut

Hasrat melihat pemain kacukan, Sem Scheperman beraksi buat Malaysia dalam masa terdekat terpaksa dilupakan akibat pembedahan. Sebelum ini, Sem dilaporkan telah dihubungi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membincangkan masa depannya untuk menyarung jersi Harimau Malaya pada masa akan datang. “Pemain Belanda-Malaysia, Sem Scheperman berada dalam radar Persatuan Bola Sepak Malaysia dan mereka telah menghubunginya […]

Harimau Malaya Lonjak Ke Tangga 132 Dunia

Harimau Malaya kini melonjak ke kedudukan 132 dunia berdasarkan kemas kini terbaru FIFA. Baru-baru ini, skuad kendalian Pau Marti Vicente berjaya menamatkan penantian sejak sekian lama apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024. Malaysia berjaya menundukkan jaguh Timur Tengah, Lubnan dengan keputusan 1-0 manakala menewaskan Filipina dengan jaringan 2-1 ketika aksi separuh akhir. Kemenangan itu membolehkan […]

Perdana Menteri Mahu FAM Sediakan Pelan Rapi Guna RM15 Juta

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memiliki pelan perancangan terperinci membabitkan penggunaan dana kerajaan berjumlah RM15 juta. Perkara ini dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan kepimpinan FAM hari ini. Kepimpinan FAM diwakili Presiden, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Setiausaha Agung, Datuk Noor Azman Rahman. Pertemuan ini turut dihadiri Menteri Belia […]

Ferdy Druijf Tunggu Masa Perkuat Harimau Malaya

Penyerang berdarah Malaysia-Belanda, Ferdy Druijf kini menunggu masa untuk memperkuat Harimau Malaya. Ini selepas Future Talents melaporkan penyerang berusia 26 tahun itu telah menghantar dokumen yang mengesahkan dirinya memiliki darah Malaysia menerusi neneknya. Menariknya, Druijf kini melalui proses sama yang diharungi bek kanan Go Ahead Eagles, Mats Deijl sebelum berpeluang mewakili skuad negara. “Ferdy Druijf […]

AFC Beri ‘Lampu Hijau’ Harimau Malaya Diurus Entiti Luar

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tidak akan menghalang andainya skuad Harimau Malaya bakal diuruskan oleh sebuah entiti luar kelak. Perkara ini dijelaskan oleh Setiauasaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John mengenai desas-desus skuad bola sepak kebangsaan yang bakal diuruskan entiti luar dan bergerak berasingan. Menurut beliau, keutamaan harus diberikan kepada pihak AFC untuk meneliti terlebih […]

FAM Dilaporkan Hubungi Bekas Pemain Luton Town

Bekas pemain Luton Town, Elliot Thorpe dilaporkan telah dihubungi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Laman FutureTalents melaporkan pemain tengah berusia 23 tahun itu sedia mempertimbang peluang mewakili Harimau Malaya di pentas antarabangsa. Atas sebab itu, FAM dikatakan sudah berhubung dengan Thorpe menerusi ejennya. “Elliot Thorpe yang berusia 23 tahun sedia mempertimbang mewakili Malaysia dan […]

Kualiti Harimau Malaya Raih Pujian Dua Jurulatih Eropah

Kualiti yang dimiliki oleh Harimau Malaya menerima pujian dua jurulatih kelahiran Eropah. Prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh skuad kebangsaan berjaya membuka mata ramai pihak terutamanya selepas muncul juara Pestabola Merdeka 2024. Penambahan mata FIFA sebanyak +10.16 mata membuka lembaran baharu pada era Pau Marti Vicente menjelang sepak mula Piala AFF Mitshubishi Electric akhir tahun ini. […]

Pau Marti Letak Syarat Ketat Pemain Warisan Baharu

Ketua Jurulatih Malaysia, Pau Marti Vicente meletakkan syarat ketat untuk mengambil pemain warisan baharu. Beliau berjaya menempa kejayaan apabila membantu Harimau Malaya untuk muncul juara Pestabola Merdeka 2024. Skuad negara berjaya menundukkan pasukan ke-116 dunia, Lubnan dengan keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal Romel Morales pada babak pertama. Bekas pembantu jurulatih di Barcelona B itu juga […]

Pemain Kacukan Itali, Danish Pesenti Lulus Ujian Juan Torres

Pemain kacukan Itali, Danish Pesenti telah lulus ujian pertama oleh Juan Torres. Pemain berusia 19 tahun itu baru menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim ini dan beraksi buat JDT III. Beliau mendapat panggilan kali pertama untuk membantu cabaran skuad Malaysia B-19 pada aksi Kelayakan Piala Asia B-20 di Uzbekistan. Berdasarkan senarai 23 orang pemain […]

Kelayakan Piala Asia B-20: Senarai 23 Pemain Ketuai Cabaran Malaysia

Pengendali skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19), Juan Torres Garrido telah memanggil 23 pemain untuk kempen kelayakan Piala Asia B-20 2025. Daripada 23 pemain yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), 16 daripadanya mewakili dua pasukan gergasi negara, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Selangor FC. Haziq Aiman Mohd Esa mengetuai kontinjen lapan pemain […]

Tonggak Osaka Bantu Malaysia Di Kelayakan Piala Asia B-20

Tonggak kelab Jepun dipanggil untuk membantu Malaysia beraksi di Kelayakan Piala Asia B-20. Skuad kendalian Juan Torres kini melakukan persiapan rapi untuk beraksi dalam kejohanan penting berdepan 4 lawan hebat. Malaysia B-19 sebelum ini telah beraksi dalam siri persahabatan di China dan tewas tiga perlawanan menentang Uzbekistan, China dan Vietnam. Misi besar diteruskan apabila skuad […]

FAM Dilaporkan Sudah Hubungi Sem Scheperman

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilaporkan sudah menghubungi pemain warisan Malaysia yang kini beraksi di Liga Eridivise Belanda, Sem Scheperman. Pemain tengah berusia 22 tahun itu dikatakan sudah dihubungi FAM mengenai masa depan untuk menyarung jersi skuad kebangsaan Malaysia pada masa akan datang. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh laman pencari bakat warisan, FR Future Talents di […]

Oman Buka Gelanggang Lawan Pasukan Muda Malaysia

Oman bakal membuka tirai Kelayakan Piala Asia B-20 berdepan skuad muda Malaysia. Pasukan bimbingan Juan Torres Garrido baru sahaja pulang dari siri persahabatan di China tempoh hari. Skuad yang dikendalikan oleh Shukor Adan bagaimanapun tidak mendapat keputusan yang diharapkan apabila tewas ketiga-tiga perlawanan di sana. Aksi CFA Team China International Friendly Competition 2024 di Changsha, […]