Kim Pan-gon Bawa Jurulatih Barcelona Ke Malaysia

Pengendali baru Harimau Malaya, Kim Pan-gon dijangka bakal memperkuatkan barisan kejurulatihannya dengan membawa bekas jurulatih Barcelona bersama-samanya ke Malaysia. Menurut satu laporan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, jurulatih yang dimaksudkan itu ialah Pau Marti Vicente yang juga merupakan pembantu jurulatih pasukan bawah 18 tahun Barcelona ketika ini. Jurulatih berusia 39 tahun itu dilaporkan […]

B. Sathianathan Beri Nasihat Kepada Kim Pan-gon

Pengarah teknikal pasukan Sarawak United FC, B. Sathianathan menitipkan nasihat kepada pengendali baharu pasukan negara, Kim Pan-gon sebelum memulakan tugas mengendalikan skuad negara. Bekas jurulatih pasukan Selangor FC itu merasakan bahawa jurulatih yang berasal dari Korea Selatan itu harus harus memahami budaya Malaysia secara keseluruhan terlebih dahulu menerapkan ‘falsafah’ permainan Korea secara keseluruhannya. ‘Dia mesti […]

Kim Pan-gon Tak Nak Orang Lain Ganggu Beliau Buat Pilihan

Pencarian penolong ketua jurulatih buat Kim Pan Gon dijangka bakal selesai seawal minggu hadapan dalam usaha membentuk gandingan barisan kejurulatihan buat skuad kebangsaan menjelang kelayakan Piala Asia Jun tahun ini. Menurut satu kenyataan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Saifuddin Abu Bakar, sungguhpun tular pelbagai desas-desus mengenai calon yang bakal mengisi jawatan pembantu kepada […]

‘FAM Antara Yang Terbaik Di Asia’- Hamidin Amin

Menerusi satu kenyataan oleh Pengerusi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan bahawa badan tersebut merupakan antara salah satu badan terbaik di Asia ketika ini. Dalam satu sesi temubual, Hamidin menjelaskan bahawa kegagalan skuad Harimau Malaya pada kempen Piala AFF Suzuki kali ini tidak mencerminkan situasi sebenar dan menganggap ianya tidak menutup Peta […]

Jamal Nasir Hairan Bagaimana TMJ Boleh Tahu Kisah A-Z Harimau Malaya

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail menyatakan kehairanan beliau terhadap pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail yang seakan-akan mengetahui segala kisah yang terjadi dalam kem skuad negara. Beliau menyatakan pendirian itu setelah melihat bekas Presiden FAM itu mengetahui segala cerita yang membelenggu kem negara sehingga menyebabkan hal-hal tersebut sampai kepada […]

Beri Kim Pan-gon Masa, Tapi Jangan Biar Dia Terlalu Selesa Tanpa Tekanan

Pelantikan jurulatih Harimau Malaya yang baharu, Kim Pan-gon pastinya memberikan satu kelainan buat industri bola sepak Malaysia kerana ini merupakan kali pertama jurulatih dari Korea Selatan melatih pasukan bola sepak negara. Pan-gon dikhabarkan bakal membawa 4 pembantu untuk sama-sama ‘membina’ semula skuad Harimau Malaya yang kelihatan semakin hilang taring sejak kebelakangan ini. Bekas pengendali skuad […]

Kim Pan-gon Bakal Jurulatih Baru Harimau Malaya?

Sebelum ini, khabar angin bertiup menyatakan beberapa nama dicanang sebagai pengganti Tan Cheng Hoe di Harimau Malaya. Antara nama yang dicadangkan ialah Bojan Hodak, Kiatisuk Senamuang dan Mehmet Durakovic. Tetapi mengikut khabar angin terbaru, bekas jurulatih Hong Kong Kim Pan-gon kini dilihat sebagai pilihan utama mengisi jawatan itu. Pan-gon ketika ini merupakan Ketua Jawatankuasa Penyelia […]

Lim Teong Kim Mahu Presiden FAM ‘Tiru’ Cara Vietnam

Bekas pengarah Projek Pembangunan Bolasepak Malaysia (NFDP), Lim Teong Kim mahu kegagalan pasukan negara di kejohanan Piala AFF kali ini ditanggung bukan sahaja oleh jurulatih namun juga barisan tertinggi kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Jelas beliau, kegagalan ini bukan sahaja perlu dipikul oleh jurulatih, Tan Cheng Hoe yang sudah pun meletakkan jawatan sebaliknya presiden juga […]

Nenad Bacina Ganti Bojak Hodak Di KL City?

Selepas Tan Cheng Hoe meletak jawatan sebagai jurulatih pasukan negara, beberapa jurulatih mula mengintai peluang mengisi kekosongan berkenaan. Antara nama yang dikaitkan dengan jawatan tersebut ialah jurulatih KL City, Bojan Hodak, legenda import Selangor Mehmet Durakovic dan legenda Thailand Kiatisuk Senamuang. Bagi KL City, dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia, itu meletakkan Hodak sebagai calon yang […]

Durakovic, Senamuang Intai Jawatan Jurulatih Malaysia

Selepas jurulatih KL City, Bojan Hodak dikaitkan dengan jawatan jurulatih pasukan kebangsaan, wujud khabar angin beberapa orang calon turut mengintai kerusi panas berkenaan. Salah seorang daripadanya ialah bekas jurulatih Selangor dan Perak, Mehmet Durakovic. Durakovic bukanlah asing dalam arena bola sepak negara. Sebelum melakar nama sebagai jurulatih, beliau pernah beraksi di Liga Malaysia sebagai pemain […]

Stanley Bernard Utamakan Negara

Pemilik pasukan Kuala Lumpur City FC, Stanley Bernard baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau tidak akan menghalang Bojan Hodak sekiranya terdapat minat yang ditunjukkan oleh Persatuan Bolasepak Kebangsaan (FAM) untuk mendapatkan khidmat beliau. Ketika ini, jurulatih kelahiran Croatia ini masih segar dengan kejayaan membantu pasukan dengan membawa mereka untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia setelah menundukkan Johor […]

Scott O’Donnell Pengarah Teknikal Baru FAM

Selepas beberapa bulan jawatan Pengarah Teknikal FAM kosong selepas perletakan jawatan Datuk Ong Kim Swee, akhirnya jawatan tersebut digalas oleh bekas pemain import Kuala Lumpur Scott O’Donnell. Bekas jurulatih Kemboja itu memeterai kontrak dengan FAM untuk tempoh tiga tahun. Ia diumumkan dalam satu sidang media yang diadakan hari ini. Selain pernah menguruskan Kemboja, O’Donnell juga […]

De Roo Tegaskan FAM Perlu Berubah Demi Bola Sepak Negara

Sejak meninggalkan FAM pada 2020, nama bekas pengarah teknikal Peter De Roo sentiasa mencuri tumpuan pemerhati bola sepak tempatan. Ada saja komen pedas beliau yang bikin sesetengah pihak terasa. Bak kata pepatah, siapa makan cili, dia terasa pedasnya. Selepas sebelum ini mempertahankan bekas jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe yang dikatakan punca kegagalan skuad negara pada […]

Faridzuan Anggap Pemain Tengah Dan Pertahanan Tak Layak Main Malaysia

Bekas pemain pasukan Kedah Darul Aman FC, Faridzuan Che Hamid menjelaskan tentang pandangan beliau mengenai prestasi skuad negara susulan persembahan hambar yang menyebabkan pasukan negara tidak dapat mara lebih jauh dalam edisi Piala AFF kali ini. Menurut penjelasan Faridzuan, ketika ditanya mengenai pandangannya terhadap persembahan pasukan kali ini, beliau melihat ini sebagai satu petanda buruk […]

Prof Zulakbal: Kita Takkan Ke Mana Walaupun Dikendalikan Jurulatih Ternama

Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim hari ini tampil menjelaskan bahawa pertukaran jurulatih semata-mata bukanlah faktor utama kejayaan pasukan. “Adakah menukar jurulatih akan membuatkan mutu skuad kebangsaan menjadi lebih baik? Saya rasa lebih baik untuk kita melihat perkara ini daripada segala sudut kerana bukan jurulatih semata-mata yang menjadi […]

Kenny Pallraj Dedahkan Watak ‘Nombor 6’ Yang Hilang Dalam Pasukan Harimau Malaya

Pemain tengah pasukan Kuala Lumpur City FC, Kenny Pallraj baru-baru ini telah membuat satu perkongsian mengenai situasi yang melanda pasukan negara setelah tersingkir awal daripada kejohanan Piala AFF kali ini. Bekas bintang Perak FC ketika ditanya mengenai kelompongan yang dapat dilihat dalam pasukan negara, beliau secara terbuka menjelaskan bahawa ketiadaan pemain tulen yang boleh beraksi […]