Kim Pan-gon Buat ‘Analisis Khas’ Memahami Budaya & Masalah Bola Sepak Malaysia

Jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah berusaha sebaik mungkin untuk belajar dan memahami budaya bola sepak tempatan sebelum mengambil tindakan yang dirasakan sesuai dengan keadaan bola sepak semasa. Pengendali berusia 52 tahun itu menjelaskan, beliau perlu meneliti sebaik mungkin mengenai segala perkara yang melibatkan pemain dan juga panggil untuk mewakili Harimau Malaya sebelum tindakan […]
Dion Cools Bakal Rebut Posisi Pertahanan Kiri Dari Corbin-Ong?

Senarai 30 orang pemain Harimau Malaya yang dibawa oleh jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyaksikan hanya Corbin-Ong merupakan pertahanan ’regular’ yang berada dalam senarai tersebut sungguhpun kehadiran Dion Cools mampu memberikan saingan. Corbin merupakan pertahanan utama Malaysia yang kebal mengisi tempat pertahanan kiri sejak tahun 2018 sungguhpun Malaysia mempunyai ramai pemain berbakat pada posisi ini. […]
“Kenapa Mereka Di Sini?” – Kim Pan-gon

Pengurus Skuad Kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon ternyata begitu bersemangat mengendalikan sesi latihan pertama Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. Disebalik hujan lebat yang turun semasa sesi latihan, Kim Pan-gon tetap meneruskan sesi latihan dan para pemain juga kelihatan gembira dan bersemangat mempersiapkan diri sebelum bertemu Filipina 23 Mac ini. “Kami haru memperkukuhkan (pemain), […]
Kim Pan-gon Akhirnya Pilih Zhafri Yahya Ganti Darren Lok

Penantian pemain pasukan KL City FC, Zhafri Yahya untuk mewakili Harimau Malaya berkahir apabila beliau dipanggil oleh Kim Pan-gon untuk menyertai latihan pusat kebangsaan. Persembahan memukau pemain berusia 27 tahun itu dalam saingan Liga Super musim ini telah berjaya menawan hati pengendali dari Korea Selatan itu. Menurut satu kenyataan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal […]
Kim Pan-gon Akan Terapkan ‘Taktikal Sebenar’, Bakal Buat Pemain Termuntah

Skuad Harimau Malaya di bawah kendalian jurulatih baharu, Kim Pan-gon telah selesai menjalani latihan sulung pada semalam. Hari pertama latihan pusat kem Harimau Malaya telah dijalankan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pengendali yang juga merangkap pengurus pasukan, Kim Pan-gon menjelaskan bahawa sesi latihan pertama ini adalah berfokuskan kepada pemulihan pemain. Hal ini adalah kerana pada […]
Pau Marti Yakin Aura Penyokong Di SNBJ Bakal Bawa Tuah

Penolong ketua jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente menzahirkan rasa gembira dan teruja setelah mengunjungi stadium utama Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil. Pau Marti dalam ciapannya meluahkan rasa tidak sabar untuk bertemu dengan para pemain Harimau Malaya untuk mula berlatih bersama. Menerusi laman rasmi Twitter miliknya, Pau Marti juga menyatakan rasa bangga apabila berpeluang […]
3 Pemain Tunjang Harimau Malaya Yang Disisih Pan-gon

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun mengumumkan barisan 30 orang pemain yang bakal dibawa oleh Kim Pan-gon bagi menghadapi perlawanan persahabatan yang dijadualkan berlangsung di Singapura hujung bulan ini. Jurulatih kelahiran Korea Selatan ini mengekalkan 15 orang pemain daripada jumlah keseluruhan 24 orang pemain yang dibawa ke kejohanan Piala AFF sementara beberapa muka baharu turut […]
Terima Kasih TMJ Tapi Perbadanan Stadium Akan Tentukan Sendiri Jenis Rumput Yang Akan Digunakan

Usaha murni pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) untuk menaja kos penanaman rumput baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan satu tindakan yang wajar dipuji. Bukan itu sahaja, tindakan murah hati baginda mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang menghargai usaha keras TMJ untuk membantu pihak […]
Suara Pemain Senior Ditagih Harmonikan Bilik Persalinan Harimau Malaya

Khidmat pemain senior dalam barisan pemain yang dibawa oleh jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon sudah pastinya ditagih untuk menjadi tunjang di bilik persalinan pasukan. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun mengumumkan senarai 30 orang pemain yang bakal menggalas cabaran negara dalam perlawanan persahabatan di Singapura. Skuad Harimau Malaya dijadualkan untuk berhadapan Filipina pada 23 […]
Ke Mana De Paula ‘Menghilang’?

Pemain naturalisasi Malaysia, Guilherme De Paula kini hilang dalam radar bola sepak apabila masih belum membuat sebarang penampilan rasmi bagi saingan bola sepak musim 2022. Penyerang JDT tersebut bukan sahaja tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama, malah turut tiada namanya dibangku simpanan JDT. Dalam 3 perlawanan awal JDT iaitu sewaktu menentang KL City, Penang dan Sarawak […]
Kim Pan-gon Mahu Malaysia Bina Identiti Dahagakan Kemenangan

Jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu membentuk sebuah skuad yang mempunyai mentaliti untuk terus dahagakan kemenangan dalam setiap perlawanan yang ditempuhi. Menerusi satu sidang media oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Pan-gon menjelaskan secara terperinci mengenai keputusan pemilihan 30 pemain yang bakal dibawa ke Singapura hujung bulan ini. Jurulatih berusia 52 tahun itu menegaskan, beliau […]
Kepulangan Safiq Rahim Rancakkan Percaturan Pan-gon

Pemain tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim kembali membuat kemunculan di pentas bola sepak antarabangsa apabila beliau berada dalam senarai 30 orang pemain yang diumumkan hari ini. Safiq antara salah seorang pemain yang dipilih oleh jurulatih kelahiran Korea Selatan itu bersama-sama 13 orang lagi pemain daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Bekas kapten […]
Netizen Persoal Tindakan Kim Pan-gon

Senarai nama 30 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat Harimau Malaya telah pun diumumkan sebentar tadi namun terdapat pelbagai reaksi yang diutarakan oleh netizen mengenai pemain yang dibawa oleh Kim Pan-gon. Respon ini dilihat bertitik tolak daripada senarai pemain tersebut yang dirasakan segelintirnya sudah tidak lagi relevan untuk menyarung jersi keramat Harimau Malaya. Jurulatih […]
Kim Pan Gon Umum 30 Pemain Bakal Beraksi Untuk Harimau Malaya

Ketua jurulatih merangkap pengurus skuad kebangsaan, Kim Pan Gon telah mengumumkan 30 pemain yang bakal dipanggil menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya bagi aksi menentang Filipina dan Singapura kelak. 14 pemain dari JDT dipanggil dengan 2 pemain muda turut diberi kepercayaan iaitu Shio Hong Wan dan Ramadhan Saifullah. Selain itu, penjaga gol muda Terengganu, Rahadiazli […]
TMJ Taja Rumput Baharu Stadium Nasional Bukit Jalil

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah mengumumkan akan menaja kos penanaman rumput baharu Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai satu pemberian hadiah daripada baginda. Rumput baharu yang bakal digunakan di Stadium Bukit Jalil tersebut adalah jenis Zeon Zoysia, iaitu jenis rumput yang sama digunakan di Stadium Sultan Ibrahim […]
Aksi Bertenaga Zhafri Yahya Buktikan Beliau Sedia Pikat Hati Pan-gon

Pemain perancang pasukan Kuala Lumpur City FC, Zhafri Yahya sekali lagi memainkan peranan penting apabila menjadi pencetus kebangkitan pasukan malam semalam. Perlawanan pembukaan Liga Super ini bermula dengan aksi Derby Lembah Klang melibatkan pertembungan antara KL City menentang Selangor FC yang berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 3-3. Namun begitu, pemain berusia 27 tahun […]