Arif Aiman Dirisik E. Elavarasan

Dengan final Sukan SEA 2023 di Kemboja pada Mei ini sebagai sasaran, jurulatih pasukan B-23 negara E. Elavarasan mahu membawa pasukan terkuat ke temasya serantau itu. Ini termasuk membawa bintang baru Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Hanapi. Selain Arif Aiman, Mukhairi Ajmal (Selangor) dan Luqman Hakim Shamsudin (Njardvik) turut diintai memperkuat skuad B-23 negara. Secara […]
Malaysia Bakal Hantar Lebih Ramai Pemain Ke Eropah

Hasrat pemain setia bola sepak tanah air untuk melihat lebih ramai pemain muda berpotensi ‘terbang’ ke Eropah bakal jadi kenyataan. Menerusi satu makluman oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, beliau memaklumkan bahawa misi itu sedang giat dirancang. Malah, Hamidin turut memohon bantuan sokongan serta pandangan daripada ahli majlis Fifa tentang pelaksanaan tersebut. Agenda ini menjadi […]
Hong Kong Ada Sebab ‘Khas’ Kenapa Nak Sangat Lawan Malaysia Lagi

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memberitahu bahawa Hong-Kong mempunyai sebab tersendiri apabila bersungguh-sungguh untuk bertemu Malaysia semula. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu dalam satu temubual memberitahu bahawa beliau ada bertemu dengan pengendali Hong-Kong sendiri dan mengetahui niat mereka untuk bertemu Malaysia. “Pada bulan Mac nanti kita telah menjemput Turkmenistan dan Hong Kong untuk perlawanan […]
E. Elavarasan Tagih Kudrat Luqman Hakim Di Sukan SEA 2023

Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun kebangsaan, E. Elavarasan menagih khidmat pemain yang berpangkalan di eropah, Luqman Hakim Shamsuddin. Kudrat pemain yang baru ditandatangani Njardvirk ini diperlukan E. Elavarasan bagi memperkuat skuad muda negara di temasya Sukan SEA 2023. “Luqman Hakim kita ada berhubung dengannya. Ketika ini dia masih di Iceland. Jadi, dia masih dalam […]
Kim Pan-gon Ke Thailand Pantau Rapat Aksi Safawi Rasid

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon sudah pun kembali memulakan tugas apabila dikhabarkan terbang ke Thailand bagi meninjau perkembangan kapten pasukan, Safawi Rasid. Pemain berusia 25 tahun itu dipinjamkan ke kelab Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC daripada JDT dengan misi memperoleh lebih banyak minit permainan. Anak jati kelahiran Terengganu itu juga berjaya menampilkan aksi terbaiknya […]
Ifedayo Tak Berminat Jadi Pemain Naturalisasi

Bekas pemain Selangor, Ifedayo Olusegun mengakui setakat ini tiada dalam perancangannya untuk menjadi pemain naturalisasi. Penjaring terbanyak Liga Super musim 20/23 ini sudah empat tahun berkelana di Liga Malaysia dan berpeluang menyarung jersi Harimau Malaya jika beliau teruskan beraksi bersama pasukan di Malaysia musim ini. Namun, beliau sedang menghadapi situasi sukar selepas kehilangan bapanya pada […]
8 Negara Jadi Pilihan Kim Pan-gon Bentuk Formula Ke Piala Asia

Malaysia bakal berdepan lapan perlawanan persahabatan menjelang aksi Piala Asia 2023. Perkara tersebut dimaklumkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin yang menjelaskan skuad kendalian Kim Pan-gon akan beraksi sebanyak enam perlawanan di venue Home manakala dua perlawanan Away. Malaysia akan memulakan aksi persahabatan antarabangsa ini pada Mac berdepan Turkmenistan dan Kuwait […]
FAM Hantar Aduan Ke FIFA Berhubung Kewujudan Harimau Malaya ‘Palsu’

Kebangkitan Harimau Malaya di bawah bimbingan Kim Pan-gon merupakan sesuatu yang baik kepada bola sepak negara. Tetapi baru-baru ini, FAM memfailkan aduan kepada FIFA selepas diberitahu ada pihak yang menyamar sebagai skuad bola sepak negara. Hal ini didedahkan oleh penganalisis bola sepak, Mark Stafford. Dia mendedahkan pasukan gergasi MLS, LA Galaxy dijemput mengadakan perlawanan persahabatan […]
Harimau Malaya Dijangka Beraksi di Sabah/Sarawak November Ini

Kebiasaannya untuk perlawanan antarabangsa membabitkan Harimau Malaya, ia diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Tetapi pada November ini, skuad kebangsaan bakal mengadakan perlawanan persahabatan di Sabah atau Sarawak. Ini dilihat bakal melengkapkan siri perlawanan persahabatan yang perlu ditempuh anak-anak buah Kim Pan-gon untuk tahun 2023. Sebelum ini, FAM mengatur beberapa perlawanan di stadium selain […]
Aksi Malaysia Berdepan Turkmenistan & Yaman Bakal Berlangsung Di Stadium Sultan Ibrahim

Pertembungan antara pasukan Malaysia dan beberapa lawan berstatus elit bakal berlangsung di stadium keramat Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim. Menerusi satu penjelasan oleh Presiden FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin, Malaysia kini dalam perancangan secara berfasa untuk mengatur aksi persahabatan. Beliau mengesahkan bahawa anak didik Kim Pan-gon akan menghadapi dua aksi persahabatan menentang Turkmenistan […]
FAM Tidak Hantar Pasukan B-23 Ke Sukan Asia 2023

Dengan kalendar kejohanan yang padat untuk skuad bawah 23 tahun negara (B-23), FAM perlu memilih kejohanan mana yang perlu diutamakan. Lantaran itu, FAM memutuskan untuk tidak menghantar anak-anak buah E. Elavarasan ke Sukan Asia di Hangzhou, China pada akhir tahun ini. Menurut Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, beliau mengakui keputusan ini bukan satu keputusan […]
Pasukan Ke-80 Dunia Antara 4 Pasukan Sertai Pestabola Merdeka

Selepas penganjuran Pestabola Merdeka pada Oktober tahun ini diumumkan oleh FAM beberapa minggu sebelumnya, ramai berspekulasi pasukan mana yang akan menyertai kejohanan ikonik itu. Terbaru, difahamkan China merupakan antara pasukan yang bakal menyertai kejohanan itu. Sebelum ini, beberapa negara dicanang dikatakan dicanang menyertai kejohanan itu termasuk Thailand, India dan Palestin. Bagaimanapun, Thailand menerusi Persatuan Bola […]
Jepun & China Pilihan Kim Pan-gon Bertemu Malaysia

Malaysia berpeluang untuk beradu kekuatan berdepan lawan berstatus elit apabila berkemungkinan akan menghadapi Jepun dan China dalam aksi persahabatan September nanti. Perkara ini telah pun disahkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang memaklumkan bahawa mereka sudah pun mengatur perancangan bagi tahun ini. Bermula Mac ini, anak didik Kim Pan-gon akan menghadapi dua aksi persahabatan […]
TMJ Tak Minat Sebarang Jawatan – Hamidin

DYAM Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim (TMJ) tidak berminat untuk memegang sebarang jawatan di Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Demikian yang dikatakan oleh presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dalam satu sesi temu bual ekslusif bersama wartawan Astro Arena, Fina Nasrom. Hamidin bagaimanapun menjelaskan bahawa TMJ akan terus komited dan konsisten untuk […]
Pemain Scotland, Fergus Tierney Dalam Senarai 25 Pemain Ke Kem Latihan Kebangsaan

Pemain berdarah Scotland, Fergus Tierney berada dalam senarai 25 orang pemain yang dipanggil ke kem latihan skuad bawah 23 tahun kebangsaan. Pemain dengan kelebihan fizikal ini lahir pada tahun 2003 di Scotland dan aktif berlatih bersama akademi bola sepak di Eropah dan Asia termasuklah bersama Penang FC dan JDT 2. Sebelum ini, beliau pernah dikesan […]
Stadium Sultan Ibrahim Bakal Digunakan Harimau Malaya Seawal Mac Ini?

Gelanggang keramat Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dijangka akan menjadi venue rasmi Harimau Malaya seawal Mac ini. Menerusi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman, beliau memberi bayangan bahawa pasukan kebangsaan berkemungkinan besar akan menggunakan Stadium Sultan Ibrahim. Namun begitu, keputusan rasmi kini masih belum dibuat kerana FAM masih […]