Duo Serangan Berbisa Malaysia Bertemu Semula Di Thailand

Menjelang aksi Kelayakan Piala Asia Bawah 23 (U-23) 2024 yang bakal diadakan di Thailand, Malaysia dijangka bakal mempertaruhkan gandingan serangan yang pernah bergandingan ketika Piala Asia Bawah 16 Tahun pada tahun 2018 yang lalu. Gandingan tersebut merupakan Luqman Hakim Shamsudin dan pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Najdmudin Akmal. Kedua-dua pemain ini merupakan gandingan […]

Liga Malaysia Berpeluang Berada Di Kedudukan Ke-3 Terbaik Asia

Liga Malaysia kini berpeluang untuk berada pada kedudukan yang ke-3 terbaik di Asia sekiranya prestasi wakil negara terus memberangsangkan di pentas Asia. Tahun 2023 menyaksikan Malaysia memiliki tiga wakil beraksi di Asia dengan JDT bersaing di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) sementara Terengganu dan Sabah FC di Piala AFC. Berdasarkan kemas kini yang dilakukan oleh […]

Terengganu Umum Venue Rasmi Piala AFC

Kehangatan aksi Terengganu FC dalam Piala AFC 2023/2024 semakin dirasai apabila stadium keramat mereka, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) diumumkan sebagai gelanggang rasmi untuk kejohanan itu. Pengumuman ini dibuat oleh pengurusan skuad Peteh menerusi satu kenyataan di laman media sosial rasmi mereka semalam. Terengganu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak termasuk FAM dan […]

Giliran Ulsan Hyundai Terima Padah Menjelang ACL

Pasukan K1 League, Ulsan Hyundai pula menerima tamparan hebat sebelum melangkah ke pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL). Prestasi wakil Korea ketika ini dikritik hebat selepas mengalami kekalahan mengejutkan menentang Gwangju dengan keputusan 2-0. Kekalahan itu menyaksikan pasukan bimbingan Hong Myung-bo kini berada dalam prestasi yang cukup kritikal selepas hanya mencatatkan satu kemenangan dalam 5 aksi […]

Bintang Utama Thailand ‘Tapau’ Liga Jepun

Selepas Chanathip Songkrasin, giliran pemain tengah Thailand, Supachok Sarachat pula yang menunjukkan impak positif dalam J1 League bersama Hokkaido Consadole Sapporo. Terbaru, Supachok menyumbat dua gol bagi membantu Sapporo menewaskan Gamba Osaka 4-0 dalam aksi terbaru J1 League semalam. Kemenangan itu membolehkan Consa menduduki tangga ke-12 liga dengan 32 mata daripada 26 perlawanan. Namun begitu, […]

Pakar Analisis Leeds United ‘Bantu’ Kelab Australia Kaji Kekuatan Terengganu

Kelab gergasi Australia, Central Coast Mariners membuat pengumuman mengenai kedatangan bekas penganalisis Leeds United, Andres Clavijo selaku kakitangan kejurulatihan kelab bagi menghadapi saingan Piala AFC yang melibatkan pertembungan dengan Terengganu FC. Individu kelahiran Colombia telah menghabiskan tempoh yang cukup lama di England, berpindah ke Australia untuk memainkan peranan pertamanya di luar Eropah. Kedatangan beliau ke […]

Jalan Berbeza Kawasaki Frontale & JDT Menjelang ACL

Prestasi pasukan gergasi Jepun, Kawasaki Frontale kini dalam fasa yang begitu buruk menjelang aksi berdepan pasukan negara, Johor Darul Ta’zim (JDT). Pasukan bimbingan Toru Oniki itu mencetuskan kebimbangan apabila dibelasah teruk oleh pasukan atasan liga, Cerezo Osaka pada aksi ke-26 J1 League dengan keputusan 3-0. Keadaan ini diburukkan lagi apabila jentera serangan pasukan gagal menemui […]

J1 League: Kawasaki Frontale Longlai Ditewaskan Cerezo Osaka

Kebangkitan yang ditampilkan Kawasaki Frontale dalam dua perlawanan sebelum ini tidak bertahan lama apabila mereka tunduk 2-0 kepada Cerezo Osaka dalam aksi terbaru J1 League. Frontale berharap selepas mara ke separuh akhir Emperor’s Cup, itu cukup untuk membantu mereka bangkit dalam saingan liga. Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling menyerang di Stadium Yodoko Sakura. Bagaimanapun, […]

Ramon Machado Kunci Kecemerlangan Sabah Di Asia

Biarpun baru menyertai Sabah FC dalam tetingkap perpindahan kedua Julai lalu, Ramon Machado mampu membantu mereka melakar kecemerlangan dalam Piala AFC musim ini. Ini kerana Machado merupakan peledak berbisa yang dicari-cari pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee untuk menembusi pertahanan pihak lawan. Dalam sembilan perlawanan Liga Malaysia (Liga M) termasuk Piala Malaysia, penyerang Brazil itu […]

Legenda Manchester United Sertai Vissel Kobe

Bekas pemain sayap Manchester United, Juan Mata mencipta kejutan di mana beliau bakal menyertai kelab J1 League, Vissel Kobe. Wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano mendedahkan Mata yang kini berstatus ejen bebas selepas meninggalkan Galatasaray telah bersetuju dengan tawaran yang dibuat kelab yang diberi jolokan Ushi itu. Ini menyaksikan Mata mengikut jejak beberapa rakan senegara yang […]

Peluang Kelab Asia Sambar Papu Gómez Kembali Terbuka

Hasrat kelab Asia untuk membawa masuk pemain berkelas dunia dari Eropah kembali terbuka apabila pemenang Piala Dunia 2022, Papu Gómez bakal meninggalkan Sevilla. Pemain berusia 35 tahun itu menyertai kelab gergasi La Liga itu dari Atalanta dua musim lalu. Beliau yang memainkan peranan utama sepanjang berada di sana untuk membantu pasukan mencabar kedudukan ke Liga Juara-Juara […]

Debaran Aksi JDT & Kawasaki Frontale Makin Hampir

Dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) bakal melayan Kawasaki Frontale untuk aksi pertama Kumpulan I Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada 19 September ini, debaran untuk aksi berkenaan makin dirasai penyokong Harimau Selatan. Justeru, pengurusan kelab mengumumkan pemegang pas bermusim JDT akan diberi keutamaan untuk membeli tiket ACL. Keutamaan diberi untuk semua tiga aksi tempat […]

Diogo Hangatkan Kepulangan Ke Thailand

Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo bakal kembali perkuat Harimau Selatan di Thailand dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini. Pemain kelahiran Brazil itu merupakan antara bintang paling menyerlah di Thailand ketika beraksi beberapa musim bersama BG Pathum. Beliau bagaimanapun bakal menghangatkan saingan ACL musim ini apabila JDT diundi dalam Kumpulan […]

Kawasaki Frontale Bangkit Sebelum Singkirkan Albirex Niigata

Kelab J1 League, Kawasaki Frontale menunjukkan keazaman mereka apabila mara ke separuh akhir Emperor’s Cup selepas mengatasi Albirex Niigata menerusi penentuan sepakan penalti. Selepas berjaya bangkit mengikat Consadole Sapporo 2-2 beberapa hari lepas, Frontale berharap dapat mara ke separuh akhir. Ini diharap menjadi tonik yang membantu mereka bila menentang Cerezo Osaka pada 2 September. Malangnya, […]

Penyerang ‘RM5.4 Juta’ Kawasaki Frontale Tumpul, Peluang Kelab Malaysia Menyinar

Prestasi yang ditampilkan oleh kelab gergasi Jepun, Kawasaki Frontale kurang memberangsangkan terutamanya bagi jentera serangan pasukan musim ini sekaligus membuka jalan buat kelab Malaysia lebih menyinar. Pasukan bimbingan Toru Oniki itu kini berada di tangga ke-9 saingan J1 League selepas mengharungi 25 perlawanan musim ini. Aksi jaguh Asia itu bagaimanapun terganggu susulan prestasi kurang memberangsangkan […]

Penyerang Import BG Pathum Tak Duduk Diam Di Thailand

Nama penyerang Uzbekistan, Igor Sergeev bakal menjadi fokus pertahanan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) apabila BG Pathum bersemuka dengan Harimau Selatan dalam aksi Kumpulan I Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini. Ini kerana walaupun beliau baru saja menyertai The Rabbits pada Jun lalu, beliau sudah menjaringkan empat gol dalam empat perlawanan. Ini termasuk tiga […]