Bintang Galatasaray Jadi Pemain Termuda Di Piala Asia

Bintang muda Galatasaray, Beknaz Almazbekov menjadi pemain paling muda yang didaftarkan untuk menghadapi Piala Asia 2023 Qatar. Pemain berusia 18 tahun itu bakal menyarung jersi pasukan kebangsaan Kyrgyzstan dan merupakan pemain yang mampu beraksi di pelbagai posisi di bahagian serangan. Usia yang muda bukanlah penghalang buat Beknaz untuk menyinar bersama Kyrgyzstan. Sehingga kini, beliau sudah mengumpul […]
Jurulatih Palestin Terbunuh

Jurulatih terkenal Palestin Hani Al-Masri, yang berkhidmat sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak Olimpik Palestin dilaporkan syahid dalam serangan udara yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas Gaza. Pemergian jurulatih tersebut berlaku pada hari ke-92 konflik di antara Palestin dan Israel. Sehingga kini dilaporkan lebih 22,000 kematian dan 58,000 kecederaan telah berlaku yang kebanyakannya terarah […]
Son Heung-min Lebih Mahal Berbanding 21 Pasukan Piala Asia

Bintang Korea Selatan, Son Heung-min yang berharga $54.5 juta difahamkan bersamaan dengan nilai 21 pasukan kebangsaan yang bertanding di Piala Asia 2023 Qatar. Menurut laman bola sepak Transfermarkt, nilai Son hanya lebih rendah daripada Jepun ($345.5 juta), Korea Selatan ($210.4 juta ) dan Iran ($56.2 juta ). Son mempunyai nilai yang sama seperti pemain sayap […]
Pengulas Mesir Ramal Malaysia & Indonesia Bakal Terima Nasib Sama Di Piala Asia

Pengulas bola sepak dari Mesir, Issam El-Hadary meramal skuad kebangsaan Malaysia dan Indonesia bakal terima nasib yang sama di pentas Piala Asia 2023. Menerusi satu rancangan yang dimuat naik AlKass TV Sports, Issam yang juga merupakan bekas penjaga gol kebangsaan Mesir itu menjangkakan Jepun akan menjadi juara Piala Asia bagi edisi kali ini. Jepun dan […]
Jurgen Klinsmann Yakin Pasukannya Sangat Bersedia Di Qatar

Pengendali Korea Selatan, Jurgen Klinsmann percaya pasukannya kini berada pada tahap terbaik apabila Piala Asia 2023 membuka tirai pada 12 Januari ini. Korea Selatan meningkatkan persediaan mereka ke Piala Asia 2023 dengan mengatasi Iraq 1-0 dalam aksi pemanas badan pra-kejohanan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Pemain sayap Mainz, Lee Jae-sung muncul wira dengan […]
Kapten Thailand Keracunan, Berisiko Disisihkan Ke Qatar

Satu lagi perkhabaran kurang baik dibawa oleh kem Thailand selepas kapten pasukan mengalami keracunan beberapa hari sebelum ke Qatar. Skuad Gajah Perang sudah pun mengumumkan senarai 26 orang pemain ke kejohanan berprestj Asia itu dengan nama kapten pasukan, Terrathon Bunmathan bakal mengetuai cabaran Thailand. Skuad kendalian Matasada Ishii sudah pun menerima tamparan hebat selepas dua […]
Oman Hampakan UAE

Oman mencatatkan kemenangan berharga ke atas UAE dalam satu aksi persahabatan bagi persiapan menghadapi Piala Asia. UAE yang memiliki kedudukan ranking yang lebih baik berbanding Oman bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan awal Abdullah Fawaz pada minit keenam. Aksi berbalas serangan terus dipamerkan kedua-dua pasukan namun tiada jaringan dapat dihasilkan selepas itu menjadikan kedudukan 1-0 memihak Oman […]
Bahrain Kecundang Di Tangan Australia

Bahrain kecundang di tangan Australia setelah tewas dengan jaringan 2-0 dalam aksi persahabatan. Gol pertama Australia hadir menerusi jaringan sendiri pertahanan Bahrain, Amine Benaddi yang tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-35. Australia mendominasi penguasaan bola pada babak pertama namun hanya mampu mencipta dua percubaan ke arah gawang gol Bahrain. Bersambung babak kedua, Bahrain […]
Korea Selatan Tumbangkan Iraq

Aksi persahabatan antara Korea Selatan dan Iraq menyaksikan keputusan akhir memihak kepada Taeguk Warriors dengan jaringan 1-0. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Universiti New York itu menyaksikan pasukan bimbingan Jurgen Klinsmann menurunkan kesebelasan kedua dengan beberapa nama besar duduk di bangku simpanan. Iraq terlebih dahulu hampir di depan selepas hantaran lolos Ali Jasim berjaya menemui […]
Indonesia & Kyrgyzstan Pertaruh Bakat Muda Di Piala Asia

Indonesia dan Kyrgyzstan bakal mempertaruhkan bakat muda di Piala Asia apabila menyenaraikan 3 pemain berusia bawah 20 tahun. Indonesia membawa 3 pemain muda berusia 19 tahun manakala Kyrgyzstan pula membawa seorang pemain berusia 18 tahun dan 2 pemain berusia 19 tahun. Hokky Caraka, Marselino Ferdinan dan Ivar Jenner antara pemain muda yang berjaya menambat hati […]
Bahrain Uji Pasukan Ke-25 Dunia

Pasukan Asia Barat, Bahrain menjadikan pasukan keempat terbaik Asia, Australia sebagai perlawanan pemanas badan terakhir sebelum ke Piala Asia 2023. Ini peluang terakhir buat jurulatih The Reds, Juan Antonio Pizzi menilai keserasian barisan 26 pemain hari ini sebelum kempen Piala Asia bermula. Australia menjadi pilihan Pizzi kerana kualiti yang dimiliki The Socceroos mirip dengan pasukan […]
3 Pengadil Dari Malaysia Terpilih Ke Piala Asia

Seramai tiga pengadil dari Malaysia telah dipilih oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk ke kejohanan Piala Asia 2023 di Qatar yang dijadualkan bermula 12 Januari ini. Tiga pengadil yang terpilih itu adalah Muhammad Nazmi Bin Nasaruddin, Mohamad Zairul Bin Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Bin Abd Rasid. Nazmi merupakan pengadil perlawanan manakala Zairul […]
Pemain Iraq Teruja Bertemu Lawan Seperti Korea Selatan

Iraq bakal menjadikan Korea Selatan sebagai medan pemanas terakhir mereka pada malam ini sebelum memulakan kempen Piala Asia 2023. Bek kanan Singa Mesopotamia, Allan Mohideen mengakui pertemuan malam ini amat dinanti-nantikan oleh seluruh pasukan. Ini kerana ini bukan saja peluang menguji keserasian barisan anak buah Jesus Casas itu di atas padang sebelum kejohanan bermula. Malah, […]
Iran Bangkit Tewaskan Burkina Faso

Aksi persahabatan antarabangsa pada semalam telah melibatkan pertembungan antara pasukan Iran dan Burkina Faso. Perlawanan bermula dengan Burkina Faso terlebih dahulu memecah kebuntuan apabila berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-15 permainan. Mohamed Konaté mencatat nama sebagai penjaring apabila rembatan derasnya gagal diselamatkan penjaga gol Iran sekaligus meletakkan Burkina Faso mendahului dihadapan. Sebelum tamat […]
Kyrgyzstan ‘Rantai’ Syria

Aksi persahabatan antara pasukan Kyrgyzstan dan Syria menyaksikan keputusan perlawanan berakhir dengan seri. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shabab Al-Ahli itu merupakan aksi tertutup sambil kedua-dua pasukan menguji gandingan baharu dalam pasukan. Syria yang menghuni tangga ke-91 dunia kelihatan bergelut pada awal permainan untuk melakukan hantaran-hantaran jauh kepada jentera serangan. Kyrgyzstan cuba datang sesekali menerusi […]
Aksi Malaysia & Korea Selatan Di Piala Asia Bakal Disiarkan Secara Percuma

Aksi ketiga di Piala Asia 2023 menjadi tumpuan para peminat bola sepak tanah air tatkala pertemuan menentang jaguh Asia, Korea Selatan bakal disiarkan secara percuma. Malaysia berjaya layak secara merit ke pusingan akhir Piala Asia, dan bakal menentang Jordan dalam aksi pertama kumpulan E, pada 15 Januari ini. Menerusi lama sosial X, Timbalan Menteri Belia […]