AFC Asian Cup: Jepun Hilang Khidmat Kaoru Mitoma Bertemu Vietnam

Jepun bakal turun bertemu Vietnam tanpa kelibat pemain sayap lincah, Kaoru Mitoma menjelang aksi pertama peringkat kumpulan D Piala Asia 2023. Perkara tersebut disahkan oleh Hajime Moriyasu, ketua jurulatih Jepun sewaktu sidang media pra perlawanan antara Jepun dan Vietnam. “Kaoru Mitoma tidak akan bermain untuk perlawanan esok. Selepas perlawanan esok kita akan memeriksa tahap kecergasan […]

AFC Asian Cup: Pemain Syria Sambut Baik Kehadiran Jalil Elias

Skuad Syria ke Piala Asia 2023 sedikit berbeza susulan kehadiran beberapa pemain warisan seperti Jalil Elias dalam pasukan tiu. Meskipun ini panggilan pertama beliau menyertai Helang Qasioun untuk kejohanan antarabangsa, itu langsung tidak menjejaskan keharmonian dalam kem Syria. Hal ini didedahkan sendiri oleh jurulatih Syria, Hector Cuper dalam sidang media pra-perlawanan Syria-Uzbekistan yang berlangsung semalam. […]

AFC Asian Cup: Tindakan Awal Petar Segrt Di Qatar Raih Pujian Ramai

Pengendali skuad kebangsaan Tajikistan, Petar Segrt telah dipuji ramai apabila tindakan beliau meraikan semua pengamal media yang hadir pada sidang media di Qatar baru-baru ini. Jurulatih berusia 67 tahun itu dilihat masuk ke bilik media dan telah berjabat tangan dengan kesemua pengamal media yang hadir. Tindakan itu ternyata meraih pujian banyak pihak yang sememangnya kagum […]

AFC Asian Cup: Qatar Buatkan Ranking Lubnan Jatuh Menjunam

Pasukan tuan rumah Piala Asia 2023, Qatar mempamerkan taring mereka dengan mudah menewaskan Lubnan 3-0 pada aksi pembukaan. Kemenangan itu membuatkan ranking FIFA Lubnan jatuh. Melalui hantaran yang dikongsikan oleh Footy Rankings di laman X, kekalahan kepada Qatar menjadikan mata ranking FIFA Lubnan ditolak 10.75 mata dan sekali gus menyaksikan Lubnan jatuh dua anak tangga […]

AFC Asian Cup: Hampir 85,000 Hadir Saksikan Aksi Pembukaan Qatar & Lubnan

Aksi pembukaan Piala Asia 2023 membabitkan Qatar dan Lubnan telah mencipta rekod tersendiri semalam. Mengikut statistik yang dikongsikan akaun X AFC Asian Cup semalam, 82,490 orang menghadiri perlawanan di Stadium Lusail semalam. Angka ini dilihat membanggakan kerana ini kehadiran penonton keempat tertinggi dalam sejarah Piala Asia. Ketika ini, rekod kehadiran tertinggi dalam sejarah kejohanan dipegang […]

AFC Asian Cup: Qatar Mula Langkah Kanan Belasah Lubnan

Aksi Kumpulan A antara juara bertahan AFC Asian Cup, Qatar dan Lubnan berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada Qatar. Aksi yang berlangsung di Stadium Lusail, Qatar itu menyaksikan anak didik Hassan Al-Haydos memulakan aksi dengan cukup baik pada babak pertama. Lubnan dilihat lebih banyak berkampung di laman sendiri untuk menyerap asakan tuan rumah. Qatar berjaya menembusi […]

AFC Asian Cup: Juara Pestabola Merdeka Hilang Khidmat Arkitek Kedah

Hasrat juara Pestabola Merdeka untuk mempertaruhkan kudrat terbaik di pentas Piala Asia tidak kesampaian apabila kehilangan tonggak utama di bahagian tengah. Persiapan pasukan ke-106 dunia itu membawa barisan terbaik ke Qatar dengan beberapa nama besar kembali mengisi skuad kali ini. Ketua jurulatih Tajikistan, Petar Sergt juga berhasrat untuk memacu cabaran pasukannya dengan lebih jauh selepas […]

AFC Asian Cup: Qatar Janjikan Ujian Getir Kepada Lubnan

Menjelang aksi pembukaan Piala Asia 2023 membabitkan Qatar dan Lubnan malam ini, kelebihan tampak memihak kepada tuan rumah. Ini kerana ini kali ketiga Qatar menjadi tuan rumah Piala Asia selepas melakukannya untuk edisi 1988 dan 2011. Situasi ini akan memberi kelebihan kepada Qatar kerana mendapat sokongan padu penyokong tempatan. Edisi 2019 turut menyaksikan pasukan yang […]

AFC Asian Cup: Kejutan Besar Bakal Terjadi Di Qatar

Satu kejutan besar dijangka bakal diadakan di Piala Asia 2023 yang bakal membuka tirainya malam ini. Perkara ini diumumkan oleh Pengarah Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi LOC, Hassan Al-Kuwari pada sidang media yang diadakan Rabu di Pusat Media Utama Piala Asia AFC Qatar 2023. Qatar menzahirkan kesediaan sepenuhnya untuk menganjurkan kejuaraan benua untuk kali ketiga dan […]

Sunil Chhetri Dedah India Pantau Rapi Persiapan Australia

Sunil Chhetri mendedahkan India kini memantau rapi persiapan bekas juara Piala Asia 2015, Australia menjelang aksi pertama kumpulan B pada Sabtu ini. Menurut Sunil Chhetri, India telah mengkaji aksi persahabatan Australia dan kemampuan setiap pemain Australia. “Kami telah melihat perlawanan persahabatan menentang Palestin dan Bahrain, kami tahu pemain mereka bermain di liga mana dan kami […]

Bintang Jordan Optimis Saat Buruk Pasukan Tidak Kekal Lama

Penyerang Jordan, Musa Al-Taamari percaya prestasi buruk yang membelenggu pasukan itu tidak akan berpanjangan menjelang Piala Asia 2023 yang bermula esok. Tahun 2023 menyaksikan The Chivalrous One hanya merekodkan dua kemenangan iaitu ke atas Filipina dan Jamaica serta satu keputusan seri. Sementara lima perlawanan lagi berakhir dengan kekalahan termasuk kekalahan besar 6-0 di tangan Norway. […]

Hasrat Saksikan Nama Besar Liga Korea Ke Malaysia Tidak Kesampaian

Peminat bola sepak negara terpaksa melupakan hasrat untuk menyaksikan nama besar Liga Korea, Osmar Barba beraksi ke Liga Malaysia 2024. Ini kerana, bekas pemain FC Seoul, Osmar Barba dilaporkan telah menyertai kelab baharu Seoul E-Land. Pengumuman rasmi itu dilaporkan di laman sosial Instagram kelab Seoul E-Land tengah hari semalam. Sebelum ini hangat beliau dikaitkan dengan […]

Persiapan Bahrain Di Piala Asia Dilanda Mimpi Ngeri

Skuad Bahrain yang dibimbing pengendali Sepanyol, Juan Antonio Pizzi untuk Piala Asia 2023 mendapat tamparan hebat baru-baru ini. Ini selepas pemain pertahanan Al-Khaldiya, Ahmed Bughammar terpaksa menarik diri daripada skuad Muharabi Dilmun akibat kecederaan. Mengikut data Transfermarkt, Bughammar telah merekodkan 21 penampilan antarabangsa dan satu gol bersama Bahrain. Portal berita News of Bahrain melaporkan beliau […]

900,000 Tiket Piala Asia Sudah Terjual

Kemeriahan Piala Asia 2023 yang bakal membuka tirainya esok semakin dirasai peminat bola sepak di serata benua berkenaan. Malah, tiket kejohanan berkenaan turut mendapat sambutan hangat dalam kalangan penyokong. Mengikut statistik terbaru yang dikeluarkan Hassan Rabea Al Kuwari, Pengarah Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi, Jawatankuasa Penganjur Piala Asia AFC 2023, lebih 900,000 tiket sudah terjual. Penyokong-penyokong […]

Arab Saudi Lega Tak Dimalukan Hong Kong

Pasukan Arab Saudi tepati ramalan apabila berjaya menewaskan Hong Kong dalam aksi persahabatan menjelang sepak mula Piala Asia 2023. Arab Saudi di bawah kendalian Roberto Mancini terus konsisten mencatat keputusan positif selepas berjaya menewaskan Hong Kong malam semalam. Saudi memecah kebuntuan perlawanan seawal minit ke-26 permainan menerusi jaringan Abdul Rahman Gharib. Sepakan penalti yang dihadiahkan […]

Piala Asia: Selamat Tinggal Saddil Ramdani

Pemain sayap sensasi pasukan Timnas Indonesia, Saddil Ramdani secara rasminya tidak akan berada dalam skuad Sang Garuda di Piala Asia. Bintang lincah Sabah FC itu menikmati musim terbaik bersama The Rhinos musim ini selepas beraksi hampir semua perlawanan dalam Liga Super Malaysia. Beliau juga memainkan peranan yang amat besar bersama pasukan Timnas Indonesia di bawah […]