”Perlawanan Menarik Untuk Disaksikan” – Jurgen Klinsmann

Jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann tidak memandang remeh kemampuan Australia bagi pertembungan aksi suku akhir Piala Asia edisi kali ini.  Beliau percaya anak buahnya kini berada dalam momentum terbaik untuk fokus layak ke peringkat separuh akhir.  “Kami berharap satu lagi perlawanan menarik yang kami nantikan, pasukan Australia yang sangat bagus, kami sangat menghormati. “Kami menghadapi […]

Yazan Al-Arab Sasar Jordan Layak Ke Separuh Akhir

Pertahanan Jordan, Yazan Al-Arab berhasrat untuk membantu negaranya mara lebih jauh pada kempen Piala Asia kali ini. Walau bagaimanapun, beliau sedar lawan yang bakal ditempuh iaitu Tajikistan bukanlah calang-calang pasukan, ditambah pula juara Pesta Bola Merdeka 2023 itu dalam momentum terbaik selepas menyingkirkan UAE sebelum ini. Beliau menyifatkan Tajikistan merupakan pasukan yang berdisiplin tinggi dan […]

Skuad Muda Indonesia Tunduk Bermaruah Kepada Uzbekistan

Skuad muda Indonesia mempamerkan aksi mengagumkan sebelum tewas kepada Uzbekistan dengan keputusan 3-2. Aksi yang berlangsung di Stadium Madyan itu menyaksikan dua gol yang dijaringkan oleh Sang Garuda tidak cukup untuk memberikan kemenangan buat pasukan. Dua gol Indonesia yang dicetak oleh Muhammad Kafiatur menit ke-32 dan Arlyansyah Abdulmanan menit ke-74 bagaimanapun dinafikan oleh lawan yang […]

Roberto Mancini Mohon Maaf

“Sekali lagi saya mengulangi permohonan maaf saya kepada semua orang tentang keluar awal saya ke bilik persalinan sebelum tamat penentuan sepakan penalti,” Roberto Mancini.  Kenyataan di atas merujuk kepada jurulatin pasukan Arab Saudi, Roberto Mancini yang memohon maaf kepada penyokong kerana tindakannya beredar dari padang semasa penentuan sepakan penalti berlangsung.  Bekas jurulatih Itali itu amat […]

AFC Asian Cup: Iran Tepati Ramalan, Singkirkan Syria

Iran melangkah ke suku akhir setelah menewaskan Syria dalam aksi penuh dramatik di pusingan 16 terbaik AFC Asian Cup Pada aksi yang berlangsung di Stadium Abdullah Bin Khalifa, Iran jelas menguasai permainan sejak minit pertama dengan peratus penguasaan bola yang tinggi. Iran membuka tirai jaringan menerusi ledakan pemain tumpuan, Mehdi Taremi pada minit ke-34 sekaligus […]

AFC Asian Cup: Jepun Gah Tundukkan Bahrain

Bahrain FA-Jepun

Jepun gah menundukkan cabaran Bahrain untuk melangkah ke peringkat suku akhir Piala Asia 2023. Skuad kendalian Hajime Moriyasu mempamerkan aksi dominan pada separuh masa pertama dengan melakukan 7 percubaan ke arah gawang gol berbanding Bahrain yang hanya melakukan 2 percubaan. Penantian Jepun untuk gol pertama berakhir pada minit ke-31 apabila Ritsu Doan menyambut bola muntah […]

JDT & Selangor Terima Tonik Tambahan Ke Asia

Dua pasukan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor menerima tonik tambahan untuk berjuang di pentas Asia musim ini. Skuad Harimau Selatan merupakan wakil tunggal Malaysia di pentas tertinggi Asia apabila bakal bersaing di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). The Red Giants juga bakal menyusul langkah JDT namun bakal menggalas cabaran di Liga […]

Roberto Mancini Merajuk, Keluar Padang Sebelum Nasib Arab Saudi Terjawab

Jurulatih Arab Saudi, Roberto Mancini dilihat terus keluar meninggalkan padang sewaktu penentuan sepakan penalti berlangsung ketika menentang Korea Selatan. Pada saat itu, Korea Selatan sedeng mendahului keputusan (sepakan penalti) 2-3, reaksi Roberto Mancini menjadi bualan penyokong. Skuad kendalian Roberto Mancini gagal mara ke suku akhir selepas pada minit akhir perlawanan Korea Selatan berjaya bangkit mengikat […]

AFC Asian Cup: Korea Selatan Ke Suku Akhir, Bangkit Singkirkan Arab Saudi

Aksi pusingan 16 terbaik Piala Asia 2023 hari ini melibatkan pertemuan antara pasukan Arab Saudi dan Korea Selatan. Separuh masa pertama tamat dengan tiada jaringan berjaya dihasilkan kedua-dua pasukan. Arab Saudi dan Korea Selatan menamatkan babak pertama dengan keputusan 0-0. Bersambung aksi di babak kedua, penyerang gantian Arab Saudi, Abdullah Radif menjaringkan gol pembukaan. Hantaran […]

Wartawan Iraq Cuba Serang Jesus Casas Disenarai Hitam AFC

InsideWorldFootball-AFC

Kekecohan berlaku sewaktu sidang media tamat perlawanan antara Iraq dan Jordan apabila wartawan Iraq tidak berpuas hati dengan Jesus Casas atas kekalahan Iraq. Dalam sebuah video di laman sosial X, wartawan daripada Iraq itu menjerit-jerit kemarahan dan cuba menerpa ke arah jurulatih Jesus Casas sebelum dibawa keluar oleh pihak keselamatan AFC. Pihak AFC kemudian melakukan […]

AFC Asian Cup: Uzbekistan Tunjukkan Thailand Jalan Pulang

Uzbekistan FA

Uzbekistan gah menewaskan cabaran Thailand di Stadium Al Janoub sekali gus menunjukkan jalan pulang buat skuad Gajah Perang. Pasukan yang digelar Serigala Putih turun tanpa khidmat penyerang utama, Igor Sergeev yang mengalami kecederaan manakala Thailand menurunkan skuad terbaik mereka ditambah dengan kepulangan kapten pasukan, Theerathon Bunmathan daripada penggantungan. Uzbekistan bermula garang apabila cuba melancarkan serangan […]

Faisal Halim Kongsi Adab Tinggi Son Heung-min Di Atas Padang

KFA, FA Malaysia-son-Faisal

Pemain sayap negara, Faisal Halim telah berkongsikan momen istimewa sewaktu berbual dengan pemain berkelas dunia Son Heung-min di atas padang. “Saya memang terharu dia boleh bersembang dengan saya dengan cara yang profesional dan tidak sombong. Son Heung-min tidak angkuh walaupun dia bermain di liga tertinggi dan bersama kelab yang baik.” “Jika nak dibandingkan dengan kita […]

Dua Lagi Kelab Malaysia Berpotensi Ke Asia

Khabar baru buat kelab di Liga Super Malaysia apabila berpotensi untuk beraksi di Asia bagi saingan musim ini. Menerusi satu kenyataan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), terdapat cadangan untuk melihat lebih banyak kelab Malaysia melakukan kemunculan di Asia. Ketika ini, Malaysia sudah mengesahkan dua slot bagi kelab di pentas Asia iaitu juara bertahan Liga […]

Keraian Gol Melampau Aymen Hussein Jadi Punca Iraq Tersingkir

AFC Asian Cup

Keraian gol melampau Aymen Hussein telah menyebabkan negaranya Iraq disingkirkan Jordan pada minit akhir perlawanan. Penyerang tersebut menjaringkan gol kedua pada minit ke-76 dan meletakkan Iraq dihadapan Jordan dengan jaringan 2-1 pada waktu itu namun semuanya berubah setelah Aymen Hussein melakukan keraian gol aneh beliau. Aymen Hussein meraikan gol dengan perbuatan makan sambil bersila dan […]

Nazmi Nasaruddin Bakal Adili Aksi Uzbekistan & Thailand

FA Malaysia-nazmi

Pengadil dari Malaysia, Nazmi Nasaruddin disahkan bakal mengadili aksi pusingan 16 Piala Asia 2023 melibatkan pasukan Uzbekistan melawan Thailand. Perkara tersebut dimaklumkan di laman web rasmi AFC untuk aksi antara Uzbekistan dan Thailand pada 7.30 petang hari ini. Nazmi Nasaruddin sebelum ini telah menjadi pengadil untuk aksi Vietnam bertemu Iraq di peringkat kumpulan Piala Asia. […]

Jurgen Klinsmann Jawab Sebab Tersenyum Panjang Lihat Gol Romel Morales

Ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann menjawab tindakannya untuk tersenyum saat melihat gol penyerang naturalisasi negara, Romel Morales adalah tidak dirancang. Pemain berusia 26 tahun itu menjadi watak penting apabila rembatan kencangnya berjaya menewaskan penjaga gol Taeguk Warriors, Jo Hyeon-woo. Gol itu memastikan Harimau Malaya pulang dengan satu mata dari Qatar dengan kejayaan lebih manis […]