Korea Selatan Tolak Peluang Dapatkan Khidmat Bekas Pembantu Jurgen Klopp

Korea Selatan menolak peluang mendapatkan bekas pembantu Jurgen Klopp di Borussia Dortmund, David Wagner sebagai jurulatih pasukan itu. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan sukan Korea Selatan, Steve Han selepas mengikuti sidang media Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA), Lee Lim-saeng baru-baru ini. Jurulatih berusia 52 tahun itu bukan asing dalam kalangan peminat bola […]

Thailand Bakal Uji Pasukan Piala Dunia 2018

Skuad kebangsaan Thailand bakal beraksi dalam satu perlawanan antarabangsa menentang pasukan yang beraksi di pentas Piala Dunia 2018 iaitu Russia. Thailand yang kini berada di ranking ke-100 dalam Ranking FIFA bakal membuat penampilan menentang pasukan yang berada di ranking ke-33 dunia. Dalam satu ciapan yang dimuat naik wartawan Thailand iaitu Talao, pasukan Thailand kini sedang […]

Selangor Beri Tekanan Kepada Dua Kelab Besar Korea

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC memberi tekanan hebat kepada dua kelab besar Korea Selatan. Skuad kendalian Nidzam Jamil mempamerkan persembahan cemerlang apabila menundukkan Kuching City untuk mara ke pentas separuh akhir Piala FA 2024. Prestasi yang dibawa dalam Liga Super juga amat baik apabila merekodkan tiga kemenangan dalam empat aksi awal. The Red […]

Kisah Noor Al-Rawabdeh Di Selangor Jadi Buah Mulut Asia

Nama pemain tengah Selangor FC dan Jordan, Noor Al-Rawabdeh kembali menjadi sebutan peminat bola sepak Asia baru-baru ini. Ini selepas akaun media sosial rasmi Liga Juara-Juara AFC (ACL) menggelar Noor sebagai bintang utama untuk Al-Nashama dan Merah Kuning. “Bintang utama untuk kelab dan negara. Noor Al-Rawabdeh bakal mengetuai Selangor FC ke arah kejayaan di peringkat […]

Dennis Bekking Jangka Muhammad Abu Khalil Bakal Kejutkan Orang Jepun

Bekas Pengarah Teknikal Selangor FC, Dennis Bekking percaya pemain muda negara, Muhammad Abu Khalil mampu melakar nama di bumi Jepun. Muhammad, 19, berkelana ke Negara Matahari Terbit itu dengan menyertai kelab J3 League, FC Osaka secara pinjaman sehingga akhir tahun 2024. Perpindahan ini direalisasikan selepas barisan staf kejurulatihan dan pengurusan kelab itu tertarik dengan bakatnya […]

Korea Selatan Lantik Pengendali Ulsan, Hong Myung-bo Sebagai Jurulatih Baharu

Selepas dikaitkan dengan ramai jurulatih asing, Korea Selatan membuat kejutan dengan melantik jurulatih Ulsan HD, Hong Myung-bo sebagai pengendali baru pasukan. Agensi berita Korea Selatan, Yonhap melaporkan Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) telah mencapai persetujuan dengan Ulsan untuk membawa masuk Myung-bo. KFA akan memberi penerangan lebih lanjut tentang peranan legenda Korea Selatan berusia 55 […]

Park Hang-seo Hampiri Kedudukan Jurulatih Baharu India

Bekas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo dilaporkan semakin menghampiri kedudukan pengendali baharu skuad kebangsaan India. Jawatan tersebut kosong selepas Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) memilih menamatkan khidmat jurulatih Croatia, Igor Stimac baru-baru ini. Keputusan itu dibuat meskipun jurulatih berusia 56 tahun itu masih memiliki kontrak sehingga tahun 2026. AIFF memecat Stimac susulan kegagalan The Blue […]

Ganjaran RM5.2 Juta Menanti JDT & Selangor

Dua wakil Malaysia di Asia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Selangor FC berpeluang merangkul ganjaran mencecah RM5.2 Juta. Pasukan Harimau Selatan telah mengukuhkan tempat dalam kalangan pasukan terbaik di Asia apabila beraksi di ACLE sebagai wakil tunggal Malaysia. Gergasi Merah kembali beraksi di Asia selepas kali terakhir Selangor beraksi di peringkat Asia ialah pada musim 2015-2016 dalam […]

Muhammad Abu Khalil Tekad Bantu FC Osaka Julang Liga Jepun

Pemain tengah muda Malaysia, Muhammad Abu Khalil berharap dapat membantu kelab barunya, FC Osaka bergelar juara J3 League. Pemain tengah muda Selangor itu sah menyertai FC Osaka secara pinjaman sehingga akhir tahun 2024. Perpindahan tersebut diumumkan oleh kedua-dua kelab. Sebelum ini, Muhammad telah menjalani sesi percubaan bersama pasukan itu dari 24 Jun hingga 2 Julai […]

Oscar Kumpul RM889 Juta Sejak Beraksi Di China

Selepas memilih beraksi di China sejak tahun 2017, bekas bintang Chelsea, Oscar mengumpul pendapatan berjumlah €175 juta (RM889 juta). Nama pemain perancang Brazil itu menjadi tumpuan apabila memilih menyertai Shanghai Port pada tetingkap perpindahan musim sejuk 2017 dengan yuran perpindahan €35 juta (RM178 juta). Dan bila ditanya sebab yang mendorongnya berhijrah ke China, Oscar memaklumkan […]

Malaysia Bakal Ada Dua Pemain Kebangsaan Di Jepun

Selain Luqman Hakim Shamsudin, seorang lagi pemain muda Malaysia dijangka akan beraksi di Jepun. Luqman Hakim yang kini bersama YSCC Yokohama sedang beraksi dalam saingan JLeague 3. Beliau secara rasmi sertai pasukan itu pada Januari tahun ini selepas dipinjamkan daripada kelab asal, KV Kortrjik. Baru-baru ini, pemain muda Selangor Muhammad Abu Khalil dikhabarkan bakal menyertai […]

Jaringan Fenomena Safawi Rasid 5 Tahun Lalu Kembali Jadi Bualan Asia

Jaringan magis pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid di Liga Juara-Juara AFC (ACL) kembali menjadi bualan hangat peminat. Skuad Harimau Selatan secara konsisten beraksi dalam kejohanan tertinggi di Asia sejak beberapa tahun kebelakangan ini sudah mula membuka mata pasukan Asia tentang wakil Malaysia ini. Laman Asian Champions League kembali memuat naik jaringan […]

Respon Positif Tunku Ismail Lihat Kemajuan Ranking JDT Di Asia

Respon positif telah ditunjukkan oleh Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terhadap kemajuan ranking JDT di Asia. Skuad kendalian Hector Bidoglio kini memgekalkan rekod cemerlang 100 peratus kemenangan dalam semua kejohanan yang diharungi. Hal ini termasuklah ketika berjaya menundukkan kelab Liga A1, Malaysian University pada aksi […]

JDT Tinggal Jauh Kawasaki Frontale & Al-Ittihad

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) merekodkan pencapaian membanggakan apabila meninggalkan jauh dua seteru Asia iaitu Kawasaki Frontale dan juga Al-Ittihad. Skuad kendalian Hector Bidoglio kini dalam momentum terbaik apabila menundukkan pasukan Liga A1, Malaysian University dengan keputusan 5-0. Hal ini memastikan pasukan Harimau Selatan mengekalkan rekod bersih 100 peratus kemenangan dalam semua pertandingan […]

Park Hang-seo Bakal Dilantik Jurulatih Baharu India?

Bekas Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo kini dilaporkan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pengendali India. Jurulatih berusia 66 tahun itu difahamkan menerima sekitar 214 permohonan untuk mengisi jawatan tersebut setelah berpisah dengan pengendali terdahulu, Igor Stimac. Laporan daripada media India, Times of India memaklumkan bahawa Park Hang-seo antara calon yang sedang dikenal pasti untuk […]

“Selangor Mahu Jadi Gergasi Rantau Asia” – Johan Kamal

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon mendedahkan salah satu matlamat pasukan itu ialah bergelar pasukan gergasi di rantau Asia. Ini merupakan salah satu agenda pembaharuan yang digerakkan oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas melaksanakan penswastaan pasukan itu. Selangor kembali […]