Penalti Buka Jalan Shandong Taishan Ke ACLE Singkir Bangkok United

Shandong Taishan berjaya menewaskan cabaran Bangkok United dalam aksi penuh sengit untuk layak ke pentas Liga Juara-Juara Asia (ACLE) musim 2024/2025. Status naib juara Liga Super China pada tahun lalu memberikan Shandong Taishan sebuah peluang untuk merebut tiket ke pentas besar Asia melalui aksi play off. Bangkok United turut sama bergelar naib juara dalam saingan […]
Arif Aiman & Cristiano Ronaldo Jadi Muka Depan AFC

Dua bintang ternama Asia, Arif Aiman Hanapi dan juga Cristiano Ronaldo kini menjadi muka depan kempen AFC bagi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Tonggak lincah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sudah menjadi bualan hangat di Asia selepas cemerlang membantu Harimau Selatan sejak beberapa tahun lalu. Kapten pasukan kebangsaan Portugal itu juga menjadi watak penting dan […]
JDT Dalam Balang 1 Undian ACLE 2024/25

Pra-undian Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim 2024/25 menyaksikan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) berada dalam balang 1. Harimau Selatan layak ke saingan sulung ACLE 2024/25 selepas muncul juara Liga Super musim 2023. Musim itu juga menyaksikan JDT mengungguli saingan Piala FA, Piala Sumbangsih dan Piala Malaysia. Kini, saingan sulung ACLE menyaksikan Harimau Selatan […]
Keisuke Honda Tandatangan Kontrak Satu Perlawanan Di Bhutan

Pemain legenda Jepun, Keisuke Honda kembali dari persaraan dan telah menandatangani kontrak satu perlawanan bersama kelab dari Bhutan, Paro FC. Khidmat bekas bintang AC Milan itu ditagih Paro FC bagi aksi penting dalam saingan AFC Challenge Cup menentang juara Liga Nepal 2023, Church Boys United yang dijadualkan pada 13 Ogos. Berita kehadiran Keisuke Honda itu […]
Ulsan Hadiahkan Kim Pan-gon Kemenangan Pertama

Bekas jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon membuat permulaan baik dalam saingan K-League 1 apabila Ulsan HD merekodkan kemenangan ke atas FC Daegu. Selepas menerima tawaran juara K-League 1 musim 2023 itu sebagai pengganti jurulatih sebelumnya, Hong Myung-bo, jurulatih berusia 55 tahun itu mahu anak buahnya kembali mendapat rentak kemenangan. Ini selepas The Tigers sebelum ini […]
Muhammad Khalil Mula Langkah Awal Di Jepun

Pemain tengah muda Malaysia, Muhammad Abu Khalil mula mengambil langkah di bumi Jepun dengan menyertai sesi latihan pasukan barunya, FC Osaka. Pemain tengah berusia 18 tahun itu menyertai Osaka secara pinjaman selama enam bulan dari kelab gergasi Lembah Klang, Selangor FC. Muhammad dapat menyertai pasukan J3 League itu selepas menamatkan tugasan untuk skuad Malaysia Bawah […]
Alasan Palestin Pilih Malaysia

Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) telah memberikan penjelasan mengenai pemilihan Malaysia selaku gelanggang aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026. Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan bahawa Malaysia dipilih sebagai venue perlawanan selepas pihak Palestine mengadakan perbincangan dengan Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin. PFA sebelum ini mencari venue yang sesuai […]
Peluang Rakyat Malaysia Zahirkan Sokongan Kepada Palestin Di Cheras

Rakyat Malaysia berpeluang menzahirkan sokongan padu kepada pasukan bola sepak Palestin dalam aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan pemilihan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sebagai venue neutral Singa Kanaan untuk aksi kelayakan. Sebelum ini, PFA mencari gelanggang neutral untuk aksi pusingan ketiga kelayakan susulan konflik […]
Stadium Cheras Dipilih Gelanggang Aksi Palestine-Jordan

Stadium Cheras dipilih untuk menjadi gelanggang bagi aksi di antara Palestine menentang Jordan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan, Malaysia dipilih sebagai venue perlawanan selepas pihak Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) mengadakan perbincangan dengan Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin baru-baru ini. PFA sebelum ini mencari venue […]
Ranking Terengganu Di Asia Melonjak Tinggi

Ranking finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC melonjak tinggi di Asia. Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner berjaya melayakkan diri ke pentas separuh akhir Piala FA 2024 namun terpaksa akur kepada Selangor FC. Kemajuan skuad Peteh di Asia terus terserlah apabila terus mencatatkan perkembangan positif berdasarkan. kemas kini ranking di Asia. Kemas kini laman Opta Analyst menunjukkan […]
Reziq Bani Hani & Selangor Jadi Bualan Asia

Penyerang muda Jordan, Reziq Bani Hani dan Selangor jadi bualan hebat di Asia. Skuad kendalian Nidzam Jamil bakal menjadi wakil tunggal Malaysia di pentas Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Perpindahan beberapa pemain ternama di Asia menyertai Gergasi Merah kini mula menjadi buah mulut di Asia. Pada musim lalu, Selangor FC telah mendapatkan khidmat perancang tengah, […]
Shin Tae-yong Bawa Kepakaran Jurulatih Penyerang Ke Indonesia

Skuad kebangsaan Indonesia bakal menerima kepakaran seorang jurulatih penyerang dari Korea Selatan yang bernama Yeom Ki-hoon. Menurut laporan Sport Chosun, Yeom Ki-hoon bakal menjadi pembantu jurulatih Shin Tae-yong bagi mengemudi skuad kebangsaan. Yeom Ki-hoon memulakan kariernya sebagai jurulatih bersama bekas kelabnya kelab K-League 2, Suwon Samsung Bluewings pada tahun 2023 dan baru-baru ini beliau difahamkan […]
Kad Merah Aneh Jejas Aksi Vissel Kobe

Kekalahan ketujuh Vissel Kobe di tangan Kawasaki Frontale dalam aksi terbaru J1 League pada 7 Ogos lalu diwarnai dengan insiden kad merah aneh. Kedua-dua pasukan masing-masing turun dengan misi mempertahankan rekod tanpa kalah yang direkodkan sejak bulan Jun lepas. Hajat juara J1 League musim 2023 itu untuk meraih kemenangan mula tergugat apabila Nanasei Iino dibuang […]
Pemain Utama Thailand Direman

Bekas pemain kebangsaan Thailand, Jesadaporn Nimnon ditahan reman susulan disyaki mengedar dan dibawah pengaruh dadah. Perkara ini dikongsikan oleh Mainstand, yang menyatakan bekas pemain Bangkok United itu ditahan oleh pihak Polis Thailand pada 5 Ogos lepas ketika penyeludupan dadah dibuat. Pemain berusia 22 tahun itu merupakan salah seorang pemain yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan bawah […]
Kim Pan-gon Tekad Kekalkan Penguasaan Trofi Ulsan HD

Bekas jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu mengekalkan penguasaan trofi kelab barunya, Ulsan HD. Hasrat itu dinyatakan jurulatih berusia 55 tahun itu dalam satu sidang media khas yang diadakan pada 5 Ogos lalu. Tempoh empat tahun di bawah kendalian Hong Myung-bo menyaksikan The Tigers bukan saja bergelar juara K-League 1 pada 2022 dan 2023. Malah, […]
Prestasi Tajikistan & Lubnan Merisaukan Menjelang Pestabola Merdeka

Prestasi merisaukan dialami oleh juara bertahan, Tajikistan dan juga Lubnan menjelang Pestabola Merdeka 2024. 4 pasukan bakal menghangatkan saingan Pestabola Merdeka 2024 dengan tuan rumah iaitu Malaysia, Tajikistan, Filipina dan juga Lubnan. Tajikistan bagaimanapun turun tanpa tonik utama selepas bekas pengendali, Petar Segrt telah mengumumkan peletakan jawatannya Februari lalu. Kemas kini ranking FIFA menyaksikan Tajikistan […]