Bintang Lubnan Percaya Pengadil Beri Malaysia Hadiah

Pemain berpengalaman Lubnan, Mohamad Haidar percaya pengadil perlawanan, Thoriq Munir Alkatiri telah memberi hadiah buat Malaysia dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024 yang menemukan kedua-dua pasukan pada Ahad. Bintang tengah berusia 34 tahun itu menganggap pengadil seharusnya memberhentikan perlawanan pada minit ke-78 selepas seorang pemain Malaysia mengalami kecederaan. “Pada separuh masa kedua, pengadil perlawanan seolah-olah […]
“Harimau Malaya Sangat Berkualiti” – Miodrag Radulovic

Jurulatih Lubnan, Miodrag Radulovic memuji perubahan kualiti yang dimiliki skuad Harimau Malaya setelah tumpas dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka pada Ahad. Dalam aksi tersebut, jaringan tunggal daripada penyerang, Romel Morales pada minit ke-33 memastikan kejuaraan Pestabola Merdeka edisi 2024 menjadi milik Malaysia buat kali ke-13. Menurut Radulovic, kedatangan Lubnan ke kejohanan ini dengan misi untuk […]
Jurulatih Lubnan ‘Naik Hantu’, Pemain Dibuang Padang

Jurulatih Lubnan, Miodrag Radulovic dikesan telah ‘naik hantu’ selepas melihat pasukannya terpaksa beraksi 10 pemain susulan seorang pemainnya dibuang padang. Insiden yang berlaku pada minit ke-80 itu memaksa pengadil keempat menenangkan beliau daripada terus melontarkan amarah kepada barisan kejurulatihan Malaysia. Lubnan yang ketinggalan 0-1 terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemainnya, Khalil Khamis diperintahkan keluar […]
Tajikistan Raih Tempat Ke-3 Pestabola Merdeka, Atasi Filipina

Tajikistan dipaksa bekerja keras oleh Filipina sebelum meraih kedudukan ketiga Pestabola Merdeka 2024. Selepas tewas kepada Malaysia dan Lubnan pada 4 September lalu, perlawanan ini dilihat peluang terbaik buat kedua-dua pasukan menamatkan kempen Pestabola Merdeka dengan nota positif. Pengendali The Azkals, Norman Fegidero membuat beberapa pertukaran termasuk menurunkan bekas penjaga gol KL City FC, Kevin […]
ACL2: Selangor Sasar Juara Kumpulan

Selangor meletakkan sasaran bergelar juara peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Perkara ini dinyatakan sendiri oleh peledak import pasukan itu, Ronnie Fernandez bila ditanya tentang sasaran pasukan dalam saingan berprestij itu. Ini kali pertama Merah Kuning beraksi di peringkat Asia. Kali terakhir pasukan itu melakukannya pada 2016 menerusi saingan Piala AFC. Selangor berada dalam […]
Filipina Mahu Belajar Sesuatu Dengan Tajikistan

Pemain tengah Filipina, Sandro Reyes mengakui perlawanan menentang Tajikistan dalam saingan Pestabola Merdeka petang ini bakal memberi impak positif kepada pasukan. Beliau percaya berdepan Tajikistan yang juga antara jaguh di Piala Asia baru-baru ini dapat mengukur tahap sebenar pasukan. “Ianya satu perlawanan yang bagus buat kami kerana Tajikistan satu pasukan yang bagus. “Mereka berjaya ke […]
3 Pemain Naturalisasi Malaysia Cetus Kerisauan Kem Lubnan

Penyerang sensasi Lubnan, Gabriel Bitar menagih fokus daripada rakan sepasukan dalam misi merangkul gelaran juara pada aksi final Pestabola Merdeka 2024. Malaysia telah dijadual berdepan Lubnan pada jam 9 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada esok. Pemain berusia 26 tahun itu menganggap Malaysia adalah pasukan yang kuat dan merupakan lawan yang sukar. Beliau akui […]
“Lubnan Beri Segalanya Hadapi Malaysia” – Rabih Ataya

Pemain tengah berpengalaman Lubnan, Rabih Ataya percaya pasukan itu akan menampilkan aksi terbaik bila berdepan Malaysia. Ataya bukan asing dengan arena bola sepak Malaysia kerana pernah mewakili UiTM FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M). Malah beliau juga bertanggungjawab mengecewakan skuad negara apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium […]
Gela Shekiladze: Tajikistan Akan Tampil Berbeza Melawan Filipina

Ketua jurulatih Tajikistan, Gela Shekiladze mahu menampilkan kelainan untuk aksi berdepan Filipina bagi penentuan tempat ketiga Pestabola Merdeka. Gela Shekiladze bersedia menurunkan beberapa muka baharu bagi memberi pendedahan awal dalam aksi antarabangsa setelah ketiadaan pemain-pemain utama. “Kami sedang melakukan persiapan tetapi malangnya pemain utama pertahanan tengah kami cedera semalam dan terpaksa menjalani pembedahan. “Saya harap […]
Pestabola Merdeka: Jurulatih Lubnan Anggap Malaysia Lawan Berbeza

Pengendali Lubnan, Miodrag Radulovic menyifatkan skuad Malaysia kali ini berbeza berbanding lawan yang dihadapi pada 2017 dan 2018. Malaysia gagal mengecapi sebarang kemenangan bila berdepan The Cedars dalam dua aksi kelayakan Piala Asia 2019. Skuad negara tewas dua kali dengan keputusan sama iaitu 2-1. Menariknya, orang yang bertanggungjawab merencana kemenangan pasukan itu ke atas Harimau […]
Jordan ‘Terbang’ Ke Malaysia

Pasukan kebangsaan Jordan bakal terbang ke Malaysia bagi aksi kedua pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026. Naib juara Piala Asia 2023 itu menerima tamparan hebat sebelum ini apabila diikat pasukan ke-136 dunia, Kuwait dengan keputusan 1-1. Aksi kedua menyaksikan pasukan kendalian Jamal Sellami bakal terbang ke Malaysia bagi menentang Palestin. Umum mengetahui bahawa skuad kebangsaan […]
Brunei Bawa Bekalan Selesa, Atasi Macau

Perlawanan playoff pertama Kelayakan Piala Asia 2027 menyaksikan Brunei mencatat kemenangan bergaya di laman sendiri ke atas Macau. Brunei di ranking ke-190 dunia dipaksa beraksi di pusingan playoff setelah dibelasah Indonesia dengan agregat 0-12 sementara Macau pula tumbang 1-5 di tangan Myanmar. Kesebelasan utama Macau dianggotai oleh Nuno Pereira dan Ng Wa Keng di jentera […]
Skuad Muda JDT Uji Kekuatan Kelab Jepun, Tokyo Verdy

Kelab Jepun, Tokyo Verdy bakal menjadi lawan buat skuad muda Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam satu kejohanan di Singapura. JDT bawah 15 telah dijemput bagi menyertai Lion City Cup 2024 pada awal Oktober hadapan bersama-sama tiga lagi pasukan iaitu Tokyo Verdy, BG Pathum dan juga Singapura B-15. Untuk rekod, ini merupakan penampilan pertama pasukan muda […]
Tiket Aksi Palestin-Jordan di Cheras Dijual Bermula RM8

Tiket bagi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Palestin dan Jordan di Stadium Cheras telah dibuka buat orang ramai. Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras telah dipilih sebagai venue tuan rumah bagi Palestine. Palestine juga telah hadir ke Malaysia untuk melakukan latihan minggu lalu bagi persiapan […]
Ini Jumlah Gaji Park Hang-seo Ketika Jadi Jurulatih Vietnam

Jumlah gaji bekas Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mencuri tumpuan peminat. Baru-baru ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan bahawa pengendali berusia 66 tahun itu merupakan salah seorang calon jurulatih Harimau Malaya. “Park Hang-seo salah satu daripada calon jurulatih,” jelas Hamidin. “Saya telah buat kerja saya dan mendapatkan pandangan daripada […]
Ranking FIFA: Qatar Jatuh 9 Anak Tangga

Juara Piala Asia 2023, Qatar terpaksa menelan kepahitan apabila ranking mereka merosot ke tangga ke-43 dunia. Perkara ini berlaku selepas pasukan yang diberi jolokan Al-Annabi itu tewas 3-1 kepada musuh tradisi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026. Kedua-dua pasukan berharap dapat meraih mata pertama dalam Kumpulan A. Pemain tengah muda, Ibrahim […]