ACL2: Gempa Bumi Di Bandung, Bojan Hodak Kekal Tenang

Satu insiden gempa bumi mengejutkan berlaku ketika sidang media AFC Champions League 2 (ACL2) dan reaksi tenang jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak mencuri tumpuan. Insiden tersebut berlaku di sidang media pra perlawanan antara Persib Bandung dan Port FC yang ketika itu sedang dihadiri oleh ketua jurulatih, Bojan Hodak dan pemain, Nick Kuipers. Ketika itu, Bojan […]

5 Tonggak JDT Muncul Dalam Sesi Latihan Di China

5 tonggak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat kemunculan dalam sesi latihan di China. Skuad kendalian Hector Bidoglio membawa momentum terbaik apabila mengatasi Penang FC dengan keputusan 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim tempoh hari. Tonggak baharu seperti Jorge Obregon, Iker Undabarrena, Eddy Israfilov dan juga Enzo Lombardo turut diberi peluang beraksi. Skuad Harimau Selatan menerima […]

4 Pemain Tumpuan Aksi Shanghai Port vs JDT

Pertembungan menarik antara Shanghai Port vs JDT bakal menyaksikan kehadiran empat pemain tumpuan kedua-dua pasukan. JDT hadir ke Shanghai bagi aksi pembukaan AFC Champions League Elite (ACLE) dengan nafas segar setelah menjulang Piala FA selain penambahan beberapa bintang baharu. Manakala Shanghai Port yang kini sedang selesa memimpin carta Chinese Super League memiliki rekod kebal apabila […]

Al-Nassr Pecat Luis Castro

Susulan permulaan musim 2024/25 yang kurang memberangsangkan, pengurusan Al-Nassr bertindak memecat jurulatih, Luis Castro. Pemecatan Castro diumumkan pengurusan Al-Alami menerusi satu kenyataan ringkas di platform media sosial rasmi mereka. “Al-Nassr mengumumkan ketua jurulatih, Luis Castro sudah meninggalkan kelab. Semua orang di Al-Nassr ingin mengucapkan terima kasih kepada Luis dan staf beliau atas kerja keras mereka […]

ACLE: Shanghai Shenhua Aibkan Wakil Korea, Pohang Steelers

Aksi Asian Champions League Elite (ACLE) hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan dari China Shanghai Shenhua menentang wakil dari Korea Selatan, Pohang Steelers. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shanghai, China itu berkesudahan dengan keputusan 4-1 memihak pasukan tuan rumah. Aksi di babak pertama tamat dengan tiada sebarang jaringan berjaya dihasilkan kedua pasukan. Biarpun banyak percubaan […]

ACLE: Buriram United Ambil Satu Mata Dari Gergasi Jepun, Vissel Kobe

Aksi saingan Liga Juara-Juara Elite (ACLE) malam ini menyaksikan Buriram United bertemu Vissel Kobe berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan. Jurulatih Buriram United, Osmar Loss menurunkan barisan terbaiknya yang diketuai oleh Theerathon Bunmathan, Dion Cools, Supachai Chaided dan Sasalak Haipkron.  Sementara jurara J-League musim lepas, Vissel Kobe kesemuannya dibarisi pemain tempatan Jepun seperti Gotoku Sakai […]

Zhang Linpeng Tak Sabar Pamer Taring Berdepan JDT

Pemain pertahanan Shanghai Port, Zhang Linpeng akui tidak sabar untuk membantu pasukan mencatat kemenangan dalam aksi pertama ACLE ketika berdepan wakil dari Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada esok. Ketika sesi sidang media pra-perlawanan, pemain berusia 35 tahun ini akui teruja dapat beraksi di pentas tertinggi Asia. Beliau yakin rakan sepasukan yang lain juga ingin […]

ACLE: Shandong Taishan Mula Langkah Kanan Benam Central Coast Mariners

Shandong Taishan berjaya menewaskan Central Coast Mariners untuk meraih tiga mata pertama aksi Liga Juara-Juara Elit (ACLE). Choi Kang Hee menggunakan formasi 4-3-3 dalam menggempur cabaran Central Coast Mariners di Stadium Sukan Olimpik Jinan. Shandong Taishan bermula cemerlang apabila Bi Jinhao menjaringkan gol seawal minit ke-8 untuk meletakkan Shandong dihadapan. Central Coast Mariners cuba untuk […]

ACLE: Gwangju Malukan Yokohama F. Marinos 7-3

Aksi pertama AFC Champions League Elite (ACLE) pada Selasa menyaksikan Gwangju melakar kejutan dengan membelasah naib juara edisi lalu, Yokohama F. Marinos. Pertembungan ini dilihat menarik setelah Yokohama, naib juara J League akan bertandang ke laman Gwangju yang bakal melakukan penampilan pertama di kejohanan Asia. Barisan pemain Gwangju diketuai oleh tonggak pertahanan, Lee Min-ki manakala […]

Kevin Muscat Waspada Ancaman JDT

Pengendali Shanghai Port, Kevin Muscat enggan memandang rendah cabaran Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) menjelang aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Aksi antara The Red Eagles dengan Harimau Selatan merupakan yang pertama buat kedua-dua pasukan di pentas Asia termasuk Liga Juara-Juara AFC (ACL). Bagi JDT, ini kali kedua mereka bertemu pasukan dari China di […]

Perbandingan Nilai Pasaran Arif Aiman & Bintang Shanghai Port, Wu Lei

Aksi AFC Champions League Elite (ACLE) menyaksikan pertembungan antara tonggak JDT, Arif Aiman dan bintang Shanghai Port, Wu Lei. Perlawanan pembukaan ACLE 2024 ini menyaksikan juara bertahan Liga Super Malaysia itu berkunjung ke Fudong untuk menentang anak buah Kevin Muscat. Skuad Harimau Selatan membawa tonik terbaik apabila menundukkan Penang FC dengan keputusan 5-0 di Stadium […]

Jordi Amat Janjikan Aksi Sengit Bertemu Gergasi China

Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat menjanjikan aksi terbaik menjelang perlawanan pertama AFC Champions League Elite (ACLE) menentang Shanghai Port dari China pada Rabu. Turun selaku Juara Liga Super 2023, JDT berdepan ujian dari wakil China, Shanghai Port yang memiliki rekod kebal dalam saingan domestik apabila hanya tewas sekali dalam lima aksi. Skuad Harimau […]

JDT Fokus Persiapan Rapi Berdepan Shanghai Port

Johor Darul Ta’zim (JDT) memberikan fokus terhadap persiapan pasukan menjelang aksi pembukaan menentang Shanghai Port di ACLE. Perkara ini dinyatakan oleh ketua jurulatih, Hector Bidoglio yang mahu anak buahnya memberikan fokus untuk turun dengan aksi terbaik. Kemunculan JDT di pentas tertinggi di Asia dianggap amat bermakna buat para pemain dan barisan kejurulatihan yang yakin bahawa […]

AFC Champions League 2: Senarai Perlawanan, Waktu, Lokasi & Siaran TV

AFC Champions League 2 (ACL2) membuka tirainya menerusi saingan peringkat kumpulan yang bermula pada 18 September. Tidak seperti AFC Champions League Elite (ACLE) yang menggunakan format liga, ACL2 terus mengekalkan format peringkat kumpulan. Format ini dikekalkan daripada format kejohanan AFC sebelumnya iaitu Piala AFC. Walau bagaimanapun, satu perbezaan antara Piala AFC dan ACL2 ialah tiada […]

ACL2: Peminat Ramal Peluang Selangor Atasi Muangthong United 18%

AFC Champions League 2: Peminat meramalkan bahawa peluang wakil Malaysia, Selangor FC untuk mengatasi Muangthong United sekitar 18 peratus. Gergasi Merah kembali ke kancah bola sepak Asia selepas 8 tahun tidak beraksi dengan misi untuk mara sejauh mungkin. Skuad kendalian Nidzam Jamil juga berada dalam momentum terbaik apabila berada pada kedudukan kedua Liga Super sebelum […]

ACLE: Al-Shorta Kekang Cabaran Al-Nassr

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Nassr membuka tirai kempen Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dengan satu mata apabila sekadar seri 1-1 dengan Al-Shorta SC di Baghdad, Iraq. Meskipun turun tanpa Cristiano Ronaldo yang perlu berehat kerana jangkitan virus dan berstatus pasukan pelawat, Al-Alami masih dianggap pasukan pilihan. Ini kerana pasukan itu dibarisi ramai pemain bintang termasuk […]