Aset Zamsaham Diserang Di Indonesia

Susulan pembatalan perlawanan persahabatan diantara Kelantan FC dan PSPS Riau semalam, pemilik kedua-dua kelab ini, Norizam Tukiman atau lebih dikenali Zamsaham berdepan ugutan daripada beberapa penyokong fanatik di Indonesia. Difahamkan keadaan ini berlarutan selepas Zamsaham enggan membayar tuntutan daripada Polis Riau yang mahukan bayaran sebanyak 40 juta rupiah (RM11829.23) kira-kira sejam sebelum sepak mula sekali […]
Bangkok Century Cup: Manchester United Belasah Liverpool, Bukti Kebangkitan Sejati

Manchester United membuktikan bahawa mereka merupakan kelab gergasi Eropah apabila membelasah Liverpool 4-0 dalam aksi Bangkok Century Cup hari ini. Pengendali baharu United, Erik Ten Hag dilihat tidak membawa banyak pertukaran sebaliknya Liverpool cenderung untuk membariskan pemain muda dalam kesebelasan utama pasukan. Hal ini jelas memberi kesan kepada kedua-dua pasukan sungguhpun saling melancarkan serangan seawal […]
Jurulatih B-19 Vietnam Risau Mengenai Kehadiran Penyokong Indonesia

Pengendali Vietnam Bawah 19 tahun, Dinh The Nam mengakui para pemainnya pasti berdepan kesukaran jika penyokong Indonesia hadir dalam perlawanan separuh akhir Piala AFF Bawah 19 di Indonesia diantara Malaysia dan Vietnam 13 Julai ini. “Pemain kami baru berusia 17-19 tahun, jadi sukar untuk mengelak masalah psikologi apabila melihat kehadiran peminat Indonesia. Saya hanya menasihati […]
AFF U19: Laos Tewaskan Malaysia Untuk Jadi Juara Kumpulan

Aksi Malaysia Bawah 19 diteruskan dengan perlawanan menentang Laos sebagai aksi akhir kumpulan. Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi itu, skuad Laos berjaya menewaskan pasukan Malaysia dengan keputusan 1-0. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemain Laos, Sangvillay. Di awal perlawanan, kedua-dua pasukan dilihat bergelut untuk mengawal bahagian tengah dengan bola kerap hilang […]
Shin Tae-yong Sedih, Vietnam & Thailand Takut Dengan Indonesia

Kegagalan pasukan Bawah 19 (B-19) Indonesia untuk layak ke pusingan kalah mati Piala AFF B-19 dicemari dengan aksi tidak profesional dan kurang semangat kesukanan yang ditampilkan Thailand dan Vietnam semalam. Perlawanan diantara Vietnam dan Thailand itu berakhir dengan keputusan seri 1-1 sekaligus meranapkan hasrat skuad Indonesia yang juga merupakan tuan rumah untuk mara ke separuh […]
Kim Pan-gon Rangka Pelan Strategik Buat Harimau Malaya Ke Piala AFF

Jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon kini sedang melakukan persediaan yang cukup teliti bagi memastikan skuad negara berada dalam keadaan terbaik menjelang Piala AFF hujung tahun nanti. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar, beliau menjelaskan berkenaan perancangan skuad kebangsaan ketika ini. Mengulas lanjut, Saifuddin memaklumkan bahawa […]
Lévy Madinda Sertai JDT

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sah telah mendapatkan khidmat pemain kelahiran Gabon, Levy Madinda bagi memantapkan pasukan untuk meneruskan baki saingan musim ini. Hal ini diumumkan menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Johor Southern Tigers mengenai berita ini. Levy yang juga merupakan bekas pemain Sabah FC difahamkan akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Maranon […]
Top 5 Pemain Paling Bernilai Di ASEAN

Para pemain di ASEAN kini sudah mula mencipta nama dan menjadi rebutan setiap pasukan dalam usaha untuk memantapkan lagi posisi-posisi tertentu. Malah, terdapat juga pemain yang diberi peluang untuk menembusi skuad utama kelab-kelab di Eropah sekaligus berjaya mengangkat martabat bola sepak di rantau ini. Oleh yang demikian, berikut merupakan lima orang pemain yang paling bernilai […]
Komen Jujur Shin Tae-yong Terhadap Perpindahan Jordi Amat Ke JDT

Ketua jurulatih timnas Indonesia, Shin Tae-yong memberikan pandangan peribadinya mengenai perpindahan pemain naturalisasi mereka, Jordi Amat ke Johor Darul Ta’zim (JDT). Bekas bintang Swansea City ini memilih untuk mneyertai pasukan Harimau Selatan saat proses untuk mendapatkan passport Indonesia masih lagi berlangsung. Pengendali kelahiran Korea Selatan ini merasakan tindakan pemain berusia 30 tahun ini tidaklah mnejadi […]
Penterjemah ‘Naik Syeikh’ Bocorkan Maklumat Debut Pratama Arhan Melalui IG Story Dijangka Akan Dipecat.

Ramai peminat bola sepak di ASEAN mengetahui perpindahan pemain muda berpotensi tinggi Indonesia, Pratama Arhan ke Tokyo Verdy dan perkara itu sememangnya menjadi buah mulut orang ramai khususnya penyokong bola sepak Indonesia. Pemain yang berjaya mempamerkan aksi memukau ketika kejohanan AFF Suzuki Cup tahun lalu itu sehingga kini masih lagi belum berjaya untuk menembusi satu […]
Villareal Bakal Buka Akademi Bola Sepak Di Malaysia

Pasukan gergasi La Liga, Villareal CF mengumumkan bahawa mereka akan membuka akademi bola sepak yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia. Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kelab, projek yang dinamakan sebagai Akademi Villareal Malaysia ini merupakan salah satu daripada perancangan projek pengembangan akademi kelab di peringkat antarabangsa. Malah, akademi ini memberi peluang kepada individu […]
JDT Konsisten Jaringkan Gol Jarak Jauh

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mempamerkan sengat apabila seringkali menjaringkan gol jarak jauh sejak kebelakangan ini. Anak didik Benjamin Mora dilihat mempamerkan perubahan ketara daripada aspek mereka untuk membolosi gawang lawan menerusi sepakan deras yang direncanakan dari luar kotak penalti. Perkara ini semakin membuahkan hasil bermula daripada pertemuan menentang Selangor sebelum ini apabila tiga […]
Shin Tae-yong Arahkan Jordi Amat Dinaturalisasikan

Jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong mahu PSSI meneruskan proses menaturalisasikan pemain baharu mereka, Jordi Amat secepat mungkin sungguhpun bintang itu memilih untuk bermain buat Johor Darul Ta’zim (JDT). Hal ini sedikit menimbulkan kemarahan para penyokong Timnas Indonesia kerana Jordi Amat telah memetrai perjanjian dengan pasukan Harimau Selatan ketika proses naturalisasinya masih belum selesai sepenuhnya. […]
Harimau Malaya Tak Akan Malu-Malu Beraksi Di Padang Selepas Ini

Baru-baru ini, Harimau Malaya tellah pun digelar sebagai The Biggest Climbers susulan kenaikan mendadak dalam kedudukan terbaharu ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas berakhirnya Kelayakan Piala Asia. Pasukan kendalian Kim Pan-gon sebelum ini berada pada kedudukan ke-154 dunia. Walu bagaimanapun, selepas mencatat dua kemenangan ke atas Bangladesh dan juga Turkmenistan telah memberi impak yang […]
Liridon Krasniqi Sah Kembali Ke Pangkuan JDT

Perancang tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Liridon Krasniqi sah pulang ke pangkuan kelab selepas menamatkan tempoh pinjamannya baru-baru ini. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh kelabnya iaitu Odisha FC, pemain tengah berusia 30 tahun itu bakal kembali memperkuat pasukan Harimau Selatan menjelang musim baharu. Beliau dilaporkan memberi impak yang cukup besar kepada pasukan […]
Shin Tae-yong Persiap Skuad Indonesia Ke Piala Dunia

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong sudah merangka persiapan rapi bagi memastikan pasukan Indonesia layak ke Piala Dunia. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu ketika ini sedang membimbing pasukan bawah 19 tahun Indonesia bagi menghadapi kejohanan Piala AFF bawah 19 tahun. Mengulas lanjut, beliau yakin ini merupakan medan terbaik buatnya untuk merangka persiapan rapi dalam usaha […]