Kelayakan Piala Asia B-17: Afghanistan Belasah Filipina Tanpa Belas Kasihan

Hajat Filipina meneruskan rentak kemenangan dalam pusingan kelayakan Piala Asia B-17 2025 tidak kesampaian apabila dibelasah Afghanistan 8-0. Skuad muda Filipina memburu kemenangan kedua dalam Kumpulan B selepas membelasah Macau 7-0. Sementara Afghanistan pula mahu membuka kempen kumpulan dengan kemenangan. Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha mendapatkan kelebihan gol awal. Afghanistan membuat permulaan pantas […]

3 Pemain Korea Selatan Antara Watak Penting Jeonbuk Hyundai Hadapi Selangor

Tiga pemain skuad kebangsaan Korea Selatan bakal memperkuat cabaran Jeonbuk Hyundai Motors menentang Selangor FC. Selepas meraih satu kemenangan dan satu keputusan seri dalam Kumpulan H, Merah Kuning kini berdepan cabaran paling sukar dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim 2024/25. Ini kerana mereka bakal berdepan pendahulu kumpulan yang juga kelab gergasi Korea Selatan, […]

Qatar Intai Khidmat Xavi

Juara Piala Asia 2023, Qatar dilaporkan mahu mendapatkan legenda Barcelona, Xavi Hernandez. Kedudukan jurulatih Al-Annabi, Tintin Marquez Lopez dilaporkan dalam bahaya susulan prestasi buruk pasukan itu dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Selepas empat perlawanan Kumpulan A, Qatar kini di tangga keempat dengan empat mata. Pasukan itu hanya merekodkan satu kemenangan, satu keputusan seri […]

Seongnam Jadi ‘Rumah Singgah’ JDT Di Korea

Kelab K2 League, Seongnam FC menjadi rumah singgah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Korea. Skuad kendalian Hector Bidoglio beraksi cemerlang dalam dua aksi pembukaan AFC Champions League Elite (ACLE) termasuklah ketika menewaskan Shanghai Shenhua dengan keputusan 3-0. Perjalanan JDT diteruskan apabila bakal berdepan gergasi Korea, Gwangju FC yang kini mendahului carta saingan ACLE musim […]

Auckland Berbisa Kalahkan Brisbane Roar

Pendatang baru A-League, Auckland FC mencipta kejutan dengan menewaskan Brisbane Roar dalam aksi pembukaan liga musim 2024/25. Selepas berjaya mengikat Malaysia 1-1 dalam aksi persahabatan tertutup pada 11 Oktober lalu, anak buah Steve Corica dilihat sudah bersedia menghadapi kempen A-League. Kempen wakil kedua New Zealand dalam liga utama Australia itu diperkuatkan dengan kehadiran bekas pemain […]

Jeonbuk Hyundai Sengsara Sebelum Jumpa Selangor

Hasrat Jeonbuk Hyundai Motors meraih kemenangan sebelum aksi Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) menentang Selangor FC tidak kesampaian. Ini selepas pasukan itu tewas 2-0 kepada Daejeon Hana Citizen dalam aksi pertama pusingan playoff penyingkiran K-League 1 musim 2024. Jeonbuk yang dibimbing bekas pemain import Negeri Sembilan FC, Kim Do-heon berharap dapat meraih kemenangan sebagai suntikan […]

Gwangju Hilang Rentak Berdepan JDT

Kelab K1 League, Gwangju bergelut untuk mencari rentak sebelum berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad kendalian Lee Jung-hyo turun dengan kesebelasan utama menentang Daegu dalam misi untuk memperbaiki kedudukan liga. Jaringan Byeon Ju-soo tidak cukup untuk memberikan kemenangan buat tuan rumah yang terpaksa berpuas hati dengan satu mata sahaja. Gwangju dilihat tidak berupaya mengekalkan rentak […]

Kim Pan-gon Mahu Pertahankan Kejuaraan Ulsan

Pengendali Ulsan HD, Kim Pan-gon berazam membawa kejuaraan K-League 1 buat kali ketiga berturut-turut buat pasukan berkenaan. Hasrat itu dilaungkan bekas pengendali Harimau Malaya itu pada Hari Media Pusingan Playoff Kejuaraan K-League 1 musim 2024 pada 16 Oktober lalu. Ulsan sudah merasai nikmat kejuaraan K-League 1 dua musim berturut-turut pada 2022 dan 2023 di bawah […]

Ranking FIFA: Korea & Thailand Kumpul Mata Tambahan Tertinggi

Korea Selatan dan Thailand menjadi antara negara paling cemerlang memungut tambahan mata FIFA Oktober ini. Skuad kendalian Masatada Ishii muncul juara King’s Cup 2024 selepas menundukkan Syria dengan keputusan 2-1. Thailand sebelum itu telah menewaskan lawan dari Asia Tenggara iaitu Filipina dengan keputusan 3-1 sekaligus mengumpul tambahan +8.70 mata secara keseluruhan. Kemajuan skuad Gajah Perang […]

JDT Tempuhi Ujian Ketiga ACLE Di Korea

Jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) berlepas ke Korea bagi aksi ketiga AFC Champions League Elite (ACLE). Skuad kendalian Hector Bidoglio membawa momentum cemerlang apabila tidak tewas dalam mana-mana perlawanan musim 2024/25. Prestasi cemerlang juga membantu pasukan Harimau Selatan yang juga masih segar dengan kejayaan menjulang trofi Piala FA 2024. Kempen JDT dalam saingan Asia […]

AFC Pertimbang Tukar Venue Aksi Indonesia vs Bahrain

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah menerima surat permohonan Bahrain berkenaan isu penukaran venue aksi pasukan itu dengan Indonesia pada Mac 2025. Persatuan Bola Sepak Bahrain (BFA) mengemukakan permohonan tersebut selepas bimbang dengan keselamatan pasukan itu. Ini selepas penyokong Indonesia bertindak meninggalkan cacian dan komen berbaur ancaman di platform media sosial membabitkan pasukan yang diberi […]

Park Hang-seo Berteka-Teki Tentang Destinasi Baharu

Masa depan bekas pengendali Vietnam, Park Hang-seo masih belum terungkai ketika ini. Jurulatih berpengalaman itu masih tidak melatih mana-mana pasukan selepas meninggalkan skuad Bintang Emas pada Januari 2023. Hang-seo kini bergelar penasihat kepada kelab Bac Ninh di Vietnam namun difahamkan masih mencari destinasi terakhirnya dalam era kejurulatihan. Beliau sebelum ini dikaitkan ke India dan Kemboja […]

Bisa Ali Olwan Memuncak Bersama Jordan

Nama penyerang Selangor FC, Ali Olwan menjadi sebutan penyokong Jordan baru-baru ini. Ini selepas Ali meledakkan dua gol dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman di Stadium Antarabangsa Amman baru-baru ini. Dua gol ini membolehkan Jordan merekodkan kemenangan 4-0 ke atas Oman. Selain Ali, penyerang Al-Arabi, Yazan Al-Naimat turut meledakkan dua gol dalam perlawanan […]

Penyokong Indonesia Mahu Indonesia Keluar AFC, Sertai Oceania

Penyokong Indonesia mahu negara itu keluar daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) seandainya badan induk itu menerima permohonan Bahrain. Pada 16 Oktober lalu, Persatuan Bola Sepak Bahrain (BFA) bakal membuat permohonan kepada AFC dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk memindahkan aksi mereka menentang Indonesia pada Mac 2025 di gelanggang neutral. Permohonan itu dibuat Bahrain […]

ACL2: Selangor Ramal Jeonbuk Hyundai Beri Ancaman Berbeza

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil menjangkakan cabaran berbeza bakal dihadirkan kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors untuk aksi Kumpulan H seterusnya. Selepas dua perlawanan, Jeonbuk kini menerajui Kumpulan H dengan enam mata. Selain merekodkan dua kemenangan selesa, pasukan yang dibimbing Kim Do-heon itu turut merekodkan 10 gol. Meskipun Jeonbuk menurunkan skuad kedua dalam saingan Liga […]

Kuching City ‘Tekan’ Ranking Ulsan Di Asia

Pasukan Liga Super, Kuching City memberi tekanan hebat kepada kedudukan Ulsan di Asia. Skuad kendalian Aidil Sharin kini mula mendapat rentwk untuk bersaing merebut kelompok tertinggi saingan Liga Super 2024/25. Pasukan dari Sarawak itu kini menghuni tangga ke-6 liga selepas 11 perlawanan dengan 14 mata dan memberikan saingan hebat kepada beberapa pasukan seperti PDRM, Perak […]