Argentina Mudah Atasi Cabaran Australia

Argentina memulakan perlawanan persahabatan pertama Asia mereka dengan bergaya. Ini selepas Albiceleste mengatasi cabaran Australia 2-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang diadakan di Stadium Pekerja, Beijing, China hari ini. Cubaan Australia untuk memberi tentangan awal kepada Albiceleste tidak berhasil apabila Lionel Messi menyumbat gol pertama perlawanan pada minit kedua. Gol yang dijaringkan dalam tempoh 80 […]

Sebab Benzema Ke Liga Saudi

Penyerang sensasi dunia, Karim Benzema akhirnya tampil menjelaskan beberapa sebab mengapa beliau memilih untuk berhijrah ke Liga Saudi. Selepas menamatkan musim indah bersama Real Madrid, pemain berusia 35 tahun ini menyertai Al-Ittihad sebagai destinasi seterusnya dalam karier. Benzema secara sah telah diumumkan sebagai pemain Al-Ittihad dengan kontrak selama dua tahun dan bayaran tahunan yang dianggarkan […]

3 Bintang Dunia Bakal Hangatkan Saingan Liga Saudi

Selepas Karim Benzema sah menyertai kelab Saudi Pro League, Al-Ittihad, profil liga berkenaan dijangka akan naik mendadak. Dan selepas bekas penyerang Real Madrid itu, dua lagi nama bakal menyusul iaitu duo Chelsea, N’Golo Kante dan Pierre-Emerick Aubameyang. Perkara ini didedahkan oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano. Dalam kes Kante, beliau bakal menjadi rakan sepasukan baru […]

Bintang Muda Malaysia Diberi Peluang Buktikan Kemampuan Di Korea Selatan

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai pemain Malaysia berpeluang beraksi di luar negara. Terbaru, pemain remaja Dainnel Aqashah Rakmatulla bertuah kerana diberi peluang beraksi di sebuah akademi bola sepak di Korea Selatan. Perkara ini dikongsikan akaun Twitter Harimau Abroad hari ini. Ini berdasarkan maklumat yang dikongsikan seorang pengguna Twitter lain bernama Amirul Hafizh. 15-year-old Dainnel Aqashah […]

Karim Benzema Sertai Al-Ittihad di Liga Saudi

Selepas 14 tahun menabur bakti bersama Real Madrid, penyerang Perancis, Karim Benzema bakal meninggalkan kelab tersebut untuk menyertai Al-Ittihad. Khabar ini disahkan oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano. Dengan keputusan ini, bekas penyerang Lyon itu mengikut jejak langkah Marco Asencio, Eden Hazard dan Mariano Diaz yang meninggalkan Bernabeu secara percuma. Tidak seperti tiga pemain berkenaan […]

Bergson & Leandro Velasquez Mendahului Undian Gol Terbaik ACL 2022

Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022 menyaksikan banyak gol menarik dijaringkan pada musim lepas. Dan ketika ini, berdasarkan undian yang dijalankan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), duo Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Leandro Velasquez dan Bergson da Silva jauh mendahului pemain-pemain lain. Selain gol Velasquez dan Bergson, kategori gol terbaik ACL 2022 turut menyenaraikan nama […]

Bergson Kini Antara Yang Terbaik Di Liga Juara-Juara AFC

Biarpun Johor Darul Ta’zim (JDT) menamatkan saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) di pusingan 16 terakhir, namun penyerang JDT, Bergson da Silva tetap menjadi pilihan sebagai penyerang terbaik di kejohanan tersebut. Penyerang import dari Brazil itu dipilih sebagai salah seorang penyerang terbaik di ACL bersama-sama dua lagi penyerang iaitu penyerang Al-Hilal, Odion Ighalo dan penyerang Daegu […]

Bergson Da Silva Mendahului Undian Penyerang Terbaik ACL 2022

Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva kini mendahului kedudukan carta undian 10 pemain penyerang terbaik dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022. Pemain berusia 32 tahun itu telah membantu skuad Harimau Selatan menjadi juara Kumpulan I dan layak menempatkan pasukan ke pusingan 16 terbaik bagi kempen ACL musim lalu. Sepanjang kempen Liga Juara-Juara […]

Cara Cristiano Ronaldo Sujud Syukur Raikan Gol Buat Ramai Tersentuh

Gol Cristiano Ronaldo pada minit ke-59 sudah cukup untuk membantu Al-Nassr mengalahkan Al-Shabab dalam perlawanan Saudi Pro League semalam. Tetapi apa yang menarik perhatian ramai pengguna media sosial ialah tindakan legenda Portugal itu melakukan sujud syukur sebelum melakukan keraian Siuunya. Ronaldo tahu sekiranya Al-Alami tewas kepada Al-Shabab, maka itu sudah cukup untuk Al-Hilal bergelar juara […]

Kelab Malaysia Diletakkan Di Tahap 2 Saingan AFC

Bermula musim 2024-2025, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bakal memperkenalkan tiga tahap pertandingan AFC berbanding dua ketika ini iaitu Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan Piala AFC. Dan bermula pada musim berkenaan, Malaysia hanya mempunyai satu slot ACL dan satu slot Piala AFC. Perubahan ini sudah dijangka sejak AFC mengumumkan perubahan format pertandingan mereka pada tahun […]

Corbin-Ong Disenarai Pendek Pertahanan Kiri Terbaik ACL 2022

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengharungi kempen cemerlang dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim lepas termasuk mara ke pusingan 16 pasukan terbaik. Dan terkini, bek kiri Harimau Malaya dan JDT, La’Vere Corbin-Ong disenarai pendek sebagai bek kiri terbaik ACL musim 2022. Selain Corbin-Ong, tiga lagi pemain yang tersenarai ialah Kim Jin-su (Jeonbuk Hyundai Motors), Mohammed Al […]

Rekod Buruk Jurgen Klinsmann Jadi Kelebihan Buat Malaysia Berdepan Korea Selatan

Malaysia berpotensi besar untuk memanfaatkan kelemahan jurulatih baharu Korea Selatan, Jurgen Klinsmann ketika saingan Piala Asia bakal membuka tirai 10 bulan lagi. Pengendali kelahiran Jerman itu merupakan jurulatih baharu yang dibawa masuk oleh Persatuan Bolasepak Korea Selatan (KFA) selepas memecat pengendali terdahulu, Paulo Bento. Beberapa laporan memberitahu bahawa Jurgen Klinsmann bukanlah calon utama untuk mengisi […]

Jurulatih Chungbuk Cheongju Dedah Punca Kogileswaran Tak Beraksi Di Korea

Semua maklum sejak menyertai kelab K-League 2, Chungbuk Cheongju awal tahun ini, R. Kogileswaran jarang diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama. Dan hari ini, pengurus Chungbuk, Choi Yun-kyum mendedahkan sebab sebenar bekas pemain sayap PJ City itu jarang diturunkan. Beliau memberitahu disebabkan prestasi kurang memberangsangkan pasukan dalam saingan liga kebelakangan ini, sukar untuknya bereksperimen termasuk […]

Pasukan Ke-67 Dunia Berminat Uji Malaysia

Hasrat Malaysia untuk bertemu dengan pasukan dalam 100 terbaik dunua bakal termakbul apabila dikhabarkan satu perlawanan sedang diatur pada bulan September. Menerusi perkongsian daripada Asean Football, anak didik Kim Pan-gon berpeluang untuk bertemu dengan pasukan yang berada pada kedudukan yang lebih baik untuk mengasah taring Harimau Malaya. Malaysia yang diundi satu kumpulan bersama gergasi bola […]

Pemain-Pemain Malaysia Beri ‘Amaran’ Kepada Duo Jordan

Penyokong Malaysia sudah maklum Harimau Malaya berada dalam Kumpulan E bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain. Dan bagi pemain-pemain kebangsaan yang beraksi dengan Selangor, mereka memberi ‘amaran awal’ kepada dua rakan sepasukan mereka dari Jordan, Noor Al-Rawabdeh dan Yazan Al-Arab. Dalam satu video Instagram yang dimuatnaik penjaga gol Samuel Somerville, dua nota ditampal pada lokar […]