Karier Bintang Vietnam Ini Bakal Terkorban Di Korea

Pemain kebangsaan Vietnam, Nguyen Van Toan semakin hampir untuk meninggalkan pasukannya, Seoul E-Land FC yang kini beraksi di Liga K2 yang mana merupakan liga kasta kedua tertinggi di Korea Selatan. Berita itu telah dikongsikan oleh media Korea, Korea Football News dalam satu ciapan di laman Twitter mereka. Pemain berusia 27 tahun itu dikatakan gagal mencapai […]

Bojan Hodak Sekat Pendahulu Liga Indonesia

Pengendali baharu Persib Bandung, Bojan Hodak mula dengan langkah yang positif apabila berjaya menyekat kemaraan pendahulu Liga 1 Indonesia, Bali United.  Dalam perlawanan semalam, Persib Bandung dan Bali United terikat tanpa jaringan.  Bali United turun dengan rekod tanpa kalah tiga perlawanan berturut-turut sementara Persib Bandung baru sahaja memperoleh kemenangan pertama dalam perlawanan sebelum ini.  Menurut […]

Insiden Gaduh Besar Cemari Pertembungan Dua Kelab Gergasi Jepun

Pertembungan antara dua kelab gergasi Jepun, Urawa Reds menentang Nagoya Grampus berlangsung dengan cukup baik namun insiden pergaduhan telah mencemari perlawanan tersebut. Perlawanan pusingan keempat Emperor Cup menyaksikan Nagoya Grampus mencatatkan keputusan bersejarah untuk menundukkan Urawa Reds dengan keputusan 3-0. Gol yang dijaringkan oleh Mateus, Kasper Junker, dan Ryuji Izumi menyaksikan pasukan bimbingan K. Hasegawa […]

PSG Mandi Peluh Atasi Kelab Asia

Kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain akhirnya berjaya meraih kemenangan kedua pra-musim. Bagaimanapun, mereka perlu bekerja keras sebelum berjaya meraih kemenangan 3-0 ke atas Jeonbuk Hyundai Motors Selepas diikat 0-0 dengan Al-Nassr dan tewas masing-masing kepada Cerezo Osaka dan Inter Milan, PSG sedar mereka perlu meraih kemenangan segera bagi memulihkan kembali moral. Namun begitu, Jeonbuk membuktikan […]

Dibuang Tanpa Sebab, Dendam Bekas Bintang Urawa Reds Terhadap Kelabnya Terbalas

Bekas pemain Urawa Reds, Kasper Junker berjaya menebus kekecewaan terhadap bekas kelabnya sendiri apabila menjadi watak penting dalam aksi pusingan keempat Emperor Cup. Pemain berusia 29 tahun itu menerima nasib malang apabila dilepaskan oleh kelabnya ke kelab J1 League, Nagoya Grampus secara pinjaman selama satu musim. Perpindahan tersebut menjadi tanda tanya tatkala beliau memainkan peranan […]

Penyokong Jeonbuk Anggap JDT Untung Sambar Takahiro Kunimoto

Penyokong kelab Liga 1 Korea, Jeonbuk Hyundai menganggap satu keuntungan buat kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) jikalau gergasi Liga Super itu benar-benar berjaya menandatangani Takahiro Kunimoto. JDT dijangka bakal diperkuat perancang tengah berbakat dari Jepun, Takahiro Kunimoto atau lebih mesra disapa Kuni. Berita perpindahan Kuni ke JDT tular sejak semalam dan ketika ini hanya menunggu […]

Media Eropah Terkesima Lihat Bakat Semula Jadi Bekas Pemain JDT

Aksi bekas penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Pereyra Diaz telah mendapat perhatian media bebas terkemuka eropah, 433. Gelecekan sempurna yang dilakukan pemain Mumbai City itu telah mencuri tumpuan ramai ketika perlawanan di Liga Super India. Pemain yang berasal dari Argentina ini membuat satu nutmeg dan berjaya memperdayakan pertahanan pihak lawan. Klip pendek yang […]

China Bawa Penyerang Naturalisasi Brazil Berdepan Malaysia

Pertembungan aksi persahabatan Tier 1 antara China dan Malaysia bakal diserikan dengan pertarungan jentera serangan kedua-dua pasukan yang mungkin bakal menjadi pemisah. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Harimau Malaya rasmi akan berdepan Syria dan China pada September ini. Kedua-dua pasukan ini berada pada kedudukan yang lebih baik daripada Malaysia di samping […]

Kualiti Pemain Eropah Jadi Kelebihan Oman & Kyrgyztan Berdepan Malaysia

Malaysia bakal menentang Oman dan Kyrgyztan dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bermula November kelak. Selain daripada kedudukan ranking yang lebih tinggi, kehadiran beberapa pemain elit dalam skuad Oman dan Kyrgyztan menyaksikan 2 buah negara tersebut mempunyai kekuatan yang tersendiri. Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar turut mencadangkan agar skuad Harimau Malaya mengadakan […]

Kelab Jepun Buat Kejutan Tewaskan PSG

PSG masih gagal mencari kemenangan kedua dalam program pra-musim mereka apabila tewas 3-2 kepada kelab J1 League, Cerezo Osaka di Stadium Nagai, Osaka semalam. Dengan Neymar terus diletakkan di bangku simpanan, tanggungjawab menjaringkan gol digalas penyerang muda Hugo Ekitike. Ekitike tidak menghampakan jurulatihnya, Luis Enrique dengan menyumbat gol pertama pada minit ke-17. Kelebihan yang dimiliki […]

Vietnam Ikut Langkah Indonesia Hadapi Gergasi Piala Dunia

Pasukan kebangsaan Vietnam mengatur langkah yang cukup berani untuk mempersiapkan pasukan apabila dijangka akan berdepan sebuah pasukan Piala Dunia tidak lama lagi. Perkara ini telah pun dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) yang mengesahkan bahawa pasukan akan berdepan cabaran Korea Selatan pada bulan Oktober nanti. Anak didik Jurgen Klinsmann kini menghuni tangga ke-28 dunia […]

Bekas Bintang Man Utd Akui Main Bola Sepak Sebab Duit Semata-Mata

Bekas penyerang Man Utd, Odion Ighalo membidas barisan bintang Eropah termasuk legenda Portugal, Cristiano Ronaldo kerana bermain bola sepak atas sebab duit. Sportskeeda melaporkan Ighalo berpandangan sedemikian kerana ini berdasarkan pengalaman beliau sendiri beraksi di Arab Saudi. “Semasa anda muda, ya, anda bermain kerana minat. Pada ketika itu, anda tak kisah pun tentang duit. “Tapi […]

Barisan Bintang Korea Bantai Atletico Madrid

Gergasi La Liga, Atletico Madrid seakan tidak percaya apabila tumbang mengejut 3-2 kepada pasukan bintang K-League di Stadium Piala Dunia Seoul semalam. Babak pertama menyaksikan Atletico mendominasi perlawanan. Dan mereka tidak menunggu lama membuka jaringan menerusi Thomas Lemar pada minit ke-13. Dengan pemain-pemain Korea tidak dapat menyaingi pasukan gergasi Sepanyol itu, jurulatih Hong Myung-bo memasukkan […]

Debut Karim Benzema Pacu Kemenangan Al-Ittihad

Debut bekas penyerang Real Madrid, Karim Benzema bersama Al-Ittihad berakhir dengan cemerlang. Ini selepas kelab Arab Saudi itu menewaskan ES Tunis 2-1 dalam aksi Kumpulan A, Arab Club Champions Cup awal pagi ini. Bagaimanapun, Al-Ittihad dikejutkan dengan pendahuluan awal Mkachkha pada minit ke-26 menerusi pemain sayap Oussama Bouguerra. The Tigers kemudiannya mengikat kedudukan 1-1 menerusi […]

Radamel Falcao Hampiri Perpindahan Ke Asia

Hasrat untuk melihat kelibat penyerang lagenda Colombia, Radamel Falcao beraksi di Asia masih lagi bernyala. Pemain berusia 37 tahun itu merupakan peledak yang digeruni pada era kegemilangannya dan pernah beraksi bersama beberapa buah kelab gergasi Eropah. Beliau kini bersama kelab La Liga, Rayo Vellecano difahamkan menerima tawaran lumayan dari kelab di Asia yang berminat untuk […]

Mengganas Di ACL, Peledak Berbisa Urawa Reds Terpaksa Tinggalkan Pasukan

Khidmat pemain serangan Urawa Red Diamonds, David Moberg Karlsson kini tidak lagi bersama The Reds selepas beliau sah berhijrah ke kelab baharu. Bintang kelahiran Sweden itu merupakan tunjang utama buat gergasi Jepun itu terutamanya ketika mengharungi kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim lalu. Kelibat pemain lincah berusia 29 tahun ini sering menjadi mimpi ngeri lawan […]