Pemain Selangor Kekal Positif, Faham Tekanan Lawan Jeonbuk Hyundai

Pemain pertahanan Selangor, Harith Haiqal akui setiap pemain sedar dengan tekanan yang dihadapi oleh mereka ketika ini. Selangor FC bakal hadapi Jeonbuk Hyundai bagi perlawanan ketiga saingan AFC Champions League 2 (ACL2).  Pertahanan berusia 22 tahun itu kekal positif meskipun Selangor kehilangan tiga tonggak utama berdepan kelab gergasi Korea Selatan, Jeonbuk.  “Saya rasa di Selangor, […]

ACLE: Buriram United Pastikan Pohang Steelers Pulang Tangan Kosong

Buriram United menampilkan aksi hebat apabila gah menewaskan Pohang Steelers untuk meraih tiga mata berharga dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE). Wakil dari Thailand itu sebelum ini meraih satu kemenangan dan satu seri dalam dua aksi terdahulu untuk meraih empat mata dalam kumpulan A. Pohang Steelers pula telah mengutip 3 mata setelah menang sekali […]

Hector Bidoglio Kecewa JDT Gagal Raih Mata Lawan Gwangju

Pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hector Bidoglio mengakui kecewa kerana pasukan itu tidak dapat menambah kutipan mata dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Selepas berjaya meraih empat mata daripada dua perlawanan Liga Timur ACLE, Harimau Selatan berharap dapat meneruskan momentum dengan mencuri mata daripada Gwangju FC. Malangnya, percubaan JDT meraih mata di […]

Debut Jese Rodriguez Bersama JDT Di ACLE

Bekas bintang Real Madrid, Jese Rodriguez akhirnya merekodkan penampilan pertama bersama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) di pentas Asia. Selepas menyertai JDT sebagai ejen bebas pada 5 Oktober lalu, penyerang berusia 31 tahun itu sibuk membina kembali tahap kecergasannya. Ini disebabkan Rodriguez sudah lama tidak beraksi di atas padang selepas meninggalkan pasukan lamanya dari […]

Malam Suka & Duka Feroz Baharudin

Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin mengharungi malam suka dan duka bagi aksi di Asia. Tonggak berusia 24 tahun itu turun dalam kesebelasan utama Harimau Selatan dan membentuk gandingan bersama Eddy Israfilov dan Park Jun-heong untuk mengemudi pertahanan pasukan. JDT bagaimanapun tidak bernasib baik apabila bolos dua gol dalam 6 minit pertama termasuklah […]

ACLE: JDT Tewas Kali Pertama, Ditundukkan Gwangju

Aksi saingan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE) malam ini menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) tewas kali pertama ke atas wakil Korea Selatan, Gwangju FC. Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik dalam misi memburu 3 mata berharga bagi perlawanan ketiga ACLE.   Gwangju tidak menunggu lama untuk membuka jaringan, seawal tiga minit permainan, menerusi pemain sayap Jasir Asani […]

ACLE: JDT Ketinggalan 2-1 Kepada Gwangju Babak Pertama

Aksi separuh masa pertama Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) antara Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Gwangju FC berakhir dengan keputusan. Pengendali JDT, Hector Bidoglio membuat satu perubahan dengan menurunkan bek tengah kebangsaan, Feroz Baharudin menggantikan Shane Lowry. Selain daripada itu, barisan pemain lain dikekalkan jurulatih Venezuela itu untuk aksi menentang Gwangju termasuk pemain […]

Jurulatih Gwangju Hairan Dengan JDT

Pengendali Gwangju FC, Lee Jung-hyo hairan dengan pendekatan yang digunakan oleh wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad kendalian Hector Bidoglio bermula cemerlang apabila meraih 4 mata hasil satu kemenangan dan satu keputusan seri selepas dua perlawanan awal. Pertemuan kedua-dua pasukan itu diserikan dengan perang psikologi selepas pengendali kelahiran Korea Selatan itu mengakui terkejut selepas […]

ACLE: 30% Peminat Pilih JDT Tumbangkan Gwangju Di Tempat Lawan

ACLE: Hampir 30 peratus peminat memilih untuk melihat jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) menumpaskan Gwangju. Aksi AFC Champions League Elite (ACLE) itu menyaksikan skuad kendalian Hector Bidoglio hadir dengan momentum cemerlang apabila menundukkan Shanghai Shenhua dengan keputusan 3-0 tempoh hari. Skuad Harimau Selatan juga tidak tewas dalam mana-mana aksi pada musim ini sekaligus merancakkan […]

ACL2: Selangor Hilang 3 Tonggak Serentak Sebelum Bertemu Jeonbuk Hyundai

Pengendali Selangor, Nidzam Jamil mengesahkan 3 tonggak utama pasukan bakal terlepas aksi kedua kumpulan H AFC Champions League 2 (ACL2) bertemu Jeonbuk Hyundai. Skuad Gergasi Merah turun dengan motivasi terbaik setelah mencatat kemenangan ke atas DH Cebu dalam perlawanan peringkat kumpulan lalu hasil jaringan tunggal dari Yohandry Orozco. Walau bagaimanapun, rentak positif itu gagal diteruskan […]

Jurulatih Jeonbuk Waspada Ancaman Trio Import Selangor

Jurulatih Jeonbuk Hyundai Motors, Kim Do-heon menyifatkan trio import Selangor FC iaitu Ali Olwan, Ronnie Fernandez dan Alvin Fortes sebagai ancaman utama buat pasukannya. Selepas dua perlawanan Kumpulan H Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2), Jeonbuk menerajui kumpulan dengan enam mata dan menjaringkan 10 gol. Kini, Selangor dan Jeonbuk berentap untuk memburu kelebihan selaku pendahulu Kumpulan […]

Jurang Ranking JDT & Gwangju Di Asia Makin Besar

Jurang ranking antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Gwangju kelihatan semakin besar menjelang pertemuan kedua-dua pasukan hari ini. Skuad kendalian Hector Bidoglio beraksi cemerlang musim ini apabila tidak tewas dalam mana-mana aksi yang diharungi. Juara Piala FA Malaysia itu cemerlang menundukkan Shanghai Shenhua di Stadium Sultan Ibrahim dengan keputusan 3-0. Berdasarkan kemas kini laman Opta […]

Gwangju Tiada Latihan Istimewa Hadapi JDT

Kelab Korea Selatan, Gwangju FC tidak menjalani sebarang latihan istimewa sebelum menghadapi Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) pada Selasa. Perkara tersebut disuarakan oleh penjaga gol utama Gwangju, Kim Kyeong-min yang berpendapat Gwangju hanya memfokuskan untuk memberikan satu permainan bola sepak yang sempurna dalam perlawanan tersebut. “(Gwangju) tiada sebarang persiapan […]

ACL: Al-Hilal Berpesta Gol Atasi Al-Ain, Neymar Jadi Tumpuan

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal melalui perlawanan yang sengit dengan pesta gol terhasil ketika bertemu wakil Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Ain pada aksi AFC Champions League Elite (ACLE) pada Selasa. Al-Hilal menurunkan skuad terkuat dengan Aleksandar Mitrovic menjadi penyerang tunggal manakala Neymar kembali dengan memulakan perlawanan di bangku simpanan. Penyerang Maghribi, Soufiane Rahimi tampil menjadi […]

Nazmi Nasaruddin Menyinar Kemudi Aksi Al-Hilal vs Al-Ain

Kualiti pengadilan pengadil Malaysia, Nazmi Nasaruddin terus menyinar di pentas antarabangsa. Ini selepas Nazmi dipilih sebagai pengadil aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) antara kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Ain dan juara Saudi Pro League (SPL), Al-Hilal. Meskipun aksi ini menampilkan ramai bintang antarabangsa seperti Soufiane Rahimi, Aleksandar Mitrovic, Neymar dan Joao Cancelo, pengadil Malaysia […]

4 Pemain Handalan Jadi Tumpuan Aksi Gwangju vs JDT

Aksi AFC Champions League Elite (ACLE) antara Gwangju vs Johor Darul Ta’zim (JDT) menyaksikan pertemuan 4 pemain hebat yang bakal menjadi tumpuan peminat bagi kedua-dua pasukan. JDT terbang ke Korea Selatan dengan membawa momentum cemerlang setelah berjaya mengumpul empat mata dari dua aksi awal ACLE selain kini selesa memimpin carta Liga Super. Manakala, Gwangju pula […]