Fernando Forestieri Mahu Kejayaan Jadi Ukuran Bila Kemampuan JDT Dipersoal

Pemain import pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri masih segar dengan kejayaan JDT petang semalam selepas mengesahkan slot ke pusingan 16 terakhir. Beliau turun dalam kesebelasan utama pasukan untuk bergandingan bersama penyerang berbisa, Bergson Da Silva untuk memburu gol buat JDT. Beliau menampilkan aksi yang sangat bertenaga dengan kelibatnya sering menyukarkan pihak lawan untuk […]

Media Indonesia Merinding Lihat Detik Kebangkitan JDT

Kemenangan bersejarah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada semalam ketika menewaskan wakil dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai telah mendapat liputan segenap pelusuk Asia. Keputusan 2-1 yang tercatat di Stadium Sultan Ibrahim telah melakar satu lembaran sejarah baharu buat arena bola sepak Malaysia. Aksi memukau yang ditampilkan anak buah Benjamin Mora berjaya membuka mata ramai pemerhati […]

Mora Bangga Kelab Kecil Seperti JDT Mampu Singkir Gergasi Asia Seperti Ulsan

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora akui amat bangga dengan anak buahnya selepas JDT melakar sejarah layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC (ACL) buat kali pertama dalam sejarah. Mora berkata, walaupun JDT merupakan kelab kerdil di benua Asia, para pemainnya menunjukkan semangat juang yang tinggi dan sangat luar biasa sehingga berjaya menewaskan […]

Media Bebas Jepun & Korea Bangga Dengan Kemenangan JDT

Kemenangan pasukan Johor Darul Ta’zim, JDT telah pun mencipta sejarah baharu sekaligus menyebabkan mereka berjaya marah ke pusingan berikutnya. Pasukan Harimau Selatan berjaya mencatatkan rekod 4 kemenangan, 1 seri dan 1 kalah sekaligus memungut 13 mata selepas 6 perlawanan. Prestasi memberangsangkan JDT ini berjaya membuka mata banyak pihak terutamanya pesaing dalam kumpulan tentang keupayaan yang […]

Tangisan Bermakna Individu Bernama Arif Aiman

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Hanapi mengalirkan air mata setelah pasukannya melakar kemenangan dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang Ulsan Hyundai hari ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan JDT mencipta sejarah apabila muncul sebagai kelab pertama dalam Malaysia yang melayakkan diri ke pusingan kedua Liga Juara-Juara Asia (ACL).  […]

Jarang Di ‘Highlight’, Leandro Velazquez Jantung Kemenjadian JDT

Perancang utama Johor Darul Ta’zim (JDT), Leandro Velasquez berjaya memahat nama selaku penjaring dalam pertembungan antara JDT menentang Ulsan Hyundai. Leandro telah membuka akaun jaringan buat JDT seawal minit ke-5 permainan. Sepakan percuma yang diberikan pengadil telah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pemain kelahiran Argentina itu apabila ledakan sempurna daripada Leandro gagal diselamatkan penjaga gol Ulsan […]

Benjamin Mora Dulu Dipersoal, Kini Cipta Fenomena

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim, Benjamin Mora membuktikan kemampuan sebenar apabila menjadi individu yang berjaya membawa kejayaan buat pasukan JDT hari ini. Kemenangan bersejarah JDT keatas kelab dari Korea, Ulsan Hyundai telah melayakkan pasukan Johor Darul Ta’zim ke pusingan kedua saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022. Percaturan Benjamin Mora yang menggunakan formasi 3-4-3 telah membuahkan hasil. […]

Tenang Bersahaja, Shahrul Saad Buat Penyerang Ulsan Terkulai Layu

Pemain pertahanan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Shahrul Saad terus konsisten menampilkan aksi yang dominan ketika menjulang JDT untuk mara ke pusingan 16 terbaik. Pertahanan kebal itu kembali dalam percaturan pasukan selepas diberi rehat untuk memberi peluang kepada pemain lain memperoleh aksi di pentas berprestij itu. Kelibat pemain berusia 28 tahun itu berada dalam kesebelasan […]

Hong Wan Tenang Galas Tugas Natxo Insa

Aksi terakhir saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Ulsan Hyundai telah dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim. Pasukan JDT berjaya mencatat keputusan positif apabila menewaskan Ulsan 2-1. Pemain tengah JDT, Nataniel Hong Wan telah menampilkan aksi memukau dalam perlawanan hari ini. Hong Wan telah dimasukkan pada minit ke-16 permainan […]

Arif Aiman Ni Puasa Tapi Selamba Je Tapau Ulsan

Pertembungan Liga Juara-Juara Asia (ACL) antara pasukan Johor Darul Ta’zim dan Ulsan Hyundai menyaksikan JDT berjaya menewaskan wakil dari Korea Selatan itu dengan keputusan 2-1.  Pemain paling bernilai, Arif Aiman Hanapi menjadi duri dalam daging pasukan dalam melakar kemenangan bersejarah hari ini. Prospek muda negara yang berusia 19 tahun itu acap kali menjadi penggerak dalam […]

Pemain Ulsan Tercengang & Tak Terkata Dengan Aksi Corbin Ong

Pemain pertahanan kiri pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), La’Vere Corbin Ong menjadi watak penting buat pasukannya apabila mempamerkan aksi kebal dan penuh yakin untuk membantu menewaskan Ulsan Hyundai dengan keputusan 2-1. Pertahanan tinggi lampai itu turun dalam kesebelasan utama pasukan semula selepas posisinya telah pun diambil alih oleh Syahmi Safari sebelum ini. Beliau ternyata berada […]

ACL: JDT Bantai Ulsan Hyundai

Perlawanan terakhir saingan peringkat Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) menyaksikan pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Ulsan Hyundai. Pasukan JDT berjaya melakar kemenangan apabila menewaskan Ulsan 2-1. Gol pembukaan perlawanan hadir pada minit ke-4 permainan setelah Leandro Velazquez memanfaatkan sepakan percuma yang diberikan. Rembatan cantik dari Leandro menggegar jaring pasukan Ulsan Hyundai […]

Jurulatih Ulsan Hyundai Buat Siasatan Khas Kaji Kemampuan Bergson Dan Forestieri

Pengendali pasukan Ulsan Hyundai FC, Hong Myung Bo sedia untuk mengunci gandingan berbisa pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva dan juga Fernando Forestieri menjelang pertemuan petang ini. Beliau tidak mahu anak-anak buahnya mengulangi kesilapan lalu selepas keampuhan jentera serangan pasukan yang menyebabkan pasukannya terlepas peluang meraih 3 mata. Tambahnya lagi, para pemainnya sudah […]

Jurulatih Ulsan Terkilan Tak Dapat Berlatih Di Padang SSI

Ketua jurulatih Ulsan Hyundai, Hong Myung Bo akui terkilan kerana pasukannya tidak diberi peluang untuk turun berlatih di Stadium Sultan Ibrahim. Stadium Sultan Ibrahim bakal menjadi venue bagi perlawanan yang membabitkan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Ulsan Hyundai pada esok. Aksi terakhir peringkat Kumpulan I itu dijadualkan berlangsung pada jam 5.00 petang. Hong […]

Gerakan Berseni Corbin Ong Kembali Ditagih Menjelang Pertemuan Menentang Ulsan

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan I melibatkan pertemuan Johor Darul Ta’zim (JDT) menetang pasukan Ulsan Hyundai sudah pastinya akan berlangsung dengan cukup sengit. Kini, kedua-dua pasukan terikat dengan 10 mata dan perlawanan terakhir ini bakal menjadi penentu untuk mara ke peringkat seterusnya. Oleh itu, Benjamin Mora dilihat bakal mengembalikan semula kesebelasan utama seperti yang diturunkan dalam […]

Benjamin Mora Mahu Ubah Nasib Bola Sepak Malaysia

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mahu menjadikan perlawanan esok hari sebagai batu loncatan buat pasukan JDT dalam usaha mengubah haluan bola sepak Malaysia. Pengendali yang berusia 42 tahun itu berpendapat bahawa pertembungan JDT dan Ulsan Hyundai dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) ini bakal memberi ruang untuk menaikkan nama Malaysia di persada […]