ACL: Bangkok United Akur Dikecewakan Yokohama Marinos Saat Akhir

Perlawanan pusingan 16 terbaik kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) hari ini melibatkan pertembungan antara wakil Jepun, Yokohama Marinos dan wakil dari Thailand, Bangkok United. Aksi di separuh masa pertama, biarpun pasukan tuan rumah Yokohama Marinos lebih mendominasi permainan dengan 70% penguasaan bola, kelab dari Jepun itu masih gagal mencetak jaringan. Disiplin yang ditampilkan Bangkok United […]

ACL: Ulsan HD Tamatkan Riwayat Ventforet Kofu 5-1

Juara bertahan Liga Korea, Ulsan HD tidak berdepan masalah apabila mudah menewaskan wakil Jepun, Ventforet Kofu untuk melangkah ke suku akhir. Perlawanan yang berlangsung di Stadium National Jepun menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat. Aksi bermula baik apabila anak didik Hong Myung-bo menggandakan asakan sungguhpun berkelebihan tiga jaringan. Ventforet Kofu mempamerkan disiplin tinggi apabila barisan […]

Kegembiraan Melampau Kawasaki Frontale Makan Diri

Kegembiraan melampau yang ditunjukkan oleh jaguh Jepun, Kawasaki Frontale akhirnya makan diri selepas ditundukkan oleh wakil China, Shandong Taishan. Aksi pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC (ACL) itu menyaksikan Kawasaki membawa bekalan selesa di laman sendiri selepas merekodkan kemenangan 3-2 di laman lawan. Kelebihan itu bagaimanapun gagal dimanfaatkan apabila anak didik Toru Oniki tewas mengejut […]

ACL: Jeonbuk Hyundai Ke Suku Akhir, Ranapkan Impian Pohang Steelers

Kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors terpaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemaraan ke suku akhir Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023-2024. Jeonbuk berjaya mara dengan keputusan agregat 3-1 selepas meraih keputusan seri 1-1 dengan Pohang Steelers dalam aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik hari ini. Pohang tahu mereka masih berpeluang layak ke suku akhir dengan […]

ACL: Shandong Taishan Lolos, Musnahkan Impian Kawasaki Frontale

Kejutan berlaku di pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila jaguh Jepun, Kawasaki Frontale tumbang di tangan wakil China, Shandong Taishan dalam aksi penuh dramatik. Kawasaki Frontale membawa bekalan tipis selepas hanya mencatatkan kemenangan 3-2 ketika aksi pertama di China minggu lalu dan turun sebagai tuan rumah pula kali ini. Pelawat bermula baik dan […]

ACL: Kad Merah Bantu Al-Hilal Tundukkan Sepahan

Kelebihan beraksi dengan 11 pemain membantu kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal mengatasi cabaran Sepahan 3-1 dalam aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara AFC (ACL). Meskipun beraksi di gelanggang lawan, The Blue Waves dianggap pasukan pilihan. Ini kerana pasukan itu memiliki ramai bintang import termasuk penjaring terbanyak mereka, Aleksandar Mitrovic. Lantas, tidak hairanlah sebaik […]

ACL: Ulsan Hyundai Buat Kelab Picisan Jepun, Ventforet Kofu Merana

Juara K-League 1 musim 2023, Ulsan Hyundai meraih kelebihan besar untuk aksi pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023-2024. Ini selepas pasukan itu mengatasi cabaran kelab kerdil Jepun, Ventforet Kofu dalam aksi pertama pusingan di Stadium Bola Sepak Munsu hari ini. Ulsan melihat kemenangan hari ini dapat mencerahkan peluang mereka layak ke […]

Al-Ittihad Singkirkan Karim Benzema

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad menyingkirkan penyerang sensasi, Karim Benzema dalam skuad utama bagi aksi pusingan 16 akhir saingan AFC Champion League (ACL). Memetik laporan BeinSport, penyingkiran ini adalah keputusan daripada ketua jurulatih, Marcelo Gallardo.  Karim Benzema tidak tersenarai dalam kuota lima pemain bukan Asia untuk dibawa ke dalam skuad bagi aksi di laman pasukan […]

ACL: Bangkok United Bangkit Ikat Yokohama F. Marinos

Perlawanan malam ini menyaksikan pertembungan dua juara kumpulan iaitu Bangkok United menentang Yokohama F. Marinos yang berkesudahan dengan keputusan 2-2. Seawal 18 minit permainan, pemain sayap Yokohama, Elber berjaya memecah kebuntuan gol pertama menerusi ‘tapping’ mudah ke arah gawang gol selepas pergelutan bola di udara.  Pada minit ke-24 permainan, Yokohama F. Marinos menjarakkan kedudukan menerusi […]

ACL: Jeonbuk Hyundai Gah Atasi Cabaran Pohang Steelers

ACL-jeonbuk-pohang

Jeonbuk Hyundai meraih kemenangan selesa untuk mengatasi cabaran Pohang Steelers dalam aksi timbal balik pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia (ACL). Jeonbuk Hyundai dibawah kendalian Dan Petrescu turun dengan formasi 4-4-2 manakala Pohang Steelers tampil bermain dengan formasi 3-5-2. Pemain sayap Jeonbuk, Hernandes Rodrigues membuka tirai jaringan pada minit ke-17 perlawanan setelah menyempurnakan hantaran daripada […]

ACL: Kawasaki Frontale Tundukkan Shandong Taishan

Kawasaki Frontale berjaya menewaskan wakil dari China, Shandong Taishan dalam aksi pusingan 16 terbaik kempen Liga Juara-Juara Asia hari ini. Babak pertama perlawanan menyaksikan wakil Jepun, Kawasaki Frontale mendahului dengan dua gol awal menerusi jaringan sepakan penalti oleh Erison dan ledakan daripada Marcinho. Pada aksi separuh masa kedua, Shandong Taishan berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan […]

Kawasaki Frontale & Ulsan Hyundai Tempuhi Laluan Berbeza

Selepas berjaya melepasi cabaran Kumpulan I, dua wakil Asia Timur, Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai menempuh laluan berbeza untuk pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC (ACL). Ini selepas cabutan undi pusingan 16 terbaik ACL dibuat hari ini untuk pasukan dari belah Timur dan Barat. Frontale yang juga juara Emperor’s Cup musim 2023 bakal berdepan cabaran […]

CEO Selangor Sahkan Venue Rasmi Pasukan Di ACL2

Ketua pegawai eksekutif (CEO) Selangor FC, Datuk Johan Kamal Hamidon mengesahkan Stadium MBPJ sebagai laman rasmi bagi pasukan di kejohanan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim depan. Selepas skuad kendalian Tan Cheng Hoe muncul Naib Juara Liga Super 2023, Selangor secara sah diumum ke pentas Asia menjadi wakil dari Malaysia yang bakal beraksi di kejohanan […]

Arif Aiman Dinobat Pemain Muda Terbaik ‘Matchday 6’ ACL

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi telah dinobatkan sebagai pemain muda terbaik dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 untuk perlawanan keenam. Pada aksi keenam, JDT telah dijadual berdepan wakil dari Thailand, BG Pathum United di Stadium Sultan Ibrahim. JDT berjaya menamatkan kempen ACL 2023 dengan kemenangan bergaya 4-1 menerusi ledakan Bergson […]

Sabah Berpeluang Iringi JDT Ke ACLE

Kejayaan Sabah layak ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC sebenarnya turut membuka peluang kepada mereka beraksi di pentas elit Asia musim hadapan. Ini kerana pasukan yang berjaya menggondol gelaran juara Piala AFC musim 2023-2024 bakal layak ke aksi play-off Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim 2024-2025. Bagaimanapun, pasukan itu dikecualikan daripada saingan play-off sekiranya […]

Arif Aiman Tumpuan Asia, Dalam Senarai Bintang Masa Depan ACL ‘Matchday 6’

Pemain sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi terus diberi pengiktirafan yang selayaknya di pentas bola sepak Asia apabila tersenarai dalam kelompok bintang masa depan (future star) di Liga Juara-Juara AFC (ACL). Bintang berusia 21 tahun itu sekali lagi diberi kepercayaan oleh ketua jurulatih, Tano Solari untuk mengemudi jentera serangan pasukan. Beliau berjaya […]