Selangor Jadikan Mohammad Abualnadi Aset Di ACL2

Bintang baru Selangor FC, Mohammad Abualnadi bakal menjadi aset pasukan itu dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Hal ini dinyatakan sendiri pengendali Merah Kuning, Nidzam Jamil selepas perpindahan pemain berusia 23 tahun itu diumumkan. Pemain berdarah Jordan-Amerika Syarikat itu memulakan kerjayanya bersama Akademi Sporting Kansas City ketika berusia 18 tahun. Abualnadi kemudinnya berkelana di […]
Pencari Bakat Puji Arif Aiman ‘Kenapa Tak Ada Kelab Eropah Beli Dia’

Pencari bakat yang berpangkalan di Eropah memuji kualiti yang dimiliki oleh pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi. Skuad kendalian Hector Bidoglio memperagakan aksi cemerlang untuk mengikat jaguh China, Shanghai Port dengan keputusan 2-2. Tonggak berusia 22 tahun itu memperagakan persembahan yang cukup memberangsangkan apabila menyumbang dua jaringan buat Harimau Selatan. Aksi luar […]
DH Cebu ‘Tempang’ Hadapi Selangor

Wakil Filipina, DH Cebu menerima tekanan hebat apabila tempang berdepan wakil Malaysia, Selangor FC. Skuad kendalian Mustafa Ati Goksu turun dalam aksi pertama AFC Champions League Two (ACL2) berdepan wakil Korea, Jeonbuk Hyundai. Pasukan Filipina itu bergelut untuk menampilkan aksi terbaik apabila dibelasah 6-0 sekaligus kehilangan 3 mata penting pada aksi pembukaan. Wakil Malaysia di […]
Hanya 6 Negara Asia Timur Ada Wakil Di ACLE

Saingan kempen AFC Champions League Elite (ACLE) menyaksikan hanya 6 buah negara di Asia Timur yang memiliki wakil pada pentas tertinggi Asia itu. Perubahan format kempen ACLE musim 2024/25 menyaksikan hanya 12 pasukan yang mendapat tempat untuk bersaing mengikut zon Asia Timur dan Asia Barat. Dua negara besar Asia iaitu Korea Selatan dan Jepun mendapat […]
Amaran Awal Shanghai Shenhua Buat JDT

Jaguh China, Shanghai Shenhua memberi amaran awal kepada Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad kendalian Hector Bidoglio turun dengan momentum terbaik dalam kempen ACLE apabila berjaya mengikat Shanghai Port dengan keputusan 2-2 di tempat lawan. Juara Piala FA 2024 itu juga masih belum tewas dalam mana-mana perlawanan musim 2024/25 sekaligus meletakkan pasukan dalam momentum terbaik. Cabaran […]
Sokongan Padu Penyokong Selangor Terima Pujian Media Thailand

Sorakan dan kehadiran penyokong Selangor telah meraih tumpuan dari pihak media Thailand. Selangor hadir ke Thailand bagi aksi pertama kumpulan H AFC Champions League 2 (ACL2) berdepan Muangthong United pada Khamis di Stadium Rajamangala. Ini merupakan perlawanan pertama The Red Giants di pentas Asia setelah kali terakhir pada tahun 2016 dalam kejohanan AFC Cup yang […]
AFC MA Ranking: JDT & Selangor Sumbang Tambahan Mata Buat Malaysia

Dua wakil Malaysia dalam kancah saingan Asia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Selangor FC telah menyumbamg tambahan mata AFC MA Ranking buat Malaysia. Skuad kendalian Hector Bidoglio menjadi wakil tunggal negara untuk beraksi dalam kancah saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) manakala Selangor pada saingan Liga Juara-Juara AFC Dua (ACL2). Persembahan memberangsangkan ditonjokan […]
ACL2: Persib Bandung Akur Tewas Kepada Port FC Di Laman Sendiri

Aksi AFC Champions League 2 (ACL2) hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Persib dan Port FC. Perlawanan Kumpulan F antara Persib FC, wakil dari Indonesia dan Port FC, wakil dari Thailand telah dijadual berlangsung di Stadium Jalak Harupat Soreang, Bandung Aksi di separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan tidak berjaya mencatat sebarang jaringan. Biarpun penguasaan […]
ACL2: Lion City Pamer Taring Tundukkan Zhejiang Pro

Lion City Sailors mempamerkan aksi hebat apabila berjaya menundukkan cabaran kelab dari China, Zhejiang Professional dalam aksi pertama Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Lion City dibarisi pemain-pemain hebat seperti Bart Ramselaar, Lennart Thy, Lionel Tan dan penjaga gol berpengalaman, Izwan Mahbud serta Hariss Harun selaku kapten pasukan. Zhejiang Pro pula mempertaruhkan penyerang Owusu-Sekyere dibantu pemain […]
ACL2: Jeonbuk Hyundai Belasah DH Cebu 6-0

Jeonbuk Hyundai mula langkah kanan dalam saingan AFC Champions League Two (ACL2) apabila menewaskan wakil Filipina, DH Cebu FC dengan keputusan 6-0. Tuan rumah, Dynamic Herbs Cebu turun dengan misi mahu mendapatkan mata penuh kerana kelebihan beraksi di laman sendiri. Sementara, Jeonbuk Hyundai pastinya ingin mencuri mata di tempat lawan. Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua […]
‘Keadaan Jadi Sukar’ Aksi Azim Al-Amin Terima Pujian Menggunung

Penjaga gol Selangor FC, Azim Al-Amin menerima pujian menggunung susulan aksi cemerlangnya di ACL2. Pemain berusia 22 tahun itu menerima kepercayaan barisan kejurulatihan untuk beraksi dalam kesebelasan utama skuad Gergasi Merah. Beliau tidak mensia-siakan peluang tersebut apabila tampil cemerlang untuk menafikan setiap percubaan daripada tonggak lawan. Azim berjaya mematahkan peluang keemasan Muangthong United ketika berdepan […]
ACL2: Selangor Curi Mata Muangthong United Di Bangkok

Selangor membuka kempen Kumpulan H Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) dengan satu mata apabila menewaskan mengikat Muangthong United 1-1. Muangthong selaku tuan rumah masih belum kalah dalam empat perlawanan Thai League 1. Manakala Selangor pula segar daripada kejayaan membelasah Kuching City 4-0. Ali Olwan, Ronnie Fernandez dan Alvin Fortes menjadi sandaran Nidzam Jamil untuk merobek […]
ACL2: Taring Ronnie Fernandez Gegar Jaring Muangthong United

Penyerang sensasi Selangor, Ronnie Fernandez membuka akaun jaringan untuk pasukan Selangor di pentas AFC Champions League 2. Skuad Merah Kuning telah dijadual menentang Muangthong United dalam kempen ACL2 bagi perlawanan pertama di Stadium Rajamangala, Thailand. Biarpun pada babak pertama perlawanan Selangor dan Muangthong terikat tanpa jaringan, skrip berbeza terjadi kepada skuad kendalian Nidzam Jamil di […]
JDT Bayar Satu Mata Dengan Harga Mahal

Juara Piala FA 2024, Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa membayar satu mata dengan harga mahal pada aksi pembukaan di Asia. Skuad kendalian Hector Bidoglio merakamkan keputusan seri 2-2 menentang wakil China, Shanghai Port di gelanggang lawan. Dua jaringan daripada pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi memastikan skuad Harimau Selatan membawa pulang satu mata pada aksi […]
4 Pemain Tumpuan Aksi Muangthong United vs Selangor

Pertemuan Muangthong United vs Selangor dijangka bakal mencuri perhatian ramai dengan aksi empat pemain tumpuan kedua-dua pasukan. Selangor hadir ke pentas Asia buat kali pertama sejak 2016 dan membawa momentum setelah mencatat kemenangan 4-0 ke atas Kuching City untuk bertemu wakil Thailand ini. Sementara Muangthong juga berada di prestasi terbaik dengan merekodkan lima perlawanan tanpa tewas dalam […]
ACL2: Selangor Turun Tanpa Mukhairi Ajmal & Alex Agyarkwa

Selangor terpaksa melupakan khidmat dua tonggak tengah, Mukhairi Ajmal dan Alex Agyarkwa untuk menghadapi aksi pembuka tirai kumpulan H AFC Champions League 2 (ACL2). Aksi minggu pertama ACL2 bakal menyaksikan wakil negara, Selangor kembali menghiasi saingan bola sepak Asia setelah kali terakhir beraksi dalam saingan AFC Cup 2016. The Red Giants juga hadir ke Thailand […]