Piala Asia U23: Thailand Senaraikan 8 Pemain Berpangkalan Di Eropah Ke Uzbekistan

Skuad Thailand yang berada dalam kumpulan yang sama dengan skuad Brad Maloney mengesahkan senarai pemain-pemain mereka dimana 9 daripada berpangkalan diluar Thailand. Menurut maklumat yang didedahkan oleh portal SiamSports semalam, 8 orang pemain dalam skuad bimbingan Woorawoot Srimaka itu berpangkalan di eropah dan seorang lagi berpangkalan di Jepun. Berikut adalah senarai pemain Thailand yang berpangkalan […]
Piala Suzuki AFF Bakal Dikenali Dengan Nama Baru, Piala AFF Mitsubishi Electric

Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) hari ini mengumumkan lembaran baharu untuk Kejohanan Piala AFF dengan syarikat pembuatan peralatan elektronik dan elektrik terkemuka global Mitsubishi Electric dinamakan sebagai penaja utama kejohanan tersebut. Dijadualkan bermula Disember ini, edisi ke-14 pertandingan bola sepak terbesar dan paling berprestij di Asia Tenggara itu kini akan dikenali sebagai Piala AFF Mitsubishi […]
Tular Aksi Kebal Harith Haiqal Yang Buatkan Nguyen Tien Linh Sakit Kepala

Pemain pertahanan muda negara, Harith Haiqal berjaya membuka mata ramai pihak apabila mempamerkan kekebalannya dalam mengawal benteng pasukan Bawah-23 tahun (B-23) negara dalam temsaya Sukan Sea Hanoi. Di media sosial, telah tular aksi mengagumkan dari Harith semasa beliau beraksi bersama skuad negara di pentas separuh akhir menentang pasukan tuan rumah, Vietnam. Walaupun tewas 0-1 namun […]
Kim Pan-gon Laung Semangat Kebangkitan Buat Pemain B-23 Tahun Negara

Jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu skuad bawah-23 (B-23) negara melupakan episod duka tersingkir dari perebutan pingat emas Sukan Sea selepas tewas di separuh akhir kepada Vietnam. Sebaliknya, Pan-gon manyeru para pemain muda negara supaya terus bersemangat kerana perjuangan masih belum selesai dan belajar dari kesilapan yang sudah dilakukan supaya bangkit semula dengan menewaskan […]
Brad Maloney Dedah Punca Malaysia Tewas Bermaruah Kepada Vietnam

Pengendali skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Brad Maloney akur skuad kendaliannya tewas di separuh akhir kepada pasukan Vietnam namun berbangga dengan para pemainnya yang berjuang sehingga wisel penamat selepas melalui 120 minit permainan. “Saya berbangga dengan pemain Malaysia, mereka berjuang sehingga tamat permainan,” katanya selepas perlawanan di Stadium Viet Tri Phu Tho pada Khamis. […]
Park Hang-seo Akui Malaysia Lawan Yang Paling Sukar Buat Vietnam Setakat Ini

Jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) Vietnam, Park Hang-seo bersyukur pasukan kendaliannya berjaya melepasi perlawanan yang cukup sukar menentang Malaysia pada aksi separuh akhir acara bola sepak Sukan Sea Hanoi yang berlangsung Khamis malam. Kemenangan tipis 1-0 terhadap Malaysia itu sekaligus melayakkan Vietnam mara ke perlawanan akhir menentang Thailand. Pastinya Vietnam mahu mempertahankan pingat emas […]
Sukan Sea: Vietnam Tundukkan Malaysia, Mara Ke Final

Vietnam mara ke perlawanan akhir Sukan Sea 2021 selepas berjaya menewaskan Malaysia 1-0 menerusi jaringan tunggal Nguyễn Tiến Linh pada masa tambahan. Nguyễn Tiến Linh terlebih dahulu menguji gawang Malaysia pada minit ke-26 menerusi tuisannya dari sebelah kiri gawang Malaysia namun sepakannya sedikit tersasar. Bersambung babak ke-2, Vietnam mula mengatur serangan bertali arus dan Malaysia […]
Sukan Sea: Thailand Mara Ke Final, Tewaskan Indonesia

Thailand berjaya menewaskan Indonesia 1-0 sekaligus mara ke perlawanan akhir Sukan Sea Vietnam 2021 di Stadium Thien Truong, Vietnam. Jaringan tunggal perlawanan oleh Weerathep Pomphan sudah cukup menghampakan anak buah Shin Tae-yong yang bekerja keras untuk memperoleh emas pertama dalam temasya Sukan Sea. Separuh masa pertama berlangsung seimbang dengan Indonesia mensia-siakan beberapa peluang keemasan untuk […]
Malaysia Berpeluang Leburkan Rekod Tak Masuk Akal Vietnam

Perlawanan separuh akhir acara bola sepak lelaki Sukan Sea Hanoi yang menemukan tuan rumah, Vietnam dan Malaysia pastinya menjadi tumpuan penyokong kedua-dua pasukan dengan Vietnam sudah tentu mahu mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi sebelum ini. Namun rekod tanpa bolos yang dicatatkan Vietnam Bawah 23 Tahun (B-23) sememangnya tidak masuk akal. Mereka kini melalui […]
Park Hang-seo: Vietnam Dah Sedia Nak Tewaskan Mana-Mana Pasukan Di Separuh Akhir

Pengendali pasukan Vietnam, Park Hang-seo melaungkan keyakinan bahawa pasukan kendaliannya sudah bersedia untuk menewaskan mana-mana pasukan tidak kira sama ada Thailand mahupun Malaysia di peringkat separuh akhir acara bola sepak Sukan Sea Hanoi. “Pemain telah mencuba yang terbaik dan saya menghargai usaha mereka itu. Tetapi mulai sekarang, pasukan perlu memperbaiki diri untuk bermain dalam dua […]
Sandy Walsh Tiba Di Indonesia, Sedia Lengkapkan Proses Naturalisasi

Bintang muda Belanda yang dilahirkan di Brussels, Belgium, Sandy Walsh selamat tiba di Jakarta untuk melengkapkan proses naturalisasi untuk skuad kebangsaan Indonesia pada semalam 15 Mei. Pemain berumur 27 tahun yang memiliki 28 cap bersama skuad belia Belanda ini bakal melengkapkan proses naturalisasinya bersama-sama Jordi Amat yang turut hadir ke Jakarta sehari sebelum itu. Sementara […]
Nazri Nasir Beri Komen Profesional Selepas Gagal Bawa Singapura Ke Separuh Akhir

Mempamerkan semangat yang tinggi sepanjang permainan menentang Malaysia, namun Singapura harus akur terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dan seterusnya terkandas awal di peringkat kumpulan Sukan Sea Hanoi. Jurulatih Singapura Bawah 23 (B-23) Singapura, Nazri Nasir akur dengan keputusan yang dicatatkan oleh anak buahnya semalam dan mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada penyokong Singapura […]
Luahan Menyentuh Perasaan Luqman Hakim Selepas Sumbat Dua Gol Menentang Laos

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin akhirnya berjaya menamatkan penantian untuk menjaringkan gol selepas meledak dua gol untuk membantu Malaysia menewaskan Laos 3-1 dalam acara bola sepak Sukan Sea Hanoi semalam. Kali terakhir pemain kelab KV Kortrijk itu mencetak nama sebagai penjaring di pentas antarabangsa adalah pada pusingan kelayakan Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi […]
Jurulatih Laos Senaraikan 3 Punca Utama Kekalahan Mudah Kepada Malaysia

Disebalik kekalahan 1-3 kepada Malaysia semalam, ketua jurulatih Laos, Michael Weiss akui akur dengan keputusan tersebut namun beliau menyatakan beberapa perkara yang menyumbang kepada kekalahan pasukannya. Weiss menyenaraikan tiga sebab utama yang dirasakan menjadi punca kekalahan kepada Malaysia. Antara sebab yang didedahkan ialah pemain Laos kekurangan tenaga kerana sudah beraksi tiga perlawanan, hilang tonggak utama […]
Park Hang-seo Ditangkap AFC Mengintip Perlawanan Pasukan Lawan

Jurulatih pasukan bola sepak bawah 23 tahun (B-23) Vietnam, Park Hang-seo diberitakan ditangkap dan diberikan teguran oleh penyelia dari Asian Football Confederation (AFC) kerana menonton perlawanan pihak lawan dengan terlampau dekat. Kejadian ini berlaku semalam apabila Park hadir ke Stadium Viet Tri untuk menyaksikan perlawanan antara Myanmar menentang Timor Leste. Perlawanan ini berakhir dengan keputusan […]
Park Hang-seo Menyirap Dengan Pasukan Yang ‘Parking’ Bas

Hanya mampu mencatat keputusan seri dengan Filipina pada erlawanan kedua Sukan SEA 31 Vietnam semalam, jurulatih bawah 23 tahun (B-23) Vietnam, Park Hang-seo akui tidak gembira dengan keputusan tersebut. Beliau menyifatkan anak buahnya tidak biasa beraksi dengan pasukan yang meletakkan ramai pemain di bahagian bawah ketika bertahan seperti apa yang skuad Filipina lakukan semalam. “Perlawanan […]