Gabungan ‘DNA Taktikal’ Bojan Hodak & David Da Silva Menjadi Di Indonesia

Penghijrahan bekas pengendali KL City FC, Bojan Hodak ke kelab Indonesia, Persib Bandung memberi impak yang cukup besar terutamanya dibantu oleh impak peledak berbisa pasukan, David Da Silva. Jurulatih kelahiran Croatia itu membuat keputusan untuk berhijrah selepas tiga tahun menabur bakti di Malaysia. Percaturan awal bekas pengendali PSM Makassar ini berjaya diserap dengan begitu cepat […]

Era Bojan Hodak Bermula, Pacu Persib Bandung Tewaskan Persik Kediri

Pasukan Liga 1 Indonesia, Persib Bandung mencatat kemenangan pertama pada musim ini selepas menewaskan pasukan Persik Kediri dengan keputusan 2-1. Kembali bangkit setelah ketinggalan 0-1 pada babak pertama perlawanan, jaringan Ciro Alves pada minit ke-83 permainan memberi sinar buat pasukan. Selang tiga minit selepas itu, pemain sayap Persib Bandung, Ryan Kurnia warnai malam gemilang skuad […]

Bojan Hodak Terima Sambutan Hangat Di Persib

Pengendali baharu Persib Bandung, Bojan Hodak mendapat sambutan hangat di Indonesia. Setibanya beliau di bumi Sang Garuda, beliau tak tunggu lama dan terus berjumpa dengan para pemain Persib Bandung. Kehadiran Bojan telah menerima sambutan hangat daripada pemain, barisan kejurulatihan dan pegawai-pegawai pasukan. Bojan kelihatan begitu mesra menyapa dan bergurau senda dengan beberapa pemain Persib. Bojan […]

“Thailand Berdepan Cabaran Sukar” – Madam Pang

Pengurus skuad kebangsaan Thailand, Nualphan Lamsam atau Madam Pang mengakui skuad Gajah Perang bakal berdepan tugas sukar untuk layak ke Piala Asia 2027. Cabutan undi kelayakan Piala Asia 2027/Piala Dunia 2026 menyaksikan Thailand diundi dalam Kumpulan C bersama dua jaguh Asia Timur, China dan Korea Selatan. Satu lagi slot bakal diisi sama ada Singapura atau […]

Kelab Thailand Nyaris Malukan Leicester City

Bekas juara EPL, Leicester City nyaris dimalukan kelab Thai League 1, Port sebelum menewaskan pasukan itu 1-0 dalam aksi pra-musim tertutup di Kem Latihan Bola Sepak Alpine semalam. Aksi persahabatan pra-musim ini diatur selepas perlawanan pra-musim sebelumnya membabitkan The Foxes dan Tottenham Hotspur pada 23 Julai lalu dibatalkan. Pembatalan perlawanan terpaksa dilakukan kerana keadaan padang […]

Dua Pemain Liga Indonesia Digantung

Perkembangan Liga 1 Indonesia menyaksikan dua orang pemain menerima hukuman berat daripada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI). Aksi liga yang memasuki perlawanan kelima musim ini menyaksikan terdapat beberapa kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini segera mendapat perhatian PSSI dan jawatankuasanya yang memutuskan untuk mengenakan tindakan tatatertib kepada pemain yang melakukan kesalahan. Menerusi satu […]

Persib Bandung Letak Harapan Besar Kepada Bojan Hodak

Kelab Liga 1 Indonesia, Persib Bandung mengharapkan jurulatih baru mereka, Bojan Hodak dapat menggunakan magisnya bagi merealisasikan sasaran musim ini. Pengurusan Maung Bandung menetapkan sasaran empat kedudukan teratas dalam liga untuk saingan liga musim ini. Ini bermakna Hodak perlu mengulangi pencapaian jurulatih sebelumnya, Luis Milla yang meraih tempat ketiga Liga 1 Indonesia untuk Pangeran Biru […]

Bojan Hodak Jawab Punca Tinggalkan KL City

Berita mengenai peletakan jawatan Bojan Hodak selaku ketua jurulatih KL City pastinya mengejutkan ramai pihak terutamanya dalam kalangan para penyokong The City Boys. Bojan Hodak memaklumkan bahawa beliau telah menerima 3 tawaran pada Disember tahun lepas dan telah berbincang perkara tersebut dengan Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard. Namun menurutnya ketika itu beliau masih belum […]

Lion City Sailors Jadi ‘Lauk’ Tottenham Hotspur

Tottenham Hotspur bangkit dari ketinggalan gol awal sebelum membelasah kelab Liga Perdana Singapura (SPL), Lion City Sailors 5-1 dalam aksi pra-musim di Stadium Nasional Singapura. The Sailors membuktikan mereka bukan lawan mudah apabila mendahului pada minit ke-14 menerusi Shawal Anuar. Tersentak, anak-anak buah Ange Postecoglou bangkit memburu gol penyamaan. Son Heung-min menyangka telah menyamakan kedudukan […]

Warga Indonesia Gerun Tengok Bojan Hodak

Kehadiran bekas pengendali KL City FC, Bojan Hodak mendapat liputan meluas di Indonesia yang gerun dengan reputasi dan gayanya mengendalikan pasukan. Jurulatih berusia 52 tahun itu bersama The City Boys sejak tahun 2021 dan mengecapi kejayaan yang cukup memberangsangkan terutamanya apabila membawa pasukan ke pentas akhir Piala AFC. Bekas jurulatih JDT ini bagaimanapun membuat keputusan […]

Bojan Hodak Kini Jurulatih Persib Bandung

Bekas pengendali Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak akhirnya melebarkan sayap karier beliau sebagai jurulatih ke Indonesia bagi melatih pasukan gergasi Liga 1 Indonesia, Persib Bandung. Perkara tersebut telah pun disahkan pihak pengurusan Persib Bandung melalui satu ciapan twitter di twitter rasmi kelab. Ciapan tersebut juga memaparkan harapan tinggi diletakkan ke atas Bojan untuk memberikan […]

New Zealand vs Filipina: Filipina Kejutkan New Zealand Di Piala Dunia

Skuad wanita kebangsaan Filipina mencipta sejarah tersendiri dengan menewaskan New Zealand 1-0 dalam aksi kedua Kumpulan A Piala Dunia Wanita 2023 hari ini. Gol tunggal Filipinas disumbang oleh Sarina Bolden pada minit ke-24 menewaskan penjaga gol Football Ferns, Victoria Esson. Gol tersebut dianggap bersejarah kerana ini merupakan gol pertama yang dijaringkan pasukan yang membuat kemunculan […]

3 Tanda Bawa Kemungkinan Benjamin Mora Ke Indonesia

Penyokong dan peminat pasukan Liga 1 Indonesia, Persib Bandung kini masih berteka-teki dengan kehadiran jurulatih baharu pasukan. Selepas pengendali terdahulu, Luis Milla secara rasmi meninggalkan kelab Persib Bandung, bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora kini dikaitkan sebagai sosok yang berpotensi mengendalikan pasukan. Benjamin Mora yang kini mengemudi pasukan Atlas FC sedang mengharungi […]

Dua Bekas Pemain Eropah Jadi ‘Masalah’ Dion Cools Ke Asia

Pertahanan kental Buriram United FC, Dion Cools berdepan persaingan sengit untuk mengekalkan posisinya bagi memastikan tugasnya ke pentas Asia terjamin. Pemain berusia 27 tahun beraksi dengan cemerlang buat pasukannya di sana dan membantu mereka untuk menjuarai tiga trofi pada musim lalu. Khidmat beliau bagaimanapun menerima tentangan yang cukup hebat apabila Buriram memutuskan untuk membawa masuk […]

Aidil Sharin Tinggalkan Persikabo

Bekas jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Aidil Sharin Sahak sah meninggalkan pasukan Liga 1 Indonesia, Persikabo. Pengumuman mengejut ini dibuat Laskar Padjajaran dalam satu hantaran di laman media sosial rasmi pasukan semalam. Bola.com melaporkan Aidil berbuat demikian kerana mahu menjaga ibunya yang kini menerima rawatan di sebuah hospital di Singapura. “Orang tua saya sedang […]

Junior Eldstal Bawa Haluan Ke Indonesia, Sertai Dewa United

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Junior Eldstal kembali berkelana dengan menyertai kelab Liga 1 Indonesia, Dewa United. Perpindahan ini disahkan oleh pengurusan Deity Warriors menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi mereka semalam. Dengan kehadiran Junior, maka lengkaplah sudah enam pemain import yang membarisi Dewa United untuk saingan Liga 1 Indonesia musim 2023-2024. Selain bekas […]